:: My gangS :: TQVM

Saturday, February 21, 2015

Bab bab awal novel Saat Hadirnya Cinta Dia

Assalamualaikum...
Ramai pulak yang mintak bab bab awal novel Saat Hadirnya Cinta Dia..
Okay..sebenarnya webiste Penulisan2u dah start up dah bab awal minggu lepas tak silap..korang boleh lah pergi baca kat sana...tapi seminggu satu entry lah..

Dan yang terbaru korang boleh baca online sehingga bab 15 di google drive..senang kan?
Link dia https://drive.google.com/file/d/0BwAc_tc0lwWuQjRRMnBLelBBUWM/view

Dan untuk yang bertanya stok bila sampai di kedai buku..kebanyakan kedai buku terutama MPH dah mula update stok minggu lepas..kedai Mukmin area  Jalan Tar pun dah mula masuk stok..

Last sekali, tqsm pada yang sudah mendapatkan novel #shcd ini..kalau dah baca bolehla review sekali yer..tak kisahlah di blog, twitter, fb atau ig..ada masa kite jenguk-jenguk jugak baca n balas komen..

Okay..itu saje buat masa ini..bye....
Salam..

Thursday, February 5, 2015

TEASER KEEMPAT NOVEL SAAT HADIRNYA CINTA DIA (SHCD)



Assalamualaikum.. Teaser keempat novel Saat Hadirnya Cinta Dia (SHCD)..
Jualan awal di Pesta Buku Selangor yang masih berlangsung sekarang sehingga Ahad depan di SACC (booth Karyaseni dan Penulisan2u)
Akan mula memasuki pasaran di pertengahan atau akhir Februari..InsyaAllah
 








TEASER 4 : SAAT HADINRNYA CINTA DIA (SHCD)
 ------------------------------------


“APASAL TAK servis kat BBST tu je? Aku rasa sini mahal sikit.”
Soal Hafiz menyandarkan tubuh di kereta Honda Civic Type R nya itu. Pandangan terhala pada Raze yang sedang menekan sesuatu di telefon bimbit. Mungkin bermain gamekerana agak bosan menunggu keretanya diservis. Dah hampir sejam mereka berdua di situ. Kereta yang agak banyak sejak tengah hari tadi membuatkan rakannya itu terpaksa datang untuk sesi petang.
“Sekali-sekali nak jugak tukar tempat. Situ okay tapi servis kureng so aku try kat sini lah. Mana tahu tip-top!”
Raze mengangkat muka sambil tersengih. Telefon bimbitnya diletakkan kembali ke poket seluar denimnya yang berwarna biru gelap.
“Kau ni macam-macam hal. Dah macam pilih perempuan pulak.”
“Kau ni, macam tak faham aku macam mana. Aku kalau boleh nak tip-top dari hujung rambut sampai hujung kaki walau rasa macam susah je nak dapat semua tu.”
Ujar Raze mula membayangkan ciri-ciri perempuan yang dia impikan. Hafiz mula ketawa besar.
Ceh konon nak perfect segala. Diri tu perfect sangat ke? Aku tengok tak ada satu pun melekat.”
Tukas Hafiz laju dengan diselangi ketawa kecil. Sengaja menyindir akan sahabat baiknya.
Yelah. Aku surrender. Tahu lah kau tu ada tunang cun. Aku jugak yang tak ada orang nak.”
Raze mengeluh kesal. Sejujurnya hatinya juga berperasaan untuk ada pasangan macam orang lain namun entah kenapa bila dia cuba mendekat perempuan-perempuan di sekitarnya semuanya seperti buat endah tak endah saja. Mungkin memikirkan risiko berkawan dengan dia yang tidak seperti orang lain. Iyalah biasa pandangan orang terhadap lelaki yang hidup sebatang kara banyak negatif dari positif. Sudahnya dia hanya bersendirian saja di kala umur yang sudah hampir genap dua puluh enam tahun.
Relaks lah bro. Aku doakan satu hari nanti kau jumpa yang terbaik.”
Hafiz cuba memahami perasaan si teman. Namun bunyi telefon bimbit yang berlagu nyaring membuatkan perbualan mereka terhenti seketika. Hafiz kelihatan cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dilekapkan ke telinga. Raze hanya memerhati dengan riak senyum segaris. Pasti Ila. Tunang si Hafiz.
“Aku kena gerak dulu lah bro. Lupa pulak hari ni dah janji nak ambil Ila balik kerja. Tak dapat teman kau lama-lama. Eh esok kau last day cuti kan?”
Ujar Hafiz seraya membuka pintu keretanya.
Okay-okay takpeYup, esok last day.”
Chow dulu lah.”
Hafiz berkata sebelum memboloskan diri ke dalam kereta Honda Civic Type R nya itu. Raze hanya mengangguk sebelum kembali ke tempat menunggu yang disediakan di pusat servis itu.
Surat khabar New Strait Times yang terlipat elok di meja kopi itu dicapai untuk menghilangkan bosan menunggu. Namun baru saja tangannya menyelak helaian pertama, satu kereta Proton Saga Blm mula memarkirkan kereta tidak jauh dari bengkel kereta di sebelah. Entah mengapa hatinya seakan tertarik untuk melihat pemandu serta penumpang yang baru keluar dari perut kereta itu. Dan sejujurnya dia agak terkejut.

