:: My gangS :: TQVM

Thursday, May 24, 2012

Repost ; Status : Hakmiliknya Tanpa Cinta (Prolog dan Bab 1)








PROLOG

TAJAM matanya memandang ke arah pasangan yang sedang bergelak ketawa di muka pintu hotel lima bintang itu. Dari jarak 20 meter dari tempat dia menyorok, matanya masih cukup mampu untuk mengenali pasangan sejoli itu. Masing-masing tanpa segan silu mempamerkan aksi yang mampu meloyakan anak tekak pada sesiapa yang memandang. Memang tiada siapa yang akan menghalang babak terlampau mereka di situ memandangkan tempat yang yang dia duduki sekarang adalah negara empat musim.
“Asfan, Eisya,” gumamnya perlahan. Tanpa sedar rahangnya bergerak-gerak menandakan aura kemarahan yang mula memuncak. Patutlah si Raziq rakan sebiliknya itu beria-ia benar mahu dia mengintip. Katanya Asfan dan Eisya mungkin mempunyai hubungan lain di belakang walau di dalam kelas mereka berdua tidaklah kelihatan rapat sangat. Dan sekarang ternyata telahan Raziq itu benar. Tidak disangka yang kawan baiknya itu sendiri sanggup menggunakan jalan belakang untuk memikat Eisya. Gadis yang mula mendapat tempat di hatinya sejak tahun pertama dia di universiti itu.
Terasa diri sudah terlalu lewat untuk meluahkan rasa hati yang terkepung di dada. Bolak-balik perasaannya ketika ini apabila kenyataan yang terpampang di depan mata cuba dicernakan oleh akal fikiran.
Namun hanya lima minit saja tempoh masa yang mampu kakinya melekat di situ. Hati yang sudah hampir berkecai itu terasa sudah tidak sanggup untuk melihat drama sebabak itu lagi. Makin dilihat makin membuakkan rasa marah yang mula mencengkam dada. Dan dengan perasaan yang cukup tidak stabil, dia menonong pulang dari situ dengan hati yang penuh dendam.
“Asfan, kau memang main dengan api,”dengus Daneen kasar.

BAB 1



BOTOL MINUMAN soft drink itu diteguk perlahan sambil tersandar di balkoni hotel itu. Matanya menebar pandang ke arah pemandangan sekitar bandaraya yang masih disinari dengan cahaya lampu neon yang melimpah-ruah. Angin malam yang menderu perlahan itu langsung tidak mampu menyejukkan tubuhnya yang hanya berseluar pendek separas lutut. Sesekali tangannya menyebak juntaian rambut yang menutup dahinya. Dan sebuah keluhan kasar terbit dari bibirnya.
“Baru puas hati aku,” gumamnya perlahan lalu botol minuman yang sudah kehabisan isinya itu dicampakkan ke dalam tong sampah di sudut balkoni. Malas untuk berfikir panjang, dia melangkah perlahan ke arah pintu gelangsar yang menghubungkan balkoni dengan bilik hotel itu lalu ditutup. Langsir putih yang bertebaran ditiup angin malam itu automatik melurut jatuh ke bawah. Suasana kembali sepi. Hanya bunyi deruan penghawa dingin sahaja yang sesekali mencemarkan suasana hening di bilik itu.
Sekujur tubuh yang masih tidur pulas dengan selimut tebal yang membungkus seluruh tubuh itu diamati sekilas. Tanpa sedar, segarit senyuman sinis terukir di bibirnya. Sejujurnya, hatinya betul-betul puas. Walaupun dia tahu yang tindakannya itu bakal mencambahkan lagi rasa benci di hati gadis itu namun hatinya sudah memasang tekad. Segalanya yang terjadi sejak tiga tahun dulu itu membuatkan hatinya menyimpan dendam. Apa saja hajat lelaki yang bernama Asfan itu pasti terlebih dahulu dia akan memintas. Dan ternyata rancangan rapi yang diatur seminggu lalu itu berjaya dengan mudahnya tanpa sebarang masalah yang mendatang.
Tubuh yang mula menuntut rehat itu kerana hampir sepanjang semalam berjaga itu dibaringkan secara bersebelahan. Lampu tidur di meja sisi ditutup dan selimut tebal yang digunakan oleh teman sebelah ditarik ke leher. Sudah tiba masanya untuk berehat.


