:: My gangS :: TQVM

Saturday, January 15, 2011

Don't You Love Me? - 1


Chapter 1 : Prologue



*****************************************************


Kenduri baru aje lepas kat rumah aku. Fuhh, penat gila ni. Rasanya kalau macam ni la hari-hari, boleh patah-riuk tulang rusuk aku. Sebab tu la, orang tak kahwin hari-hari. Bengap betul aku ni boleh buat statement macam tu.

Aku baru je masuk bilik nak tukar baju sanding tadi. Dah melekat-lekit dah kat tubuh ni. Boleh mandi barang sejam dua ok jugak. Agak-agak la kan, takkan pengantin baru sampai malam tak mandi. Nanti nak lalui malam pertama macam mana? Ahaks, aku sengih gatal!

Lepas je mandi, aku pakai gown tidur kaler merah yang baru beli minggu lepas. Ok kot sebab seksi gila, kain pun jarang-jarang je macam kain langsir. Mesti tergoda punya, aku gelak dalam hati.

Tengah duk sibuk-sibuk kesat rambut dengan towel tu, aku dengar pintu bilik dikuak. Hmm, lama gila tadi dia duduk sembang dengan papa kat luar. Macam dah tak ada hari esok je. Agak-agak la kan, kesian pengantin perempuan tertunggu-tunggu kat dalam bilik ni.

Dia masuk dengan muka kusut yang macam kena kahwin paksa je. Apa kes ni? Kan kitaorang saling cinta-mencintai. Takkan lepas kahwin dah tak ada istilah macam tu kot. Ni yang nak marah nih!

“abang nak mandi ke?” Aku tanya dia.

Sebab nampak dia dah bukak baju melayu tu. Campak je atas katil terus bukak luggage kat tepi almari. Cari towel agaknya.

“hmmm” Tu je jawapan dia. Dahla langsung tak pandang aku.

Macam ada yang tak kena je ni. Agaknya penat sangat kot sanding tadi. Yela, sebab aku ni anak tunggal je. Papa nak buat besar-besaran. Siap letak banner lagi kat jalan besar depan taman. Aku agak hampir lima ribu tadi yang datang kot. Tak tau la sebab jammed gila jalan nak masuk taman tadi. Siap dengan pakai anggota rela lagi jaga parking. Kanopi pun dah lebih enam buah. Sabar je la papa nih!

Dia terus je masuk bilik air tanpa cakap apa-apa dengan aku. Aku pun sebab boring, bukak lappy dan meniarap atas katil layan je facebook. At least, ada jugak kerja nak buat.

Tengok jam kat lappy baru je pukul sepuluh lebih. Mata dah mula ngantuk ni. Mata aku pusing pandang bilik air. Hai, dah dekat lima belas minit ni dalam tu. Berak batu ke atau dah pengsan dalam tu? Musykil betul. Tak boleh jadi, nak kena pergi siasat ni.

Aku melompat turun dari katil dan ke bilik air. Ketuk je la dulu. Kalau tak bukak jugak, baru aku mintak tolong siapa-siapa yang kat luar bukak.

Kuk! Kuk! Kuk!

Aku ketuk pintu dengan tangan. Ada dalam dua tiga kali ketuk. Tapi senyap je. Ni yang buat tak sedap hati ni. Baru je aku nak ketuk kali keempat, pintu tiba-tiba terbukak. Aku sengih pandang dia tapi dia tak balas pun. Tu pun pusing pandang ke kanan.

Dia terus gerak kat luggage, selongkar-selongkar dalam tu. Dan keluarkan sepasang baju tidur corak petak-petak. Aku pandang je dia sambil berdiri kat sebelah dia. Tapi dia buat tak tau je.

Aku gerak balik kat katil dan mengadap lappy. Dia tanggalkan towel yang dia pakai tu terus sarung seluar. Walau mata aku pandang lappy, tapi ekor mata aku tetap pandang dia. Aku sengih gatal, tak salah pun kalau tengok kan. Bukannya dosa pun, kan dah halal..Hehe..

Sebenarnya aku cuak jugak nak hadapi malam pertama ni. Tapi bila fikir kitaorang bukannya kes kahwin paksa jadi buat apa nak takut kan. Lagipun dah dekat dua tahun lebih aku kenal dia. Tak ada pulak dia ambil kesempatan atas aku. Kitaorang macam couple yang lain jugak. Ada masa bahagia, ada masa gaduh jugak. Biasa la kan, adat bercinta la tu.

