Langkah dihayun laju ke tempat parking yang terdapat di ruang belakang kafe. Tangan diseluk ke poket seluar untuk mencari kunci kereta. Eh? Mana pulak pergi kunci ni? Rasanya tadi ada aje dalampoket seluar ni. Takkan tercicir pulak kot? Pat dah berhenti berjalan. Badan dibongkokkan sedikit untuk melihat isi poket seluar.
“Ishh, takkan dah hilang pulak?” Pat dahmerungut-rungut. Kereta Swift biru gelap yang terpakir elok direnung sekilas. Aihh, kenapa aku rasa macam menyesalaje bawak kereta ni pagi tadi? Tapi kalau aku tak bawak kereta ni, nak pergi kolejdengan apa pulak? Dahla Myvi kesayangan baru aje kena hantar pergi servis.
“Oit Pat!” Kedengaran suara seseorang.Ayu! Huh, malas aku nak layan. Tadi sibuk aje pergi layan si Asid Hidrokloriktu, pergi aje lah balik dengan dia. Namun kata-kata itu hanya disuarakan dalamhati saja. Tak dicakap pun secara berdepan dengan Ayu.
“Hmm..” Pat hanya menggumam perlahan.Kepala masih lagi ligat memikir tentang rkunci kereta yang baru sahaja hilang.Takkanlah bergaduh dengan si Asid Hidroklorik tu tadi terus aje hilang? Rasanyaaku bergaduh mulut aje, tak adalah pulaknaik kaki tangan. Haissh, geram betullah!Perut dahlah tengah lapar ni!
“Jomlah balik. Panas ni.” Ayu dah mulamengibas-ngibas mukany a dengan tangan. Buku nipis dihadang di kepala untuk mengelakcahaya matahari. Boleh tahan panas hari ni. Dah pukul empat petang pun,matahari masih lagi terpacak kat atas kepala.
“Nak balik macam mananya? Kunci keretadah hilang.” Suara Pat dah sedikit perlahan. Kenapalah malang sangat nasib aku harini?
“Hah?” Ayu dah bulatkan mata. Betulkahapa yang aku dengar ni? Kalau kunci kereta hilang, macam mana nak balik? Takkannak menapak balik pulak? Berkilometer jugaktu jarak rumah dengan kolej. Mautercabut kaki ni!
“Yelah. Ingat aku main-main ke?” Pat dahmula bengang. Geram pulak dengan Ayu yang boleh buat-buat tak faham ayat pulak.Rasanya aku selalu aje yang lambat loading.Takkan dah berjangkit pulak kot?
“Habis macam mana kita nak balik ni? Jauhtu rumah. Kau dah check betul-betulke? Mana tau kut tiba-tiba tertinggal kat kafe tadi ke?” Ayu dah keluar soalanmacam pelurumachine gun. Pat disebelah menjeling. Ek ena minah ni,dia pulak yang kalut. Patutnya aku lagi serabut. Dahlah kereta Swift biru tukesayangan abang Bakriz, mau kena pancung kalau tahu tinggalkan kereta dia katkolej ni!
“Aku nak pergi cari kejap kunci tu.” Patdah mula bergerak kembali ke ruang hadapan kafe. Ayu mengeluh perlahan.Malasnya nak menapak lagi. Tapi kalau tak temankan si Pat ni, takkan aku naktercongok pulak kat tengah panas kat sini. Cair pulak mekap ni nanti!
“Tunggu aku!” Ayu dah sedikit menjerit. Sedikit terkial-kial dia yang memakai wedgesmengikut Pat yang hanya memakai sneakers.
***
Mata diliar-liarkan sekeliling kafe. Mejayang diduduki tadi dah empat kali dia tawaf tapi tetap tak jumpa jugak. Haissh, memang haru betul lah macam ni. Ayu yang tengahmundar-mandir di meja sebelah dikerling sekilas.
“Tak ade lah Pat.” Akhirnya Ayu bersuara.Dah dekat setengah jam aku dengan Pat cari menda alah tu tapi tak jumpa jugak.Agaknya si Pat lupa letak kat mana kot? Fikir Ayu dalam hati.
“Akudah give-up.” Pat terdudukdi kerusi. Macam mana nak cakap dengan abang Bakriz tu nanti? Aduhai, masalahbetul ni. Kalau aku balik awal pun, mesti tak dapat datang jugak ambil keretatu. Bukannya aku tahu abang Bakriz letakkat mana kunci spare tu?
“Dah tu takkan nak tercongok aje katsini?” Ayu bertanya.
“Nak balik lah ni.” Ayat tanpa nada dariPat. Dia mengeluh perlahan. Namun kaki tetap dihayun melangkah ke arah pagarutama kolej. Kena naik teksi jugak lahni!
