Assalamualaikum dan selamat awal pagi...here teaser bab 21..bab last yang akan tersiar di p2u nanti..hope enjoy :)
FIRASH SEDANG
termenung di atas katil. Otaknya masih ligat berfkir tentang hal tadi. Entah
kenapa hatinya seakan menjauh apabila mendengar bait-bait kata yang dikeluarkan
dari gadis itu. Yelah, dia dah penat bertanya namun Syaf langsung tidak
menjawab. Aku ni tak penting ke pada dia? Dia tak tahu atau sengaja buat-buat
tak tahu dengan status kau sebagai suami dia?
Syaf
berhenti seketika di hadapan pintu bilik Firash. Mengambil nafas sebanyak yang
boleh untuk berhadapan dengan lelaki itu. Bukannya dia tidak perasan akan reaksi
lelaki itu tadi. Salahnya juga keran tidak memberitahu hal yang sebenarnya tadi
walaupun dia memang mempunyai masa untuk memberitahu lelaki itu tadi.
Pintu
bilik diketap perlahan bersama dengan genggaman rapat di jari sendiri. Dia
menarik tombol pintu bilik lelaki itu perlahan sebelum menjengukkan kepala ke
dalam. Kelihatan lelaki itu sedang duduk bersila di atas katil dan sedang
memandangnya tidak berkelip. Sesaat dia menelan liur.
“Firash,
kau masih marah lagi ke pasal hal transfer
tu tadi?” Syaf memberanikan diri untuk bertanya soalan itu walaupun dia tahu
yang lelaki itu seperti marah saja dengannya. Ah! Susahnya nak hadapi semua ni!
Namun
lelaki itu hanya mendiamkan diri. Syaf sudah serba-salah. Kalau boleh dia mahu
menyelesaikannya malam ini kerana esok dia sudah kena bersiap-siap untuk pergi.
Tambahan pula lelaki itu seperti dingin dengannya sejak pulang dari kampung.
“Kereta
kau aku dah hantar servis.” Tiba-tiba Firash bersuara. Langsung lari dari topik
yang sedang dibincangkan. Syaf berpaling laju melihat lelaki itu. Seakan tidak
percaya dengan apa yang terluah dari mulut Firash. Dia mengeluh perlahan. Tanpa
sedar dia melabuhkan duduk di samping Firash di birai katil.
“Thanks
pasal servis tu. Nanti aku ganti balik duit kau. Aku nak tanya ni, kau marah
aku lagi ke pasal hal transfer tu?
Aku sebenarnya bukan tak nak beritahu tapi aku takut kau tak bagi aku pergi
aje.” Luah Syaf sambil memandang wajah Firash yang langsung tidak berpaling ke
arahnya. Lelaki itu lebih suka memandang ke arah pintu gelungsur yang ditutupi
dengan langsir.
“Kalau
aku tak bagi kau pergi macam mana?” Firash bersuara tiba-tiba. Memandang tepat
ke arah Syaf yang berada di sebelahnya. Ada rasa sedih bermukim di hatinya saat
itu. Sudah pasti selepas ini, susah untuk dia berjumpa. Sudahlah selama ni
masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri.
“Ha?”
Syaf seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Walau
pada mulanya dia sudah menjangka keadaan itu sebenarnya. Tapi takkanlah Firash
tak sanggup bagi aku pergi sana? Habis tu aku nak buat macam mana ni? Kusut
fikiran Syaf memikirkan semua itu.
“Err...Betul
ke kau tak bagi aku pergi sana?” Soal Syaf tidak berpuas hati. Sudahlah tadi
dia dah bersetuju dengan encik Izam. Lepas tu dia dengan Tiqah dah siap-siap
cari rumah untuk disewa lagi.
“Aku
rasa kau dah dengar apa yang aku cakap tadi kan? Dahlah, aku nak tidur.” Balas
Firash dengan nada mendatar. Syaf mengeluh lemah. Nampaknya lelaki itu
betul-betul tidak mengizinkan dia pergi ke sana.
“Firash,
boleh tak kau consider sikit? Aku dah
persetujuan pun nak pergi sana. Surat mereka pun aku dah balas. Rumah sewa pun
aku dah cari. Susahlah macam ni.” Tiba-tiba Syaf merungut. Betapa malunya dia
nanti jika semua dibatalkan walaupun sudah menyatakan persetujuan. Rasa macam
dah tak sanggup nak datang kerja seminggu!
“Oh
masa ni baru kau nak suruh aku consider?
Habis tu masa kau buat keputusan nak pergi sana tu kau tak fikir pasal aku pulak?” Mencerlung mata Firash memandang
Syaf yang agak terkejut dengan reaksinya itu. Biarlah! Aku pun ada hak untuk
hal ni!
