:: My gangS :: TQVM

Tuesday, September 27, 2011

sedutan/ cebisan bab akan datang SSID




“Apa hal ni bro ganggu bakal isteri aku? Dah rasa nak bertelur kat dahi ke?” Syaf sedikit tersentak dengan suara itu. Dia berpaling dan melihat Firash tidak jauh dari tangga. Firash sedang mencerlung tajam memandangnya dan Farish. Dia berharap moga tidaklah ada salah faham yang berlaku.

“Firash..”Perlahan saja Syaf menyebut nama lelaki itu. Terasa gerun pula melihat pandangan tajam yang dilemparkan ke arahnya. Firash berjalan laju ke arah Syaf dan merentap tangan Farish. Syaf terkedu seketika dengan kelakuan Firash itu. Tanpa sempat Farish berkata apa-apa, Firash terlebih dahulu menarik tangan Syaf ke luar rumah. Terkulat-kulat Syaf mengekori langkah lelaki itu.

“Yang kau layan si Farish lagi tu kenapa?” Soal Firash memandang Syaf tajam. Dia menarik kasar bahu Syaf dan menyandarkan tubuh gadis itu ke dinding rumah yang agak gelap. Syaf menelan liur apabila kedua-dua tangan Firash seoalah-olah mengunci pergerakannya. Tiada langsung ruang untuk melarikan diri. Dia betul-betul sudah terperangkap.

“Err..Bukan aku layan dia..Dia tu yang tiba-tiba datang duduk sebelah aku.” Hampir tidak keluar suara Syaf menjawab pertanyaan dari Firash itu. Terasa seperti hendak bernafas pun susah ketika ini.

“Aku tak percaya. Kau still simpan perasaan lagi kan kat dia? Sebab tu kau masih layan dia kan?” Soal Firash lagi seraya mendekatkan wajahnya ke arah Syaf.
“Eh tak.. Me-mana ada.” Syaf cuba menafikan. Walau hakikatnya dia masih mempunyai lagi rasa sayang terhadap Farish.

“Liar. Kau tak sedar ke yang tak sampai seminggu lagi kita nak kahwin? Tapi kau still menggatal dengan jantan lain!” Kuat nada suara Firash menerjah ke cuping telinga Syaf. Syaf hampir terkedu dengan tuduhan Firash itu. Bukan salah dia tadi tapi Farish yang tiba-tiba saja datang mengacaunya.





p/s : bab berape? tak tau lg..sesaje post tuk korang yg sudi bace ;DDD

11 comments:

hana_aniz said...

nk full entri!! plizz plizz.

wuuu~~~ suka sgt cite ni! sambung la cepat2. hukhuk

sharifah nurhidayah said...

nak lagi!!!! seksa jiwa baca sikit2!!=(

Hajar said...

baru habis marathon balik semua episod. :D

wah, zura ni saja nak meninggalkan teka teki ek? Sebenarnya Farish tu masih hidup atau dah meninggal? suspen nih..

sYnystEralExGatEs said...

PENDEKSSSSSSSSSSS SANGATTTTTTTTTTTTTTT!

zura asyfar said...

hana_aniz : full entry again? erk! pitam la gini..hehe

sharifah : hehe....sorry dear...ni bukan entry tuk bab 10 tp bab akan datang yg tak tau lg bab berape..hehe...sabar na ;)

hajar : eh marathon balik? why? farish tu? hehe...dia dh meninggal lah...hehe


cik alex : ni entry ngengade je ok..hehe..

blinkalltheday said...

ni flash back ke?

zura asyfar said...

blink : ha'ah..lebih kurg la :D

YONG JIAO XIU said...

bila nak terbit ye? jenuh rasa bila baca sikit2 ni.huhuhuhu

Hajar said...

hehe. ala, ingat apa yang zura post kat p2u tu sama dengan apa yang dah post dulu. rupanya ada perubahan. so, bacalah balik. refresh memory. :)

apa pun, saya doakan zura diberi ilham yang banyak untuk siapkan manuskrip ni. so bolehla kami semua baca versi cetak nanti. :)

zura asyfar said...

yong : huhu...kesian jugak taw kt kite...tak siap2 lg manuskrip ni....tgh berusaha keras ni..hope dpt siap sebelum bulan 11 ni...

hajar : oh cm tu..mmg ade perubahan sket...n thanks again for da wish :D

Nadrah Raihah said...

x saba nye nk bace sambungan..