:: My gangS :: TQVM

Wednesday, April 27, 2016

Bab 3 Assalamualaikum Cinta

Salam..
Entry last untuk hari ni.. hehe



BAB 3


EMMA MELANGKAH masuk ke dalam kawasan hospital dengan muka yang masam mencuka. Hatinya masih lagi terkesan dengan apa yang terjadi ketika dia memandu tadi. Rasa bengang pun ada. Tatkala dia melintasi kaunter pendaftaran, sempat dia mengerling Hidayah rakan sekerjanya yang bertugas di bahagian hadapan hospital itu.
“Emma..” Sapa Hidayah dengan sedikit kuat. Rasa pelik mula menerjah ke hati apabila melihat rakan sekerjanya itu menonong masuk tanpa mempedulikannya yang berada di situ. Muka Emma pun nampak ketat semacam saja. Setahunya Emma bukanlah jenis gadis yang sombong. Gadis itu amat ramah dengan semua orang. Sesuai dengan kerjanya sebagai jururawat di situ. Tapi Emma ada masalah ke? Hati Hidaya mula tertanya-tanya sendiri.
Emma memberhentikan langkah. Mengundur beberapa langkah untuk ke kaunter pendaftaran yang sudah ketinggalan di belakang. Wajah Hidayah yang penuh dengan tanda tanya itu ditatap seketika. Cerita je lah kut. Bolehlah hilangkan sikit rasa sebal kat hati ni!
“Pagi-pagi dan buat muka ketat semacam. Apa hal ni sis?”
Hidayah bertanya selamba walaupun dia perasan dirinya mula menjadi perhatian beberapa orang awam yang sedang menunggu di kerusi menunggu di hadapannya itu.
“Kau tahu tak yang aku tengah bengang gila?”
Jawab Emma kembali namun jawapannya itu bertanda tanda tanya. Membuatkan Hidayah mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak berapa faham dengan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu.
“Tak faham aku.. bengang kenapa pulak ni? Kau ni pagi-pagi dan hangen kus-kus.. ni mesti pasal lelaki kan?”
Telah Hidayah seraya menaikkan sedikit keningnya sebelah. Sekadar menduga sahaja. Kalau betul memang tepat lah dugaannya itu. Namun setahunya Emma bukanlah jenis perempuan yang suka marah-marah tak tentu pasal. Dan jarang sangat melatah untuk perkara yang remeh-temeh. Dan disebabkan itu jugalah dia menjadi jururawat ‘favourite’ di hospital itu.
“Tahu tak pe.. kau tahu tadi masa aku on the way ke sini.. adalah mamat-mamat bawak kereta mewah ni.. berhenti kat traffic light sebelah-menyebelah.. dia buat jalan tu macam dia punya je.. siap bersembang bagai lagi.. orang kaya memang macam ni kan? Berlagak tak kena dengan tempat.” Emma menjelaskan secara panjang lebar akan kejadian yang dilaluinya semasa di dalam perjalanan tadi.
“Kau nampak ke tuan punya kereta tu? Tua ke muda?” Soal Hidayah. Namun soalannya sudah melencong ke arah lain. Entah kenapa dia lebih berminat untuk mengetahui akan ‘mamat-berlagak-kaya-pakai-kereta-mewah’ yang diceritakan oleh sahabatnya itu tadi. Bercahaya matanya memandang ke arah Emma. Kena fokus betul-betul ni. Kalau boleh tak nak satu ayat dari Emma pun terlepas dengar!
“Mestilah muda.. kalau dah orang tua, tak ada maknanya dia orang akan buat perangai tak semenggah macam tu.. dahlah masa stop kereta tepi aku bukan main kuat lagi bergesek tayar dengan jalan.. terkejut aku sekejap.. ingatkan dah accident ke apa.. benci betul aku dengan orang macam ni tau.. langsung dah tak pedulikan keselamatan orang lain.. ingat nyawa boleh dibeli dengan duit gamaknya!”
Emma melepaskan rasa geramnya yang masih berbaki. Wajah Hidayah yang sedang mendengarnya bercerita itu dipandang seketika. Berharap yang rakan sekerjanya itu memahami akan rasa hatinya ketika ini. Namun harapannya punah apabila Hidayah tiba-tiba ketawa.
“Kau jangan nak benci sangatlah Emma... silap hari bulan.. orang kaya yang kau benci tu, sekali jadi laki kau.. haa, baru kau tahu..” Sengaja Hidayah menakut-nakutkan Emma walau apa yang diperkatakannya kebanyakannya memang betul. Dah banyak kes seperti itu. Mula-mula benci lepas tu jatuh sayang. Ala macam drama petang-petang kat tv tu!
Eeee... tak kuasalah aku nak buat laki orang kaya berlagak macam tu... biarlah aku tak berharta.. janji hidup tenang.. hati pun tak rasa sakit.” Cepat-cepat Emma menyampuk cakap Hidayah. Tidak setuju langsung dengan pandangan dari sahabatnya itu.
“Tapi sekarang zaman duit lah Emma.. tak ada duit, orang tak pandanglah..” Hidayah menegakkan pendapatnya lagi. Memang sekali dengar bunyi macam materialistik. Namun itu adalah hakikat untuk hidup di zaman sekarang. Tak ada lagi yang sanggup hidup susah. Semuanya berangan nak jadi kaya atau berangan nak kahwin dengan orang kaya. Tak payahlah kena kerja tunggang-terbalik nak sara hidup sampai ke tua!
Emma menjelingkan mata pada Hidayah sebelum cepat berlalu dari situ. Rasa tak kuasa pulak dengar pendapat Hidayah yang sepertinya terlalu mengejar hal kebendaan itu. Walau apa pun dia tetap dengan pendiriannya yang satu itu.
Dan Hidayah pula hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Emma yang langsung tidak mahu mendengar kata-katanya itu. Memang dia akui Emma jenis perempuan yang anti sangat dengan lelaki-lelaki yang berlagak kaya. Berbeza dengan dirinya. Lagi-lagi apabila dia dilahirkan dari keluarga sederhana sahaja. Terpaksa bersusah-payah untuk mencari sesuap nasi. Terpaksa belajar berhempas-pulas demi menaikkan taraf hidup yang lebih baik.


