:: My gangS :: TQVM

Monday, November 28, 2011

TEASER BAB 16 SSID part 2


p/s : Salam to all readers n followers...teaser ni adalah scene sebelum teaser lepas...hehe...okaylah..nk cakap yg SSid dh boleh dikatakan siap...sudah masuk sesi editing...kalau diikutkan dah kena hntr pun..tp mintak tgu seminggu lagi sbb rase bab2 last tu ayat dia skema semacam je...takut plak korang bace nnt cakap bace karangan BM..hehe...ooh lupe nk ckp...ssid cecah 700pages dah walau baru aje masuk 8 bab editing..macam pnjng jer...tp hrp tak boring...n dijangka akan terbit dlm bulan 1 atau 2 2012...okaylah, yg tu je nk cakap dulu...tak berapa sihat ni sbb terlalu fokus kut..anyway enjoy this entry :DDD









SYAF KELUAR dari biliknya. Langkahnya terhenti seketika di hadapan bilik Firash. Entah kenapa dari tadi otaknya masih memikiran perkara yang patut dilakukannya pagi tadi iaitu meminta maaf daripada Firash. Kesibukan melayan tetamu yang agak ramai datang ke rumah Tok Wan pagi tadi sedikit membuatkan dia terlupa akan hal itu. Sudahlah selepas Firash keluar dari rumah Tok Wan tadi, lelaki itu hilang entah ke mana. Dekat-dekat nak masuk maghrib baru lah nampak muka. Itupun langsung tidak bercakap dengan sesiapa. Wajah pun nampak muram dan dingin aje.

Namun bila lagi masa yang sesuai untuk meminta maaf atas semuanya? Masa hari raya ni lah walaupun sepatutnya ucapan maaf itu perlu diucapkan pada setiap hari. Syaf mula pening kepala memikirkan perkara itu. Hubungan dia dengan Firash pun masih terumbang-ambing. Sekejap okay dan sekejap ada pula masalah yang timbul.

“Ah, pergi aje lah mintak maaf. Kalau dia tak layan pun tak apa janji aku dah mintak maaf dengan dia.” Gumam Syaf perlahan dan mula menolak pintu bilik Firash yang tidak berkunci itu. Itu pun matanya tetap mengawasi jika Tok Wan terpandang akan perbuatannya itu.

Bunyi pintu bilik yang terkuak dari luar itu menyebabkan Firash yang tengah meniarap di atas katil itu mengerutkan dahi. Sesi menaip di laptopnya juga terhenti.Syaf menutup pintu bilik Firash rapat-rapat. Dia bersandar di pintu bilik itu seketika seraya melemparkan pandangan ke arah lelaki itu yang berada di atas katil. Nafas ditarik panjang dengan tujuan cuba menenangkan debaran di dalam hati.

“Apa kes yang kau datang bilik aku ni?” Soal Firash dingin. Dia meletakkan laptopnya di sebelah lalu duduk bersila. Wajah gadis itu direnung dengan pandangan yang penuh dengan persoalan.

“Err...Aku....Err..” Sedikit tergagap Syaf mula mengatakan sesuatu. Firash mengeluh lemah. Dia ni kan? Dari pagi tadi lagi asyik tergagap aje nak cakap dengan aku! Firash bermonolog di dalam hati.

“Kau nak apa ni? Nak mintak aku suruh pergi kedai pulak ke?” Soal Firash lagi dengan sedikit tegas. Syaf menghela nafas. Ke situ pulak dia ni fikir!

“Eh bukan. Bukan nak suruh kau pergi kedai.”

“Habis tu? Datang nak serah diri kat aku?” Soal Firash dengan sedikit senyuman nakal terukir di bibir. Syaf sedikit menelan liur. Hessy dia ni! Asyik fikir lain aje!

“Err...Bukanlah. Aku cuma datang sini nak...” Syaf berjalan sedikit untuk mendekati Firash di katil.

“....mintak maaf.” Sambungnya sebelum duduk di birai katil Firash. Firash yang agak terkejut dengan tindakan Syaf itu mengukir sedikit senyuman sinis. Namun tangannya tetap dihulurkan ke arah gadis itu.

Syaf menyambut huluran tangan Firash lalu tunduk dan mengucupnya lembut. Sebaik saja Syaf mengangkat wajahnya, matanya bersabung dengan pandangan redup Firash. Dan entah kenapa matanya seakan terpaku melihat redup mata Firash itu. Tanpa sedar tangannya dipegang kemas oleh Firash.

“Laa...Kau ada buat salah dengan aku ke?” Soal Firash tiba-tiba. Mengejutkan Syaf yang sudah hampir-hampir melayang ke alam lain itu. Syaf mengetap bibir sebelum menarik laju tangannya dari tangan lelaki itu. Firash tersenyum sinis.

“Hari ni kan hari raya. Okay lah tu aku datang mintak maaf dengan kau dari tak ada langsung.” Balas Syaf sedikit geram. Aku punyalah beria-ia curi masa datang minta maaf dengan dia tapi boleh pulak dia kata macam tu kat aku? Apa punya suami lah dia ni! Bebel Syaf dalam hati.

“Dah malam pun ni. Orang mintak maaf pagi-pagi tadi.” Sambung Firash lagi. Syaf mengeluh perlahan. Nak datang mintak maaf macam mana kalau asyik sibuk aje dengan tetamu yang berkunjung? Sudahlah lelaki itu seharian tak pulang ke rumah. Terasa hati agaknya dengan kata-kata dari Mak Long Inah tadi kut.

