:: My gangS :: TQVM

Wednesday, January 26, 2011

Don't You Love Me? - 2



Chapter 2 : New House


*************************************************************************



stop kat situ” Arahnya.

Aku yang tengah gigih mengheret dua buah luggage tu terhenti. Reyfhan Zaffry dah tegak terpacak depan aku antara dua buah bilik. Dengan renungan tajam yang aku kira boleh menembusi jantung tu, dia pandang aku macam nak telan. Apa kes dia ni? Kena sampuk dengan penunggu rumah baru ni dah ke? Eh Niya, penunggu-penunggu rumah jangan cakap yer. Kang tak pasal-pasal je malam ni kau tak boleh tidur. Ngee, tarik balik statement tadi tu. Macam mana pulak boleh keluar teori luar alam macam tu pulak?

why?” Aku tanya dengan muka blur.

Otak aku masih tak dapat lagi nak digest apa motif dia bila suruh stop kat tengah-tengah alam macam ni. Tak ada la tengah alam sangat pun, tengah-tengah rumah je.

“ni bilik kau, dan depan tu bilik aku”

Seraya tangannya menunjuk ke arah dua buah bilik yang bertentangan. Huh, kasarnya bahasa, main kau-aku pulak. Takpe-takpe, aku follow je.

“ok” Balas aku sepatah.

Nampaknya dia betul-betul tak nak sebilik dengan aku la ni? Ok, fine. Aku pun tak ingin jugak nak sebilik dengan kau. Ditambah lagi dengan perangai yang tiba-tiba seratus peratus berubah jadi pelik, aku pun kalau boleh tak nak pergi dekat. Bukan apa, takut terjangkit pulak perangai pelik dia tu. Yela, sekarang ni kena la berhati-hati, segala macam penyakit ada.

“wait” Dia tahan aku dari terus melangkah.

Aku jungkit kening. Apa hal lagi dia ni? Kan aku dah ikut cakap dia tadi. Ada lagi ke yang tak puas hati?

“kau jangan pandai-pandai masuk bilik aku pulak”

Satu lagi pesanan penaja masuk ke gegendang telinga aku. Lorrh, sekadar nak bagitau yang tu je ke? Heh, aku pun tak ingin la nak masuk bilik kau tu. Aku lagi suka dapat duduk bilik asing-asing macam ni. At least, tak payah menghadap muka tapai basi dia tu setiap saat.

“yelah” Aku malas nak bertekak.

Aku perasan dia tersenyum sinis. Suka ye ek dapat buat hidup aku macam ni? Tak pe Niya, masa masih panjang lagi. Takkan kau dah nak mengalah dah kot? Kau kena kuat ok, jangan sampai dia senang-senang je pijak kepala kau. Lagipun kau kena siasat kenapa Reyfhan Zhaffry tu tiba-tiba berubah jadi cenggini?

Kalau diingat malam first night tu kan, rasa macam pelik je kata-kata dia tu.

“dah buat salah tu, ngaku je la”

Apa benda yang salah ni? Cara dia cakap macam kesalahan tu besar je. Serius, kadang-kadang aku bingung campur keliru.




Huh, penat gila rasa kena kemas barang dengan baju-baju yang berlambak lagi tu. Nasibla esok cuti lagi. Penat kenduri yang tak hilang lagi ni kena tambah pulak kena kemas baju-baju segala. Adoyai, rasa macam nak patah je pinggang. Dahla dua hari duduk rumah mama aku tu, aku dapat tidur atas sofa je. Kureng asam gelugur punya Reyfhan, suka-suka hati dia je conquer katil aku sorang-sorang. Tak gentleman langsung.

Ni semua disebabkan Reyfhan la ni. Aku ingatkan nak la duduk bersenang-lenang kat rumah mama aku tu dulu, tapi dia dah gatal ajak pindah rumah. Macamla rumah baru dia ni ada kaki boleh lari-lari kalau lambat pindah.

Entah macam mana entah dia boleh pujuk mama dengan papa aku tu, tiba-tiba diaorang terus je setuju dengan cadangan Reyfhan. Kata papa lagi, biarje la. Bila lagi nak hidup berdikari. Sabar je la aku masa tu.

Tapi kalau sebelum aku kahwin dulu, jangan harapla dapat tinggal sendiri-sendiri macam ni walau kawan-kawan aku yang lain family dia ok je bagi kenaran tinggal sendiri. Dan disebabkan aku ni antara calon-calon isteri solehah, aku ikut je la cadangan Reyfhan tu walau dalam hati tak setuju langsung. Haishh..

