:: My gangS :: TQVM

Saturday, August 29, 2015

Bab 3.1 Sequel Sebenarnya Saya Isteri Dia





Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu
happy reading :)




----------


FIRASH MELANGKAH keluar dari sebuah butik di Sunway Piramid itu dengan rasa berpuas hati. Hampir sejam lamanya dia mengambil masa di butik itu demi mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada isterinya malam nanti. Walaupun ini adalah kali pertama dia datang ke situ namun nasibnya begitu baik kerana pekerja di butik itu rajin menolongnya untuk membuat pilihan yang tepat. Dan jika tanpa pertolongan tersebut, sudah tentu dia masih di situ kerana tidak tahu membuat pilihan. Sekilas dia memerhatikan paper bag yang dipegang di tangannya. Berharap yang Syaf akan gembira dengan hadiah yang bakal diberinya nanti.
Perut yang mula berkeroncong membantutkan aktiviti Firash untuk berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah itu. Sempat jam tangannya dikerling seketika, sudah menghampiri pukul dua petang. Patutlah! Desis hatinya seraya melihat ke sekeliling. Pagi tadi pun dia hanya bersarapan dengan dua keping roti sahaja demi menemani Syaf untuk makan bersama. Sekilas dia mula berjalan-jalan melewati premis-premis perniagaan yang ada di situ sebelum mata sibuk mencari food court yang berdekatan untuk makan tengah hari.
Teringatkan yang dia perlu memberitahu Syaf akan satu perkara, telefon bimbit ditarik keluar dari poket seluar. Firash tersenyum-senyum sendiri sambil mula menekan-nekan di dada skrin itu sebelum terasa tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seseorang. Kala itu telefon bimbit yang sedang dipegangnya hampir-hampir terlepas dari tangan. Dalam rasa sedikit tidak puas hati, dia berpaling ke arah sisi kanan.
“Kal..” Dia tidak jadi untuk menegur apabila matanya mula mengenal pasti akan empunya diri yang melanggarnya tadi. Seketika senyum lebar mula terpamer di ruang bibir.
“Chad! Kau buat apa kat sini?” Fiqri dan Zara yang baru sahaja berjalan menuju ke kotak lif itu terhenti seketika. Lagi-lagi apabila Fiqri terlanggar seseorang. Dan ketika dia mahu meminta maaf, dia juga terkejut dengan Chad yang berada di depan pintu lif itu.
“Weh! Kau orang berdua pulak buat apa kat sini? Dating?” Firash sudah tersengih-sengih seraya menaikkan keningnya. Rasa sengal-sengal yang terasa di bahunya tadi seolah-olah sudah hilang entah ke mana tatkala terjumpa sahabat baiknya. Saat itu dia perasan yang Zara kelihatan amat mesra di samping sahabatnya itu. Rasanya inilah kali pertama dia berjumpa dengan pasangan kekasih itu di luar.
“Apa punya soalan kau ni? Dating lah.. kan sayang?” Fiqri sudah menepuk bahu Firash sambil tersenyum lebar. Sekilas dia memerhatikan Zara yang sudah tersenyum segan di sebelahnya.
Wehh geli ar korang ni.. bersayang-sayang pulak.. kalah aku!” Firash buat gaya mahu termuntah dengan tingkah Fiqri itu. Fiqri mula buat muka menyampah. Sedangkan Zara di sebelahnya hanya mampu ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala sahaja bila melihat tingkah-laku dua sahabat baik itu.
“Ek ele kau ni.. buat-buat muntah pulak.. morning sickness ke apa?” Perli Fiqri namun hatinya gembira apabila berjumpa dengan Firash. Rasanya sudah lama mereka berdua tidak berjumpa selepas majlis resepsi Firash dan Syaf sejak bulan lepas. Lagi-lagi selepas itu mereka berdua pun sudah tamat belajar. Jadi agak susahlah hendak berjumpa berbanding ketika berada di kolej dulu.
“Ingat aku perempuan ke ada morning sickness bagai.. kau ni.. agak-agaklah kan!”
