D.O.UG.H.N.U.T a.k.a Aku Dan Kamu - 15.1
Aku membuka pintu bilik air dengan perlahan-lahan.
Agak-agaknya suami kesayangan aku tu sedang buat apa eh? Mataku cepat saja
melilau ke kiri ke kanan bilik. Tapi takkanlah aku nak keluar dengan bathrobe ni aje kut? Memang betul-betul sengaja cari nahas lah!
Terjengket-jengket aku keluar dari bilik
air sambil membetulkan kedudukan towel di kepala. Bilik yang besar itu
kelihatan kosong dan sepi. Eh ke mana
pulak dia pergi menghilang? Ah! Tak apalah. Bagus juga kalau dia dah hilang,
bolehlah aku tukar baju dengan aman sikit. Aku tersenyum lebar seraya melangkah
ke pintu almari. Cepat saja tanganku
menyelongkar luggage untuk mengambil
pakaian. Namun tanganku tiba-tiba saja terhenti apabila tersentuh benda yang
lembut dan licin. Serta merta tangan dikalih. Benda apa pulak tu?
Mata aku hampir- hampir saja terbeliak
apabila mendapati benda lembut dan licin itu adalah pakaian tidur yang amat
seksi gila. Sudahla berwarna merah darah dengan bukaan dada yang terbuka luas. Pakaian
itu terlipat cantik dengan riben yang berikat. Sekeping kad kecil yang ada di
situ menarik perhatianku.
“Gudluck for your 1st
nite,”
From : Iza n Ida ;)
Hee, boleh tak kalau aku nak bertukar jadi HULK sekarang? Sesuka hati dia orang
berdua aje letakkan hadiah yang paling hot
ni kat sini. Dia orang tak tahu ke yang hadiah ni seakan saja menempah maut saja
pad aku sekarang? Ada jugak yang kena lipat kalau berjumpa esok. Huh! Aku terus
saja mencampakkan gaun tidur yang masih berlipat itu ke dalam luggage. Dan entah kenapa gaun itu tidak
landing ke dalam luggage tetapi melurut jatuh ke permaidani tebal di bawah. Haishh!
“Apa ni?”
Satu suara yang menyentak semua rungutan aku pada Iza dan Ida. Air liur ditelan
kesat. Haissh, kenapalah waktu-waktu
GENTING macam ni barulah dia muncul? Aku menggigit bibir bila melihat Fajie
yang dah membongkok mengambil ‘hadiah paling hot’ itu dari permaidani.
“Err...Tak ada apa-apa lah.” Aku
cepat-cepat menjawab namun mata aku tak lepas-lepas memandang benda itu di
tangannya. Waa..Boleh tak kalau aku
lari sekarang? Rasa dah malu giler ni
bila tengok benda tu ada kat tangan dia.
“Cantik.
Mesti cantik kalau sayang pakai.” Ujar Fajie dengan membelek-belek benda itu di
tangannya. Aku dah mula telan liur apabila matanya memandang aku tak
lepas-lepas. Aku cuba tarik bathrobe yang sedikit singkat ke lutut
itu dengan perasaan berdebar-debar.
“Mana
ada cantik. Entah apa-apa aje yang dia orang bagi tu.” Aku merungut cuba untuk
mengalihkan perhatian Fajie dari benda tu. Memanglah benda tu cantik tapi
rasanya dah tak jadi cantik dah kalau aku pakai depan dia. Atau boleh dikatakan
memang cari nahas aje kalau pakai depan dia tu!
“Apa lah
sayang ni. Cantik apa baju tidur ni. Boleh tak kalau saya nak tengok awak pakai
depan saya.”
Gulp!
Aku menelan liur. Adeh..Boleh tak
kalau aku cuba buat-buat pitam sekarang? Tolonglah! Tak sanggup aku nak ada di dalam
situasi macam ni apa lagi apabila melihat senyuman yang tersungging di bibir Fajie
itu.
“Err..Tak naklah. Saya tak biasa.”
Jujur saja mulut aku membantah. Tapi memang betul pun semua tu. Tak
pernah-pernah lagi seumur hidup aku memakai pakaian macam tu walaupun hanya
seorang diri di rumah. Apatah lagi memakai sebegitu di depan lelaki.