Baru sahaja tak sampai dua puluh langkahmenuju ke arah pintu pagar, telinga Pat menangkap satu bunyi.
“Street!!!”
Bunyi decitan kuat seakan bunyi tayarkereta. Pat dah membulat mata kerana terkejut. Ayu di sebelah hampir-hampir ajejatuh kerana terkejut. Sebuah kereta Mitsubihi Evolution Sportback berwarnahitam sudah terparkir elok menghalangi perjalanan mereka. Tak sampai 10 meter sahajadari tempat Pat berdiri.
Huh! Bawak kereta macam nak bunuh orangaje. Pat merengus geram. Tunggu! Kena lah kau kejap lagi. Pat berjalanmenghampiri kereta itu. Belum sempat dia hendak mengetuk cermin kereta, pintudi sebelah pemandu telah pun dibuka.
Matanya merenung tajam ke arah pemandukereta. Acid! Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku! Tangannya mula dicekakpinggang.
“Apa hal yang halang laluan aku ni?!Dahlah bawak kereta macam pelesit!” Tempelak Pat pada Acid. Acid yang baru sajakeluar dari kereta itu sedikit tersenyum sinis. Eh si Karipap ni, laju aje naksembur aku! Tak sempat lagi aku nak cakap apa-apa.
“Aku halang laluan kau ke?” Sedikitsarkastik Acid menjawab. Dia mengerling Ayu di sebelah Pat yang tengah senyum.Tengok muka Ayu lagi baik, sejuk aje hati ni. Aduhai hati!
“Hissh, geram betul aku dengan dia ni!”Pat sedikit menggumam. Dahlah halang laluan orang lepas tu bawak kereta macamkat Formula One aje. Tak tahu ke yangkat sini masih lagi kawasan kolej? Kalauterkena aku tadi, ada aje yang tak pasal-pasal kena saman ni!
“Tak baik geram dengan orang.” Acidmenjeling sinis. Matanya masih tak lepas-lepas lagi memandang Ayu. Pat yangmula menyedari kelakuan Acid tu sedikit tersenyum. Huh! Nak mengurat Ayu sampaisanggup aje nak langgar aku!
“Hai Ayu, jom saya hantar balik.” Lembutgila suara Acid mempelawa Ayu menaiki keretanya. Ayu dah mula tersenyum-senyummalu.
“Eh, tak apa lah. Saya balik dengan Pataje.” Ayu menolak lembut pelawaan Acid walau hati dah mula berbunga-bungasakan. Bukan apa, Pat dah menjeling tajam ke arahnya.
“Awak balik dengan apa? Bas ke? Hari dahnak hujan ni. Tumpang saya aje lah.” Acid cuba lagi mengayat. Matanya di bawaseketika ke langit yang mula mendung itu. Sah! Memang nak hujan ni. Tuhanmemang nak tolong aku lah!
“Err...Balik dengan bas aje kot. Pat dahhilangkan kunci kereta dia.” Terus terang aje Ayu bercerita. Pat yang beradatidak jauh dari mereka berdua dah merengus geram. Ek ena Ayu ni, semua diceritakan pada si Acid ni. Macamlah dah lamapun kenal!
“Kunci kereta hilang?” Sedikikt berkerutdahi Acid mendengar.
“Ha’ah. Dia hilangkan kunci kereta. Dahcari merata tapi still tak jumpa.”Ayu menyambung lagi penceritaan tanpa rasa bersalah.
Acid menjeling sekilas ke arah Pat. Akudah agak dah, si Karipap ni memang jenis yang cemerkap. Kunci kereta pun bolehhilang. Apa pun tak boleh!
“Hmm...Patutlah duk menyinga aje macammak nenek.” Acid sedikit mengutuk perlahan. Namun kutukan dia tu didengari olehPat.
Pat dah membulat mata. Oh, suka-suka hatimak bapak dia aje nak kutuk aku! Tunggulah kau!
“Hoi, sedap mengata nampak!” Patmenyindir ke arah Acid. Ayu dah telan liur. Janganlah budak berdua ni ber gaduhkat sini pulak! Nanti aku jugak yang malu. Aduhai!
“Eh, aku ada sebut nama kau ke?” Balas siAcid tak nak mengalah.
Pat dah mula bengang. Rasa nak hempuk ajekepala si Acid ni dengan beg yang disandangnya.
“Kau....Eee geramnya aku!” Pat sedikitmenjerit. Entah kenapa laju saja tangannya hendak menolak tubuh Acid tu.