“Tak kisahlah malam ke siang. Janji niat kita tu ikhlas.” Sambung Syaf sedikit berani. Kadang-kadang dia perlu memberi teguran kepada lelaki itu. Cakap ikut sedap mulut aje. Nasiblah dia ni jenis yang sudah lali dengan perangai Firash itu. Kalau tak, memang terasa hati sampai ke jantung jugaklah!

Firash merengus kecil. Entah kenapa kata-kata dari gadis itu seakan terkena batang hidungnya. “Kalau aku tak maafkan macam mana?” Soalnya dengan menjungkitkan kening. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil dan menuju ke arah gadis itu yang sedang berdiri.

“Kalau kau tak nak maafkan nak buat macam mana lagi? Redha aje lah.” Balas Syaf lalu berpaling ke belakang. Baik aku keluar sebelum Tok Wan perasan. Janji aku dah mintak maaf!

“Tunggu kejap.” Panggil Firash tiba-tiba. Syaf menghentikan langkahnya yang sudah menghampiri pintu. Dia berpusing sedikit ke belakang. Kelihatan ada sesuatu yang dipegang oleh lelaki itu.

“Nah.” Firash menghulurkan sampul raya berwarna emas itu kepadanya. Syaf sedikit tercengang. Dia bagi aku duit raya jugak ke?

“Err...Apa ni?” Soal Syaf sedikit pelik. Namun tangannya tetap menyambut huluran sampul duit raya itu. Firash mengeluh kecil. Takkan tak kenal kut sampul duit raya? Atau sengaja buat-buat tak kenal?

“Duit raya lah. Ingat si Qimy aje boleh bagi duit raya? Aku pun boleh bagi jugak.” Jawab Firash sedikit riak. Syaf mencebik bibir. Eleh! Jeles lah tu aku dapat duit raya dari Haqimy tu!

“Oh duit raya. Terima kasih lah sebab bagi. Aku tak ada nak bagi apa-apa kat kau.” Balas Syaf sebelum tangannya membuka sampul duit raya itu. Membulat matanya melihat kepingan not-not biru itu. Biar betul si Firash ni?

“Eh banyak sangat lah ni.” Syaf menutup sampul duit raya itu dan menghulurkan kembali kepada Firash. Lelaki itu merengus kecil.

“Banyak apa nya tu? Kenapa kau tak sudi ambil duit aku tapi sanggup terima duit dari lelaki lain?” Firash mula meninggikan suara. Entah kenapa egonya terasa sedikit tercabar dengan perbuatan gadis itu. Seolah-olah wang yang diberikan olehnya itu tidak memberi apa-apa erti.

Syaf mengeluh kecil. “Bukan macam tu maksud aku. Tapi kau bagi ni banyak sangat kut. Dah tu macam mana dengan duit belanja kau pulak? Aku tak nak kau tak ada duit pulak nanti.” Balas Syaf prihatin. Pelik je dengan tindakan Firash itu. Bermati-matian menyuruhnya mengambil wang itu. Sedangkan selama ni mana pernah lelaki itu memberinya wang.

“Aku ada duit lah. Kau tak payah risau pasal tu.” Balas Firash pula lalu kembali ke katil. Laptopnya ditarik kembali ke riba. Ada kerja yang perlu dia siapkan.

“Yelah. Erm, thanks tau sebab bagi duit raya ni.” Balas Syaf sambil tersenyum lalu menuju ke pintu. Teringatkan sesuatu, dia kembali berpaling.

“Err..Aku nak mintak charger aku yang kau pinjam tu.” Syaf bersuara kepada Firash yang sudah mula menaip sesuatu di laptop. Lelaki itu mengangkat wajahnya dari laptop.

“Tu ada atas meja solek tu. Aku tak guna pun.” Balas Firash lalu menyambung menaip. Syaf mendengus kecil. Nak guna macam mana? Aku pakai pakai telefon biasa je, kau pulak pakai I-phone, rungutnya dalam hati serta mencapai charger itu.

Firash hanya mengerling sekilas kelibat gadis itu yang sudah menghilang ke luar bilik. Dia mengeluh perlahan sambil membaringkan tubuhnya. Salah ke kalau aku bagi duit kat isteri sendiri?

Syaf yang sedang memegang charger itu sedikit tersentak dengan kehadiran Tok Wan di depannya. Bibirnya menguntum senyum kecil.

“Tok Wan tak tidur lagi?”

“Tadi pergi dapur kejap nak minum air.” Balas Tok Wan mendatar. Matanya menangkap sesuatu di tangan gadis itu. Tidak jadi untuk bertanya apa yang sedang gadis itu sedang buat walaupun hatinya tertanya-tanya sendiri. Kenapa aku rasa si Qira ni asyik masuk bilik Firash aje? Dia orang ada apa-apa hubungan ke?

“Oh. Okaylah Tok Wan. Qira nak tidur ni. Selamat malam.” Ucap Syaf dan cepat-cepat melangkah masuk ke biliknya. Entah kenapa dia merasakan pandangan mata dari Tok Wan itu seperti menyatakan sesuatu maksud.

“Selamat malam Qira.” Balas Tok Wan perlahan dan merenung lama ke arah pintu bilik Qira yang sudah tertutup.



3 comments:

Yong said...

hehehe byk la duit raya syaf tu. wah best tu, gamaknya nti blh tkr Iphone gak.hahaha.
mewah gak la firash tu ye.

kak ida said...

awatlah mamat poyo tu ..nak marah aja kat minah tu..cuba cuba lembutkan hati dia.. tak lokek sikit pun kan.. turunkan sikit egonya dan tunjukkan sikit kasih sayang kat isteri awak tu.. tak rugi pun..insyaallah minah tu akan menyintai awak ...

Liyana Nina said...

haha kantoi dengan tok wan.. nasib baik tok wan cool je.. =)