:: My gangS :: TQVM

Tuesday, April 12, 2011

Aku Yang Terluka Part 1






“janganla nangis sayang, kita dah nak sampai ni”

Aku tepuk-tepuk punggung kecil anak aku yang dah masuk umur enam bulan tu sambil tangan sebelah lagi pegang stereng kereta. Aren tengah menangis-nangis di baby car seat di seat penumpang.Rasanya dia demam kot sebab dari tadi asyik menangis-nangis je. Badan pun boleh tahan panas masa aku nak tanggalkan baju dia tadi. Aku cuma dapat letak cool fever je kat dahi dia je sementara nak bawak pergi klinik.

Nak tinggal sekejap pun tak boleh sebab asyik menangis. Nasibla hari ni hari minggu, kalau hari bekerja susah jugak Kak Ana yang duduk kat sebelah rumah .Yela, Kak Ana pun ada jugak anak-anak yang lain yang perlu dijaga selain jaga Aren. Cuma dia kesian kat aku je sebab tu dia sanggup jaga Aren walau aku bayar seratus lima puluh je sebulan. Kalau kat nursery, memang mahal kos dia sebab Aren ni kecil lagi, umur pun still bawah setahun lagi. Ni pun aku terpaksa bawa Aren sendiri ke klinik tanpa ditemani sesiapa sebab suami Kak Ana tak ada kat rumah sebab outstation ke Johor. Dulu, Kak Ana ada jugak teman aku ke klinik masa Aren demam waktu umur tiga bulan dulu.

Aku membelokkan kereta kancil yang berwarna kelabu ke simpang yang terdapat Klinik Zita. Dah pukul sebelas malam pun ni. Harap-harap klinik tu tak tutup lagi la. Nak ke hospital kerajaan jauh sangat, dekat sejam je baru sampai.

Sampai je kat tempat parking kereta, aku tengok klinik tu dah tutup. Alamak, macam mana ni? Aku rasa dahi Aren dengan telapak tangan, ya Allah panas gila ni. Takkan aku nak biarkan dia macam tu je? Nanti kalau demam panas pulak macam mana? Aduh, kusut-kusut kepala aku sekarang ni.

Aku buka pintu kereta dan ambil Aren letak kat bahu. Dia still menangis-nangis macam tak nak berhenti je. Tak tahan tengok dia menangis macam tu, air mata aku menitis jatuh ke pipi. Ya Allah, kau selamatkan anakku ini dari segala penyakit.

Hujan mula turun rintik-rintik dan aku bergegas masukkan Aren kat baby car seat dan mula menghidupkan enjin kereta. Nampak gayanya aku perlu pergi ke hospital besar jugak la walaupun perjalanan dia memakan masa hampir sejam dari sini. Harap-harap Aren dapat bertahan. Aku tengok Aren kat sebelah dah mula mendiamkan diri, agaknya dia penat kot sebab asyik menangis dari tadi.

Aku lihat meter kat dashboard kereta dah masuk 120km/j. Memang aku terpaksa pecut laju-laju dah sekarang ni sebab memang dah kes emergency. Tak kisah la kalau terpaksa kena saman atau speed trap pun, janji aku dapat bawak Aren sampai cepat ke hospital. Kesihatan Aren yang lebih utama saat ni dibandingkann dengan yang lain.

Masa aku tengah drive tu, aku terperasan kereta Audi TT berwarna kaler biru gelap yang ada kat depan aku tu tiba-tiba je ke kiri. Lepas tu, ke kanan dan lepas tu ke kiri balik. Dah la aku tengah nak cepat ni, kereta kat depan pulak buat hal. Mesti driver dia tengah bercakap di telefon ni. Aku merungut-rungut di dalam hati.

Tiba-tiba Aren menangis kuat dan aku terpaksa menoleh ke kiri sekejap. Bila aku pusing balik ke hadapan, aku perasan kereta Audi tu dah berhenti mengejut kat tengah-tengah jalan. Aku yang tengah drive laju tu, tak sempat nak brek dan...

Bam!!

Aku sempat tutup mata sebelum mendengar bunyi rempuhan kuat di depan. Jantung aku berdegup kencang dan dahi aku mula terasa sakit. Bila aku bukak mata, aku tengok baby car seat Aren dah bergerak sedikit ke depan akibat rempuhan tadi. Nasib baby car seat tu tak berlanggar dengan dashboard. Kalau tak, aku tak tahu la apa yang akan terjadi dengan Aren. Tapi yang membimbangkan aku ialah Aren senyap je tak menangis. Aren dah pengsan ke?

Aku cepat-cepat tanggalkan seatbelt dan bergerak sedikit ke arah Aren. Air mata aku jatuh menitik bila tengok mata Aren dah tertutup rapat dan badannya tak bergerak-gerak walau beberapa kali aku cuba cuit dia. Ya Allah, selamatkan la anakku ini, dia satu-satunya harta yang aku ada kat dunia ni sekarang.

Aku dengar cermin kereta aku diketuk berkali-kali dari luar. Aku tak nampak sangat siapa yang mengetuk sebab hujan terlalu lebat. Aku tanggalkan belt yang melingkari tubuh Aren dan aku peluk Aren rapat ke tubuh aku. Kepanasan tubuhnya buat aku mula rasa bimbang. Tapi macam mana aku nak bawa dia pergi ke hospital? Takkan nak lari macam tu je dari kemalangan ni?

