:: My gangS :: TQVM

Friday, January 23, 2015

Teaser 1 (Kontest SHCD)





Assalamualaikum..

Teaser 1 Kontest SHCD
 

T






MIZA MEMULAS tombol pintu bilik yang didiami Ayara itu dengan kuat. Rasanya sejak dari semalam lagi pintu bilik itu bertutup rapat. Kepenatan tubuh akibat menghadiri kuliah sejak pagi sampai petang langsung tidak dihiraukan. Apa yang lebih dibimbangkan pada waktu sekarang adalah tentang Ayara yang langsung berkurung di dalam bilik itu. Dan jika dihitung sudah hampir seminggu lebih sahabatnya berkeadaan sebegitu. Makan minum pun sudah entah ke mana. Kuliah yang patut dihadiri pun selamba sahaja diponteng tanpa sebarang alasan.
Dan kala itu Miza sudah menyedari yang sahabatnya itu amat menderita dan terseksa setelah ditinggalkan oleh lelaki bernama Darrel itu. Sebagai sahabat baik yang mengenalinya sejak sekolah menengah dia amat risau dengan perubahan Ayara ketika itu. Tambah-tambah lagi apabila peperiksaan akhir untuk semester tiga akan bermula tidak sampai dua minggu sahaja lagi. Kalau boleh dia tidak mahu Ayara gagal dan terpaksa mengulang semester.
“Ara..”
Panggil Miza setelah memasuki bilik yang suram itu. Langsir tingkap langsung tidak dibuka. Hanya bergelap di dalam kegelapan walaupun keadaan di luar masih cerah. Sekelipan di dalam samar kegelapan dia memerhatikan keadaan bilik sahabatnya itu yang agak bersepah-sepah. Buku-buku, pakaian serta tisu bertaburan di mana-mana. Sebuah keluhan lemah keluar dari mulutnya.
“Ara.. kau tak boleh berterusan macam ni... nanti kau sakit.”
Pujuk Miza seraya melabuhkan ke atas katil single milik sahabatnya itu. Tubuh Ayara yang masih berselubung dengan selimut itu diperhatikan seketika. Apa nak jadi lah!
Sekelipan selimut yang membaluti tubuh sahabat baiknya itu ditarik kuat. Terpamer sekujur tubuh Ayara yang sedang merengkot menghadap ke dinding. Namun keadaan itu hanya bertahan seketika sahaja. Ayara kembali menarik selimut lalu menutup mukanya. Dan kala itu dia mula mendengar esak tangis dari sahabatnya itu.
“Ara.. kau dengarlah cakap aku ni.. sudah-sudahlah fikir pasal Arel tu.. tentu dia ada sebab buat kau macam ni..”
Pujuk Miza lagi secara berlembut. Cuba untuk menenangkan hati sahabat baiknya dengan cuba memberikan kata-kata postif. Walau hakikatnya dia tidak bersetuju langsung dengan perbuatan Darrel yang agak melampau. Janji hanya tinggal janji!
Sebenarnya sejak dari mula lagi dia sudah tidak berkenan bila Ayara berhubungan dengan Darrel. Tambah lagi bila mendapat tahu yang lelaki itu sudah mempunyai tunang di Malaysia. Namun Ayara tetap berkeras yang Darrel hanya terpaksa bertunang demi keluarganya dan akan memutuskan hubungan bila lelaki itu sudah  tamat belajar. Dan dia sudah tidak lagi mampu untuk berkata apa-apa bila mana melihat Ayara yang terlalu menyayangi Darrel.
Kau tak faham apa yang aku rasa Miza.. kau bolehlah cakap macam tu..”
Tiba-tiba kedengaran suara Ayara dari selimut. Walaupun bernada serak namun tetap jelas di pendengaran Miza. Selimut yang menutupi tubuh dan muka Ayara itu sudah dicampak ke bawah. Mencerlung mata Ayara berhadapan dengan Miza.
“Memang aku tak faham.. tapi boleh tak kau letak tepi dulu benda ni semua? Kita ada final exam lagi dua minggu.. dahlah kelas pun kau tak pergi.. kau nak fail sem ke apa Ara? Kau tak kesian ke kat mak kau kat kampung tu?!”
Miza bertegas juga akhirnya. Sebenarnya dia sudah lama hendak berbuat demikian. Membiarkan sahabat baiknya hidup di dalam kesedihan yang tidak berpenghujung seolah-olah membunuh secara perlahan-lahan kehidupan gadis itu. Sejujurnya dia sebagai teman paling rapat bagi Ayara, dia tidak sanggup melihat hidup dan masa depan Ayara musnah kerana seorang lelaki. Dengan umur yang masih muda, Ayara punya banyak waktu untuk memilih lelaki yang terbaik sebagai pasangannya. Dan bukannya berterusan membazir masa untuk meratapi lelaki seperti Darrel itu.