***


IFRA CUBA mencelikkan mata yang masih lagi memberat. Kepalanya yang masih lagi berdenyut-denyut perlahan itu cuba dipicit dengan jari. Beberapa saat kemudian, dia memejamkan kembali kelopak matanya akibat silau cahaya yang menerobos masuk dari ruang jendela yang bertentangan dengannya.
Setelah beberapa ketika, dia mengalihkan sedikit kedudukan tubuhnya untuk menghindari cahaya tersebut. Tanpa sedar matanya melihat meja sisi yang ada di sebelah katilnya. Eh aku ada kat mana ni? Ni bukannya bilik aku, bisik hatinya cuba mengingati kembali rentetan peristiwa semalam namun otaknya yang baru saja berfungsi itu seakan lambat untuk memikirkan segala-galanya.
Saat matanya mula memandang ke arah sekeliling bilik itu, hatinya mula berdegup kencang. Macam kat hotel? Tapi macam mana aku ada kat hotel? Bisik hatinya lagi dengan soalan yang tidak mampu otaknya menjawab. Segala teori kebarangkalian perkara-perkara buruk mula datang menjengah ke akal fikirannya saat itu.
Ifra menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Mengharap takkan ada apa-apa yang buruk telah berlaku padanya. Namun jantungnya mula memalu degupan yang tidak sekata apabila terasa keadaan tubuhnya yang tidak selesa. Terasa seperti...
Dengan tangan yang sedikit menggigil dia menyelak sedikit selimutnya itu. Kosong. Tiada apa-apa. Hanya selimut tebal itu saja yang membaluti tubuhnya kala itu. Air matanya mula bergenang laju saja menuruni setitis demi setitis di pipi mulusnya. Beberapa saat kemudian, dia menarik nafas panjang cuba untuk menahan rasa sedih yang mula menjalar di hati.
Deruan bunyi air yang sedang menghempas ke lantai itu membuatkan otaknya berfikir yang kemungkinan seseorang yang sedang mandi. Dia menjengahkan sedikit kepalanya ke birai katil. Pakaian-pakaian yang bertaburan di atas lantai itu dipandang dengan perasan berbaur geram dan sakit hati. Sah! Ini memang kerja lelaki itu! Rengusnya dalam hati.
Tangannya mula mengesat laju air mata yang masih menitik ke pipi lalu merangkak ke hujung katil dengan tubuh yang berbungkus selimut. Dengan pantas dia mengutip pakaiannya itu sebelum tergesa-gesa menyarung ke tubuh. Rambutnya yang kusut masai itu dibetulkan dengan jari. Sesekali matanya melewati pintu bilik yang masih tertutup itu seolah-olah berwaspada jika seseorang yang sedang mandi itu mucul secara tiba-tiba.
Dompet kulit yang sedikit terkeluar dari poket seluar denim itu dijeling sekilas. Laju saja tangannya mencapai sebelum membukanya dengan perasaan perit yang mencengkam dada.
“Daneen Zurfishan,” terpacul sebaris nama dari bibirnya yang sudah mulai pucat. Samar-samar ingatannya terhadap kejadian lewat malam semalam mula menerjah ke akalnya.
“Ah! Dia culik aku ke semalam?” Gumam Ifra apabila mula teringat akan kejadian di tempat kereta semalam. Suasana agak gelap dan sunyi ketika itu mungkin menjadi saksi kepada segala-galanya. Dia yang baru pulang dari mesin Atm selepas mendapati wangnya hanya tinggal beberapa puluh sahaja itu cuba untuk bergegas ke kereta apabila terasa ada yang mengekorinya. Namun apabila dia berpaling ke belakang, langsung tiada sesiapa dan dia hanya menganggap kemungkinan itu mainan perasaannya sahaja. Ah Daneen! Kau memang licik!
Bunyi seakan pintu bilik air yang dibuka dari dalam mematika semua ingatannya terhadap peristiwa semalam. Dompet yang berada di tangan cepat-cepat dimasukkan kembali ke dalam poket seluar denim lelaki itu.
Mata Ifra tiba-tiba saja membulat kala melihat sesusuk tubuh tegap yang hanya dibaluti tuala keluar dari ruangan itu. Serta-merta hatinya yang terkepung dengan rasa marah itu mula menggelegak. Tangannya mula mengepal penumbuk. Bersedia untuk melancarkan serangan.
“Jantan tak guna!” Jerit Ifra lalu cuba menerkam ke arah lelaki yang masih lagi mengesat rambutnya dengan tuala. Lelaki yang bernama Daneen itu agak terkejut dengan tindakan secara rambang oleh gadis itu cuba untuk mengelak ke tepi. Dan akhirnya terkaman dari gadis itu tidak mengena lalu tubuh gadis itu hampir-hampir saja tersembam ke lantai.
Ifra merengus kuat selepas dapat menggagak yang tindakannya itu tidak mengena. Matanya dipejamkan kala terasa tubuhnya hampir melayang. Beberapa saat kemudian, dia kembali mencelikkan matanya apabila mendapati tubuhnya itu tidak jatuh ke lantai namun dipeluk kemas oleh seseorang.
Hey berani kau peluk aku?!” Jerit Ifra lagi apabila mendapati tubuhnya sedang dipeluk oleh Daneen. Terasa titisan air dari tubuh lelaki itu terkena di baju kemejanya. Dia sedaya upaya cuba menolak tangan lelaki itu yang masih memeluknya itu dengan meronta-ronta kuat.