PUAN SRI ATIKAH ralit memerhatikan satu-persatu gambar arwah ayah dan ibu Rykal dan juga gambar ibu dan ayah Azrif. Gambar-gambar tersebut masing-masing diletakkan di kabinet hiasan yang terletak di penjuru ruang tamu. Selain gambar besar bersaiz 60 inci yang diletakkan di tengah-tengah ruang tamu itu. setiap pagi selepas Rykal dan Azrif pergi bekerja, ruangan itu seringkali menjadi tempat persinggahannya. Mengimbau kembali kenangan-kenangan lama ketika masing-masing masih lagi hidup.
Air mata mula bertakung deras di kolam matanya. Sungguh jika dia menatap gambar-gambar lama tersebut, akan ada rasa rindu mendalam yang sedikit menyentap tangkai hatinya. Seketika kemudian, tangannya mula mengambil gambar-gambar arwah ibu dan ayah Rykal dan gambar arwah ibu dan ayah Azrif di tangan kiri sebelum dilekapkan rapat ke dada. Matanya dipejam buat seketika. Sebak dan sayu.
“Mama janji, mama akan pastikan Rykal dan Azrif akan jaga nama baik keluarga kita dan jaga maruah keluarga kita. Walaupun mereka berdua dah cukup dewasa, mama  still anggap mereka berdua macam masih kecil.. mama langsung tak pernah sunyi dengan sebab adanya mereka berdua. Dan merekalah kekuatan mama untuk terus mama bertahan.. dan juga waris mama yang masih ada.”
Puan Sri Atikah berkata perlahan dengan nada yang pilu. Dia terkenang kembali pada janji-janji lamanya ketika arwah mereka semua masih lagi hidup.