Syaf
menelan liur apabila mendengar suara Firash yang sudah berubah nada itu. Entah
kenapa dia rasa bersalah dengan perbuatannya itu. Nampaknya lelaki itu tidak
mengambil mudah akan perkara ini walau pada mulanya dia tidak menyangka yang
Firash tidak akan berkata begitu.
“Erm, sorrylah Firash. Aku pun terkejut
tadi. Sebab tu aku terus setuju. Tapi kalau kau betul-betul tak bagi aku pergi
sana, tak apalah. Aku akan beritahu bos aku esok. By the way, good nite. Aku keluar dulu.” Syaf berkata perlahan. Dia
berdiri lalu melangkah keluar dari bilik lelaki itu dengan perasaan sedih
bercampur dengan kecewa. Sedih kerana ditengking begitu tadi. Dan kecewa dengan
perbuatannya sendiri yang membelakangkan suami sendiri.
SYAF MENGELUARKAN
beberapa keping not biru dari dompetnya. Bayaran untuk servis kereta yang akan
diganti pada Firash nanti. Hari ini dia tidak bekerja kerana semalam encik Izam
sudah memberikannya cuti untuk bersiap sedia untuk penukaran tempat kerja itu.
Namun bila teringatkan hal semalam, hatinya diusik perasaan sedih. Tak apalah,
esok aku bagitahu baik-baik kat encik Izam tu. Harap-harap dia fahamlah! Bisik
hatinya seraya keluar dari bilik.
Syaf
sedikit terkejut dengan kehadiran Firash yang tiba-tiba muncul di depannya.
Mereka berbalas pandangan seketika sebelum lelaki itu bergerak ke tangga. Wajah
lelaki itu nampak biasa saja dan tidak tegang seperti semalam.
Setelah
beberapa saat berfikir, Syaf berjalan laju menuju ke tangga.
“Err Firash. Tunggu kejap.” Panggil Syaf
apabila lelaki itu sudah melangkah turun ke satu anak tangga. Firash
memberhentikan langkah. Kepalanya dipalingkan ke belakang.
“Berapa
kos servis kereta semalam?” Soal Syaf sambil cuba mengeluarkan beberapa
kepingan not biru dari poket seluarnya. Firash berkerut dahi seketika.
“Seratus
lima puluh.”
Syaf
cepat-cepat menghulurkan tiga keping not biru itu sebelum menghulurkan pada
lelaki itu. Namun huluran itu tidak bersambut. Syaf dah mula rasa pelik.
“Aku
dah halalkan.” Balas Firash pendek. Syaf sedikit terkejut.
“Tapi
nanti kau tak cukup duit macam mana?” Soal Syaf kembali. Manalah tahu
kalau-kalau lelaki itu tidak cukup duit. Tambahan pula tentulah banyak duit
yang diperlukan untuk menampung kos belajar.
“Takpe.
Aku dah ada duit. Hmm, pasal transfer tu aku benarkan kau pergi
sana.” Sambung Firash lagi. Syaf seolah-olah pegun di situ. Kenapa tiba-tiba
lelaki itu boleh berubah sikap sekelip mata? Semalam bukan main lagi duk
menengking aku.
“Tapi...Eh...”
Syaf tidak tahu untuk membalas kata-kata dari Firash itu. Lagipun semalam dia
dah mula merancang bagaimana untuk berhadapan dengan bosnya itu. Namun apabila
Firash berkata begitu tadi, semua yang dirancangkan semalam seakan mula hilang.
“Aku
faham. Lagipun kalau kau ada kat sini ada aje yang datang menggatal.” Balas
Firash pula. Syaf mula berkerut-kerut dahi. Apa maksud Firash tu? Siapa pulak
yang datang menggatal?
“Apa
maksud kau?” Soal Syaf laju. Firash tersenyum nipis. Takkan buat-buat tak tahu
pulak kut? Tak apa lah, biar aku aje yang faham semua tu!
“Kau
tak payah tahu lah, tak penting pun. Tapi kau kena janji satu perkara dengan
aku.” Mata Firash tepat memandang mata Syaf sehingga mengundang debaran di
hati. Syaf mula menelan liur. Nak suruh janji apa pulak ni?
“Janji
apa?”
“Aku
tak nak kau menggatal dengan lelaki lain pulak
kat sana nanti.” Pinta Firash. Syaf sedikit tercengang dengan permintaan Firash
itu namun bibirnya mula mengukir senyum kecil. Ingatkan apa lah tadi. Bikin cuak aje!