“abang” Aku panggil dia.

Masa tu dia tengah kesat rambut kat depan cermin meja solek. Aku gerak dari katil pergi sebelah dia. Nak peluk dia kan, takut dia kata aku desperate pulak. Tak menyempat-nyempat langsung. Ngee, terkena miang keladi agaknya badan aku petang tadi..hehe..

“hmmm” Eh, eh! Tu je jawapan di dari tadi.

“kenape ni?” Aku buat suara lembut.

Mana la tau kalau- kalau dia tergoda ke. Tapi yang buat aku nak hangin, dia buat tak tau je. Muka pun macam tak ada perasaan je. Apa kes ni?

“sayang ada buat salah ke?” Aku tanya dia.

Kot-kot la aku ada buat salah ke. Tu yang tak berapa nak bercakap je dari tadi. Aku pandang je dia dari belakang.

Dia pusing pandang aku. Aku static je tak bergerak. Lawan je pandangan mata dari dia.

“tak yah tunjuk baik la” Tiba-tiba keluar ayat tu dari mulut dia.

Aku ternganga. Ni apa kes ni yang keluar ayat nak buat orang marah ni? Aku cekak pinggang.

“ape maksud abang?” Aku tanya dia.

Memang tak faham pun apa maksud kata-kata dia tadi. Ke ayat dia cakap tu ada maksud lain?

“dah buat salah tu, ngaku je la” Dia senyum sinis.

Aku kerut kening. Aku ada buat salah apa pada dia? Rasa start dari akad nikah dan sampai majlis sanding tadi, aku tak ada buat apa-apa pun. Cakap pun dua tiga patah je. Yela, sibuk je nak tukar baju lagi, nak pose ambik gambar lagi, mana sempat nak sembang lama-lama.

“sayang ada buat salah ape?” Aku tanya lagi.

Dia senyum . Tapi kategori senyum dia tu macam perli aku je. Aku tak puas hati.

“fikirla sendiri” Dia cebik bibir.

Huh? Dah aku memang tak tau pun aku ada buat salah apa. Dia pulak suruh aku fikir pulak. Ngee! Ni rasa geram campur bengang ni.

Aku tengok dia gerak ke katil dan terus baring. Apakah? Memang tak nampak gaya nak explain kat aku je pasal kata-kata dia tadi.

Aku melompat naik atas katil sambil tarik tangan dia suruh bangun. Dia terkejut lalu pandang aku tajam.

explain please” Arah aku.

Dia bersila atas katil sambil senyum. Aku jadi blur. Tadi macam nak marah tapi sekarang senyum pulak. Pening aku dengan suami kesayangan aku nih!

“sayang, jangan panggil saya abang lepas ni boleh tak?” Dia pegang pipi aku.

Aku bulatkan mata. Ni kes apa pulak yang tak bagi panggil dia ‘abang’? Hari tu siap paksa aku lagi panggil macam tu. Dahla tadi bahasakan diri dia ‘saya’. Atau dia nak tukar panggilan lain kot? Aku tiba-tiba senyum.

“kenape?” Aku tanya dia.

“sebab saya tak suka” Dia senyum lagi.

“I don’t get it” Aku jawab jujur.

“sampai masa nanti awak tahu” Dia jawab.

Aku terkedu. Tadi tak nak bagi aku panggil dia’abang’. Lepas tu bahasakan diri ‘saya’. Ni siap panggil aku ‘awak’. Ke mana hilangnya semua panggilan manja tu? Aku tengah mimpi ke ni? Kalau ini mimpi, siapa-siapa yang ada kat luar tu tolong tampar aku kejap!

“tutup lampu tu nanti” Arah dia sebelum baring.

Terus ambil comforter selubungkan diri sampai tak nampak kepala. Arrghh!! Ni yang aku hangin ni. Kan kalau jerit kuat-kuat, ada yang terkejut pulak. Yela, takkan kuat sangat buat ‘benda tu’ sampai menjerit. Geramnya, rasa nak cekik-cekik je dia ni!

3 comments:

Anonymous said...

suka intro ni.lain je citernya.slalu baca yg kawen paksa tp yg ini suka sama suka.dh ada problem.sgt tertanya2 nih..

zura asyfar said...

anonymous : citer ni laen sket..bukan kwen paksa tp ada part tseksa jugak cm kawen paksa :)

RinsyaRyc said...

kain jarng macam kain langsir ? sumpah gelak dengar statemnt nih . hahaha!