Aku terpaksa turunkan cermin kereta sedikit sebab ketukan di pintu kereta makin kuat. Adoyai, macam-macam dugaan betulla. Dengan sedikit cermin yang diturunkan, aku tengok ada seorang lelaki yang berpayung tengah memandang aku tajam. Aku tertelan air liur.

“kau ni kenapa? Suka-suka je langgar kereta orang? Buta ke?”

Aku terpinga-pinga bila diherdik macam tu. Bukannya aku suka-suka pun nak langgar kereta dia tu. Dia yang drive tak betul, sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Kemungkinan untuk kemalangan memang ada kalau drive macam tu. Dia ni tak belajar undang-undang jalan raya ke? Ni aku pulak yang dipersalahkan walau tadi memang aku pecut laju. Tapi aku betul-betul ada hal kecemasan bukan saja-saja je buat macam tu.

“kau ni bisu ke? Apsal tak jawab soalan aku hah?”

Suara lelaki itu masih tinggi. Aku terkejut bila dijerkah macam tu. Air mata yang mengalir di pipi aku tidak hiraukan sebab tiba-tiba je Aren menangis kuat. Mungkin dia terkejut kot bila aku kena jerkah macam tu. Kiranya dia tak pengsan la tadi?

“err...”

Aku tak tahu nak jawab apa sebab rasa macam gelabah je sekarang ni. Dengan Aren lagi yang makin menangis kuat di bahu aku.

“apa err...err..? Gagap ke?” Dia dah bercekak pinggang pandang aku.

Sekali lagi aku diherdik macam tu. Adoyai, macam nak luruh je jantung aku ni bila dengar tengkingan dia tu.

“turun sekarang”

Arahnya sambil buka pintu kereta aku. Dah la aku tak lock tadi, so senangla dia bukak dari luar. Lambat-lambat je aku turun dari kereta. Aren terpaksa aku letak balik kat baby car seat memandangkan hujan yang masih lebat. Takkanla nak biarkan Aren terkena hujan pulak. Dia dah la tengah demam sekarang ni.

“kau tengok kereta aku tu, habis kemek. Sebab kau la ni”

Lelaki berpayung tu menunjukkan bonet kereta Audi TT dia dah kemek. Dia tak perasan ke yang depan kereta aku pun dah kemek jugak? Dahla lagi teruk dari yang dia punya tu. Yela, kereta tempatan lawan kereta luar, mana tahan.

“tapi kereta saya kemek jugak”

Aku memberanikan diri menjawab soalan dia. Dengan aku yang tak berpayung, habis basah baju kemeja yang aku pakai ni.

“aku tak kira, kau kena bayar ganti rugi”

“tapi..”

“takde tapi-tapi, ni kad aku. Nanti aku claim kat kau”

Jawab lelaki berpayung tu kat aku. Aku hanya mampu menelan liur je bila dia keluarkan kad dia. Mata aku membulat bila tengok apa yang tertulis kat kad dia tu. Habisla aku kali ni!





23 comments:

Shamien said...

best sis...kejam SI RS ni!huh!

zura asyfar said...

awin : tq2..SI RS kejam kot..huhu

amira aihara said...

hhehe..nak lgi..cepat smbung sis....

fallenmoon said...

lelaki berpayung tu tak nmpk ke apa yg anak 'aku' tu menangis? haih...sombong!

zura asyfar said...

amira : yeah...akan sambung secepat mungkin :)

liyana said...

e'eh..xprasan pon kt fb..
mnarik..smbung cpt2 sis..
bnyk prtnyaan lam kpale sal cite ni

zura asyfar said...

moon : dia tak nmpkla 'anak' moon tu..huhu..mencik!

zura asyfar said...

yana : rasenye dh 3 hr sis post kt fb cume pendek je kt fb tu..ni ade tmbhn sket...

~ menarik? hehe.. tq2 :)
~ bnyk pertanyaan? apekah itu? :P

Miqael Arshad said...

next!!! heheh hanya mampu minta sambungan aje... writer... cepat2 sambung~~ ngeeeeeeee

zura asyfar said...

mike : daku akn mnymbungnya..jgn wisau k :)

fatin Aqilah said...

kejam tol laki tu..
xnmpk ke ada baby dlm keta..
mencinyer laki cmtu...

zura asyfar said...

fatin : tu la pasal..dia tak nmpk ker baby tu? huhu :(

tiekqafhea said...

wahhh.. best best! :)

zura asyfar said...

tiekqhafhea : tq2 :)

Anonymous said...

boleh tanya?? bila nak ada n3 terbru api...

zura asyfar said...

anoy : sesi menaip api sdg dijalankan...hr sbar menunggu :)

sAkEeNa said...

ahah..best2 nk smbugn sis!!

zura asyfar said...

sakeena : hehe...tq2...yeah, tgh smbng ni...tgu tau :)

blinkalltheday said...

bile nak sambung yg ni??best2 yg ni..tajuk pun dah truja!!

rose^zora said...

bla nak post n3 bru cter nie...? dah lama m'nggu...:(

zura asyfar said...

rose : sorry2..mmg dh lame giler tak smbung...jgn mrah taw...huhu...

YONG JIAO XIU said...

huhuhu sian dia...er bos dia ke tu?

emy sims said...

Sambungan kat mana eeh? X jumpa pon...