:: My gangS :: TQVM

Saturday, December 4, 2010

bab 25 why me?

Aku menghampiri meja study yang menempatkan laptop kesayanganku. Kalau layan facebook masa ni ok jugak kan. Penat sangat pun tak boleh jugak nak tidur. Baru je aku membuka beg laptop, kedengaran handsetku bergetar. Aik, siapa pulak yang call malam-malam ni? Dahla private number. Butang hijau aku tekan. Handset aku lekapkan kat di telinga.

“hello, may I speak to Zoey please?” Kedengaran suara perempuan memulakan perbualan.

“yes, Zoey’s speaking. Who’s this?”

Aku pulak bertanya. Berkerut dahi bila berfikir siapa la yang rajin speaking London masa-masa macam ni.

“well. I nak perkenalkan diri I sebagai orang yang hantar surat ugutan and gambar hari tu”

Aku menelan liur. Teringat kejadian minggu lepas yang aku bergaduh dengan Andriand pasal tu. Disebabkan surat ugutan tu la, aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Andriand. Aku tak nak gambar dan video tu tersebar kat pihak uni dan kawan sekelas aku yang lain. Dahla si penggugut tu nak upload video aku dalam YouTube.

“so U nak ape lagi?” Jawab aku tanpa nada.

“I suruh U jauhkan diri dari dia tapi U boleh kawin dengan dia pulak” Katanya berbau perlian.

Aku tersentak. Macam mana pulak dia boleh tahu aku dengan Andriand dah kahwin? Dahla selamba je boleh boleh call aku, dia ni macam stalk aku je. Semua benda berkaitan aku dengan Andriand dia tahu. Tak selamat jugakla walau ada kat kampung sekarang ni. Rasanya aku bagitahu kat Yatie seorang je pasal hal nak kahwin ni, tu pun dia tak dapat datang sebab terpaksa balik sebab mak sedara dia sakit kat Kelantan. Takkan la Yatie sanggup bocorkan rahsia? Kan dia dah janji hari tu.

“err..tu not part of my plan. Tu Andriand punya plan. I terpaksa” Jawab aku jujur.

Dia tergelak kemudian menyambung perbualan.

“macam ni la. I nak jumpa U malam ni” Katanya lagi.

“tapi ni dah malam pun” Aku cuba berdalih.

“I tak kira, by hook or by crook U mesti jumpa I malam ni. Kalau tak, I tak janji minggu depan U ada lagi kat uni” Sambungnya dengar nada menggugut.

Aku tersentak. Hampagas punya perempuan. Ingat aku tak berani ke nak jumpa dia malam-malam macam ni? Ni Zoey la.

“ok. Kite jumpe” Aku mengalah.

“Jack's Café kat uptown. Pukul 12.30”

Aku mematikan talian dan mengeluh berat. Macam mana nak keluar ni? Mesti nak pakai kereta, takkan nak pergi naik motor kot. Mesti mak dan ayah perasan. Lebih lagi Andriand sebab dia tak tidur lagi. Aku kerling jam kat dinding, dah nak masuk pukul 12 tengah malam pun.

Nak pakai kereta ayah ke? Tapi mesti ayah terdengar nanti bila alarm kereta berbunyi. Takkan nak pinjam kereta Andriand pulak kot. Tu namanya tempah penyakit. Hmmm, nak mintak tolong dengan siapa ek? Aku mencari-cari nama contacts yang boleh dihubungi di handset aku. Lupa, Syima kan ada. Pantas jari aku menelefon Syima.

“hello Syim, kau dah tidur ke?”

“hello Zoey, ape hal ni?”

“aku nak mintak tolong kau boleh tak?”

“ape dia? Jangan cakap kau nak lari sebab takut dengan malam pertama”
Dia sempat lagi memerli.

“hissh kau ni ke situ pulak. Bawak aku pergi uptown jap. Hal penting ni antara hidup dan mati”

“tapi dah pukul 12 malam pun”

“Syim, please. Penting sangat ni” Aku cuba merayu.

“ok-ok. Jap lagi aku sampai”

“ok. Chow”

Cepat-cepat aku bertukar pakaian dari seluar track ke jeans hitam. Jaket hitam berhood kat kepala aku sarungkan ke tubuh. Sungglass aku letakkan atas rambut untuk standby if terjumpa orang yang aku kenal.

Aku meletak beg sandang ke bahu. Aku cuba mengintai dari pintu bilik yang sedikit renggang. Hmmm, nampaknya Andriand tengah khusyuk lagi tengok tv. Ok la tu, tak ada la menganggu rancangan aku.

