:: My gangS :: TQVM

Saturday, April 30, 2011

Segmen Geng Blogger Politeknik



Salam2 U all semua…

First time nih wat segmen..haha..dah tu ko pandai2 masuk geng blogger politeknik, tak nak join segmen plak…apa la ko ni..macam mana la org nak kenal blog ko..aduss, pedas tol komen kat diri sendiri..hehe

Btw best gak masuk Blogger Politeknik ni; cm leh kenal lg geng2 poli yg len..tmbhkn kenalan n share pndpat :)

Sebenarnya dh lama aq tinggalkan zaman hidup kat poli ni..cess macam la lama sangat, baru je dua tiga tahun..grad tahun 2009 (Diploma Civil Engineering)…baru lagi la tu…wink2..hehe

Okla sebenarnya mula2 dpt keputusan kena masuk poli (Politeknik Dungun Terengganu masa tu sekarang dah dikenali dgn nama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin) cam tatau nk pergi ke tak cz mase tu dh frust sebab dh la Uni pggil utk kos ape2 ntah, n tak minat lgsung…pastu dpt lak for the 2nd intake n tuk sijil lak (Sijil Kejuruteraan Awam)…waaa, sgtla frust cz my kazen mase tu dh nk masuk sem dua..huhu..

Btw, selepas sebulan duk sana, mmg hepi giler walau poli tu agak strict cz dia baru lg…mase praktikal amat la best walau praktikal kt JKR..hehe..

Kenangan pahit dan sedih sebab takleh grad sekali ngn bebudak kelas cz failed subjek structure..huhu…bkn saje2 fail tp mase final tu kene gastric, lgsung takleh jwb…huhu…tu kenangan masa amik sijil la tahun 2004- 2006…

Then kenangan manis masa dpt sambung diploma. Ngatkn dptla poli jauh sket tp tetap dpt poli same..huhu..btw integrasi ni bnyk bebudak luar, so dia punye environment mmg lain..hehe..time wat final projek tuk last sem pon best…ingt dulu2 cm cuak gak tp heppy cz dpt skip kelas (jgn ikut yer kawan2 sumer), redah sungai, banjir, pnjt bukit, pnjt jeram semua tu..haha…terbaikla dpt belajar kt poli..tak kisahla kene geget pacat pon..keh3..


ni gmbr kat tasik kenyir (aq yg pakai tudung oren tu), otw nk gi pulau petang nk site visit tuk renovation chalet :)





ni mase praktikal ; tgh wat mackintosh tgh2 panas (kul 12 tghr- 3 ptg), sabar je la walau muka sunburn gila..hehe


*Anyway ; poli tetap di hatiku wat selamanya :D

Sunday, April 24, 2011

When a Gay Fell in Love with a Tomboy - 3R








When a Gay Fell in Love with a Tomboy - 3





“Eh Raze, dah nak balik ke?”

Aku tegur Raze yang mula bangun dari sofa L-Seater tu. Tadi aku disuruh mama ke dapur untuk buat air sementara mama dengan papa nak berbincang dengan Raze. Aku yang tak tahu apa-apa tu hanya turutkan saja cakap mama.

“A.ah, dah nak balik. Lagipun dah lewat ni.”

Raze pergi bersalam dengan mama dan papa. Aku yang perhatikan dia tu hanya membuat muka pelik dan berkerut dahi. Cepatnya nak balik? Tak sampai pun lagi pukul sepuluh malam.

“Minum dulu la.” Aku pelawa Raze sambil menyusun cawan yang berisi air tea o panas kat meja kopi. Sepiring karipap sardine yang masih panas juga aku letakkan di atas meja.

“Tak apa lah Qale. Aku balik dulu. Risau jugak tinggal mummy aku sorang-sorang je kat rumah tu.”

Raze membalas pertanyaan aku sambil tersenyum nipis. Kemudian dia memandang ke arah papa dan mama.

Auntie, Uncle. Saya balik dulu lah.” Raze tersenyum dan kemudian berpusing ke arah pintu depan.

“Kirim salam kat mummy kamu Raze. Nanti esok Auntie pergi rumah kamu.”

Pesan mama pada Raze. Aku yang hanya berdiri static depan mama dan papa hanya mengekori Raze dengan ekor mata. Sebenarnya aku betul-betul pelik dengan sikap Raze malam ni. Adakah disebabkan syarat yang mama bagitahu masa aku ke dapur tadi?

