Bab 4
Usai makan di Restoran Taman Warisan tu, Syaf dan Fara terus saja balik rumah. Yelah, badan dah penat, mata pun dah mengantuk memang buat keputusan untuk balik terus adalah perkara terbaik tanpa singgah kat mana-mana Lagipun sejak jumpa Firash dengan Mie kat sana restoran tadi, fikiran Syaf terasa kacau bilau dan serba serbi tak kena. Dengan teringat akan renungan tajam dari Firash tu lagilah membuatkan dirinya tak senang duduk.
“Fara, aku masuk tidur dulu lah. Dah mengantuk ni.” Syaf berjalan melintasi Fara yang masih lagi khusyuk menonton DVD Korea tu di ruang tamu.
“Ha, dah nak tidur ke? Baru pukul 11 kut?” Balas Fara sambil memandang Syafa sekilas. Namun tumpuannya tetap di skrin tv.
“Ye lah, rasa macam dah tak dapat bukak lagi mata ni.” Syaf tahan menguap dengan tangan. Tengok Fara pun macam dah berbalam-balam. Memang mengantuk gila-gila lah ni.
“Awal lagi ni Syaf, jomlah teman aku tengok cerita Korea ni.” Pujuk Fara.
“Aku memang dah mengantuk gila-gila ni. Kalau aku teman kang, ada aje yang tertidur di sini.” Balas Syaf lagi.
“Ala Syaf, temanlah aku kejap. Tak kisahlah kau tidur pun kat sini. Nanti aku kejutlah masuk bilik, lagipun tak ada orang nak teman ni.” Rengek Fara.
Syaf memandang Fara sambil mengenyeh-genyeh mata yang masih mengantuk tu. Aduhai Fara, kesian pulak bila aku dengar dia cakap macam tu.
“Yelah-yelah. Aku teman kau kejap.” Syaf berjalan dan melabuhkan punggung di sisi Fara yang berada di sofa.
“Cerita apa ni?”
“Hmmm...High School Girl Get Married.”
“Best ke?”
“Best jugaklah. Budak sekolah yang kena kahwin sebab dia tak nak mati sebelum cecah umur 16 tahun rasanya.” Balas Fara.
Mata Syaf terkebil-kebil memandang skrin tv. Macam best lah jugak filem ni tapi bila mata dah mengantuk, yang aku nampak bantal saja sekarang.
“Siapa pelakonnya? Nampak macam budak aje lagi.”
“Eh aku lupa pulak nama pelakon dia. Try kau tengok kat cover dia tu.” Syaf mencapai cover DVD. Disebabkan rasa mengantuk yang masih berbaki, tulisan di situ pun nampak kabur-kabur saja..
“Eh aku rasa macam telefon kau berbunyi je.” Tegur Fara pada Syafa yang masih ralit membaca tulisan pada cover DVD tu.
Syafa berpaling memandang Fara sambil berkerut dahi. Telinganya cepat saja menangkap ringtone Bruno Mars tu.
“Ha’ah lah.”Cepat-cepat Syaf bingkas bangun dan sedikit berlari-lari anak menuju ke bilik. Siapa pulak yang telefon malam-malam buta ni?
***
Telefon bimbit jenama Nokia 5320 tu kelihatan bergegar di atas meja solek. Sebaik saja Syaf mengambilnya, telefon itu terus saja senyap dan di skrin terpamer perkataan missed call. Ala, tak sempatlah pulak nak angkat.
Selepas butang show ditekan, nama mama terpamer di skrin. Belum sempat lagi Syaf nak call balik, telefon bimbitnya bergegar lagi. Kenapa mama boleh telefon aku malam-malam macam ni? Ada hal penting ke?
“Hello, Assalamualaikum. Ada apa ma?” Soal Syaf dengan penuh sabar.
“Waalaikumussalam. Ha, kenapa tak angkat tadi?” Laju saja Puan Farizah bertanya.
“Tak sempatlah mama. Ada apa ni call Syaf malam-malam macam ni?” Syaf bertanya lagi.
“Oh lupa pulak. Syaf boleh balik rumah mama tak malam ni?”
“Kenapa ma?” Syaf dah terasa sedikit cemas. Ada apa-apa yang tak baik berlaku kat mama ke? Tapi kenapa suara mama macam okey saja tak dengar pulak tengah mengadu sakit ke apa.