“Oh
pasal tu ke? Taklah. Aku setia pada yang satu aje.” Balas Syaf tersenyum
senang. Tanpa menyedari yang kata-katanya itu mengundang persoalan serta
kejutan pada Firash. Lelaki itu memandangnya dengan penuh tanda tanya.
Menyedari
dirinya sudah terlanjur kata, cepat-cepat tangannya menutup mulutnya dengan
tangan. Adeh..Macam mana boleh
terlepas cakap ni? Firash sudah mula mengukir senyum. Entah kenapa kata-kata
dari gadis itu membuatkan hatinya sedikit berbunga walaupun dia tidak pasti
lagi dengan kenyataan gadis itu.
“Kau
cakap apa tadi?”
“Ha?
Err...Tak ada apa-apa lah. Okay lah, aku nak pergi kemas barang
dulu.” Cepat-cepat Syaf cuba menukar topik atau dengan kata lain melarikan
diri. Walhal pipinya mula terasa berbahang dengan pengakuan separuh mati tadi.
Memang giler lah kalau diigatkan
kembali.
“Hey, nak ke mana?” Laung Firash sedikit
kuat namun Syaf sudah berlari-lari anak menuju ke biliknya. Waa, malunya! Dia cepat-cepat menutup
pintu dan tersandar di situ. Jantung pula masih berdetap laju.
---------------
“Nak
gerak macam tu aje?” Soal Firash laju bersama dengan kerutan di dahi. Takkanlah
nak pergi macam tu aje kut?
“Err...Gerak macam tu aje lah.” Balas
Syaf agak blur. Langsung tak faham
akan apa yang diperkatakan lelaki itu. Firash mengeluh lemah. Tak faham ke
dengan apa yang aku cakap tu?
“Okay...Take care and drive
safely.” Ucap Firash sambil tersenyum kecil sebelum laju
saja menarik tubuh Syaf yang agak tak bersedia itu. Syaf yang agak terkejut
dengan tindakan Firash itu jatuh tersembam ke dada lelaki itu. Tanpa sempat
berbuat apa-apa terasa tubuhnya dipeluk erat. Syaf kaku dalam pelukan Firash
dengan jantung yang masih berdegup kencang.
--------------
*** THANKS for reading and supports SSiD...hope semuanya dipermudahkan..wish me luck :D
16 comments:
sgt best xsbr nk tunggu novelnya...
xsabar jugakkkk
:)
oho.... bila nak kuar kat p2u ni? best ngat... hehehe...
best2, so depa berpisah la ya ni. abis firash jadi tak keja gan bapak dia tu?
firash <3
adeh ! last lah pulk . huhu takpelah ap2 pun tak sbr ni nk bca . ^.^ hmm bila erk SSID akan diterbitkan ?
bestnya... lambat lagike nak ada
dipasaran? Rasa dh tak sabar nk
baca dah...nak tau ending dia..harap
sgtlah happy ending.
@zue
thank you sbb suke SSiD...sabar2 yer, dgr2 kate bulan 3 ni kut, insyaAllah..kita sama2 tgu yer :D
@Nur Aqilah
sabar2 yer..dh tak lama dh pun..hehe..
@Miss FF
kt p2u mgu ni kut...sbb mgu lepas tak ade...btw thanks..hehe :)
@YONG JIAO XIU
ha'ah berpisah kejap..nnt jumpe balik...hehe....dia kan tgh praktikal lg, lepas tu br keje ngn ayah dia...nk ckp cm ne yer..ermm cite ni pnjg lg tu jer leh cakap :)
@RinsyaRyc
<3<3<3 firash tu *mood gatal*...haha ;p
@Ina Ania
hehe...jgn sedih yer..insyaAllah ade lg teaser2 akan menyusul lepas ni smeentara SSiD tu dlm proses nk terbit...dgr2 kate bulan 3 ni..hope bersabar lah yer :)
@Anor
thanks anor...bulan 3 ni dgr dorang cakap...sbar yer..zura pun tak sabar gak ni...hepy ending sudah pasti..hehe...dunt worry :D
mmg terbaik dr bumi laa..hehehe...hri2 0n9 blog akak nk tgk update y tbaru..btw kak, bl nk smbg cter aku prmpuan itu..dh lm tggu ni...best gler cter tu, pnuh action gtu..suukaaaaaa sgt..pe2 pn, tahniah utk akak.. dh xthn rsnye duk tggu nvl ssid ni..syok gler pnulisan akak.wajib bc..hehehe ;)
thank you dear!! hr2 on9 jenguk sini? wahh...terharunye (smbil kesat air mata tp update takde lah hr2 lah der :(..citer API tu mule2 mmg nk stop sbb dh takde idea...then ramai pulak tg request so terfikrlah nk smbung balik....btw thanks again suke SSiD n my karya :DDD
Post a Comment