PART - 2
“MA,
Erran dengan Reeya mana?” Soal
Firash ketika menuju ke ruang dapur. Harapan untuk bermanja dengan isteri tercinta
tak dapat jadi berharap dapatlah menumpang bermanja dengan si kembar. Terintai-intai
dia di dapur yang sudah pun sunyi. Hanya kelihatan Datin Farizah sahaja yang
masih tercongok di situ. Tok Wan pun tak kelihatan. Apatah lagi bayangan si
kembar. Rasanya semasa dia mengejar Syaf ke bilik tadi, ada lagi si kembar yang
masih sakan bermain di situ. Dah tidur ke?
Datin Farizah mendongak
sedikit kepalanya. Namun tangan tetap ligat membungkus ketupat palas yang masih
berbaki. “Tok Wan kamu dah bawak masuk bilik dia dah. Lagipun Erran tu dah mula
nak mengamuk. Jadi Reeya pun ikut sekali lah. Mana boleh berpisah dengan abang
dia.”
“Ohh kalau macam tu tak apa lah ma. Firash pun nak masuk
tidur jugak lah ni. Mama tu jangan tidur lambat sangat,” balas Firash perlahan.
Sedikit kecewa namun dia cuba menyedapkan hatinya. Takkanlah nak berkira pulak
dengan Tok Wan yang sudah tua itu. Tambahan pula bukan senang mereka satu
keluarga dapat pulang ke kampung. Masing-masing sudah sibuk dengan kerja
sementelahan dia sudah pun tamat belajar dan kini sudah pun diarah untuk
mengendalikan anak syarikat papanya.
“Dah nak siap pun
ni. Nanti mama masuk tidurlah. Nak tunggu papa kamu kejap. Tak balik-balik lagi
ni pergi jumpa Pak Long Isman kamu tu sejak tadi.” Sambung Datin Farizah pula.
Sejak tadi suaminya itu keluar untuk
berjumpa dengan abang iparnya itu. Katanya ada benda yang nak
dibincangkan. Namun sampai sekarang pun tak balik-balik lagi.
“Yelah ma, Firash naik dulu. Gudnite.”
Kaki yang mula hendak melangkah keluar dari ruang dapur
itu dihentikan apabila teringatkan sesuatu. Dia berpaling dan mula menghala ke
kabinet dapur yang menempatkan pelbagai stok barangan kering.
Mug sederhana besar diambil dari rak dan satu tupperware bulat dicapai. Bibirnya
mengukir senyum tawar. Cermat dan berhati-hati dia menyediakan susu suam itu.
Walaupun Syaf masih merajuk, dia tetap memenuhi rutinnya yang satu itu.
Tambahan pula sejak kebelakangan ini dia amat menitikberatkan akan kesihatan
isterinya. Tidak mahu terjadi apa-apa yang membimbangkan setelah mendapat tahu
yang Syaf sudah pun mengandung hampir tiga bulan.
Beberapa minit kemudian, satu mug susu suam telah
tersedia. Dengan langkah perlahan-lahan, dia membawa mug itu menuju ke tingkat
atas. Datin Farizah pula yang hanya memandang kelakuan Firash itu hanya
tersenyum.
***
SYAF
mengurut-ngurut kepalanya yang
tiba-tiba saja terasa pening. Terpaksa bangkit seketika dari pembaringan dan
menyandar ke kepala katil. Ni kenapa pulak yang tiba-tiba pening semacam pulak
ni? Tadi okay je, bisik hatinya seraya memandang pintu bilik yang sudah
tertutup rapat. Entah kenapa terasa sedikit kesal pula apabila menyuruh Firash
tidur di luar. Konon nak bagi pengajaranlah sangat. Dan sekarang diri sendiri
yang susah!
Setelah beberapa saat mengurut pelipis serta kepalanya,
rasa pening itu seakan mencucuk-cucuk. Aku silap makan ke tadi? Soal Syaf cuba
mengingatkan apa yang dimakannya sejak berbuka puasa Maghrib tadi. Rasanya tak
logik kalau morning sickness sebab
sejak dua bulan lepas, apabila dia tahu dirinya sedang berbadan dua, langsung
tak rasa pening atau mual-mual. Sama saja keadaannya seperti dia mengandung si
kembar dulu.
