:: My gangS :: TQVM

Tuesday, January 27, 2015

Novel Saat Hadirnya Cinta Dia (SHDC) akan dijual di Pesta Buku Selangor 29/01/2015

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...
Akhirnya novel kedua saya diterbitkan sekali lagi di bawah Penerbitan Karya Seni.
Jualan awal bermula di Pesta Buku Selangor pada 29/01/2015 sehingga 08/02/2015 bertempat di Shah Alam Convention Centre.
Novel ini akan memasuki kedai-kedai buku pada pertengahan bulan Februari nanti.






AKAN DATANG FEBRUARI 2015

Tajuk: Saat Hadirnya Cinta Dia
Penulis: Zura Asyfar
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-91-8
Harga: RM26(Semenanjung) // RM29(Sabah & Sarawak)

TIGA tahun lebih AYARA NASHMIA hidup menyepi tanpa keluarga di sisi. Walaupun sering dibuai rasa rindu, dia tidak tegar untuk pulang ke kampung atas sebab onar yang pernah dilakukan dahulu. Segala rahsia serta kejadian yang berlaku dalam tempoh berada jauh dari keluarganya cuba ditutup rapi dengan sebaiknya.

Walaupun cuba menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya, namun dia terpaksa juga berhadapan dengan seorang lelaki yang seakan-akan cuba untuk mengejarnya dari semua arah. Puas ditolak dan dihalang namun lelaki itu langsung tidak pernah mengalah.

“Kau nak apa lagi, Raze? Tak puas-puas lagi kau nak kacau hidup aku? Kau nak suruh aku mati dulu biar kau puas hati?” – AYARA NASHMIA

“Selagi kau tak setuju kahwin dengan aku, selagi itulah aku ganggu kau.” – RIZQH ESFAHAN

Namun pertemuan kembali dengan adik kandungnya Aniq mengubah segala-galanya. Lelaki yang sering sahaja mengganggunya itu tiba-tiba diangkat menjadi satu watak penting dalam drama ciptaannya

Aniq... Erm, kenalkan ni Raze... Husband akak. ” – AYARA NASHMIA

Saya Aniq Nashmin. Satu-satunya adik Ayara. ” – ANIQ NASHMIN

“Oh... Saya Rizqh Esfahan... boleh panggil Raze atau panggil Abang Raze aje. ” – RIZQH ESFAHAN

Baru sahaja mahu menghembus nafas lega, Ayara dikejutkan pula dengan berita tentang Puan Rashidah yang mahu menjenguknya di bandar setelah sekian lama tidak berjumpa. Saat itu Ayara sudah gelabah sakan. Mana dia mahu mencari suami sementara yang sanggup berlakon ketika emaknya datang? Adakah dia patut menjadikan Raze menjadi mangsa keadaan sekali lagi?

“Tak nak kiss tangan dulu ke?” - RIZQH ESFAHAN

“Jangan nak mengada-ada sangatlah! - AYARA NASHMIA

Sesungguhnya kedatangan Puan Rashidah untuk melawat Ayara itu betul-betul membawa satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Dia bukan sahaja mahu menjenguk kehidupan Ayara dengan suami lakonan anaknya itu. Namun dia membawa satu berita yang lagi besar.

Dan saat itu Ayara pula sudah tersepit di tengah-tengah. Ditambah pula dengan kehadiran bekas kekasihnya yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Adakah mereka berdua hanya berlakon untuk ketika itu sahaja ataupun lakonan mereka berlanjutan sehingga ke titik penamat? Dan bagaimana pula dengan rahsia lama yang disimpan oleh Ayara itu?

Saturday, January 24, 2015

Senarai nama pemenang kontest tajuk novel #shcd


ASSALAMUALAIKUM…
Seperti yang dijanjikan, ini adalah jawapan kepada peraduan meneka tajuk novel #shcd yang bakal diterbitkan pada bulan February ini..




Untuk penyertaan di Facebook, ramai yang telah menjawab jawapan yang betul.. dan memandangkan hanya 3 buah novel yang diperuntukkan, jadi pemilihan pemenang secara rawak telah dibuat.
Ini adalah senarai nama pemenang di facebook :

 1)Shahrul One                   
2) Norfarahin Isa
3)Wan Lina Wan Ali

Dan untuk peraduan di instagram pula, 2 buah novel telah diperuntukkan.. jadi ini adalah senarai nama pemenang di instagram.

1)      @malinilam24
2)      @shaakmrzmn

Terima kasih pada yang sudi menyertai peraduan ini.
-          -Zura Asyfar -




Teaser 3 Kontest #SHCD



Assalamualaikum..
Tarikh tutup peraduan pukul 12 malam ni (Sabtu, 24 Januari 2015)
Selamat mencuba..