Ayara tersentap hebat dengan kata-kata sahabat baiknya itu. Bulat matanya memerhatikan ke arah Miza tanpa mampu membalas untuk sepatah kata pun. Sungguh inilah kali pertama dia melihat Miza di dalam keadaan tegas sebegitu. Perlahan-lahan kata-kata terakhir dari Miza itu mula menyelinap ke dasar hatinya. Entah kenapa dia mula teringatkan emak dan adiknya yang masih berada di kampung itu. Apalagi apabila terkenangkan peristiwa yang dia bergaduh teruk dengan emaknya kerana membuat keputusan untuk berkahwin dengan Darrel walaupun ketika itu emaknya langsung tidak bersetuju.
Mak.. Ara ‘sakitsangat.. Ara rasa macam tak sanggup nak hidup lagi..”
Ngongoi Ayara dengan air mata yang mula membasahi pipi. Kedua-dua tangannya diletakkan ke atas lutut. Lama dia berkeadaan begitu sebelum Miza mula memeluknya.


TETAMU SERTA sanak saudaranya yang hadir langsung tidak dipedulikan. Selepas majlis akad nikah awal malam tadi dia hanya membuang masa dengan termenung panjang di hadapan kolam yang ada di rumah milik isteri yang baru dikahwininya itu. Walaupun majlis resepsi dia dengan Riyanna akan diadakan seminggu lagi namun hatinya sudah mula bosan dengan semua itu. Berharap yang semua itu akan berakhir secepat yang mungkin. Tidaklah dia terdera dan menjeruk rasa apabila melihat senyuman Riyanna tatkala mereka berdua berlaga pandang.
Congrats beb.. tak sangka betul you akan kahwin seawal macam ni..by the way, handsome betul lah si Darrel tu.. lain sangat dari gambar..”
Ucapan tahniah yang entah dari siapa itu hanya didengarinya secara perlahan sahaja. Dia mendengus kasar. Bosan dengan ucapan tahniah itu. Mungkin bagi Riyanna agak berlainan namun bagi dirinya, dia tidak suka dengan semua itu.
Thanks Reen.. Darrel tu dah sah jadi milik I.. you jangan macam-macam tau.”
Riyanna tergelak kecil apabila membalas ucapan dari rakan sekolejnya itu. Tahu yang Reen hanya berjenaka sahaja kerana rakan sekolejnya itu sudah mempunyai teman lelaki. Namun apabila dia mengerling sekilas ke arah Darrel, senyuman bangga yang dipamer tadi mula hilang. Jelas dan nyata fikiran suaminya itu entah melayang ke mana. Langsung tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku. Dia mengeluh seketika lalu mendekati ke arah Darrel.
You ni senyum lah sikit.. ramai kawan-kawan I datang ni.. janganlah buat derk aje.. nanti orang ingat kita terpaksa kahwin pulak..”
“Aku peduli apa.. lagipun memang kita terpaksa kahwin pun kan?”
Darrel tiba-tiba bengang apabila ditegur oleh Riyanna. Tepat matanya merenung ke arah Riyanna yang disolek tebal itu. Walaupun nampak cantik namun semua itu langsung tidak memudarkan perasaannya pada Mia. Sejenak dia mula terfikirkan keadaan gadis itu yang sedang berada di bumi Kanggaroo itu. Apalah agaknya khabar si Mia? Pasti Mia sedih apabila dia tiba-tiba sahaja menghilangkan diri dua hari sebelum perkahwinan mereka. Oh Tuhan, maafkan aku Mia.. aku yang bersalah..
You ni agak-agaklah.. boleh tak jaga sikit air muka mummy dengan daddy I sikit.. ramai kenalan...”
Stop Riyanna! Enough!”
Darrel mula panas hati. Sempat dia mengerling tajam ke arah gadis itu sebelum beredar dari situ. Sesungguhnya dia betul-betul rimas. Kepalanya masih serabut memikirkan nasib dirinya dan juga Mia. Apalagi bila terkenangkan telefon bimbitnya yang sudah diambil oleh mamanya itu. Semua info dan nombor telefon Mia hilang begitu sahaja tanpa sempat dia menyimpan. Di dalam rasa resah dia berjalan lemah menuju ke garaj kereta. Mungkin jalan terbaik adalah pergi dari tempat itu buat seketika. Menenangkan hati yang sedang diulit rasa resah dan semakin menjeruk rasa.




*** SELAMAT MENCUBA***
-                            -   Zura Asyfar

1 comment:

Mona Ismail said...

Adeiiii....kesiannya ....bila nk pub