:: My gangS :: TQVM

Thursday, December 12, 2013

Sekali lagi novel Sebenarnya Saya Isteri Dia dapat anugerah!




Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaannya..mula-mula dihubungi oleh penerbit Karyaseni (Dato’ Wan Mohd Muzri) dua minggu lepas, memang terkejut..katanya dipanggil untuk shoot…shoot apa? Berlakon ke? Hehe.. rupanya shoot untuk montaj Anugerah Buku Negara 2013.. masa itu barulah dapat tahu yang novel Sebenarnya Saya Isteri Dia menang Anugerah Novel Terlaris 2013.. perasaan masa tu memang speechless langsung

So hari yang ditunggu pun tiba.. 11/12/2013.. mungkin tarikkh ini nampak cantik je untuk pasangan yang nak kahwin…selangor pun cuti hari tu disebabkan hari lahir sultan Selangor..dan hari itu jugalah bermulanya Pesta Buku Satu Malaysia (One Boox Expo 2013) di pwtc.

Awal-awal pagi dah bertolak dari Nilai..katanya kena ada kat sana pukul9.30..sampai-sampai taka da orang pun lagi..booth-booth banyak lagi yang masih tutup..

So sampai, ambil gambar dua tiga keeping sebelum masuk dewan..assistant pulak tak ada nak suruh ambil gambar sebab Addy terpaksa jaga si Rizq n Chieqa..so suruh si Ayman Hyeqal aje yang masuk..dapat ambil sekeping dua pun jadi lah..hehe

Lepas masa nak umumkan tu, baru tahu yang novel Sebenarnya Saya Isteri Dia ni dah tercetak 150000 naskhah..ya Allah memang terkejut..dan sudah masuk cetakan ke-16..Alhamdulillah..

 

ni kena interview tv9..untuk siaran hari ni Jumaat 13/12/2013..
apa ntah diintervienya..hentam ajelah..hehe




 chiqa n rizq...kesian kena tgu dari awal pagi sampai malam...korang bile dah besar nanti akan tahu apa itu pengorbanan demi kehidupan yang lebih baik :')



Dan selepas sibuk-sibuk nak balik tu, sempat pulak Dao' Muzri ajak naik stage...katanya join the forum.. alamak.. ha-ha.. nak tak nak terpaksa jugakla..nasiblah ada jugak Sara Aisha (novelis Jodoh Itu Milik Kita).. mereka membincangkan Novel ke Drama Adaptasi..firstime memang nebes gila..yela..kalau time belajar hari tu paling takut bab presentation..sekali kena bercakap pulak depan orang ramai..tapi alhamdulillah..oklah jugak sebab maybe forum tu tak formal sangat kut..yang datang pun ramai warga Upsi..harap mereka mendapat sedikit sebanyak input yang diutarakan..hehe..lawak giler sebab banyak bercerita pulak kat atas pentas tu..


Akhir kata, memang tahun 2013 rezeki untuk novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! kut..Alhamdulillah dan terima kasih pada yang tak putus-putus menyokong :')


Anugerah Kategori Novel :
1) Tempat kedua Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian 2013(Novel Sebenarnya Saya ISteri Dia!)
2) Tempat kedua Anugerah BEst Novel 2013 anjuran Karnival Novell 2013
3) Anugerah Novel Terlaris 2013 anjuran Anugerah Buku 2013

Anugerah Kategori Drama :
1) Fresh Tv Series Award (Shout Awards 2013)
2)Anugerah Khas (Anugerah Skrin 2013)


pic krdt : ayman hyeqal, tie tinie.. dato' muzri..finas.. n etc

p/s : lupa nak cakap..esok hari sabtu pukul 12-2 ptg,ade sesi otograph kat pwtc...#firash a.k.a izzue pn ada tau..jemputlah dtg :D

1 comment:

Gya DuniaKu said...

Tahniah zura... sy dah baca novel ni berulang kali tanpa jemu... sgt best. . Tahniah sekali lagi.