“U should thanked to me.” Bisik Daneen perlahan seraya tersenyum nipis apabila melihat Ifra membetulkan kedudukannya itu. Ifra mengetap bibir melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Seolah-olah mengejeknya sahaja. Makin bercambah-cambah rasa sakit hati di dalam hatinya.
“Apa motif kau buat aku macam ni?!” Ifra sedikit menjerit apabila keadaannya sudah stabil. Ditahan air matanya supaya tidak lagi menitik ke pipi. Ekor matanya ligat mengawasi setiap langkah lelaki itu di hadapannya walau kadangkala dia terasa segan apabila melihat tubuh Daneen yang hanya bersarung dengan tuala. Daneen hanya berdiri tegak di hadapan Ifra sambil merenung lama gadis di hadapannya.
“Asfan,” Daneen kelihatan bersahaja menuturkan sebaris nama itu walaupun terdapat. sedikit riak kurang senang dengan apa yang diperkatakan. Manakala mata Ifra pula semakin terbuka luas. Asfan? Kenapa dengan Asfan? Kenapa dengan lelaki yang akan menjadi bakal suaminya dua minggu lagi?
“Apa masalah kau dengan dia?! Kenapa kau buat aku macam ni?!” Jerit Ifra lagi seraya mencerlung matanya. Dadanya berombak menahan amarah yang masih menguasai diri. Berhadapan dengan lelaki ini selalu membuat dirinya tidak tenang. Ada saja perkara yang dibuat oleh lelaki itu tidak berkenan di matanya walaupun mereka mempunyai tali persaudaraan yang agak dekat. Sungguh jika tidak mengenangkan tali persaudaraan yang sedia terjalin,langsung dia tidak ingin mengaku yang lelaki itu adalah saudaranya sendiri.
“Apa saja perkara berkaitan dengan Asfan, itu menjadi hal aku jugak. Even kau terpaksa menjadi mangsanya,” senafas ayat dari lelaki itu membuatkan Ifra berkerut dahi. Apa maksud kata-kata Daneen? Apa hubungan dia dengan Asfan? Hatinya mula melonjak-lonjak ingin tahu.
“Apa maksud kau?”
“Better kau tanya dia sendiri. By the way, thanks for your special service last night. I am very satisfied,”
“Hey kau ingat aku ni pelacur ke apa?!” Jerit Ifra dengan hati membara. Berbukit-bukit rasa bencinya akan lelaki itu apabila mendengar sebaris ayat itu.
Daneen tersenyum sambil ketawa. “Pelacur atau tidak itu masalah kau. Apa yang pasti aku dah dapat apa yang aku nak and aku pasti Asfan tentu tak kisah pun pasal ni. Orang sekarang bukannya kisah sangat pun pasal ni and aku rasa kau pun mungkin tak kisah, kan sayang?”
Ifra mengetap gigi. Terasa geli geleman tubuhnya apabila mendengar perkataan sayang yang terbit di hujung ayat lelaki itu.
“Kau dengar ye Daneen. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah tidur dengan lelaki apatah lagi nak layan lelaki macam kau,” Ifra secara tidak sengaja membuat pengakuan. Daneen menjungkitkan kening. Agak terkejut dengan pengakuan dari gadis itu. Jadi semalam?
“Really? How lucky am i?” Daneen mula ketawa apabila melihat wajah gadis itu mula merah padam.
Ifra mula terdiam. Kantoi memberikan pengakuan yang sebenar terhadap lelaki di hadapannya itu. Tapi aku masih suci apa! Dia akui yang hidupnya memang sedikit sosial namun semua itu tidak menghalalkan untuk dia melakukan perkara tersebut. Pesanan mama dengan papanya masih utuh dipegang walau ke mana saja dia pergi.
“Kau!” Ifra mula menuding jari ke arah Daneen yang masih lagi galak ketawa.
“Don’t worry dear. Selagi aku tak hebohkan hal ni pada family and bakal mertua kau, rahsia ni tetap selamat kecuali kau sendiri yang bagitahu mereka,” balas Daneen sebelum gadis itu menghabiskan kata-katanya.
Ifra membuntangkan matanya seraya mengetap gigi. Main ugut-ugut pulak. Tangannya mula memicit dahi. Berdenyut-denyut sahaja seperti mahu meletup sekarang bila mengenangkan semua ini. Ah! Macam mana ni? Habislah kalau papa dengan mama tahu jugak pasal hal ni, mampus aku dikerjakan nanti!
“Bye the way, pintu bilik ni ada kat sana kalau kau nak keluar. Tapi kalau kau tak nak keluar dari sini pun aku tak kisah.” Tutur Daneen seraya mengenyitkan mata apabila melihat gadis itu hanya berdiam diri. Dia mula mengatur langkah menuju ke almari kecil di situ untuk mencari pakaian yang dibawanya terlebih dahulu semalam.
Ifra tersandar lemah di dinding. Langsung tidak terkesan dengan kelakuan lelaki itu. Sejujurnya fikirannya mula berkecamuk ketika itu. Arggh! Terasa mahu saja dia mengamuk saja apabila mengenangkan semuanya itu benar-benar terjadi. Bukan lagi mimpi namun itu adalah realiti yang perlu dia hadapi.


