As-salam dan selamat malam semua...sunyi sepi kan blog ni?..actually hari tu zura pergi bercuti sempena tahun baru..baru dua tiga hari lepas kitaorang balik..still lagi dalam mood bercuti ni..hehe...ni pulak sedang sibuk taip cerpen untuk blog 7even street writers yang akan launch karya2 dia 7hb nanti..So ni ada teaser sikit..berdasarkan kisah benar..hope dapatlah siapkan sebelum 7hb ni..enjoy :DDD
+++++
CERPEN : KAU BUKAN UNTUKKU
“Yaya,
kejap lagi lori Pak Din datang tak?” Soal Lira pada Yaya yang tengah mengikat
simpulan plastik itu. Di dalamnnya penuh dengan pelbagai jenis botol-botol
plastik yang terdiri daripada botol air mineral, botol minuman berkarbonat,
bekas pelembut kain serta pelbagai lagi jenis plastik yang boleh dikitar
semula.
“Dia
cakap ada, kita tunggu lah kejap. Kau dah solat asar belum? Aku nak pergi solat
kejap.” Balas Lira. Guni yang sudah penuh dengan pelbagai barangan plastik itu
ditinggalkan. Memang tak larat pun kalau nak angkat. Dah hampir cecah 1 tan
kut. Guni itu pun diambil dari buangan Petronas juga. Biasanya pemandu excavator si Pali tu yang akan tolong mereka mengangkat
guni-guni tersebut ke dalam lori sebelum di bawa ke tempat kitar semula.
“Okay lah. Aku pun dah nak siap pun ni.” Yaya
membuka sarung tangan kain yang dipakainya sejak tengah hari tadi. Peluh yang
menitik di dahi di kesat dengan lengan baju. Agak panas hari ni di situ. Dapat
berteduh di bawah khemah yang didirikan tidak jauh dari situ seakan menyejukan
tubuh yang dibasahi peluh. Kelibat beberapa lagi pemungut sampah sepertinya masih
lagi setia bermandikan peluh serta panas petang yang masih lagi terik
membahang.
Yaya
mengeluh perlahan merenung nasibnya di situ. Terasa seperti baru semalam ibu
dan ayahnya meninggalkan dia keseorang di dunia ini. Ayahnya yang hanya bekerja
sebagai pengawal keselamatan itu ditimpa kemalangan ketika hendak pergi ke
tempat kerja. Manakala arwah ibunya pula meninggal akibat sakit buah pinggang.
Dia yang ketika itu baru saja menjalani Peperiksaan Menengah Rendah hanya mampu
menangis saja dan tidak mampu berbuat apa-apa. Nasiblah Mak Nah jirannya yang
duduk berhampiran dengan rumah sewa mereka sudi menghulurkan sedikit bantuan.
Namun persekolahannya tidak dapt disambung lagi lantaran tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi. Duit simpanan arwah ayahnya pula hanya tinggal sedikit
saja untuk menampung sara hidupnya hari-hari. Dan disebabkan itulah dia
mengambil keputusan untuk berhenti sekolah saja.
Dua
minggu dia masih lagi boleh bertahan namun apabila tuan rumah sewanya datang
untuk mengutip hutang sewa mereka, dia langsung tidak dapat berbuat apa-apa.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah sewanya itu sebelum
dihalau. Dititip pesan pada Mak Nah yang katanya dia akan ke bandar untuk
mencari pekerjaan. Pada mulanya Mak Nah beria-ia melarang namun setelah
beberapa kali cuba menyakinkan Mak Nah, akhirnya jirannya itu melepaskannya
pergi dengan sedikit terkilan.
Saat
dia ke bandar, dia langsung tidak mengenali sesiapa. Hanya mengikut gerak kaki
saja. Dan sejak itu pelbagai jenis kerja yang sudah dia lakukan. Dari kerja menyapu
sampah di premis-premis swasta, menjadi pelayan restoran, menjadi promoter dan banyak lagilah kerja yang dia lakukan namun
semuanya berakhir dengan kesusahan juga kerana dia gajinya tidak cukup untuk
menampung kehidupannya di bandar besar itu.
Namun
takdir Allah siapa yang boleh dijangka. Dia bertemu kembali dengan kawan lamanya ketika masih di sekolah
rendah. Lira yang bekerja sebagai pemungut barangan terbuang itu mengajaknya untuk
melakukan kerja-kerja tersebut. Pada mulanya dia agak keberatan namun apabila
dinasihat oleh Lira yang katanya kerja mereka kemungkinan bergelumang dengan
benda kotor namun rezeki yang diperoleh tetap halal.