“Eh Raze, tunggulah kejap.” Aku melaung nama Raze yang dah sampai ke muka pintu depan. Dia berpaling sekilas sambil memandang aku.

“Aku balik dulu lah Qale.” Raze menyarung sandal dan mula berjalan menuju kea rah pintu pagar.

“Kau ni kenapa hah? Cepat sangat nak balik. ” Aku sempat halang perjalanan Raze di tengah laman. Dia mengeluh perlahan sambil memandang aku lama.

“Qale, please lah. Aku nak balik. Kesian kat mummy aku tu.”

“Raze, dengan mama aku kau boleh tipu tapi dengan aku tak payahlah. Aku tahu yang mummy kau bukannya ada pun kat rumah. Ni mesti mama aku ada cakap yang bukan-bukan pasal syarat tu kan?”

Aku menduga dan Raze kelihatan tersentak. Lagipun aku dah maklum sangat dengan sifat mama aku tu. Selagi apa yang dia hajati tak dapat, selagi tu lah dia akan berusaha. Walau kadangkala kata-kata dia tu akan menyakiti hati orang lain.

“Emm… esok aku kerja lah Qale. Aku balik dulu.”

Raze dah kembali berjalan menuju ke pintu pagar. Aku mengeluh perlahan sambil menyebak rambut ke belakang. Aku mesti tanya mama pasal hal ni.




***





“Mama ada cakap apa-apa ke kat Raze?”

Aku menyoal mama sekembali dari berjumpa Raze kat laman. Mama hanya tersenyum pandang aku sambil mengunyah karipap sardine.Dan aku pula mula mengesyaki sesuatu dengan senyuman mama tu.

“Mama tak ada cakap apa-apa lah.”

Balas mama sambil matanya melekat pada slot drama bersiri Asmara 2 di tv.

“Betul ke ni ma? Kalau mama tak cakap apa-apa, kenapa Raze tu cepat-cepat je nak balik?

Aku tanya mama dengan penuh rasa curiga. Aku yakin sangat yang mama dah cakap sesuatu pada Raze berkenaan syarat tu. Kalau tidak, takkan perangai Raze tiba-tiba saja berubah jadi macam dingin je dengan aku.

“Mana la mama tahu. Yang kamu tanya macam-macam kat mama ni macam mama ada buat salah je?” tempelak mama. Aku hanya mengetap bibir.

“tak ada lah macam tu. Qale tanya je. Emm…apa syarat yang mama bagitau kat Raze?”

Mama memandang aku lama dan bersandar damai kat sofa. Papa pula sudah hilang entah ke mana.

“ Dua je syarat yang mama bagitau kat Raze tadi. Tak adalah banyak pun.”

Mama menjawab tenang.

“Apa syarat tu?” aku tanya dengan tidak sabar. Boleh ke Raze nak ikut syarat-syarat mama tu?

“Pertama ; majlis kawin kena buat kat hotel. Kedua; Raze kena sediakan sebuah banglo untuk kamu sebagai hadiah kawin.”

Mata aku tiba-tiba je membulat bila dengar syarat mama tu. Biar benar mama ni?

“Tapi ma, Raze tu kan baru je kerja. Mana lah dia ada duit nak beli banglo bagai ni.”

Aku mula tak senang duduk bila dengar syarat-syarat mama tu. Patutla muka Raze keruh semacam je tadi sebelum balik. Kalau aku ada kat tempat dia pun, aku boleh pening jugak.

“Pandai-pandailah dia tu. Lagipun siapa suruh kamu bercinta dengan Raze?”

Jawab mama seolah-olah menyindir saja ‘hubungan’ aku dengan Raze. Aku terdiam sekejap.

“Tapi ma, mana lah sempat nak kumpul duit nak……”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Ni kira mudah je syarat yang mama bagi. Kalau Raze tak boleh tunaikan syarat ni, hujung bulan ni kamu kawin dengan Azrel je lah.”

Tak sempat aku nak habiskan cakap aku, mama dah menyampuk. Aku memicit dahi tanda aku dah mula pening dengan sikap materialistik mama ni. Apakah tidak cukup lagi dengan apa yang telah papa sediakan untuk kami sekarang ni? Perlukah majlis kahwin di buat kat hotel bagai? Macam dah nampak sangat sikap mama yang suka menunjuk-nunjuk tu.