“Tak boleh jadi ni,” gumam Syaf perlahan lalu cuba
berdiri. Ingin mencari apa-apa yang boleh menghilangkan rasa pening yang masih
mencucuk-cucuk di dalam kepala. Namun sesaat dia berdiri, tubuhnya terasa
terhoyong-hayang seperti hendak terbalik. Cepat-cepat dia kembali duduk di
birai katil.
“Kenapa pening sangat ni?” Soalnya lagi dengan tangan
masih tak lepas-lepas memegang kepala. Seketika dia menundukkan kepalanya
sedikit. Namun semua itu tidak bertahan lama apabila tekaknya pula terasa makin
mual. Ah sudah!
Syaf menggagahkan dirinya juga melangkah ke pintu bilik.
Apa nak jadi, jadilah. Takkan nak muntah dalam bilik ni pulak kut? Fikirnya
dalam hati seraya menolak pintu bilik yang masih tertutup. Namun dia seakan
terkejut apabila melihat Firash yang sudah berdiri tegak di hadapannya dengan
satu mug susu.
“Sayang? Kenapa ni?” Soal Firash dengan sedikit pelik.
Ditelitinya wajah Syaf yang seperti berubah pucat.
“Pening nak munt...” Belum sempat Syaf menghabiskan
kata-katanya, tubuhnya seakan ingin rebah dan akhirnya dia termuntah di badan
Firash. Habis baju tshirt yang dipakai oleh suaminya itu lencun dengan
sisa-sisa muntah.
“Ya Allah! Sayang!” Firash tercengang seketika sebelum
cepat-cepat menarik tubuh isterinya yang sudah hampir tumbang. Mug di tangan
cepat-cepat diletakkan ke lantai sebelum kembali memeluk tubuh isterinya yang
sudah hampir jatuh.
Bau masam sisa muntah Syaf mula menusuk ke hidung. Firash
terpaksa menahan semua itu seketika. Takkan nak biarkan aje isteri kesayangan
terjelepok kat lantai pula.
“Peningnya...” Itu saja yang terdengar dari Syaf sebelum melihat
mata isterinya yang mula berkaca.
“Kita pergi bilik air ye sayang,” pujuk Firash sebelum
memimpin Syaf ke bilik air yang terletak di ruang dapur. Dulu semasa mereka mula-mula
berkahwin, rumah tok wan itu mana ada bilik air. Mereka semua terpaksa mandi di
bilik air di luar rumah.
Syaf hanya mengangguk perlahan. Tak larat rasanya untuk
bersuara dengan keadaan begitu.
***
“SAYANG.. masih pening lagi ke?” Soal Firash semasa Syaf sedang
berkumur-kumur. Dan dia pula sedang merendam tshirt yang dipakainya tadi ke
dalam baldi akibat terkena sisa-sisa muntah Syaf.
“Ermm..” Hanya itu saja yang dapat dibalas oleh Syaf
sebelum menutup pili air. Dia meraup mukanya yang baru saja dibasuh dengan air
paip.
Firash merenung wajah isterinya yang agak pucat dari
biasan cermin. Memang nampak agak berbeza dengan keadaan mereka di bilik tadi.
“Kita pergi klinik lah esok kalau teruk sangat, Fir
bimbang ni,” Firash bersuara lagi menyuarakan kebimbangannya. Takut jika
situasi yang dihadapi oleh isterinya itu makin melarat.
“Tak payahlah.. rasa ni morning sickness je kut,” balas Syaf perlahan lalu memusingkan
tubuhnya berhadapan dengan Firash. Entah kenapa hatinya terasa sebak dengan
perhatian yang diberikan oleh suaminya. Terasa menyesal pula apabila menyuruh
Firash tidur di luar. Sedangkan suaminya itu telah meminta maaf.
Firash mengangguk perlahan. Faham akan apa yang
diperkatakan isterinya itu. Tetapi selama hampir sebulan lebih setelah dia
mengetahui yang Syaf mengandung, tak adalah pulak isterinya itu terkena morning sickness. Mungkin kehamilan kali
ini berbeza dengan yang kali pertama dulu.
“Kalau macam tu, sayang masuk rehat dulu. Fir nak buat
air panas kejap. Sayang nak air apa?” Soal Firash sambil memimpin tangan
isterinya keluar dari bilik air.
Syaf memandang Firash sambil mengukir senyum tawar.
Tangan Firash yang masih memimpin tangannya itu ditarik perlahan. Firash
menjungkitkan kening. Dah kenapa pulak ni?