BOLEH KE kalau aku pergi dulu ni?”
Soal Miza sedikit bimbang apabila menurunkan Ayara ke bengkel kereta yang sedikit jauh dari tempat mereka berkerja. Hampir sejam lebih jugalah perjalanan mereka berdua tadi ke tempat itu. Namun nak tak nak terpaksa juga kerana kereta Ayara ditunda ke  bengkel yang terdekat dengan tempat kereta temannya itu tidak boleh dihidupkan semalam.
Aku okay je Miza. Tak payah bimbang lah pasal aku. Pergi je lah jumpa adik kau tu.”
Balas Ayara seraya membuka pintu kereta. Sejujurnya dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Lantaran Miza perlu mengambil adiknya yang baru saja pulang dari asrama di KLIA2.
Hmm, yelah. Nanti apa-apa hal kau calling-calling lah. Jangan macam semalam pulak.”
Pesan Miza dengan nada sedikit serius. Masih teringat-ingat akan betapa cemasnya dia kala menunggu Ayara pulang ke rumah semalam. Dan semakin bimbang apabila terpaksa melepaskan temannya yang agak tidak biasa dengan keadaan tempat itu walaupun Ayara kelihatan biasa-biasa saja.
 Ayara tersengih lalu menutup pintu kereta. Kepalanya sedikit ditundukkan.
Yelah Tuanku. Patik beransur dulu ye.”
Ayara ketawa bila tangan Miza laju untuk mencubit lengannya. Ayara laju saja mengelak sebelum ketawa kecil.
Lambaian tangan Miza dibalas dan Ayara mula mengatur langkah ke bengkel kereta yang terdiri dari dua premis itu. Satu dijadikan tempat untuk membaiki kereta dan satu lagi dijadikan pusat servis kereta.
Mata meneliti kereta-kereta yang tersusun elok di situ sebelum mula masuk ke ruangan bengkel. Beberapa orang pekerja sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Ada yang sedang terlentang di bawah kereta dan ada yang sedang terbongkok-bongkok di bonet depan. Bibir Ayara mengukir senyum apabila melihat pemandang sebegitu. Begitu khusyuk sehingga langsung tidak menyedari kehadirannya di situ.
 “Cik Ayara kan? Kereta cik dah siap tengah hari tadi.”
Soal lelaki berpakaian kemeja berwarna kuning lembut tiba-tiba datang menyapanya. Ayara sedikit terkejut dan mengangguk perlahan. Lelaki berusia lingkungan awal empat puluhan  itu menuding jari ke arah kereta Honda City biru gelap yang diparkir sedikit jauh dari situ dan menghala ke arah pusat servis kereta di sebelah.
“Oh cepatnyaThanks ye. Encik Rahim kan?”
Ya, saya Rahim. Kejap saya ambilkan resit.”
Balas encik Rahim seraya berlalu dari situ. Ayara menunggu sambil pandangan mata terhala pada premis di sebelah. Agak lengang pusat servis itu berbanding tempatnya berada. Mungkin hari sudah jauh petang, fikirnya dalam hati.
“Tak ada pun yang rosak pun kecuali bateri je yang kena tukar.”
Terang encik Rahim berkata sambil menghulurkan resit pada Ayara.
“Oh..”
Ayara hanya mengangguk perlahan. Patutlah pagi semalam keretanya susah hendak dihidupkan. Sangkanya hujan yang agak lebat malam semalam membuatkan enjin keretanya sejuk dan susah hendak hidup. Ternyata memang terpesong jauh dari apa yang difikirkannya.
Tangannya laju menyelongkar tas tangan Michael Kors yang tersangkut di bahu sebelum menarik beberapa keping wang not hijau keluar dan menghulurkan kepada encik Rahim. Malas sudah untuk lama-lama berada di situ kerana dia perlu memandu pulang untuk sejam lebih pula selepas itu. Kalau boleh dia tidak mahu sampai ke rumah pada malam hari. Tambahan pula cuaca yang tidak berapa elok sejak dua tiga hari lepas.
“Terima kasih, sila datang lagi.”
Ujar encik Rahim sebelum menghulur segaris senyum. Ayara hanya mengangguk.
“Sama-sama.”
Ayara mula mengatur langkah ke arah kereta. Sempat matanya mengerling ke arah premis sebelah. Matanya hampir terpaku dengan apa yang baru saja dilihatnya itu. Namun cepat-cepat dia melangkah laju dengan debaran yang mula berkocak di dada.

