“Raze, kau ade panadol tak?”
Aku tolak pintu bilik sambil tanya Raze. Sambil tangan aku picit-picit kepala yang makin pening. Haila, time aku banyak kerja ni la kepala buat hal. Dahla pelan tangki air tadi tu aku tak tengok lagi. Nanti mesti Inche bos bising pulak. Adoyai.
“kau kenapa?” Raze dah kerut kening.
Aku terus duduk kat sofa kaler maroon tu sambil bersandar. Mata dipejamkan seketika.
“peningla”
Aku jawab sambil mata terpejam.
“kau ni macam-macam hal. Nanti nak pergi tengok site cam ne? Pelan tangki air tu dah tengok ke? Esok nak submit tau”
Adoyai Inche Raze Rasyqin ni. Dahla kepala aku ni tengah pening. Dia ni pulak mulut macam machine gun tanya macam-macam soalan. Kang aku pengsan kat sini, naya je.
“kau ni tanya macam-macam. Aku pening ni”
Aku masih memejamkan mata. Kemudian aku terasa sofa di sebelah aku dihenyak. Minyak wangi Polo Black menusuk ke hidung. Mamat ni la, sebotol agaknya dia taruk minyak wangi tu. Nasib aku suka bau dia, kalau tak dah pitam aku kat sini.
“ok-ok, aku dah tak tanya. Aku tak ada panadol. So cam ne ni?”
Aku bukak mata tengok muka Raze yang dah macam blur. Heh, aku pening je ni bukannya sakit melarat pun. Tak payah la buat muka macam runsing tengah fikir masalah negara je.
“tolong picit boleh?”
Aku sengih tengok Raze. Muka dia yang tengah blur tu tiba-tiba masam. Cett, bukannya aku suruh terjun bangunan pun.
“yelah”
Dia tarik kepala aku dan suruh aku baring kat riba dia. Haha, romantik terlebih apa dia ni kalau orang tengok. Aku hanya pejamkan mata sambil menikmati urutan tangan dia kat kepala.
“kat dahi ni”
Aku mengadu. Aku dengar Raze mendengus perlahan. Yela, dahla mintak tolong urutkan. Lepas tu banyak songeh pulak nak suruh urut kat sana kat sini. Last-last aku sengih je sambil pejam mata.
~ entry suka-suka..taip ms tgh demam..huhu
8 comments:
oleh kerana sis demam, so ceritanya pun pasal orang sakit.. haha
Sis, get well soon! :D
kiwi : haha..tu la pasal..btw cite ni maybe nk wat novel kot :P
iye? hoho.. ni kre preview la ni?? best²! ok kne pjgkan wish td tu...
Get well soon... n smbung this cerita! :p
ni ke citer yg sis ckp hritue??
kiwi : rase2nye kot..hehe..thanks cz wish pjg2 kt sis :)
~ bile la nk smbung cerita ni?
awin : mayb kot..tp rase tajuk kena tukar la..haha
zura: smbung la...hihi..best citer ni kalau pnjg..ekeke
sakeena : insyaAllah zura akn smbung cite ni :)
best citer ni..
Post a Comment