“Tak nak apa-apa. Nak Fir aje,” balas Syaf perlahan sambil
cuba tersenyum manis. Tangannya mula bermain di dada bidang Firash yang
terdedah. Langsung tidak perasan yang kewujudan Datin Farizah di ruang dapur
itu.
“Haa?” Firash sedikit membulatkan mata sebelum tergelak
kecil. Faham dengan kata-kata serta sentuhan dari isterinya itu. Serentak itu dia
menarik tangan isterinya dan dikucup lembut. Masing-masing berlaga pandangan.
Antara rasa gembira dan bahagia.
“Eh sempat buat tayangan perdana pulak kat dapur ni.. Haa
Syaf? Dah hilang ke pening tu? Tadi mama dengar macam teruk aje muntah,” tegur
Datin Farizah sambil tangannya ligat mengemas besen yang sudah dipenuhi dengan
ketupat palas.
Syaf cepat-cepat berpaling. Kelihatan Datin Farizah sudah
tersenyum-senyum memandangnya. Aduh! Kenapa lupa pulak yang mama ada kat dapur
ni?
“Err.. dah okay sikit ma.. Syaf masuk tidur dulu lah,”
cepat-cepat Syaf melangkah. Meninggalkan Firash yang sedang tersengih panjang
di belakang.
“Hmm, ye lah.. pergi lah tidur. Rehat cukup-cukup, jangan
nak buat kerja lain pulak tu,” perli Datin Farizah sengaja. Bukan dia tidak
nampak wajah menantunya yang sudah berubah kemerah-merahan menahan malu.
“Selamat malam ma,” ucap Firash sebelum melangkah
mendapati Syaf yang sudah pun melangkah ke anak tangga.
“Selamat malam” balas Datin Farizah seraya
menggeleng-geleng kepalanya. Riang hatinya melihat kebahagiaan anak menantunya
itu.
***
“SAYANG.. Fir dah buat milo panas. Nanti minum ye.” Beritahu Firash
ketika dia sudah memasuki bilik. Satu mug milo yang masih berasap itu
diletakkan di atas meja kecil di dalam bilik tersebut. Pandangannya terjatuh pada
Syaf yang terbongkok-bongkok di hadapan almari. Kelihatan isterinya itu hanya
berkemban dengan tuala separas peha. Entah mengapa matanya seakan tidak
berkelip untuk memandang pemadangan indah sebegitu. Terasa tempo jantungnya
mula tidak menentu.
“Buat susahkan Fir je. Sayang tak ada apa-apa lah,” balas
Syaf dengan tangan masih tercari-cari baju tidur yang sesuai untuk dipakai. Walaupun
baju yang dipakainya tadi tidak terkena sisa muntah, namun dia tetap rasa tidak
selesa. Seperti dapat menghidu lagi bau muntah tersebut. Jadi dia mengambil
keputusan untuk menukar bajunya dengan yang lain.
“Fir? “ panggil Syaf apabila terasa tiada sahutan dari
suaminya itu. Ke mana pulak perginya? Sejurus dia berpaling dengan baju tidur
di tangan, kelihatan Firash seakan tegak berdiri memandangnya dengan tidak
berkelip.
“Fir...” sekali lagi dia memanggil Firash namun langsung
tiada reaksi. Baju tidur yang dipegangnya itu dicampak ke atas katil sebelum
bergerak mendekati suaminya. Ah sudah! Kenapa dengan laki aku ni?
“Fir!” Kali ini dia menguatkan sedikit suaranya seraya
memegang pipi suaminya. Bimbang pula melihat Firash begitu. Dah macam jadi
patung cendana pulak! Tegak berdiri. Mata pun tak berkelip.
“Sayanggg...”
meleret sahaja suara Firash membalas. Bukan dia tidak mendengar suara
isterinya memanggil. Namun namun matanya lebih suka menghayati apa yang berada
di hadapannya. Tangan Syaf yang mencapai pipinya digenggam lembut. Mata Syaf
yang bulat memandangnya direnung penuh dengan penuh minat. Sungguh walaupun
bukan pertama kali melihat penampilan isterinya sebegitu, dia tetap terasa teruja.
Terasa bagaikan semua darahnya mengalir ke kepala.
“Kenapa ni?” Soal Syaf seakan langsung tidak memahami
akan pandangan Firash yang penuh bermakna. Namun apabila sebelah tangan Firash
mula menyentuh dan mengusap lembut bahunya yang terdedah, Syaf mula mengerti. Lantas
bibirnya menarik senyum lebar.