“Kau
ni duduk termenung pulak. Dah lah pergi solat dulu. Karang lori Pak Din datang, aku panggil kau.” Lira menepuk bahu
Yaya yang tengah termenung itu. Yaya tersenyum hambar dan bingkas bangun dari
situ. Lira sahabatnya itu memang baik. Selalu saja mengingatkan dia tentang hal-hal
agama.
“Yelah,
aku pergi dulu. Karang jangan lupa
panggil aku pula.” Balas Yaya lalu mengambil beg kain yang terdapat tuala serta
pakaian yang bersih. Pakaian yang dipakainya sekarang sudah hampir comot dengan
kotoran-kotoran yang boleh meloyakan anak tekak jikalau pada pandangan orang
lain. Namun baginya, semua itu sudah menjadi kebiasaan. Apalah sangat kotoran
itu jika dibandingkan dengan imbuhan yang akan dia dapat. Dia tidak kisah
dengan tanggapan orang lain kerana semua yang datang ke situ demi mencari
sesuap nasi.
***
“Apa
ni pa? Takkanlah Fezz kena jaga tempat tu pulak? Papa tau tahu tak yang tempat
tu penuh dengan sampah-sarap? Lalu ikut jalan tu pun dah nak termuntah. Apa
lagi nak duduk lama-lama kat dalam tu.” Balas Fezz berpeluk tubuh sambil
memandang ke arah papanya yang sedang menaip sesuatu di laptop it. Di
fikirannya mula membayangkan tempat pelupusan sampah yang boleh meloyakan anak
tekak itu.Tak naklah aku! Sudahlah tempat tu jauh dari bandar. Kut iya pun nak
bagi kerja kat anak sendiri, takkanlah nak suruh aku jaga tempat macam tu?
Habislah jatuh standard aku kalau
kawan-kawan aku yang tanya tengah kerja apa. Kalau aku tipu mereka, last-last dia orang dapat tahu jugak.
Sudah tahu perangai kawan-kawan baiknya yang satu universiti itu. Pantang saja
ada di kalangan mereka yang terkena apa-apa, mesti ada saja modal nak
dibahankan.
“Papa
nak Fezz mulakan dari bawah. Ingat Fezzry, syarikat papa pun papa yang usahakan
sendiri so papa nak anak papa macam
tu jugak. Belajar atas usaha sendiri.” Tegas Datuk Faizul membalas kata-kata
anaknya. Sejujurnya dia tidak mahu anaknya bersenang-lenang atas usahanya
selama ini. Dah terlalu banyak kemewahan yang diberi pada anak tunggalnya itu
sehingga anaknya itu seringkali membelanjakan wang dengan benda-benda yang
tidak berfaedah.
“Tapi
pa. At least bagilah Fezz jaga projek
yang berlambak-lambak kat bandar tu. Ni apa tempat sampah macam tu. Geli lah.”
Fezzry masih lagi membantah. Amat tidak berpuas hati dengan arahan papanya itu.
Tak boleh nak dibayangkan langsung kalau duduk kat tempat macam tu. Dengan
nyamuknya, macam-macam serangga yang pernah dilihatnya di kaca tv membuatkan
hatinya rasa teramat geram. Dan yang lebih penting, mana lah ada tempat hiburan
kat sana. Konfem aku jadi katak bawah tempurung nanti!
“Keputusan
papa muktamad. Papa tetap nak Fezz jaga kat situ jugak dalam masa enam bulan
sebelum papa berikan jawatan yang lain pada Fezz kat sini atau segala kemudahan
yang Fezz terima selama ini, papa akan tarik balik.” Putus Datuk Faizul tegas.
Fezzry mendengus geram sebelum memandang papanya sekilas.
“Okay, kalau itu yang
papa nak. Kalau apa-apa jadi pada syarikat, papa yang akan tanggung semuanya.”
Fezzry bingkas bangun dari kerusi di hadapan meja papanya itu. Langkah diatur
menuju ke pintu. Rasa panas bila lama-lama duduk di dalam bilik pejabat papanya
itu.
~ ~ ~ nantikan sambungannya di blog 7even street writers pada 7hb Jan 2012 nanti..insyaAllah ;)
8 comments:
2 hari lagi! hehe
@RinsyaRyc
errr..hehe..cuak pulak takut tak sempat siap ni....hehe
nice intro, zura..
<--tak sabar nak baca full story :)
wish u luck sis
@blinkalltheday
thank you!! nntkn sambungannye..hehe ;)
@paujiabella
bell..hehe..thanks ;D
good job,hehe klo post cpt sikit tak leh?
@YONG JIAO XIU
thank you! hehe...kena ikut rules 7even lah dear...hehe...post 7hb ni..btw mybe akan ade dua part sbb maybe panjang ;)
Post a Comment