:: My gangS :: TQVM

Saturday, July 13, 2013

The End of Drama Sebenarnya Saya ISteri Dia a.k.a SSiD <3




Assalamualaikum semua..baru aje berkesempatan nak update blog..sedih sebenarnya SSID a.k.a Sebenarnya Saya Isteri Dia dah habis..rasa macam ingat lagi tiap-tiap minggu teruja menanti promo..sibuk-sibuk CSI dari keek atau gambar sebab nak tahu epi seterusnya..sibuk mengupdate pages..sekarang rasa kosong..entahla rasa kehilangan sangat..mungkin sebab drama tu rasa macam dekat sangat dengan hidup kita..seriusly, saya lagi la rasa kehilangan..sebab saya lah yang menulis n mereka watak mereka..kekadang macam ternampak-nampak aje mereka berdua kat depan mata..walhal ini hanya lah cerita semta..hmmm, ramai juga yang kecewa sebab sikit je epi SSiD ni..dan ramai jugak yang mintak season kedua namun setakat ni takde lagi mana-mana pihak yang mintak..hmm..trending kat twitter hari tu tiga hari dua malam..memang terkejut sangat..ni rating setiap epi memang mengejutkanlah..


  

KENANGAN EPISODE AKHIR DI RASTA TTDI (05072013)








 krdt pic - Z-one photography n semua yg sudi tags pic dlm ig n twitter :)



***#SSiD ~ kau dalam kenangan yang mungkin takkan mungkin ku lupakan :')



Wednesday, July 3, 2013

Untuk peminat drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! :D




Assalamualaikum…

Bertemu kembali kita di ruangan ini..Seperti yang telah diketahui, episode terakhir Sebenarnya Saya Isteri Dia akan berakhir Jumaat ini 5/7/2013 di Slot Zehra TV3..Okay, serius cakap memang tak sabar nak tengok..iyalah, saya sendiri tak pernah mintak skrip dia so rasa excited tu macam fans #ssid jugakla..hehe

Dan petang tadi TV3 telah menyebarkan poster untuk LiveCHat bersama pelakon #SSID..hari jumaat ini pukul lima petang..biasanya live chat ni diadakan di gua.chat rasenye..






Dan yang terbaru selepas maghrib tadi, pihak Karyaseni telah mengconfirmkan ( sila jgn tiru pkaataan  ni yer) akan ada tayangan ekslusif di Rasta TTdi, Sungai Penchala bermula pukul 7.30- 9.30 malam..so sesiapa yang berdekatan dan mempunyai masa terluang, jom kita sama-sama memeriahkan event ini..pelakon #ssid iaitu IZZUE ISLAM a.k.a Firash Arshad pun ada nanti..tapi Tiz Zaqyah tak konpem lagi ada ke tak sebab rasanya dia macam tak ada kat area KL ni..apa2 pun nilah masa terbaik untuk jumpa geng2 yang punyai minat yang sama rite? Hehe..




*mohon #SSiDfans yang akan dating ke Rasta nnt pakai baju pepel (purple) sbb dalam novel ni mmg tema pepel n baju syaf n firash time sanding pn pepel..hehe


*epi 12 minggu lepas cecah 9 juta lebih rating penonton..Alhamdulillah :D