“Fir...” Syaf pula memainkan peranan menggoda. Matanya dikelipkan
beberapa kali. Kedua-dua tangannya mula merangkul leher suaminya itu. Wajah Firash
yang mula bereaksi lain macam mula dipandang dengan rasa gelihati. Sengaja
ingin menggoda suaminya itu. Nak tengok sejauh mana Firash akan mampu bertahan.
“Sayang tengah goda Fir ni ke?” Soal Firash apabila
menyedari yang isterinya itu seakan sengaja menggodanya. Didekatkan lagi
tubuhnya sehingga tubuh mereka mula bersentuhan.
“Haa. Tengah goda lah ni,” balas Syaf dengan senyum
melebar. Walaupun berdebar-debar dengan apa yang sedang dilakukannya ketika ini
namun dia hatinya juga begitu. Teringin bermanja dengan suami tercinta.
Firash mengangguk perlahan. “Sayang jangan menyesal tau
nanti,” balas Firash perlahan seakan berbisik sebelum mendekatkan bibirnya
rapat ke bibir isterinya. Mula memejamkan mata sambil menghayati detik-detik
terindah itu.
Syaf tergamam dan tidak sempat berbuat apa-apa apabila
bibirnya telah dipagut laju oleh bibir suaminya. Tidak sampai beberapa saat
kemudian, dia terasa tubuhnya mula direbahkan di katil.
“I
love you sayang.. love you so much,” bisik Firash perlahan
sebelum menarik simpulan tuala yang dipakai oleh Syaf.
“I
love you too. Forever.”
Balas Syaf dengan nada malu-malu walau hatinya sudah berbunga bahagia.
~~~ BERSAMBUNG à
p/s
: sorry lmbat update..tak siap lg ni..ade part-3 (LAST)..dh lama tak taip part
romantika de amor, so blushing sensorang..btw, enjoy :DDD ~ SELAMAT HARI
KEMERDEKAAN KE-55 ~
*** hiburan semata-mata..jgn amik serius okey ;P
*** hiburan semata-mata..jgn amik serius okey ;P
24 comments:
romantika de amor betul sis. heheh
@Azwa Azee
ai taip smbil tutup muka...hehe..
lahhh... ingatkan dah final.. saya baca smbil tutuup mata.. cehahh..haha
@Ezza Mysara
belum lg..insyaAllah next week final part.. btw tutup jgn rapat sgt, nnt tak nmpk pulak..hehe
Fuiyoh kak lg romantik gilers drpd buku ssid...like like like
@leez2806
hehe..TQ..kt blog takde lembaga penapisan..ikut suka hati aje...
zura!best gilos..romantic diorg dua ni kan..
@blinkalltheday
hehe..biarlah depa nk romantik2 sket..dh last pun...nnt dh takde dh SSiD's story :')
alamak...blushing dh nih...hihi...
Alahai blushing baca entry kali ni...hehehe
haha..... romantiknya... gatal pon ada saf ngan fir.. kantoi depan mak mentua ag... best sampai terangkt kening... good job..
sweet...sweet..dan sweet...xsbar nak bace smbngn SSID yg last...(≧◡≦) -❤
sweetnye... tak sbr nk tunggu yg romantika de amor pula... hehehhe.. ♡♥♡♥
-Ika Hatika-
@wida
hehe...sile tutup muka ngn tangan..
@NurAtiZa
:D ~ lepas ni dh takde dh..
@iemira imani
TQ..hehe..
@...Contengan Jalanan Dieya Nadiah...
TQ3..hehe..next part, insyaAllah next week..
@Hatika
Tq Ika..eh ade lg ke yg romantika de amor ni? hehe :))
waaaa malu nyerr (baca dgn mata y besar) hehehehee
mcm mner yer si kembar 2 huhuhu
tq sis
@iniakuyangpunyahati
Hehe....si kembar? Tak reti lak nk wat cite sal budak2 ni sbb depa kecik lg kot..buknny pandai lg bercakap..
makkk..sweetnyerr + romantik jugak..
hehe..x sbr nk tunggu part 3 punyer..
*blushing*:3
tak sabar nk tunggu part seterusnya..
WEEE~
actully im a chinese..is te buk "sbnrnye saye isteri dia" is same as "ssid raya"..
sasuie n atiqah, part 3 mybe tak disambung cz cite ni sudah hndk didramakan..so soory..
Soki: yup...
Post a Comment