“Alahh mana lah tau kan? Aku pernah dengar yang ada lelaki kena morning sickness walau isteri dia yang pregnant.. so manalah tau kalau kau pun macam tu.. tapi memang kes rare lah! Sebab payah nak jumpa.” Saat itu Firash sedikit terkejut. Entah kenapa kata-kata dari Fiqri itu seperti sudah dapat tahu akan berita kehamilan Syaf. Rasanya setakat ini hanya keluarganya sahaja yang tahu. Lagipun semuanya masih terlalu awal untuk dihebohkan kepada semua.
“Eh kejap.. kau mana tahu yang Syaf pregnant?” Soal Firash menagih jawapan dari Fiqri. Berkerut dahinya memikirkan entah bila sahabatnya itu mengetahui tentang perihal Syaf yang tengah mengandung. Adakah dia pernah menceritakan berita gembira itu pada Fiqri sebelum ini? Rasa macam tak ada aje!
“Syaf memang pregnant ke Chad?” Fiqri mula terlopong akibat terkejut. Sebenarnya dia memang langsung tidak mengetahui akan berita itu. Tadi pun saja-saja mengacah Chad. Manalah tahu telahannya betul pula. Sempat dia berpaling pada Zara buat seketika. Nampaknya kekasihnya itu juga terkejut dengan berita itu.
“Eh aku ingat kau dah tahu tadi..”
“Mana ada aku tahu.. aku saja-saja je cakap.. tapi eh tahniahlah kawan.. cepat betul kan? Ehem, nanti ada orang jadi papa muda lah kan? Baru umur dua puluh satu dah dapat anak.” Fiqri sudah menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu tanda berbangga dan gembira dengan Firash.
“Tahun depan dah masuk dua puluh dua lah.”
“Yelah.. tapi still muda lagi kan? Eh kenapa pulak yang aku rasa terlebih excited ni?”
“Kau memang! Eh lupa pulak.. alang-alang jumpa ni.. jom lah teman aku lunch.. aku tak ada geng ni.” Firash mula mengajak Fiqri dan Zara untuk makan tengah hari bersama. Tambah-tambah lagi dia hanya keseorangan ketika itu.
“Eh kejap.. Syaf mana? Apasal dia tak temankan kau?” Fiqri dan Zara beranjak sedikit ke tepi lif apabila mereka bertiga mula menganggu pengunjung-pengunjung pusat membeli-belah itu.
“Syaf kerja lah.. sebab tu aku sorang-sorang ni.” Firash memberitahu perkara sebenarnya. Tanpa sedar kata-katanya itu mengundang satu reaksi pelik di wajah Fiqri.
“Aik.. Syaf kerja? Kau pulak boleh lepak-lepak kat sini? Apa cer ni bro? Takkan lah goyang kaki pulak kat rumah?” Fiqri mula bernada serius. Pelik juga jika hanya Syaf sahaja yang bekerja. Setahunya papa Firash mempunyai syarikat besar dan dengar kata yang Firash pun menjalani praktikal di syarikat itu setelah pulang dari Kerteh dulu.
“Apa lah kau ni.. takkanlah aku nak biar Syaf kerja sorang-sorang pulak.. aku tak adalah seteruk itu.. cuma kita kan baru lagi habis belajar.. so rehat kejap lah dulu kat rumah.. next week baru start kerja.” Firash menjelaskan akan keadaan yang sebenarnya. Rasanya sudah banyak kali hal itu dipersoalkan kepadanya. Terutama sekali dari papanya, Datuk Fakhrul. Namun dia berkeputusan untuk berehat seketika di rumah sebelum memulakan kerja pada minggu hadapan.
“Terkejut aku tadi.. mana lah tau kalau kau dah jadi stok house-husband.” Fiqri menghembus nafas kelegaan. Kalau boleh dia tidak mahu sahabatnya itu mengambil kesempatan atas Syaf. Walau dia tahu yang Firash tidak akan berbuat begitu.
Choy! Mintak simpang lah.. takkanlah aku nak jadi macam tu pulak.. eh sembang-sembang ni, jomlah pergi makan.. aku dah lapar ni.” Firash terpaksa menghentikan perbualannya dengan Fiqri itu. Kalau boleh dia tidak mahu perutnya itu terlalu lama kosong. Bimbang akan mengundang gastrik pula.
“Yelah-yelah.” Mereka bertiga sama-sama berdiri menunggu di depan kotak lif yang sedang turun-naik itu.