“Firash. Dia accident tadi.”
“Hah?”Syaf dah terkejut. Telefon itu dipandang berkali-kali sebelum melekapkan balik ke telinga. Terus saja hilang mengantuk bila dengar berita yang dibawa mama ni.
“Ye, Firash accident. Syaf balik ye. Mama tunggu ni.”
“Ha...Yelah-yelah Syaf balik.”
Syaf terus saja bersetuju lalu mematikan talian telefon. Betul ke apa yang aku dengar ni? Ya Allah, selamatkan dia!
Syaf berjalan laju menuju ke ruang tamu. Fara masih lagi khusyuk melihat cerita Korea itu tanpa sedar Syaf dah berdiri di sebelahnya.
“Fara.”
“Ha, kenapa ni?”
“Aku kena balik rumah mama kejap.” Tutur Syaf laju.
“Nak balik malam-malam macam ni?” Soal Fara sambil memusingkan kepalanya dengan riak tak faham.
“Ye, aku kena balik. Baru kejap tadi mama call aku.”
“Kenapa mama kau telefon?”
“Ha? Err...Hal keluarga. Urgent.”
“Hurm...Yelah-yelah. Hati-hati nanti tu drive kereta.” Pesan Fara. Dia bangun mengekor Syaf ke bilik.
“Nak kena tolong kemas apa-apa ke?”
“Tak payahlah. Lagipun aku dah ada baju kat sana.”
“Okey.”
Syaf menukar baju tidurnya ke baju yang sesuai. Nampaknya terpaksa lah dia ambil cuti kecemasan esok.
***
“Kau ni buat takutkan aku aje lah.” Tutur Mie sambil merenung ke arah Chad yang tengah duduk di sofa panjang. Chad pula sedang menuam dahinya yang sedikit membenjol akibat terhantuk tadi di stereng kereta.
“Ha’ah lah. Macam nak tercabut aje jantung aku tadi. Ingatkan kita dah betul-betul accident.” Sambung Fiqri lalu menghenyak punggung di sebelah Chad.
“Ala, sikit je ni.” Gumam Chad. Dahinya yang masih terasa sengal-sengal itu dirasa dengan tangan. Kuat sangat ke aku terhantuk tadi sampai boleh pengsan?
“Sikit apanya tu? Dah bengkak gila tu. Aku ajak pergi klinik tadi tak nak.” Rungut Fiqri.
“Tak cedera parah pun, buat apa nak pergi klinik.” Chad memberi alasan. Padahal aku dengar perkataan klinik, hospital pun dah gerun. Ni kan nak pergi sana pulak. Mintak simpang jauh-jauh.
“Memanglah tak cedera parah tapi yang kau dah pitam tadi tak ke buat kita orang panik aje.” Mie menambah. Dia pun dah tak tahu tadi nak buat apa bila Chad dah pengsan sebab terhantuk di stereng kereta, sementara Fiqri pulak masa tu dah senyap membisu kat belakang. Mungkin sebab terkejut kut.
“Ha’ah aku pun panik sama. Nasiblah aku teringat nak telefon mama kau tadi.” Sampuk Fiqri lagi.
“Kau orang ni susah-susah aje lah. Aku tak ada apa-apa pun. Nasiblah mama aku tu tak ada penyakit lemah jantung.” Rungut Chad.
“Aku dah janji dah dengan mama kau masa mula-mula kau masuk uni, apa-apa hal yang jadi mesti bagitahu dia.” Sambung Mie.
“Ha, elok sangat lah tu. Tak boleh dibuat geng langsung.”
Fiqri dan Mie masing-masing tergelak, sementara Chad dah mula menjegilkan mata. Apalah dia orang ni? Pengsan sikit pun dah kecoh nak bagitahu kat mama. Ni pun siap hantar balik rumah lagi. Sabar sajalah!
p/s : Sedikit preview utk bab 4 nnt..if korang dh bace tak apalah..yg tak bc lg tu leh smbung bace kt p2u plak nnt...ni just nk update my blog...dh bersarang pun ni sbb bz sgt dgn manuskrip ;)
2 comments:
kenapa x nk post kat blog je ?
anon : sorry, hny update kt p2u saje ceta ni tiap2 mgu...sorry again..tgh berusaha siapkn manuskrip :)
Post a Comment