“tak apa lah ma, Qale naik dulu. Dah mengantuk ni.”

Aku berjalan lemah menuju ke tangga. Meninggalkan mama yang masih lagi ada di ruang tamu.

“Qale tak nak tau ke syarat mama untuk kamu?”

Jerit mama pada aku yang telah menjejak kaki di dua anak tangga. Aku menoleh sekejap ke arah mama.

“Esok-esok je lah ma. Selamat malam.”

Aku terus mendaki tangga menuju ke tingkat atas tanpa perasaan. Apa yang kau pelu buat sekarang ni? Batalkan saja plan aku ni atau pergi berbincang dengan Raze?




***




Aku berjalan laju menuju ke arah Burger King. Seketika, aku mengerling sekilas jam di tangan. Haila, dah lambat ni. Janji dengan Raze tadi pukul satu, ni dah nak masuk pukul satu setengah dah. Tahulah waktu ni waktu rehat, boleh sesak pulak jalan tadi.

Tengah hari tadi aku paksa diri call Raze sebab nak berjumpa dengan dia. Sebenarnya aku kalau boleh tak nak kacau je dia yang tengah bekerja tapi aku dah tak sabar-sabar nak berbincang dengan dia pasal hal ni. Duduk kat rumah tadi pun, serba tak kena je.

Dari kejauhan dah nampak Raze yang tengah duduk di meja yang memuatkan dua orang di hujung restoran. Dia yang lengkap berbaju kemeja berjalur biru dengan seluar slack hitam tu aku renung lama-lama. Macam bersalah je pulak sebab libatkan Raze dalam hal aku ni.

“Raze.” Aku sapa dia sebelum duduk kat kerusi kat depan dia. Dia yang tengah membuka balutan burger tu sekilas memandang aku sambil tersenyum. Dah ok ke dia ni?

“Duduklah Qale. Lama gila aku tunggu kau.”

Sorryla, jalan jammed tadi.”

Aku membetulakn kedudukan dan memandang sekeliling. Boleh tahan sesak jugak Burger King ni waktu-waktu macam ni. Nasiblah Raze datang awal, kalau tak terpaksa jumpa kat tempat lain je lah.

“So, kau ok?” Aku tanya Raze.

“Aku ok je, kau jangan risaulah.”

Dia jawab sambil menyuap kentang goreng ke mulut. Aku pandang dia tak berkelip. Betul ke ni dah ok atau sengaja buat-buat ok je depan aku? Tapi bila perasan yang dia kurang bercakap tu memang tanda-tanda dia tak ok.

“Tak payah tipu lah Raze. Aku bukannya baru kenal kau hari ni. Dah bertahun pun.”

Aku menyindir sambil merampas kentang greng yang baru dia suakan ke mulut. Telan kentang goreng pun nampak macam terpaksa je. Memang nampak sangat tertekan dengan hal ni.

“Seriusly Qale, aku tak dapat nak tolong kau. Aku tak mampu nak ikut syarat-syarat mama kau tu.”

Akhirnya Raze meluahkan apa yang dia rasa. Memang aku dah boleh agak pun pasal ni, sebab tu lah aku ajak berjumpa dekat luar. Kalau jumpa kat rumah, mana lah tahu ada yang akan pasang telinga.

“Tak apa lah Raze. Nak buat macam mana, berat sangat syarat mama aku tu.”

Aku menyandarkan diri kat kerusi. Raze pandang aku lama.

“Sorry Qale.”

“No worry la buddy.”

Aku tersenyum pahit. Nampaknya aku terpaksa ikut cakap mama, kahwin dengan Azrel tu. Haishh.

“So, apa kau nak buat sekarang?”

Raze tanya aku. Aku mengeluh perlahan dan mengerutkan kening. Sebenarnya aku tak terfikir lagi macam mana nak behadapan dengan Azrel tu. Dengar namanya saja pun dah buat aku menyampah. Macam mana lah hidup aku kalau kahwin dengan dia tu?

“Tengokla nanti macam mana. Aku kena pergi jumpa dia dulu.”