Saturday, August 22, 2015

Bab 3 Sequel Novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Assalamualaikum..
lama benar rasanya tak bersiaran dekat sini...
last entry pasal novel Saat Hadirnya Cinta Dia keluar..
tu pun bulan dua hari tu..
bukan setakat berabuk blog..
tapi usang terus..huhu..

so untuk tak nak bagi berabuk sangat,
kite leak entry baru..
boleh baca jugak kat wattpad :)


----------------------------------------

BAB 3


“SYAF!” Panggil Fina sedikit terjerit apabila melihat pegawai atasannya itu sudah menonong laju keluar dari bilik mesyuarat. Tadi mereka berdua menghadiri mesyuarat bulanan bersama dua orang kuat syarikat milik Datuk Fakhrul itu. Semuanya berkisar tentang progress kerja di tapak projek yang dijaga oleh mereka berdua.
“Haa Fina.. apa hal?” Soal Syaf lalu memberhentikan langkahnya buat seketika. Gadis berusia dua puluh empat tahun yang dikenali dengan Nur Sarafina itu dipandang dengan tanda soal.
“Kau ni Syaf.. laju je nak ke mana?” Soal Fina tanpa menjawab pertanyaan dari pegawai atasannya itu. Walaupun jawatan Syaf lebih tinggi darinya namun Syaf tidak suka jika pekerja di bawahnya memanggil dengan panggilan formal. Dan disebabkan itulah juga dia mudah rapat dengan Fina walau gadis itu baru sahaja dua bulan memulakan kerja di syarikat milik bapa mertuanya itu.
“Tak ke mana-mana pun.. balik bilik aku lah.. nak kena edit sikit report ni.” Ujar Syaf sambil menyuakan laporan bertaip yang masih berada di tangannya itu.
Tadi semasa mesyuarat, laporan yang dibentangkan itu mengalami sedikit pertindihan data. Dan sebolehnya Syaf mahu membetulkan dengan kadar segera dan tidak mahu kerjanya itu bertangguh-tangguh.
“Laa, kena edit sikit je kan? Relaks lah dulu.. ni haa, aku ada hajat sikit.”
“Hajat?” Syaf sudah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh gadis itu. Difokuskan pandangannya ke arah Fina dengan tidak berkelip.
“Hari ni 23 haribulan kan? By the way, happy birthday Syafa Aqira.. yang ke-25 kan?” Fina sudah tersenyum-senyum apabila melihat Syaf yang sepertinya agak terkejut dengan ucapannya itu. Sebenarnya dari saat dia masuk pejabat tadi lagi dia mahu memberitahu pada Syaf, namun niatnya itu terbantut apabila terpaksa menghadiri mesyuarat yang tiba-tiba diawalkan sedikit. Sebuah pelukan dihadiahkan buat rakan sekejarnya itu.
“Eh hari jadi aku?” Soal Syaf seakan terpinga-pinga buat seketika. Saat Fina meleraikan pelukan pada dirinya barulah dia teringat. Sejujurnya dia langsung terlupa dengan hari ulang tahun kelahirannya itu untuk hari itu.
“Kau ni buat-buat lupa pulak? Takkanlah aku orang pertama yang wish kut?” Fina mula menjongketkan sedikit keningnya tanda memerli. Berharap yang Syaf faham dengan kata-katanya itu yang berbaur sarkastik. Dan Syaf pula mula teringatkan sesuatu. Jika hari itu adalah hari ulang tahun kelahirannya, kenapa Firash langsung tidak berkata apa-apa? Seingatnya ketika di rumah pagi tadi, suaminya itu bersikap seperti biasa. Seolah-olah hari ini adalah hari biasa dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.
“Eh kau ada kerja kan? Aku pun dah nak balik tempat aku ni.. haa, nanti lunch aku belanja.. sebagai hadiah birthday dari aku.” Tambah Fina lagi seraya menepuk lengan Syaf yang seolah-olah sedang berkhayal itu. Dan Syaf yang masih terkejut dengan tindakan Fina itu hanya mampu membalas dengan senyuman kelat tanpa perisa.



------------------



terim kasih kerana membaca...enjoyyss..jumpe lagi...bye2 :)