:: My gangS :: TQVM

Sunday, July 10, 2011

Suami untuk Aku? - 1





Weyh, Cik Aina dah masuk tu!” Sedikit terjerit kecil suara Ayu pada Pat yang masih lagi bertenggek kat ruang hadapan kelas. Entah apalah agaknya yang dia sembangkan dengan Dina sampai tergelak-gelak sakan tu. Dahlah suara tu kuat semacam aje, sampai satu bilik kuliah ni boleh dengar dia ketawa.

“Pat! Hishh budak ni!” Ayu meninggikan sedikit kekuatan suara. Harap-harap budak Pat ni dengar. Dia kalau dah bersembang memang boleh lupa dunia yang tengah berpusing.

“Hah?” Pat mengerutkan kening sambil memandang ke arah Ayu.

“Cik Aina lah.” Ayu sedikit berbisik dan menunjukkan isyarat dengan jari ke arah pintu dewan kuliah. Cik Aina yang tengah berjalan melenggang kangkung berdekatan dengan pintu masuk tu dijeling sekilas. Mak ai, merahnya lipstick, dah sebatu nampak dari jauh. Dahlah mekap kat muka tu tebal gila, dah kalah opera cina zaman-zaman dulu.

Cepat sahaja Pat berlari-lari anak masuk ke ruangan yang berderet-deret kerusi itu. Pelajar-pelajar lain yang dari tadi membuat bising terus sahaja mendiamkan diri. Bukannya boleh kompromi dengan Cik Aina ni, silap-silap ada saja yang kena potong markah. Dahlah strict gila orangnya.

Fuhh, nasib sempat duduk.” Sedikit mengah Pat bersuara. Buku subjek Hidraulik ditarik keluar dari dalam beg sandang dan di letak atas meja. Bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Cik Aina ni boleh tahan garangnya. Kalah singa betina. Siapa-siapa yang tak bawa buku memang ada yang cari pasal lah dengan dia. Silap-silap boleh kena halau keluar lagi dari kelas.

“Kau tu yang rancak bersembang. Dua kali aku panggil tadi.” Ayu sedikit berbisik pada Pat yang berada di sebelah. Tangannya lincah mengeluarkan buku nota.

“Mana boleh tinggal gosip panas ni ter.” Sedikit tersengih Pat.

“Banyaklah kau punya ter. Dahla sembang, continue kejap lagi. Cik Aina dah pandang semacam tu kat kita.” Ayu menjuihkan bibir ke depan. Pandangan Cik Aina berlaga dengan pandangan Pat. Alamak! Betullah cakap minah ni. Tajam gila dia tenung orang, macam nak tembus je!

“Okey-okey.” Pat menunjukkan tanda okey dengan jari. Telefon bimbit cepat sahaja dibuat mode silent untuk tidak menganggu pembelajaran di dewan kuliah. Lagipun Cik Aina ni tak boleh dengar bunyi telefon bimbit. Sensitif betul. Nanti tak pasal-pasal kena campak kat dinding. Seram!

“Yang ni kenapa lewat datang?!” Tiba-tiba sahaja suara Cik Aina yang menjengah masuk ke gegendang telinga. Hampir terjatuh kalkulator di tangan Pat. Si Ayu pula mengurut dada kerana terkejut. Tiga puluh sembilan pasang mata masing-masing memandang ke hadapan. Suasana kelas bagaikan dilanda burung garuda. Sunyi sepi. Okey, drama sudah bermula.

Si lelaki yang berambut pacak yang sedang berdiri tu hanya selamba memandang Cik Aina. Tangan kedua-dua belah diletak dalam poket seluar. Sempoi gila. ‘Huh, gila selamba budak nih! Eh kejap, tak pernah tengok pun muka budak ni kat sini. Budak baru ke?’ Getus hati Pat. Dia menjeling ke arah Ayu di sebelah. Eh dia ni, tengok macam nak telan aje. Siap ternganga mulut lagi.

“Ayu...” Pat menyenggol lengannya ke bahu Ayu.

“Hmmm...” Ayu masih lagi memandang ke arah hadapan. Macam tak berkelip aje mata tengok budak tu. Hensem sangat ke?

“Siapa tu?”

“Entah.”

“Budak baru ke?”

Maybe kot.” Memang si Ayu ni dah tangkap lentok dengan mamat rambut pacak tu. Apa yang dibebelkan oleh Cik Aina sudah tidak ambil perhatian lagi.

“Eleh macam poyo je.” Pat mencebik bibir. Tak kuasa aku nak tengok lama-lama mamat tu. Bukannya ada hasil pun.

Weyh kau ni. Aku rasa hensem lah mamat tu. Rasa nak berkenalan aje.” Ayu pandang ke arah Pat.Hissh dia ni, memang dasar tak ada perasaan. Lelaki hensem macam tu pun tak nak pandang.

“Gediklah kau. Malas aku layan.” Balas Pat. Tangan dah mula membuka modul Hidraulik. Tengok benda ni ada lah jugak hasilnya. Nanti kalau cik Aina buat pop-quiz dapatlah jugak jawab dari hantar kertas kosong aje.

Cehh, kau ni memang. Eh Pat, dia datang sini lah.” Ayu dah mula menggelabah. Tangan dah mula membetulkan baju di tubuh. Cermin muka yang ada di bekas pensel di tarik keluar. Nak kena check mekap ni kut-kut dah mula pudar.

“Biarlah dia tu. Bukannya ada kena mengena dengan aku pun.” Balas Pat malas. Langsung tak pandang pun Ayu di sebelah. Pen di tangan mula melakar sesuatu yang tak diketahui maksudnya.

“Ada kena mengena lah.” Ayu bersuara lagi.

“Kau apa kes?” Pat dah mula bengang dengan Ayu.

“Dia nak duduk sini lah.”

“Dah tu duduk aje lah. Apa kaitannya dengan aku?”

“Masalahnya Pat. Kita ni duduk kat barisan last sekali. Kat sebelah kau tu kosong. Enjak lah sikit.”

“Huh?” Pat dah buat muka kelam. Tak faham dengan kata-kata Ayu. Mata dialihkan ke arah mamat yang sudah berdiri tegak di sisi Ayu.

“Enjaklah sikit. Oang nak duduk ni.” Suara Ayu dah bergetar. Budak Pat ni mula buat sesi blur dia pulak kat sini.

Mata Pat beralih ke arah Ayu yang macam serba salah tu. Lambat-lambat dia bangun dan beralih ke tempat di sebelah. Nafas direngus perlahan. Sibuk betullah mamat ni. Macam lah tak ada tempat lain lagi nak duduk. Dekat sini jugak datang nak menyemak!

“Thanks.” Suara mamat rambut pacak tu kedengaran. Bajet gentle lah cakap slow semacam tu!

“Eh takpe-takpe. Memang patut pun kitaorang buat macam tu.” Balas Ayu. Suara kontrol semacam aje. Pat di sebelah mula menjeling sekilas ke arah Ayu. Huh, gediknya pompuan ni!

“Achid Zackery. Awak?” Si rambut pacak dah mula buat sesi berkenalan. Cik Aina di depan dah tak dipandang. Ayu dah mula ukir senyum sampai ke telinga. Ada chance ni!

“Emm..Saya Ayu Irdina. Panggil Ayu je.”

“Oh.” Dan Ayu dan si rambut pacak tu mula buat sesi ala-ala mesyuarat tingkap kat situ. Cik Aina pula entah pergi mana pulak, tiba-tiba sahaja keluar dari kelas. Hanya sesekali mata Pat melirik ke arah Ayu dan setiap lirikan tu bertembung dengan si rambut pacak. Pat mencerun mata, si rambut pacak hanya menjeling sinis. Huh, perasan betul lah, macam aku nak tengok sangat dia tu!




***



“Makan jom.” Pat dah mula bangun dari kerusi. Pinggang digerak ke kiri ke kanan. Lenguh gila bila berjam-jam duduk aje dalam dewan kuliah ni. Tangan mula diusap-usap ke perut. Laparnya! Kelas sampai petang memang tak sempat nak makan tengah hari. Break sekejap tadi pun hanya semput teguk air aje. Perut pun dah keluar bermacam-macam irama dah ni.

“Okey, aku pun dah lapar gila ni.” Ayu dah menarik begnya. Pat dah siap berjalan keluar dari kelas. Si rambut pacak a.k.a Acid tu dulu-dulu lagi dah keluar sebelum habis masa Encik Hanif. Ah, kenapa aku duk pikir pasal budak tu pula ni? Luar silibus betul lah!

Masing-masing berjalan menuju ke arah kafe yang terletak tidak jauh dari bangunan fakulti mereka. Dah pukul tiga petang, memang dah tak ramai pun orang. Ada yang kelas dah habis dan ada lagi yang masih ada kelas. Meja kat tempat hujung diambil. Memang dah jadi port wajib kalau datang sini.

“Kau nak makan apa?” Pat masih lagi berdiri kala Ayu dah pun melabuhkan punggung di kerusi. Mata melilau melihat menu-menu makanan yang terpampang di signboard di cafe. Banyaknya pilihan, nak makan apa ni?

“Tak kisahlah. Tapi rasa nak makan nasi aje.” Ayu membalas.

“Nasi ayam aje lah. Senang dan cepat.” Pat bersuara lagi. Wallet dikeluarkan dari poket seluar. Mengira-ngira duit yang masih ada.

“Okeylah. Teh ‘o’ ais satu.” Ayu tersengih. Memang best kalau suruh Pat jadi tukang order ni.

“Kau belanja.” Pat pula membalas sengihan. Ayu dah mencebik namun tangan tetap menarik keluar dua keping not merah dari wallet.

Kaki melangkah menuju ke arah makcik cafe yang tersenyum tu. Memang senyum aje lah kalau dapat pelanggan hari ni.

“Nasi Ayam dua, teh o ais dua.” Pat buat order. Mata merenung ke segenap ruang cafe. Dua bulan lagi kena tinggalkan kolej ni nak buat praktikal. Mesti rindu nanti dengan kafe ni.

“Siap.” Terkejut Pat mendengar suara makcik cafe tu. Terus sahaja hilang senyuman di bibir.

“Berapa ni?”

“Tiga belas ringgit.” Pat keluarkan dua keping not merah dan dihulurkan kepada makcik cafe tu.

“Terima kasih dik. Nanti datang lagi.” Makcik cafe hulurkan duit baki.

Tangan dah mula mengangkat dulang yang berisi nasi ayam dan minuman tu. Berhati-hati dia berjalan menuju ke arah Ayu. Bimbang jugak kalau tersadung kat sini, tak pasal-pasal bermandikan nasi ayam nanti.

Ringtone Bruno Mars kedengaran. Ala telefon ni, masa ni lah sibuk nak memanggil pulak. Dia berhenti sekejap di tengah-tengah kafe.

Bukk!! Pang!

Pat dah terasa bajunya basah. Mata cepat-cepat menangkap susuk tubuh di hadapannya. Lelaki? Memang ada yang cari pasal dengan aku hari ni! Nasi ayam yang dah tunggang langgang di lantai dah tak menarik perhatian.

“Buta ke?” Pat mengibas-ngibas kemejanya yang bermandikan air teh o ais. Lelaki di hadapannya dipandang macam nak telan. Huh, Acid si Asid Hidroklorik rupanya!

“Kau tu yang buta? Apa kes berhenti tiba-tiba kat tengah-tengah ni?” Acid membalas. Tak agak-agak betul lah perempuan ni, tiba-tiba aje stop tanpa signal. Terasa kasutnya juga basah. Habislah kasut mahal aku ni!

“Hoi mulut, sedap mengata nampak! Yang kau langgar aku tu kenapa?” Pat dah mula berangin. Bajunya basah. Nasi ayam terlingkup. Ruginya! Dah lah perut tengah lapar ni, ada jugak yang kena makan kejap lagi!

“Eh Acid, Pat. Apa hal ni?” Tiba-tiba saja suara Ayu kedengaran. Pat berpaling. Terasa ada beberapa pasang mata yang tengah menjamu selera di kafe memandang mereka.

“Ada orang langgar aku.” Balas Pat tanpa nada. Mata masih lagi merenung tajam ke arah Acid di hadapan.

“Oh...Eh Pat, beli yang lain aje lah.” Ayu memberi cadangan.

“Apa ni Ayu? Suruh dia ganti lah. Mahal apa nasi ayam tu. Tengok baju aku basah lagi ni.” Pat menunjuk ke arah kemejanya yang masih basah.

“Kasut aku pun basah jugak ni.” Acid pula bersuara. Seakan mengadu aje pada Ayu.

“Tak ada rezeki lah tu kita nak makan nasi ayam. Dahlah Pat, kita beli yang lain aje.” Pujuk Ayu. Pat ni nampak aje kasar semacam, kadang tu lembut jugak kat dalam. Maklumlah anak bongsu!

“Kau aje lah yang makan. Aku dah tak ada mood ni. Blah dulu lah.” Pat melangkah menuju ke meja untuk mengambil beg sandangnya. Eh Pat, kau apa hal hari ni? Sentap semacam aje? Namun dia tak pedulikan kata hatinya dan terus berlalu dari situ.

“Pat!” Ayu dah menjerit namun langsung panggilannya tidak dihiraukan. Apa kena dengan Pat hari ni?

Sorry-lah pasal tadi tu. Saya balik dulu lah.” Ayu meminta diri pada Acid.

“Okey, saya pun nak balik jugak ni. By the way, next time saya belanja sebagai ganti rugi.” Acid membalas. Kenalah buat gentle sikit depan Ayu ni. Lagipun bukan senang nak berkawan dengan hot girl kat kolej ni. Bukan calang-calang lelaki boleh rapat dengan Ayu.

Emm, oklah. Balik dulu ya.” Dan Ayu terus berlalu dari situ. Acid tersenyum penuh makna. Jadi jugak idea aku nak buat berlanggar dengan Pat si Karipap tadi. Boleh juga bercakap dengan Ayu. Tak kisahlah kalau terpaksa basah kasut sekalipun!




p/s : To my old friend, this is for you...thanks 4 request..n to my luvly readers...selamat membace...hope enjoy..jgn lupe komen sekali:D


2 comments:

blinkalltheday said...

mesti jodoh acid dgn pat!!!

belle.talib said...

nmpaknya acid memang nak rapat dengan ayu...herm...