Teaser 3 Kontest  #shcd







“HAI AYARA..  tak sangka dapat jumpa kat sini.. hmmyou tak balik rumah lagi ke?”
Soal Daiem dengan pandangan mata difokuskan ke arah rakan sekerjanya itu. Agak pelik dengan gadis itu yang masih lagi berpakaian pejabat walau jam sudah menjengah pukul sembilan malam. Namun pandangannya kembali beralih pada lelaki di sebelah gadis itu. Ada rasa membahang mula mencucuk tangkai hatinya apabila menyedari Ayara tanpa segan silu memaut lengan lelaki berbaju tshirt putih itu.
Ayara tersenyum kelat. Langsung tidak berkesempatan untuk melarikan diri lagi. Dan secara tidak sedar dia menurut kata hati dengan mempergunakan Raze sebagai pelakon tambahan untuk melengkapkan drama spontannya itu.
Matanya  sempat melirik ke arah Daiem yang nampak tidak senang dengan situasi itu. Rakan sekerjanya yang hampir dikenali sejak setahun lepas itu seringkali mengajaknya keluar namun dia selalu saja menolak. Malas untuk memberi apa-apa komitmen lantaran hatinya masih belum pulih sepenuhnya. Luka yang hampir tiga tahun itu kadangkala menghantuinya ke mana saja. Sehingga dirinya dari seorang yang lemah lembut boleh bertukar menjadi dingin sebegini. Apatah lagi jika dengan lelaki baru sahaja dikenalinya.
“Hai.. emm..  I ada hal tadi kat sini sebab tu tak balik lagi.”
Balas Ayara tergagap mereka alasan. Pandangan Daiem yang sedikit tegang memandang Raze itu membuatkan dia mahu cepat-cepat saja beredar dari situ. Namun langkahnya kaku apabila Raze terlebih dahulu menghulurkan langkah.
Oh.. siapa ni?” 
Soal Daiem laju. Sedikit tidak sabar untuk mengetahui siapa lelaki yang boleh tahan kacak di sebelah Ayara itu.
Raze.. bakal suami Ayara.”
Balas Raze seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Sejuring senyuman dilemparkan pada lelaki yang kelihatan kemas memakai pakaian pejabat. Matanya tidak lagi buta untuk menafsir pandangan lelaki di hadapannya itu. Seperti tidak berpuas hati dengan dirinya yang sedang bersama dengan Ayara. Seketika pautan Ayara di lengannya dirapatkan sehingga tubuh mereka bersentuhan rapat.
Daiem.. kawan sekerja Ayara.”
Daiem agak terkejut dengan pengakuan lelaki di sebelah Ayara itu namun huluran yang dihulurkan tetap disambut kemas. Tambahan pula dia tidak mahu Ayara berperasangka buruk terhadapnya. Manakala Ayara sudah terkedu dengan jawapan yang keluar dari mulut Raze. Ingin menafikan dia sudah tidak mampu memandangkan dia juga ingin menjauhkan diri dari Daiem. Sudahnya dia hanya membiarkan Raze menarik tubuhnya rapat ke sisi lelaki itu.
By the way, saya kena pergi ni.. ada hal sikit.. Ayara, kita jumpa esok.”
Putus Daiem sebelum melemparkan senyum tawar kepada Raze dan Ayara. Langkah diatur laju secepat mungkin tanpa sempat Ayara dan Raze membalas. Hatinya mula terasa sakit bercampur geram. Padanlah kau tak nak layan aku Ayara, rupanya kau dah ada bakal suami. Getus hatinya lalu menghampiri kereta Toyota Camry miliknya yang tidak jauh dari situ.