“Eh, apa ni?” Acid mengerut dahi apabilaternampak tangan Pat seakan nak menolak tubuhnya. Tak sempat dia hendakmengelak, tangan Pat mendarat di bahunya itu. Dia yang berdiri dalam keadaantak berapa stabil tu, hampir sahaja terjatuh. Dan serentak itu tangannya sempatmenggapai sesuatu.
“Aduh!!” Kedengaran bunyi suara mengaduh.Ayu dah bulat mata. Terkejut dengan apa yang sedang berlaku di depan matanya.Macam mana si Pat dengan Acid ni boleh tergolek sama-sama ke atas jalan? Dahlahselamba aje Pat tu jatuh ke atas badan Acid.
Acid menggosok dahi yang terhantuk dengandahi Pat. Alamak, kerasnya dahi si Karipap ni, mesti benjol dahi aku nanti!
Pat pula membuka matanya perlahan-lahan.Matanya seakan hendak keluar aje apabila perasan mukanya dengan muka Acid hanyatak sampai beberapa inci lagi nak bersentuh. Nafasnya turun naik, jantungnya pulaberdetak kencang. Macam mana aku boleh jatuh atas dia ni?!
“Pat, Acid! Ya Allah!” Sedikit terjeritkecil Ayu. Dia terkocoh-kocoh pergi ke arah mereka yang masih tidak bergerak. Mungkinmasih lagi terkejut dengan apa yang berlaku. Pat yang rasa mukanya mulamembahang tu, cepat-cepat aje cuba bangun dari atas badan Acid.
“Macam mana kau orang boleh jatuh ni?”Sedikit merungut Ayu. Dia menarik tangan Pat yang masih terkial-kial hendakbangun tu.
“Entahlah.” Pendek Pat membalas. Agakmalu juga dengan kejadian yang baru sahaja berlaku. Dia cuba berdiri sebaikmungkin. Tak sanggup aku nak pandang muka Acid ni. Malunya! Dahlah ada beberapaorang pelajar yang lalu lalang tersengih aje pandang mereka.
“Saya rasa Pat yang tolak saya tadi.”Acid tiba-tiba saja menyampuk. Memang si Karipap ni yang tolak aku tadi, sebabtu aku boleh jatuh. Tapi yang tak tahannya, macam mana aku boleh tarik diasekali terjatuh dengan aku? Lepas tu selamba aje si Karipap ni landing atas badan aku!
“Ye ke Pat? Kenapa kau tolak Acid pulak?” Ayu menyoal lagi. Sedikit takpuas hati juga apabila mendapat tahu yang Pat menolak Acid. Apa motif Patberbuat macam tu?
“Tak adalah. Mana aku ada tolak dia.” Patmenafikan. Aduhai minah ni, tanya macam-macam pulak. Sempat dia menjelingsekilas ke arah Acid yang sudah berdiri di sebelah Ayu.
“Dah buat tak nak mengaku pulak. Apapunya perempuan lah.” Acid dah mula mengutuk balik sambil mengibas-ngibasseluar dan bajunya. Pat yang mendengar tu tiba-tiba rasa nak marah balik. Apakes Aish Hidroklorik ni? Nak cari pasal dengan aku lagi ke?!
“Hei!” Pat dah mencerlung mata pandangAcid. Perasaan malu yang ada tadi sudah hilang entah ke mana.
“Dahlah korang ni. Asyik nak gaduh ajedari tadi. Aku dah nak balik ni. Lapar pun ada.” Ayu dah bosan dengan budak berduadi depan dia ni. Tadi okeylah lagi masa Pat dengan Acid tak buat hal, kira amanlah jugak. Ni kalau dah jadi macam ni, dilayan sampai esok pagi pun tak habis!
“Aku pun dah nak balik jugak. Mamat ni jetak pasal-pasal datang buat hal!” Pat menyindir Acid lagi. Ayu dah mengeluh.Penat betul aku dengan mereka berdua ni!
“Yelah-yelah. Jom balik. Acid, kitaorangbalik dululah. Saya mintak maaf bagi pihak Pat.” Ayu sedikit tersenyum padaAcid yang dah mula berjalan perlahan menuju ke keretanya. Pat pula terlebihdulu lagi bergerak menuju ke pintu pagar utama kolej.
“Hmm, okeylah.” Sedikit perlahan suara Acid.Agak terkilan kerana tak dapat mengajak Ayu menaiki keretanya. Tu pun sebab siKaripap tadi lah. Tak pasal-pasal sakit dahi dengan tubuh aku. Tak apalah, next time aku cuba ayat lagi si Ayu tu!
p/s : Hope enjoy...kalau sudi, boleh komen :D
No comments:
Post a Comment