:: My gangS :: TQVM

Wednesday, June 20, 2012

Teaser bab 12 Menantu Dari Oversea?


SUASANA di basement parking itu semakin terasa dingin apabila jam sudah mencecah lebih pukul 12 tengah malam. Ditambah lagi dengan keadaan pendingin udara yang sedang terpasang membuatkan keadaan di dalam kereta itu bertambah sejuk. Namun tidak bagi Shanzay. Peluh yang mula memercik di dahi menandakan tubuhnya sedang dilanda kepanasan.

Sebelah tangan Ayara yang sedang merangkul erat pinggangnya diperhatikan seketika. Air liur ditelan lagi tatkala terasa nafas gadis itu sedikit menampar kulit dadanya yang terdedah kerana dia hanya memakai tshirt saja. Apatah lagi dengan muka Ayara yang terlalu rapat di dadanya menambahkan lagi gelora jiwa yang sedia ada. Beberapa kali dia cuba mengingatkan diri yang gadis itu belum lagi sah menjadi miliknya. Bimbang juga jika hatinya tidak mengikuti kewarasan akal fikiran.

Tubuh yang mula terasa lenguh itu cuba dibetulkan dengan berhati-hati tatkala satu idea mula terlintas di fikiran. Satu senyuman lebar terukir di bibirnya apabila telefon bimbitnya yang terletak di dalam poket seluar bermudanya ditarik perlahan. Saat Shanzay sedang menekan-nekan punat telefon bimbitnya, tubuh gadis itu seakan bergerak-gerak. Dan Shanzay cepat-cepat membatukan diri seraya kamera dari telefon bimbitnya dihala pada gadis itu yang sedang memeluknya.

Apabila tubuh gadis itu kembali kaku, dia meneruskan kembali ideanya yang tergendala. Shanzay memang bernasib baik kerana keadaan di basement itu tiada orang. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan rancangannya itu. Dari video gadis itu yang sedang memeluknya sehingga ke satu babak seolah-olah gadis itu cuba mengucup pipinya tatkala dia sedang menundukkan wajah hampir ke arah Ayara.Beberapa ketika kemudian, dia tersenyum puas apabila berjaya merakamkan situasi tersebut. Hmm, kau tunggu lah Ayara! Sekarang siapa yang ambil kesempatan sebenarnya. Bisik hatinya dengan menyandarkan tubuhnya kembali rapat ke seat kereta.    


*mdo bab 12..draf jer...tak edit lagi*
posted from Bloggeroid

16 comments:

Farra Joe said...

Yeah!!!!
Bca pown dh taw best!!!
Kak gambate!!!!

Nanie Amsyar said...

Superb..ni yang buat tak sabar nak baca..
Hope u semakin beridea..

RabaahJunaidi said...

wah.... shanzay memang pandai mengambil peluang yg ada ya...
memang sah ayara tak sempat nak mengelak kali ni....
draf pun draflah zura... janji pagi2x jamu mata dulu.. hahaha....

NurAtiZa said...

Best....#^_^

~~Ap Hasnida~~ said...

ahahha..apela niat ko sebenarnya ni shanzay...hurm..harap2 ko xmain2 ayara jek....ni macam kisah firash gak ni...ade sedikit perasamaan karektor la zura...

baby mio said...

cepatlah update kak

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Farra Joe

Tenkiu...tguuuu..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Nanie Amsyar

Tenkiu...idea ade cume kekangan masa n keadaan je ni :-)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RabaahJunaidi

Hehe...draf tak beredit ni..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@NurAtiZa

Thanks :-)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@~~Ap Hasnida~~

Niatdia nk jawen ngn ayara leh tak? eh same ke? Hmm...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@baby mio

Sabar yer..hehe

Kathy Tuah said...

nakal kemain ye shanzay.. siaplah ayara kene kahwin dgn dia..tapi shanzay ensem apa..rugi kalau x nak..kehkehkeh..

*baru berkesempatan BW sini :)

Farra Joe said...

Kak bla nk post???

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Kathy Tuah

Tq kathy..hehe..kite pon layan gak cinta depan mata tu :-)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Farra Joe

Dh post walau tak full..sile jenguk yer kt new entry :-)