“KAU CAKAP apa tadi? Bakal suami?!” 
Ayara menjeling tajam ke arah Raze yang langsung tidak melepaskan tubuhnya. Kala itu jantungnya mula berdetak tidak keruan. Haruman yang digunakan oleh lelaki itu menusuk masuk ke hidungnya dan memberikan sensasi yang menggetarkan. Ah Ayara.. kau jangan nak mengada-ngada ye kat sini! Kau dah lupa ke apa yang terjadi tiga tahun lepas? Hatinya cuba melarang.
Kenapa? Aku salah cakap ke tadiBukannya kau pun tadi tak lepas-lepas pegang lengan aku. So aku rasa pun macam nak berlakon kan depan Daiem tu? So dari berlakon baik buat betul-betul.. apa pun kesian pulak kat mamat nama Daiem tu.
Balas Raze seperti langsung tidak bersalah. Ayara mengetap bibirnya menahan geram. Sakitnya hati! Suka-suka hati dia aje buat alasan macam tu!
“Kau ni memang kan? Sengaja ambil kesempatan.”
“Kau ke aku ambil kesempatan tadi? Hmm.. Ayara eh nama kau? Cantik nama.. aku suka.”
Bisik Raze sedikit ketawa kecil. Lupa sudah untuk bertanya akan nama gadis itu ketika tadi. Namun hatinya riang melihat wajah Ayara yang sudah berubah riak. Marah lah tu!
Eee... bencinya aku dengan mamat serabai ni.”
Getus Ayara bernada perlahan. Tubuhnya yang masih rapat dengan lelaki itu cuba dijarakkan. Namun langsung tidak berjaya malahan lelaki itu seperti sengaja melingkarkan tangan ke pinggangnya.
Kan aku dah cakap tadi. Jangan panggil aku mamat serabai tapi nampaknya kau sengaja nak cari pasal kut.”
“Eh lepas lah.. aku jerit kan!”
Ayara gigit bibir. Alamak! Macam mana ni? Terasa ingin menampar mulutnya yang laju mengeluarkan kata-kata itu. Walaupun sejak dari tadi lagi dia cuba untuk mengawal mulutnya. Namun apabila dia teringatkan sesuatu, perasaan sedikit gelisah itu kembali hilang.
Balas Raze dengan suara perlahan namun masih kedengaran di gegendang telinga Ayara. Bibirnya mengukir senyum lebar apabila melihat wajah Ayara sudah berubah. Biarlah! Aku memang tak suka orang panggil aku macam tu.
Ayara cuba untuk meronta-ronta di kala lelaki itu masih lagi memeluk pinggangnya. Dan kala itu juga mereka dikejutkan dengan hon kereta pengunjung yang baru sahaja masuk ke ruangan parking.
“Eh lepas lah.. aku jerit kan!”
Ayara cuba untuk meronta-ronta di kala lelaki itu masih lagi memeluk pinggangnya. Dan kala itu juga mereka dikejutkan dengan hon kereta pengunjung yang baru sahaja masuk ke ruangan parking.
Ishh..”
Gerutu Raze apabila terkejut dengan hon kenderaan pengunjung restoran itu. Serentak itu tangannya yang berlingkar di pinggang gadis itu mula dilepaskan. Sekali lagi dia terlepas untuk mengenakan gadis itu.









Friday, January 23, 2015

Tarikh tutup kontest #shcd terpaksa diawalkan!



Assalamualaikum..

Pengumuman penting..

Baru je dapat tahu yang kemungkinan syarikat percetakan akan menyiarkan kaver pada minggu depan, jadi kontest meneka tajuk novel #shcd terpaksa ditutup awal untuk mengelakkan kes tak adil dan kes tak puas hati nanti.

Iyalah nanti semua dah dapat tengok kaver, jadi apa guna lagi kontest kan?

Dan selepas berbincang, saya terpaksa menutup contest #shcd ni tepat pukul 12 malam ni (Sabtu, 24/01/2015)..

Untuk teaser pula, yang terakhir akan disiarkan pada pukul 8 malam ini..
Pengumuman nama pemenang akan diumumkan esok pagi Ahad (25/01/2015)..
Harap maaf di atas kesulitan yang berlaku dan ini saya sertakan teaser kedua..




Teaser 2 Kontest  #shcd






“TAK TAKUT ke sorang-sorang duduk kat sini?”
Tegur Raze dengan nada selamba. Dari tadi lagi matanya ralit memandang kelibat gadis sombong yang diselamatkan tadi. Sekejap berjalan ke pondok telefon yang tak jauh dari keretanya dan sekejap duduk termenung di atas bonet kereta depan. Entah apalah yang dibuatnya waktu-waktu Mahgrib macam ni. Nak kata tunggu orang tapi tak nampak pulak kelibat sesiapa yang datang!
“Huh?”
Hampir terlompat keluar jantung Ayara akibat disergah secara tiba-tiba. Mencerun pandang matanya ke arah si empunya suara sambil tangan menggosok dada. Ciss! Mamat ni lagi! Dah tak ada orang lain ke yang nak tegur aku?
Raze pamer riak wajah tenang walau perempuan sombong di depannya masih dengan riak terkejut. Takkan nak senyum lebar pulak kut? Kejadian gadis itu menyindirnya masih berbekas di hati. Namun dia bukanlah jenis lelaki kejam yang sanggup membiarkan gadis itu berkeseorangan di situ. Hatinya masih ada lagi setitik dasar simpati sesama insan. Tambahan pula wajah gadis itu kelihatan comel semasa marah-marah. Ishh, apa yang kau puji dia pulak ni Raze? Hatinya berperang dengan perasaan sendiri.
Tunggu orang ke?”
Soalnya lagi apabila gadis itu langsung tidak menjawab pertanyaannya tadi. Sebaliknya hanya memandang dia dengan pandangan dengan mulut terkumat-kumit. Entah membebel apa entah. Dia sendiri pun tidak pasti.
Ayara menjeling Raze dengan perasaan tidak puas hati. Sejujurnya dia tak mahu melayan lelaki itu. Iyalah dekat situ kan tiada orang. Manalah tahu kut-kut lelaki itu mempunyai niat jahat kepadanya. Nanti dekat siapa pula dia hendak minta pertolongan?
Sombong!”
Sindir Raze apabila Ayara langsung tidak menjawab pertanyaannya. Beg panjang yang terisi dua batang joran itu dikemaskan ke bahu. Malas untuk berlama-lama di situ. Huh.. tanya pun tak nak jawab! Apa ingat aku ni orang jahat ke? Rungut hati Raze lalu berkepputusan untuk melangkah pergi dari situ.
Ayara mengeluh kecil. Matanya hanya memerhati kelibat lelaki itu yang sudah mengatur langkah dari situ. Entah kenapa tiba-tiba perasaan takut ditinggalkan keseorangan di situ tiba-tiba rasa menjengah ke dalam hati.
“Eh, tunggu kejap!”


