:: My gangS :: TQVM

Saturday, September 10, 2011

Cerpen : Aku Miliknya Part 3




Jiji cuba untuk melelapkan mata namun matanya seakan tidak mahu mengantuk. Dia merenung sekilas ke arah Alfezz yang tenang memandu di sebelah. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Alfezz yang terdengar Jiji mengeluh memalingkan mukanya.

Sorry sebab susahkan kau malam-malam macam ni.” Tutur Jiji tanpa memandang muka Alfezz. Alfezz memperlahankan sedikit kelajuan keretanya. Malam-malam macam ni memang jalan tak sibuk tak macam siang hari. Jadi buat apa nak pandu laju-laju pun.

“Memang susahkan aku pun. Aku penatlah.” Balas Alfezz tanpa nada. Tangannya yang masih kejap memegang stereng kereta itu dikepal untuk menghilangkan lenguh.

“Nanti aku cerita hal sebenar kat kau. Erm, kalau kau penat biar aku drive.” Jiji mempelawa.

“Aku tak pernah bagi orang drive kereta aku.” Balas Alfezz sedikit tegas. Memang sebelum ini tiada siapa dibenarkan untuk memandu keretanya hatta kawan baik sekalipun. Jiji yang mendengar itu sedikit mencebik. Kedekut ya amat!

“Okey.” Balas Jiji lalu memejamkan mata. Baik aku cuba tidur dari layan mamat ni. Buat sakit hati aje kalau bercakap dengan dia!

“Wei, kau janganlah tidur. Teman aku drive ni.” Tangan Alfezz menepuk kasar bahu Jiji. Sedikit terkejut Jiji dengan tepukan itu di bahu. Matanya kembali dicelik. Hesy mamat ni, menyibuk betul!

“Hmm...” Gumam Jiji nak tak nak. jam di dashboard kereta dikerling sekilas. Dah nak masuk pukul 1 pagi pun. Dia memandang kembali ke arah Alfezz yang memandu. Mamat ni tak mengantuk ke?

“Kau tak payahlah curi-curi pandang aku macam tu. Aku tahulah muka aku ni hensem.” Ucap Alfezz tiba-tiba. Jiji sedikit terkedu. Terasa panas pipinya menahan malu kerana ditangkap merenung anak teruna orang. Haih, ada jugak yang perasan!

“Ye la sangat tu.” Gumam Jiji perlahan. Namun dia tidak menafikan kebenaran kata Alfezz tu. Dengan tubuh yang tinggi lampai serta berkulit cerah, Alfezz memang boleh dikategorikan di dalam lelaki yang berwajah kacak. Sebab itu dia digilai ramai gadis di dalam universitinya. Dan disebabkan kekacakan wajahnya itulah yang menyebabkan dia dengan Alfezz terikat di dalam perkahwinan ini. Dia mengeluh perlahan.

“Kenapa mengeluh? Kau dah menyesal sebab terpaksa kahwin dengan aku?” Hampir lima minit masing-masing mendiamkan diri, Alfezz mula membuka mulutnya.

“Memang menyesal pun.” Tanpa nada Jiji membalas. Sungguh dia tak ada mood untuk membicarakan hal yang terpaksa kahwin dengan Alfezz ketika ini. Dia berpaling apabila Alfezz tiba-tiba saja tergelak.

“Kau tak payah menyesal lah. Kau sendiri yang libatkan diri kau dengan hal ni so kau kena bertanggungjawablah.” Alfezz berkata dengan sisa ketawa yang masih berbaki. Jiji sudah menjeling tajam ke arah Alfezz. Hesy, ada yang nak kena hempuk jugak dengan beg laptop ni!

“Aku bukan sengajalah Alfezz.” Tukas Jiji geram. Matanya sedikit dijegilkan memandang Alfezz namun lelaki itu tetap beriak selamba. Seolah tidak ada perasaan dengan pandangan Jiji tu.

“Sengaja atau tak sengaja tu bukan masalah aku. Tapi yang penting kau ada kat situ masa kejadian and now kita terpaksa berkahwin disebabkan perkara itu.” Sambung Alfezz dengan nada sedikit tegas.

Masih terbayang-bayang rakaman malam dia ditangkap berdua-duaan dengan Jiji di dalam bilik hotel malam tu. Walaupun penangkapan itu bukan dari jabatan agama namun pihak media yang ada merakam gambar mereka berdua sedikit meresahkannya. Dia bimbang jika pihak media itu menyebarkannya ke internet dan ke media cetak. Pasti reputasinya sebagai anak hartawan terkenal dan sebagai pelajar di universiti akan tercemar. Lagi pula wartawan yang menangkap gambarnya itu telah mengugutnya. Dia yang ketika itu sedikit kalut terus saja bersetuju untuk membayar wang bagi menutup kes tersebut dan terpaksa menggunakan alasan itu untuk berkahwin dengan Jiji andaikata hal itu terbongkar.

Bagi Jiji pula, kedatangannya ke hotel untuk bertemu dengan Alfezz untuk menghantar laporan makmal itu tiba-tiba menjadi seakan mimpi ngeri. Dia tidak tahu macam mana dia boleh berada di dalam bilik hotel bersama Alfezz. Mungkin seseorang telah merancangkan komplot untuk mengenakannya.

Jiji yang malu dan tidak mahu perkara itu diketahui ibu bapanya akhirnya bersetuju dengan cadangan Alfezz. Dia tidak mahu perkara ini tersebar di pihak atasan universiti. Dan dia tidak mahu ibu dan ayahnya di kampung mengetahui hal ini.

“Aku harap aku still ingat akan janji kau untuk menceraikan aku lepas kita habis belajar nanti.” Tutur Jiji perlahan. Sungguh dia tidak sanggup untuk hidup bersama dengan Alfezz jika inilah yang terpaksa mereka hadapi sehari-hari. Ini baru hari pertama perkahwinan mereka namun tiada langsung tanda-tanda untuk berdamai.

“Aku takkan lupalah. Kau jangan bimbang pasal tu. Lagipun aku dah janji dengan Zita nak kahwin dengan dia nanti lepas grad.” Balas Alfezz tanpa nada. Hubungannya dengan Zita kekasihnya sekarang sudah bertahan hampir dua tahun. Zita memang tidak tahu menahu akan perkahwinan ini dengan Jiji. Namun jika perkara ini terbongkar, dia akan menjelaskan sebaik-baiknya akan perkahwinan ini. Lagi pula takkanlah dia hendak hidup bersama dengan Jiji tanpa perasaan cinta? So ridiculous!

“Okey.” Jiji membalas lemah. Terpaksalah dia bertahan untuk hidup bersama dengan Alfezz dalam tempoh lima bulan lagi sebelum mereka tamat pengajian.



***



“Okey, dah sampai.” Alfezz mematikan enjin kereta. Jam di dashboard sudah tepat pukul 3 pagi. Jiji yang hampir saja terlelap itu mencelikkan matanya. Kat mana ni?

“Rumah kau ke?” Soal Jiji cuba menjenguk apartment yang mempunyai ketinggian lima tingkat itu. Nampak macam mahal je apartment ni.

“Rumah aku lah takkan rumah nenek aku pulak.” Balas Alfezz dengan nada sinis. Jiji mencebik dan membuka pintu kereta. Alfezz yang sudah membuka bonet kereta itu mengangkat luggagenya. Sementara Jiji berhempas pulas menarik luggage serta dua beg yang berada di tangannya. Dia memandang ke arah Alfezz yang sudah berjalan mendahuluinya. Tak gentleman langsung! Jiji merengus perlahan.

Dia mengekori Alfezz sehingga ke pintu lif. Pintu lif terbuka dan lelaki itu menekan butang nombor tiga. Lif terus bergerak menuju ke destinasinya tanpa ada sebarang percakapan antara mereka berdua. Setelah pintu lif terbuka, laju saja langkah lelaki itu meninggalkan Jiji di belakang. Sedikit terkial-kial Jiji membawa dua beg serta satu luggage yang agak besar.

Alfezz berdiri menghadap pintu rumah yang bernombor 347. Segugus kunci ditarik dari poket seluar untuk membukanya. Manakala Jiji ralit memerhatikan keadaan sekeliling. Kalau duduk apartment memang sunyi sepi eh? Dia bermonolog di dalam hatinya. Tapi kan Jiji, memanglah sunyi tengoklah sekarang dah pukul berapa. Dia hampir saja mengetuk kepalanya.

