:: My gangS :: TQVM

Thursday, August 25, 2011

Bab 5 : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


Bab 5


CHAD MENUANG air masak yang baru saja diambil dari peti sejuk ke dalam gelas. Dibawanya gelas itu ke meja makan yang terletak di ruang dapur. Dia termenung seketika apabila mengingatkan perkara yang baru saja berlaku di tangga tadi.
“Kalau aku tak sempat pegang tadi, memang jatuh tergoleklah kat tangga tu.” Gumamnya lalu meneguk air yang masih berbaki di dalam gelas. Tapi kalau aku buat tak layan saja Syaf jatuh tadi mesti mama sibuk pulak bertanya. Yelah, terang-terang lagi aku ada kat situ. Lagipun aku tak adalah kejam sangat sampai sanggup biarkan saja dia jatuh.
‘Tapi siapa yang call dia tu?’ Sambung Chad lagi lalu meletak gelas yang digunakan ke dalam singki.
‘Mie ke yang call tadi?’ Fikirnya lagi sebelum mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa sebelum merenung kosong ke arah skrin tv yang masih bergelap. Dia cuba menggali kembali ingatannya pada pertemuan antara dia dengan Syaz di restoran tadi.
Memang aku nampak Mie bagi kertas yang ada nombor telefon dia pada Syaf tapi aku tak perasan pulak Syaf bagi nombor telefon dia kat Mie. Chad meletak tangan ke dahi. Tapi kenapa aku menyibuk pasal dia pulak, suka hati dia lah kalau dia nak call atau mesej siapa-siapa. Yang jadi masalahnya siapa-siapa tu Mie, kawan baik aku. Kalau orang lain tak apa lah jugak. Dia mengeluh perlahan. Ah, kusut betul kalau fiikir pasal ni!
Beberapa minit kemudian Chad mula terasa bosan apabila duduk saja menghadap skrin tv yang bergelap, dia mula melangkah naik ke atas. Tidur awal sajalah malam ni, memang tak ada benda pun nak dibuat.
Sampai saja di tingkat atas, dia menjeling sekilas ke arah bilik yang berdepan dengannya itu. Dia ni dah tidur ke? Kakinya tak jadi untuk melangkah masuk ke bilik, dia menapak ke arah pintu bilik berdepan dengannya itu. Agak-agak kalau aku masuk dalam bilik dia tanya pasal tadi, dia terkejut tak? Tapi kan Chad, kalau kau masuk tanya pasal tu nampak sangat kau menyibuk nak tahu. Entah-entah tadi kawannya yang telefon.
Lama Chad berdiri di situ menimbang-nimbang akan soalan yang berlegar di ruang kepalanya. Tak payah tanya dia lah, baik aku tanya Mie lagi senang. Tapi kalau aku tanya Mie, mesti dia syak aku macam-macam pulak.
Baru saja dia hendak berundur ke biliknya, tiba-tiba pintu bilik Syaf dikuak dari dalam. Chad berpaling dan Syaf juga memandang ke arahnya. Masing-masing mempamerkan muka terkejut. Tak sangka pula boleh bertembung di situ.
Chad berdeham. Cuba untuk tidak menampakkan dirinya kantoi terang-terangan berada di depan bilik Syaf. Dia merenung Syaf seketika sebelum menapak menuju ke biliknya. Sementara Syaf terpinga-pinga di hadapan pintu bilik. Kenapa Firash ada depan pintu bilik aku? Kenapa dia renung aku macam tu? Dia ada plan nak masuk bilik aku ke? Hesy, takkanlah kut? Mungkin kebetulan saja tu, fikir Syaf. Lalu menapak menuju ke tangga. Ingin ke dapur untuk minum.

***

“SYAF.” Kedengaran namanya dipanggil sedikit kuat serta ketukan di pintu bilik. Syaf menggeliat malas di katil. Malasnya nak bangun pagi-pagi macam ni. Tapi nanti kesian kat mama pulak.
“Dah bangun ma.” Syaf menyahut lalu mencelikkan mata.  Sekilas dia mengerling jam di meja sisi katil, dah masuk pukul empat pagi pun. Mesti mama nak suruh aku tolong dia masakkan lauk untuk bersahur ni.
“Nanti turun dapur, tolong mama.” Sambung Puan Farizah dari luar pintu.
“Ye, nanti Syaf turun.” Balasnya lagi lalu bingkas bangun dari katil. Tuala di penyidai diambil dan kaki mula bergerak ke bilik air.
Beberapa minit kemudian, Syaf turun ke dapur setelah membersihkan diri. Suasana masih sunyi sepi dan hanya sesekali kedengaran bunyi senduk berlaga. Mungkin Puan Farizah tengah mengacau sesuatu agaknya.
“Mama masak apa tu?” Syaf menegur Puan Farizah yang sedang berdiri berhampiran dengan tempat memasak. Khusyuk sungguh.
“Ha, Syaf. Mama tengah buatkan sup daging ni.”Balas Puan Farizah sambil tersenyum memandangnya.
“Oh, habis tu Syaf boleh tolong apa ni ma?” Syaf menjenguk ke dalam periuk yang masih menggelegak tu. Sedapnya bau.
“Emm...Ha, mama lupa. Syaf tolong masak nasi eh, lepas tu tolong goreng ikan sekali.” Pinta Puan Farizah.
“Okey.” Balasnya lalu menuju ke kabinet untuk mengambil periuk nasi. Beras di dalam tupperware panjang itu aku ceduk tiga pot sebelum dibawa ke singki untuk dibasuh. Cukuplah agaknya tiga pot tu, lagipun tiga orang saja kat rumah ni yang nak makan.
Setelah beras siap dibasuh dan periuk suis ditekan, Syaf kembali menuju ke singki. Nampaknya Puan Farizah dah siap dah menggaul ikan dengan serbuk kunyit, hanya perlu digoreng saja.
“Syaf dah jenguk Firash semalam?”
Syaf yang tengah memegang kuali tu tersentak apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Puan Farizah. Fuhh, nasib tak jatuh ke lantai. Nak jawab apa ni? Memanglah semalam cadangnya dia nak jenguk Firash tapi belum apa-apa lagi dah terserempak kat tangga. Lepas tu sekali lagi terserempak kat depan pintu. Lepas saja Firash masuk ke bilik, dia sudah lupa tujuannya yang satu itu.
 “Ha? Err...Belum.” Syaf tersengih depan mama. Dia lihat Puan Farizah hanya tersenyum memandangnya.
“Tak apalah, banyak masa lagi. Nanti Syaf kejutkan Firash eh?” Puan Farizah menepuk bahunya sebelum bergerak ke pintu sejuk.
“Ha? Oh...Okey.” Syaf teragak-agak untuk bersetuju. Kena kejutkan Firash ke? Semalam masa bertembung kat tangga dan kat depan pintu pun macam rasa macam dah serba tak kena.
“Pukul lima bolehlah nak kejut dia tu. Nanti kalau tak kejut bangun sahur, bising pulak cakap esok lapar.” Sambung Puan Farizah lagi.
Syaf hanya mengangguk tanda faham sebelum menghidupkan api untuk menggoreng ikan. Kalau dia memang tak kisah sangat pasal makan sahur ni sebab biasanya dia jarang bangun untuk sahur. Tapi bila balik rumah ni, memang wajiblah kena bangun sahur.


p/s : sambungan bab 5 boleh baca kt p2u next week..mybe selasa kut kuar...pd semua readers n followers OUR LOVE, Selamat menyambut hari raya aidilfitri...zura nk mintak ampun dan maaf jika terkasar bahasa, tersilap kata...0-0 yer :D