Terjengket-jengket aku ke dapur dengan memegang sneakers kat tangan. Tombol pintu dapur aku pulas perlahan dan ditutup kembali. Bulan separa penuh membantu pergerakan aku ke ruang halaman rumah.

Kelihatan kereta Myvi putih Syima baru je sampai kat depan pagar. Cepat-cepat aku menyusup masuk ke kereta dan terus memecut pergi.

Perjalanan yang memakan masa sepuluh minit tu diisi dengan pelbagai soalan dari Syima. Yela, tak pernah dibuat orang pengantin perempuan keluar dari rumah masa malam pertama. Aku la kot orang pertama.

“aku janji akan cerita semua kat kau nanti” Janji aku kat Syima.

“ok. Jangan lupe tau, belanje aku nanti kat Secret Recipe” Dia tersengih.

Hampeh betul punya sepupu. Mintak tolong sikit, dah mintak upah. Harap dia je sepupu kesayangan aku.

“yela-yela” Aku mendengus perlahan.

Sampai je kat Jack’s Café dah tepat pukul 12.30 malam. Lepas je parking kereta, aku suruh Syima tunggu aku je sebab maybe sekejap je pertemuan aku dengan perempuan tu.

Aku menjenguk kepala ke dalam Jack’s Café. Tak ramai pun orang sebab maybe hari dah lewat malam pun. Cuma ada beberapa kumpulan lelaki je yang tengah bersembang. Tak nampak pulak ada perempuan kat situ.

Dalam mata melilau-lilau mencari kelibat perempuan tu, bahu aku dicuit perlahan. Pantas aku berpaling. Seorang perempuan yang berpakaian jaket hitam dan berambut perang sedang tersenyum sinis. Tingginya perempuan ni, kalah aku yang tinggi !67cm ni.

“hi Zoey” Dia menyapa.

“err..hi”

“jom masuk, kite disscus kat dalam”

Aku menurut dia dan kitaorang mengambil tempat yang sedikit tersorok. Dia membuka I Pad dia dan hulurkan kat aku. Kelihatan gambar-gambar aku dengan Andriand penuh dalam satu folder. Siap ada gambar jurugambar lagi yang tengah rakam video aku dengan Andriand atas katil. Macam tengah shooting filem pulak. Dada aku tiba-tiba terasa sesak.

“U dah tengok semua kan. So U tau apa yang U perlu buat?”

Aku mengangguk dan menghembus nafas berat.

“ok, I akan jauhkan diri dari dia”

“sanggup ke U bercerai dengan dia nanti?”

“emmm..I akan usahakan”

“I bagi masa dua bulan untuk U jauhkan diri dari dia. I nak surat cerai U sebagai bukti dan sebagai tukaran atas semua gambar dan video ni”

Aku tersentak. Cepatnya. Macam mana la reaksi mak dan ayah kalau aku tiba-tiba bercerai? Dahla baru je kahwin. Aku mengetap bibir.

“ok. Apa salah I sebenarnya?” Aku cuba bertanya.

well. First, sebab dekat dengan Andriand. Second, sebab kawin dengan dia. Kira part U kawin dengan dia tu memang salah besar la” Aku berkerut dahi.

Kenapa aku pulak yang salah bila dekat dengan Andriand? Bukannya aku bercinta dengan dia pun. Kitaorang rapat sebab buat final project sama-sama je. Tapi apa hubungan sebenar dia dengan Andriand? Girfriend dia ke macam dalam surat ugutan dulu?

“apa hubungan U dengan Andriand?”

Dia tergelak kecil.

“I dah lama sukakan dia. Macam-macam dah I buat untuk pikat dia, sejak kami sama-sama satu uni dulu. Tak sangka pulak dia sanggup transfer uni sebab nak elakkan diri dari I. Tapi dia silap, dia ingat I tak dapat jejak dia agaknya”

“habis tu kenapa I pulak jadi mangsa?”

“I ni jenis yang berdendam. Kalau I tak dapat dia, I akan pastikan orang lain pun takkan dapat. First plan I nak malukan dia dan family dia, tapi rosak sebab mak dan ayah U datang masa kat hotel hari tu. Padahal I dah call pejabat agama” Dia menyambung lagi.

“macam mana I dengan Andriand boleh tak sedar dan terperangkap dalam bilik hotel masa malam annual dinner tu?” Aku cuba mengorek maklumat.

“hmmm..I dah lama perhatikan U dengan Andriand. Biasala, no money no talk and sebaliknya. I upah orang I untuk kenakan U dan Andriand” Dia tersenyum lagi.

Aku mengeluh. Pendendam rupanya perempuan ni. Rupanya dia bukanla girlfriend Andriand pun. Habis tu perempuan seksi yang tengah berpeluk dengan Andriand masa tu siapa pulak? Tapi Yatie ada cakap tu bukan girlfriend Andriand. Pening-pening.