“Tunggu apa lagi? Masuklah. Kau bukannya puteri raja pun nak kena jemput beradap.” Tegur Alfezz sinis apabila melihat Jiji yang masih tegak berdiri di luar rumah sedangkan dirinya sudah pun meloloskan diri ke dalam apartment itu.

“Huh.” Jiji menjeling lalu menarik luggagenya. Lelaki ni memang suka cakap kasar ke?

Jiji melangkah ke ruang tamu yang agak selesa di ruang depan. Matanya tak berkelip memandang apartment yang hampir kemas dan selesa itu. Hmm, kalau tengok sekali imbas memang tak padan dengan perangai Alfezz yang kasar itu.

“Aku nak tidur. Esok aje lah kalau nak bincang apa-apa.” Alfezz bersuara lagi. tangan menahan mulut yang menguap. Letih memandu dari tadi.

“Aku nak tidur kat mana ni?” Soal Jiji pada Alfezz yang dah mula bergerak ke salah satu bilik yang berada di situ. Alfezz berpaling seketika dan merenung Jiji.

“Ikut kau lah nak tidur kat mana-mana. Sini banyak bilik kosong.” Balas Alfezz lalu menolak daun pintu di hadapannya.

Jiji mengeluh lemah dan menghenyakkan punggungnya di sofa berwarna merah terang. Skrin tv yang bergelap itu direnung sekilas. Takkan aku nak tidur kat ruang tamu pulak? Bisik hatinya. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah bilik yang terletak bersebelahan dengan bilik Alfezz. Terbuntang matanya melihat pakaian Alfezz yang bersusun kemas itu. Kakinya menjejak masuk. Ni kedai baju ke apa? Bisiknya lalu membuka salah satu pintu almari pakaian yang berpintu enam itu.

Memang konfemlah aku takkan tidur kat sini. Rak kasut yang terletak bertentangan dengan almari pakaian milik Alfezz itu sudah cukup membuatkan bilik itu terasa semak. Akhirnya Jiji menutup kembali pintu bilik itu dan menapak menuju ke bahagian dapur. Di situ ada lagi sebuah bilik. Tombol pintu dibuka dan kepalanya sedikit dijegulkan ke dalam. Ada sebuah katil bujang serta satu rak buku yang tersusun. ‘Aku tidur kat sini ajelah.’ Bisik Jiji. Dia kembali menapak ke ruang tamu untuk mengambil luggage serta dua beg yang lain.



13 comments:

aima adawiyah said...

salam...ala napa plak ada muncul watak zita ni??erm...takpe2 harap ia dapat membuatkan jiji dan alfezz jtuh cinta...haha x sbar la nak taw ending dia...

Juju said...

wah!! best2 akak...cpt smbg ye!!semakin menarik crita neh....(^_^)

hana_aniz said...

kak zura, cite ni best la! huhu

sambung cepat2 plizzzzz. ;)

Anor said...

Zurz, bestlah cite ni.. nk lagi
cptlh sambung ye... kesian dgn Jiji
ye terus kena halau dgn bapanya...

aisy said...

bestnyerr..akhirnye tau gak knape dorg kawin..sian btul jiji..igtkn ni last entry..rupenyer ader smbungn lg..huhhu

blinkalltheday said...

perkara ape yg berlaku semalam zura?best la cite ni..sian jiji..xsabar nak tggu alfezz jth cinta kt jiji~~

Ema Emaharuka said...

Akak, best sangat cite ne!!
Cepat sambung kak cerPenya..
Tak mau tUngGu lama, heE

aiscream cokolat said...

olala pendeknye entry. nak lagi ye kak zura =))

~aYeeN & SuE~ said...

best je cte ni..truskn la ye..x sabar nk tau kisah dorg..:)

0nion_ring said...

bila nk smbg lagi ni...

Nur Aqilah said...

akak cepat smbng.. nk tau sgtt smbngn cter ni.. hehe

KYUHAN said...

akak cpt la smbng.. xs br nk tau apa plk terjd next en3..

Ika Ashari said...

Akak, nape dah tak tak sambung cerita ni lagi?