Aku renung setiap sudut bilik ni satu persatu, ok jugakla bilik ni walau aku rasa bilik ni macam untuk tetamu je. Semuanya complete siap dengan bilik air lagi. Tapi kan, kira kena bersyukur jugakla. Kalau si Reyfhan tu suruh kau duduk bilik orang gaji kat bawah tu macam mana Niya? Heh, kalau dia suruh aku duduk situ, terus je aku report kat mummy dengan daddy dia tu. Biar diorang tahu perangai sebenar anak kesayangan diorang ni. Dah bertukar seratus peratus jadi Darth Varder versi Melayu.

Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. Apa lagi yang dia nak ni? Disebabkan bunyi ketukan berkali-kali tu menyakitkan telinga, aku paksa diri jugak pergi bukak pintu bilik aku tu.

“hmm..Apa hal?” Aku tanya dia.

“pergi masak dinner” Arahnya lagi sambil berpeluk tubuh depan pintu.

Aku dah bulat mata kat situ. Dah hilang akal ke dia ni? Aku dah la tengah penat ni, boleh lagi dia suruh aku pergi masak. Makan kat luar malam ni tak boleh ke?

“makan kat luar je la, aku penat ni” Balas aku sambil tutup mulut.

Macam mengantuk pulak walau baru pukul tujuh malam. Haissh, setan ni suka je dapat goda anak-anak Adam time ni.

nope, aku nak kau masak” Dia cakap sambil bercekak pinggang.

Adoyai mamat ni, tak faham bahasa ke? Kan aku dah cakap yang aku tengah penat tadi. Tak ada rasa kesian langsung ke kat aku? Apa semua perasaab bertimbang rasa dia tu dah hilang?

“aku penatla. Esok-esok je la aku masak”

Aku terus berkira-kira nak pergi. Baik aku pergi mandi dari layan mamat ni. Tiba-tiba tangan aku ditarik. Secepat kilat aku berpusing dan terus menghadap dia.

“kau kena masak jugak malam ni” Dia cakap kat aku.

Dekat gila jarak dia dengan aku. Nasib masa aku pusing tadi tak berlaga je dahi aku dengan dia. Kalau tak, mau je benjol dua tiga hari.

“Reyfhan please la, aku penat ni”

Aku cuba merayu kat dia. Sungguh, aku penat gila sekarang ni. Kalau aku letak kepala atas bantal ni, konfem terus je lena sampai pagi.

“kau tu isteri aku, so tanggungjawab kau la kena masak” Dia cakap kat telinga aku.

Cheh, ingat aku ni ada masalah pendengaran ke sampai kena cakap dekat dengan telinga segala? Dahla tangan aku yang dia pegang tadi tu tak nak lepas-lepas. Huh, gaya cakap macam tak nak bagi aku dekat dengan dia. Ni yang pegang tangan aku tak lepas-lepas macam mana pulak tu?

“aku tau la, tapi please sekali ni je”

Aku cuba merentap tangan aku yang ada dalam genggaman tangannya tu. Ternyata dia makin kuat genggam sampai aku rasa sakit. Ni yang aku geram ni.

no. Kau. Kena. Masak. Jugak” Sepatah-sepatah dia cakap kat aku.

Ni yang aku tak faham dengan mamat sorang ni. Main paksa-paksa aku pulak. Dia ingat semua orang boleh dipaksa ikut cakap dia agaknya.

“aku tak nak” Balas aku sambil tenung mata dia.

Dia buat senyum pelik. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Apa pulak yang sampai kena senyum pelik macam tu kat aku?

“Syaniya Awra, kau kena ikut cakap aku. Kalau tak, nanti kau akan menyesal”

Dia balas cakap aku sambil tolak aku ke tepi pintu. Dia terus berlalu ke bilik dia dengan meninggalkan aku yang tercegat sambil ternganga kat situ. Apa maksud cakap dia tadi tu? Tiba-tiba aku rasa macam terjebak dalam kahwin paksa pulak. Semua benda main paksa-paksa, lepas tu kena ugut-ugut pulak. Boleh ke aku bertahan hidup dalam perkahwinan macam ni?


7 comments:

miss syasha said...

haishh ! tampor jugak kang reyfhan tu,, ok la cerita sedih,, tak kan nak sentiasa happening kot kan ? apa2 pun hehe ! update ! ^^

hana_aniz said...

huhu.. sambung cepat2 ye? best best! =)

.:kiwi:. said...

ish, pening lah.. apekene dgn si Reyfhan tu?

zura asyfar said...

miss syasya : jom kite pakat tampor reyfhan tuh..haha..

~ betul jugak tu, sesekala nk jugak bc cerita sedih..hehe

hana_ariz : yer-yer..kene tggu turn ni nk smbung, bnyk sgt cite dlm blog ni..hehe

kiwi : jgn pening2 k..layan je :)

armouris said...

lagi info tentang masalah pendengaran di SIHAT SELALU - Lawak Masalah Pendengaran

Shamien said...

nak lagi sis!

zura asyfar said...

sbr yer awin..nk update my little shark dulu mlm ni..hehe