AYARA MENJELING ke sisi. Wajah Raze yang beriak tenang di sebelah itu ditatap buat seketika. Hmm, boleh tahan! Hatinya mula memuji akan kekacakan lelaki itu. Namun semua pujian itu cepat-cepat diusir dari hatinya apabila teringat akan perangai lelaki itu tadi.
“Kau nak bawak aku ke mana ni?”
Soal Ayara dengan debaran halus yang mula mengempang di dada. Matanya sekejap memandang kiri dan sekejap memandang ke kanan. Mencari-mencari kelibat bengkel kereta yang mungkin terdapat di situ. Namun jalan mereka lalui sedikit gelap dan sunyi. Rumah-rumah orang pun hanya jarang-jarang ada. Entah-entah dia ada niat tak baik kut? Hati Ayara sudah berfikir bukan-bukan. Itulah tadi berani sangat nak tumpang kereta lelaki itu. Sekarang dah mula nak menyesal.
“Kahwin lari.”
Akhirnya keluar ayat dari mulut lelaki itu yang sejak dari tadi hanya berdiam. Ayara membulatkan mata kerana terkejut. Dah tak betul ke apa mamat ni?
“Kau cakap baik-baik mamat serabai, karang aku terjun dari sini.”
Ayara mula menggugut. Terasa laju jantungnya mula berdegup kencang. Teraba-raba tangannya mula mencari pemegang pintu kereta. Namun belum sempat tangannya mencapai apa-apa, kedengaran bunyi automatic lock ditekan. Serentak itu kedua-dua pintu kereta itu terkunci.
Ayara telan liur dengan wajah sedikit pucat. Entah kenapa hatinya mula kecut dengan tindakan lelaki sebelahnya itu. Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu betul-betul maksudkan kata-katanya.
“Sekali lagi kau panggil aku mamat serabai, aku tak teragak-agak untuk cium kau kat sini.”
Raze pula cuba memberi amaran. Hampir-hampir sahaja dia tergelak melihat lagak gadis itu yang seakan kalut. Biarlah. Tadi nampak sombong sangat. Suka-suka hati dia aje panggil aku macam tu!
Laju saja tangan Ayara menekup mulutnya. Mungkin bimbang jika lelaki itu betul-betul mengotakan kata-katanya. Seketika jari jemarinya meramas satu sama lain tanda gelisah. Walaupun aircond di kereta Range Rover Evoqe  itu agak sejuk namun tangannya mula terasa berpeluh-peluh.
“Panggil aku Raze.. ni rumah aku.”
Suara Raze sedikit mengejutkan Ayara dari dunianya sendiri. Terjenguk-jenguk kepalanya ke cermin kereta. Rumah teres setingkat di depan mata. Kat mana ni? Hati Ayara menyoal pelik. Iyalah tidak disangka-sangka di tempat yang mereka lalui tadi mempunyai rumah seperti itu. Seperti berada di tempat lain saja.
“Kat mana kau bawa aku pergi ni?”
Soal Ayara apabila hatinya tidak mampu lagi bertahan untuk bertanya. Raze mula tersenyum nipis.
“Rumah aku lah. Malam ni kita tidur sini.”
Jawab Raze bersahaja seraya membuka pintu keretanya. Kala itu dia sudah hampir tergelak besar melihat reaksi dari Ayara. Tak apalah.. kita buli dia sikit!
“What?!” 
Mulut Ayara hampir-hampir saja terlopong. Entah kenapa otaknya mula memikir bukan-bukan tatkala ayat terakhir yang keluar dari mulut lelaki itu.