“U pun tak nak kan family Andriand dapat malu bila orang lain dapat tengok gambar and video ni. Yela, family dia kan orang yang ada nama jugak. Okla. I dah jelaskan semuanya. Dah lewat pun ni. Sempat lagi kalau U nak enjoy your first night” Katanya lagi sambil tersenyum sinis dan melambai pergi.

Aku melangkah longlai menuju ke parking kereta. Berat sungguh kepala aku masa ni. Ingatkan masalah biasa je. Bila dah jumpa perempuan tu, baru tahu ni betul big-big problem.

Mata aku tiba-tiba membesar. Mana kereta Myvi Syima? Bukan dia parking kat sini ke tadi? Takkan la Syima balik tak bagitahu aku pulak? Tak logic rasanya dia buat macam tu.

“ehem-ehem” Satu suara berdehem membuat aku berpaling.

Andriand kelihatan berpeluk tubuh depan aku. Matanya merenung aku tajam. Alamak, kantoi. Aku cuba bertenang.

“cari Syima ke?” Dia bertanya.

Aku mendengus perlahan. Mesti dia ikut aku tadi dan suruh Syima balik. Menyesal pulak tak suruh Syima teman aku tadi.

“kau suruh dia balik ke?”

“yup. Aku suruh dia balik. Tak sangka yer kau sanggup keluar rumah malam-malam macam ni”

“kau peduli ape. None of your business” Kata aku sedikit kuat.

“jaga sikit cakap kau tu. Aku ni kan husband kau. Mana-mana kau pergi, kau kena la bagitau aku dulu. Respect la sikit” Katanya lagi.

Husband? Aku sedikit tergelak. Aku tak ingin pun kahwin dengan kau. Aku kahwin pun sebab mak dengan ayah aku je.

“whatever” Bentakku dan cuba berlalu pergi. Tak nak aku menghadap muka dia lama-lama.

Dia menarik tangan aku kuat sehingga aku hampir terjatuh. Cepat-cepat aku kawal diri supaya dapat stabil. Tak nak aku jatuh lagi macam hari tu. Tak pasal-pasal ada yang pengsan pulak nanti.

“weyh, lepas la” Rontaku kuat.

“shut up. Ikut je aku” Dia menjerit kuat. Disebabkan terkejut dengan jeritannya, aku terpaksa mengalah mengikutinya.

Dia mencengkam pergelangan tangan aku kuat dan badan aku ditolak masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup kasar. Tercabut nanti pintu kereta tu baru padan muka. Aku menjelingnya tajam.

“kau nak bawak aku pergi kemana?”

Aku bertanya sebab perasan kereta dia tak melalui jalan yang biasa digunakan ke arah rumah aku. Aku menggosok-gosok tangan aku perlahan. Huh, dah naik merah pun ni.

“aku punya suka la” Jawabnya kasar.

Dia meneruskan pemanduan. Dahla bawak laju gila. Macam dah tak sabar-sabar nak pergi rumah tiang dua. Aku cepat-cepat pakai seatbelt untuk keselamatan.


********************

Aku tutup mulut menahan kuap. Lagu-lagu yang slow motion membuat aku rasa mengantuk. Dahla aircond rasa kuat gila. Pasang nombor berapa entah. Nasib aku pakai jaket tadi. Kalau tak, beku aku kat sini. Takkan dia tak tahu kot orang yang ada penyakit darah rendah mana boleh duduk lama-lama dalam keadaan sejuk, nanti muka pucat, tangan dan bibir jadi biru. Dalam aku mendiamkan diri tu, last-last aku terlena.

Aku terjaga bila ada sesuatu menyentuh pipi aku. Aku bukak mata dan tengok tangan Andriand kat pipi aku. Cepat-cepat aku tepis. Aku perhatikan sebuah bangunan yang comel berada kat depan mata aku. Kat mana ni?

“kat mane ni?”

“hotel” Jawabnya sepatah.

Aku membulatkan mata. Dia cakap apa tadi? Hotel ke? Atau aku yang silap dengar? Aku perasan dia tengok aku dengan tersenyum nakal.

“h-hotel? Nak buat apa kat sini?” Tanya aku dengan sedikit gagap.

“honeymoon” Senyuman dia semakin lebar.

“what??” Aku menjerit.

4 comments:

RinsyaRyc said...

yeay! honeymoon.. Ngeee..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

yeay jugak! hahaha..

Miezan :) said...

So sweet la Andriand..! :D

Fatin said...

crita ni tamat sampai sini je ke??