Balas aku sambil berdiri. Terasa lapar la pulak bila tengok Whopper Raze yang ada kat meja tu.

“Kau nak pergi mana tu?”

Soal Raze sambil berkerut dahi. Aku hanya tersengih.

“Pergi beli makanan la, lapar lah pulak tengok kau makan.”

“Eh Qale, biar aku je beli. Hari ni aku belanja kau. Kau tunggu je sini ok?”

Raze bangun dan suruh aku duduk.

“Yelah-yelah. Cepat, aku dah lapar ni.”

Raze sempat gosok rambut aku sebelum melangkah pergi ke kaunter. Aku mengeluh kasar. Terkilan lah jugak bila Raze tak dapat tolong aku.





p/s : Sorry all lama tak update blog n cerita2 kat sini…bz ngn editing manuskrip..Hope enjoy this entry :)

Tuesday, April 19, 2011

Sorry Allz

Assalamualaikum pada readers n followers blog OUR LOVE n HOTT STUFF….




Di sini zura nak mintak ampun dan maaf sebab ada berjanji nak update entry baru kat korang semua tapi tetap tak update2…huhu…bnyk betul masalah yg melanda minggu lepas…n this week, zura tgh edit manuskrip plak..so mmg betul2 bz…dan on9 pun mlm2 je skrg…citer2 Qale n Raze n Fajie tu terbengkalai mcm tu je walau dah siap draft…ada masa zura akn update bila siap edit manuskrip ni….sooryy all….

Wednesday, April 13, 2011

Dedicated to Miqael Arsyad



Salam semua..sebenarnya zura tak tau nak cakap apa..sebak memang sebak, pedih sampai ke ulu hati ni..kira-kira dalam kul1 lebih tadi masa zura tengah menulis sambungan cerita Qale n Raze serta Api, tetibe je dikejutkan dengan berita my BFF Miqael Arsyad atau lebih dikenali ngn nama Mike or Chad dah nak stop dari menulis. Dia ckp nk tinggalkan FB n leaved his grup. N zura mmg betul2 terkejut..

N sekarang ni his FB da betul2 deactived..n his grup diamanahkan kt zura utk jaga ngn awin (shamien sha)...so dia dah nekad utk pergi rasenye..

Anyway, di mana saja dia berada, zura tetap sokong dia dr jauh jika dia masih berkarya..

We Love Miqael Arsyad tetap akan wujud dan kami tetap sokong anda.

~(we miss his poems)~


~last puisi dr dia sebelum meninggalkan kami = yg wat zura sebak n menangis ~



~Sepi Itu Indah Namun Lukanya Parah~

Betapa indahnya bulan memancar terang di malam ini
sinarnya menyuluh kegelapan hati yang suram dan sunyi
meskipun sebak di dadaku bergulir senak dan sepi
aku tetap gagahi jua setiap kali aku melangkah kaki
mencari erti sebenar kepatuhan naluri serta budi
maka aku terpaksa pergi semoga kita bertemu lagi...

sayang...
lihatlah aku dicoreng luka, terporeng pula wajah duka
beginilah hidupku sering kali disakat dengan rasa kecewa
bahkan tidak pernah sekalipun bahagia bertahan lama
hadir seketika dan ia akan lenyap buat selamanya...

sayang...
tahukah kalian makna kasih yang diberi?
tahukah kalian betapa hancurnya hati ini?
pastikan kalian tahu, aku tetap akan mati
matiku dalam rasa sedih lagi dan lagi...

sayangku...
bernanah telingaku mendengar makian itu
robek dinding hatiku cacian hidup berliku
maka aku merangkak diterajang begitu
disepak, ditunjal kepala ini tersungkum pilu
akhirnya aku terbungkam lantas jiwaku layu...

oh sayangku...
maafkanlah khilaf selama mana kau kenali aku
aku insan yang lemah yang nyawanya cuma satu
saat matiku dalam pilu, ku harap kalian tetap di situ
di bahtera cinta mengharungi gelora itu...
gelora fitnah yang tidak pernah berlalu...

sayang.... kini aku tiada di sini
doakan aku menemui bahagia hidup ini
walaupun bukan sekarang mungkin nanti
kalian masih dan tetap di dalam hati....

(C) Miqael Arshad
Bold


~ n now I'm lost my BFF :'(