p/s : disebabkan blog addyrifqhiey itu mengalami masalah spt kena virus lah..takleh bukaklah, so i decided pindahkan cerita ni kat sini...pd yg belum tahu citer ni dh taip dr tahun lepas lagi bersama SsiD...if ade kesamaan plzz tolong bgtau yer, tq J

14 comments:

Ainaa Azlan said...

waa~ xthu pun ad cite ni.. kenapa tak post je semuany ke blog ni? rasa rugi ulk sebb tak bca .

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Ainaa Azlan

hehe..sorry dear...citer ni memula letak kt blog tu takde yg tau..kekonon untuk simpanan jer...tak tau pulak ramai yg follow..btw nk letak kt sini takut semak sgt..huhu

zahra leyna said...

wow menarik ni...

Farra Joe said...

No wonder la x leh bkaaaa....

wida said...

best citer nih...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@zahra leyna

tenkiu sudi singgah n komen :))

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Farra Joe

2 lah pasal...then pindah sini je senang..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@wida


thanks :))

wida said...

xde n3 baru ke...rindu giler2 nih...hihihi

zura asyfar addy rifqhiey said...

sori wida, start hr ni 26/5 smpai khamis mgu dpn, sy blik kg n esok t'pakse g k.l cz ada urusan selain nk pi pej k.s..khamis ni myb br blik..jd blog xkn ada update la..sori again.

wida said...

soooo saaadd....xpe, blh tggu...

BLueCaldina gtr said...

zura...me Ariee nie..still wait 4 this story..too long dh nie..hahaha dah dlm halfyear dah kot...please lah zura..awk buat sy nazak dh dgn irfa n daneen terlalu lama dh nie...huhuhuhu
i m begging u zura...

NaNa . said...

Im a silent reader sis <3 Cerite akak sume mantap habes :). Daneen sangat handsome lahh !!

NaNa . said...
This comment has been removed by the author.