Senyuman yang terukir di bibir Fajie terus
saja mati. Aku dah mula rasa menggelabah bercampur dengan perasaan
berdebar-debar tatkala Fajie datang menghampiri aku yang ada berhampiran dengan
almari pakaian. Ah sudah!
“But I’m your husband.
Takkanlah dengan suami sendiri pun nak berkira.” Tutur Fajie seraya menolak
sedikit tubuhku sehingga rapat ke almari. Hampir-hampir tersekat nafas aku
apabila dia mendekatkan wajahnya rapat ke wajahku. Hanya beberapa inci sahaja
jaraknya. Jantung yang sedari tadi sudah berdebar makin kehilangan rentak dan
aku kaku saja tidak bergerak di situ.
Aku
menundukkan wajah ke lantai bilaFajie merenung aku begitu.Terasa seram sejuk
sehingga ke tulang sumsun. Hailah, kenapa yang mulut aku ni cepat sangat cakap
macam tu tadi? Kan dah tak tertanggung sekarang. Padanlah muka kau Yash! Sempat
hatiku mengutuk.
“May I ...” Soalan yang tidak habis bersambung dari
Fajie itu membuatkan aku kembali mendongak memandangnya. Membulat mata aku
apabila jarinya mula cuba menyentuh pipiku. Serentak itu tangan aku cuba
menahan tangannya. Fajie kelihatan sedikit tersentak namun belum apa-apa lagi
kedua-dua tangan aku sudah digenggamnya kemas. Bibirnya sudah menguntum senyum
yang aku kira boleh dikatakan senyum kemenangan. Haishh!
“Tak
baik menolak, nanti jadi isteri derhaka.” Tuturnya perlahan seakan berbisik.
Aku menelan liur seraya menundukkan wajah ke lantai. Ya, betul kata Fajie tu
tapi aku rasa macam belum bersedia lagi nak hadapi semua ni. Tak tahu nak cakap
macam mana tapi mungkin juga aku takut dengan momokan cerita malam pertama yang
menakutkan.
Dan
entah mengapa tiba-tiba tangan Fajie
menyentuh lembut daguku serta menolaknya dengan jari ke atas sehingga mataku
dapat bertentang mata dengannya. Bibirnya mengukir senyum manis.
“Jomlah
pergi tidur, dah lewat pun ni.” Ajak Fajie lembut. Aku hanya memandangnya
dengan tiada beriak apa-apa. Namun apabila tangannya menarik tanganku perlahan,
aku cuba mengeraskan diri. Tanda tidak mahu menurut ajakannya itu. Dia merenung
aku dengan sedikit pelik.
“Err..Saya tak nak tidur lagi.” Jawabku
perlahan. Fajie menaikkan sedikit keningnya.
“Dah
lewatlah sayang. Jomlah tidur. Awak tak penat ke?” Soalnya lalu mendekatkan
dirinya dengan diriku. Tergambar wajah kepenatan di mukanya membuat aku rasa
bersalah.
“Penat
tapi saya tak nak tidur..Saya..” Aku menggigit bibir. Terasa berderau darah
menuju ke muka apabila hendak menyebut pasal tu. Tiba-tiba Fajie merenung aku
dengan pandangan tak berkelip. Ah sudah!
p/s :
sorry sbb lama tak sambung..yang ni je dapat taip setakat ni..hope korang
enjoy..thank sudi bace
16 comments:
buat suspen je..writer,cptlah smbg..
hahahha..mmg suspen pun..berdebar2 rase..hahah
adei salah pki ayat lah, dah salah paham dah laki dia.hahaha
best la....
cmpt smbung tau..
dah lme tggu smbungan cter nie...
arifuka : writer pon suspen ni..hehe..
aisy : me too..hehe
yong : haha...adess..
siti azura : thanks...mmg nk smbung tp asyik bz jer..ni br ade kesempatan...
mana lagi sambungan die nihh, wuuuuu T_T
@Chipss29
sabar2...adess...
sis, ni xde sambungan lg ke?huhu
@nf♥n♥
so sorry dear....takde lappy nk sambung menaip :((
zura... saya menunggu sambungannya
akak..bila nak smbg citer ni... huwaaaa lama dah tunggu...
sambung la... nak tahu pasal Iza jugak
cepatlaah buat sambungan nak tau kenapa ngan izza..
Akak bila nak sambung cite ni ??!!!!
sambung pliss
akak.. sambung citer ni pliss
Post a Comment