NIA YANG sedang fokus memerhatikan satu persatu rekaan grafik desain tentang brosur makanan yang sudah telah siap dicetak mengeluh seketika. Entah mengapa untuk kali ini dia merasakan yang desain itu seperti tidak apa yang dia harapkan. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya dia meletakkan kembali brosur tersebut ke atas meja lalu bersandar lemah ke kerusi hitam empuk miliknya itu. Tangan kanan terus sahaja diletakkan ke dahi. Moga-moga akan datang idea lain yang kreatif. Padahal dia sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun di dalam bidang ini. Banyak sahaja rekaannya mendapat pujian dari orang atasan dan kliennya. Tetapi kali ini sahaja berlainan. Adakah dia sudah hilang fokus? Sungguh Nia tidak dapat jawapan untuk hal itu.
Namun fikirannya yang sedang melayang itu sedikit terganggu dengan depan langkah yang seakan menuju ke biliknya. Matanya dibuka perlahan. Dia memandang ke arah pintu biliknya yang terbuka. Kelihatan Anita rakan sekerjanya yang paling rapat sudah menuju ke arahnya. Wajah rakan sekerjanya nampak ceria. Langsung berbeza dengan keadaannya sekarang. Seperti langsung tak punya masalah!
“Macam mana brosur tu? Okay tak?”
Seperti biasa itulah soalan pertama dari Anita jika berkenaal pasal kerja. Kadangkala Anita amat prihatin dengan dirinya. Namun senyuman ceria Anita mula matik apabila melihat wajah muram dan sugul dari Nia. Cepat-cepat dia menarik kerusi untuk duduk. Wajah Nia yang bersolek tipis itu dipandang seketika. Kenapa pulak ni? Tadi nampak macam okay saja.
Bad mood je.. bendera merah ke?”
Tanya Anita selamba. Menagih jawapan dari Nia walau wajah sahabat baiknya itu mula sedikit berubah riak.
“Kau ingat aku tak normal ke? Asyik datang bulan je.”
Rungut Nia sambil mencebikkan bibirnya. Langsung tak relevan soalan dari Anita. Tak tercapai dek akal yang waras. Dan seketika jawapan dari Nia itu mengundang sengihan dari Anita. Mengaku akan soalannya yang langsung tak ada kena mengena dengan Nia.
“Hari ni tak ada date dengan yang tersayang kau ke?”
Nia mula mengubah topik perbincangan setelah mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. Sudah hampir menginjak ke waktu tengah hari. Terasa mahu lupakan sekejap pasal kerja yang buat dia hilang fokus tadi. Nak bagi otaknya berehat buat seketika.
Giler kau tak de date? Sehari tak dengar suara pun boleh meroyan.. apa lagi lah kalau tak jumpa.. silap hari bulan, dia lagi teruk meroyan dari aku.”
Jawab  Anita sedikit berbangga dengan kisah cintanya. Tanpa sedar Nia yang sudah tersenyum sinis.
“Eleh.. kau kata dia pulak.. padahal aku rasa kau tu yang lebih-lebih dari dia.. over bukan main.. apa orang cakap tu, haa lebih kuah dari sudu.”
Perli Nia sambil mula ketawa. Memang tidak dinafikan yang nampak sangat Anita lebih teruja dengan kisah cintanya kali ini. Dalam segala hal, banyak perihak kekasihnya dikaitkan. Tak bercakap pasal ‘si dia’ tu sehari memang tak sah!
Anita mempamer sengihan. Ada betul juga kata-kata Nia tu. Memang kali ini dia lebih bersungguh sikit. Yalah umur pun dah semakin meningkat. Kalau boleh dia mengharap percintaannya kali ini akan berpanjangan dan jika jodoh panjang boleh teruskan ke jinjang pelamin. Dah tak nak main-main lagi dah macam dulu-dulu.
“Mesti hidup kau tak bosan kan?” Nia menopang dagu. Kadang-kadang rasa cemburu juga melihat kehidupan sahabatnya itu. Sentiasa ceria dan sering dipenuhi dengan aktiviti bersama dengan kekasih hati.
“Maksud kau?”
Soal Anita tidak memahami maksud kata-kata Nia. Wajah sahabatnya itu direnung seketika.
“Iyalah.. kau kan asyik berkepit je dengan ‘sayang’ kau tu.. so tak adalah sunyi-munyi macam aku ni.”
Nia meluahkan rasa yang terbuku di dalam hatinya. Tak macam dia, lepas kerja terus saja pulang ke rumah. Dah tak ada pergi ke mana-mana dah lepas tu. Selain berkurung bilik dan menghadap tv saja. Dan hujung minggu pun tak adalah nak keluar sangat macam orang lain. Kecuali menemani ibunya pergi shopping barang dapur atau kenduri sedara-mara terdekat. Orang tengok pun nampak hidup dia bosan sangat.
“Kalau kau tak nak rasa macam tu.. kau tunggu apa lagi, berlambak je abang soda kat luar sana tu.”
Cadang Anita tanpa menyedari akan ada kesilapan di dalam kata-katanya. Dan Nia yang sedang mendengar itu tiba-tiba sahaja terasa mahu ketawa.
“Abang sado lah ngok.. soda tu minuman.. itulah kau, banyak sangat minum air gas.” Anita menutup mulutnya. Langsung tak sedar akan kesilapannya. Itulah laju sangat nak bagi cadangan pada Nia.
“Eh haahlah sado.. soda pulak perginya.”

Akhirnya Anita turut sama-sama ketawa melihat Nia yang sudah ketawa sehingga terhenjut-henjut bahu. Dan ruang bilik pejabat milik Nia itu mula gamat dengan ketawa mereka berdua.



Boleh dapatkan yang terawal di sana, 
di 2 lokasi berikut 
😄😄😄

(1)
Pesta Buku Antarabangsa 2016
Booth A1001 Hall A1
29 April - 9 Mei
Maeps, Serdang

(2)
Urban Lifestyle Expo 2016
Booth 46, 47 & 48
29 April - 1 Mei
10 pagi - 10 malam
Expo Hall, Danga City Mall,
Johor Bharu

No comments: