:: My gangS :: TQVM

Thursday, February 20, 2014

#SSiDRAYA dan #FILEMSSiD? :D



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari Jumaat yang penuh berkat…



Adakah anda teruja dengan tajuk di atas? Hehedan seperti yang anda jangkakan adalah benar belaka. Drama #ssid #sebenarnyasayaisteri dia bakal disambung..disambung macam mana? Okay ni saya jelaskan..atas permintaan ramai dan kerana telah merangkul dua anugerah iaitu Fresh Tv Awards (Shout Awards 2013) dan Anugerah Khas (Anugerah Skrin 2013) jadi pihak Grandbrilliance mahu drama ini diadakan filem #ssid (iaitu sambungan dari drama SSiD lepas).. dan tidak lupa juga #ssidraya untuk slot khas raya tahun ni di tv3..Cuma filem itu kemungkinan bakal ditayangkan untuk tahun depan..Dan satu lagi insyaAllah #novelssid juga akan disambung (cerita ini akan sama dengan filem dan kemungkinan akan dilaunch sekali dengan filem nanti) :D

Sebenarnya dah dua bulan lepas saya dapat dengar ura-ura kemungkinan #ssid akan dijadikan filem..namun saya tak nak lah kecoh-kecoh sebab tak sure lagi..Cuma bila Datuk Muzri call saya akan ada meeting dengan kak Jalena Rejab (penerbit) dan kak Rozie Rashid (penulis skrip)..saya pun terkejut jugaklah..dan nampaknya filem itu dah sure ada..


Tiga hari lepas kut, ada peminat yang bagitahu dia terbaca statement dari pengarah (Raja Ahmad Alauddin) yang katanya akan buat teleraya #ssid untuk slot raya tahun ni.. So masa tu saya dah konfius.. Filem atau pun teleraya?


                                                              (sinar harian isnin)


Dan kekeliruan itu berakhir semalam.. rupanya #dramassid bakal dibuat #teleraya dan #filemssid.. dan semua itu memang mengejutkan..saya mengharapkan salah satu sahaja tapi tak sangka pulak dapat dua-dua sekali (ekcited plus berdebar)


Jadi kali ini saya terlibat dalam skrip untuk #teleraya dan #filem ini.. tak macam #dramassid lepas.. hanya berdiskusi sedikit sahaja untuk part2 awal dalam drama itu..dan paling mengejutkan tak tahu pulak yang kebanyakan penulis skrip drama ssid tu lelaki..hehe

saya (baju hijau), kak jalena rejab (penerbit), kak rozie rashid, izan (penulis skrip) dan bob (penulis skrip)



Dan untuk para peminat cerita #ssid ni, saya berkongsi sedikit akan cerita yang akan mengisi #teleraya dan #filemssid :

#ssidraya : masa tu firash dah habes sambung belajar (master kt overseas)..anak kembar dorang pun dah besar..


#filemssid : masa ni firash dpt sambung belajar kt overseas..konflik bila kemunculan shida yang kebetulan belajar sana jgk...


*penamat cerita ni adalah untuk #teleraya nanti.. sebab untuk #filemssid masa tu firash sambung belajar dan tak ada anak lagi..so ending yang tergantung pada episode last hari tu (drama ssid) akan dikembangkan..iaitu untuk watak shidah..filem dan teleraya ini still mengekalkan genre yang sama iaitu komedi romantic dan masih mengekalkan pelakon utama yang sama.

*dan sebelum menutup post ini, jika anda semua ada idea menarik (scene kiut-kiut, comel-comel ) atau cadangan-cadangan untuk ditambah ke jalan cerita di atas, boleh sahaja emelkan cerita anda ke asyfarzura@ymail.com atau boleh pm kehttp://www.facebook.com/Novelssid

*dan jangan lupa juga untuk mengundi #izzueislam #tizzaqyah serta #dramassid untuk #anugerahdramafestivalkualalumpur yang bakal diadakan esok (hari ni dah last untuk undi) di website www.dfkl.com.my

 juga #gandinganserasidilayar untuk abpbh2013 nanti di website www.abpbh.com.my




 BYE!!! :D :D :D