RAZE cepat-cepat menjelaskan bayaran servis keretanya sebaik saja pekerja di situ datang memberikannya resit. Terasa sudah tidak sabar untuk menegur Ayara yang kelihatan mengatur laju ke arah kereta. Teringatkan akan kejadian semalam, hatinya dilambung ombak geram. Memang kena tipu hidup-hidup!
“Patutlah aku rasa macam nak datang je kat sini dari tadi. Rupanya bakal isteri aku ada kat sini jugak.”
Tegur Raze dengan senyuman sinis tatkala langkahnya sudah dapat bersaing dengan langkah gadis itu. Wajah Ayara yang agak terkejut itu dipandang dengan penut minat. Hari ini gadis itu memakai skirt paras lutut dengan kemeja putih berlengan panjang yang menampakkan bentuk tubuhnya yang langsing. Ralit matanya meneliti sekujur tubuh itu sebelum pandangan ke arah wajah Ayara yang sudah berubah riak.
Sementara Ayara yang sudah mula berdebar dengan kedatangan lelaki itu di situ cuba melajukan langkah ke arah keretanya. Kunci kereta di tangan ditekan laju dan sebaik saja tangannya mencapai pintu kereta, terasa ada tangan yang sudah menghalangnya dari berbuat demikian.
Haip, berani kau nak lari ye?” 
Perlahan Raze berkata sambil tangannya laju menghalang pintu kereta milik gadis itu dari terbuka. Ayara yang tidak menjangka dengan tindakan lelaki itu agak tersentak dan cuba untuk ke tepi. Namun entah di mana silapnya, tubuhnya terasa tidak stabil dan hampir-hampir jatuh ke seat kereta. Dan di dalam keadaan kelam-kabut sebegitu, Ayara cepat-cepat menarik pintu kereta itu kuat sehingga langsung tidak memikirkan tangan Raze yang sedang memegang pintu kereta.
Aduh.. woi!”
Raze hampir melompat kesakitan. Pedih dan perit mula terasa apabila hujung jari kelingkingnya tersepit di pintu kereta milik gadis itu. Ayara yang agak terkejut hanya sempat memandang lelaki itu yang sedang merintih kesakitan sebelum pintu keretanya dibuka dan ditutup kembali. Dan belum sempat lelaki itu berkata apa-apa, dia langsung menghidupkan enjin kereta lalu kereta itu menderum laju ke jalan besar.
 “Ayara!”
Jerit Raze kuat apabila kereta mendapati kereta itu sedang bergerak perlahan-lahan. Dia cuba untuk mengejar namun kereta milik itu sudah hampir ke jalan besar. Raze mengetap gigi menahan geram. Matanya memandang seketika kereta itu yang sudah bergerak laju sebelum dia kembali ke arah keretanya dengan perasaan terbuku geram.
Namun saat dia meloloskan tubuhnya di dalam kereta, idea yang langsung tidak terfikir olehnya tiba-tiba datang menjengah. Bibirnya mula kembali senyum apabila melihat kuku di jari kelingkingnya mula lebam membiru itu.
“Aku pastikan kau takkan terlepas Ayara!”
Gumam Raze seraya menekan laju pedal minyak sehingga keretanya menderum laju ke arah jalan besar. Perhitungan bakal bermula!