:: My gangS :: TQVM

Friday, January 23, 2015

Tarikh tutup kontest #shcd terpaksa diawalkan!



Assalamualaikum..

Pengumuman penting..

Baru je dapat tahu yang kemungkinan syarikat percetakan akan menyiarkan kaver pada minggu depan, jadi kontest meneka tajuk novel #shcd terpaksa ditutup awal untuk mengelakkan kes tak adil dan kes tak puas hati nanti.

Iyalah nanti semua dah dapat tengok kaver, jadi apa guna lagi kontest kan?

Dan selepas berbincang, saya terpaksa menutup contest #shcd ni tepat pukul 12 malam ni (Sabtu, 24/01/2015)..

Untuk teaser pula, yang terakhir akan disiarkan pada pukul 8 malam ini..
Pengumuman nama pemenang akan diumumkan esok pagi Ahad (25/01/2015)..
Harap maaf di atas kesulitan yang berlaku dan ini saya sertakan teaser kedua..




Teaser 2 Kontest  #shcd






“TAK TAKUT ke sorang-sorang duduk kat sini?”
Tegur Raze dengan nada selamba. Dari tadi lagi matanya ralit memandang kelibat gadis sombong yang diselamatkan tadi. Sekejap berjalan ke pondok telefon yang tak jauh dari keretanya dan sekejap duduk termenung di atas bonet kereta depan. Entah apalah yang dibuatnya waktu-waktu Mahgrib macam ni. Nak kata tunggu orang tapi tak nampak pulak kelibat sesiapa yang datang!
“Huh?”
Hampir terlompat keluar jantung Ayara akibat disergah secara tiba-tiba. Mencerun pandang matanya ke arah si empunya suara sambil tangan menggosok dada. Ciss! Mamat ni lagi! Dah tak ada orang lain ke yang nak tegur aku?
Raze pamer riak wajah tenang walau perempuan sombong di depannya masih dengan riak terkejut. Takkan nak senyum lebar pulak kut? Kejadian gadis itu menyindirnya masih berbekas di hati. Namun dia bukanlah jenis lelaki kejam yang sanggup membiarkan gadis itu berkeseorangan di situ. Hatinya masih ada lagi setitik dasar simpati sesama insan. Tambahan pula wajah gadis itu kelihatan comel semasa marah-marah. Ishh, apa yang kau puji dia pulak ni Raze? Hatinya berperang dengan perasaan sendiri.
Tunggu orang ke?”
Soalnya lagi apabila gadis itu langsung tidak menjawab pertanyaannya tadi. Sebaliknya hanya memandang dia dengan pandangan dengan mulut terkumat-kumit. Entah membebel apa entah. Dia sendiri pun tidak pasti.
Ayara menjeling Raze dengan perasaan tidak puas hati. Sejujurnya dia tak mahu melayan lelaki itu. Iyalah dekat situ kan tiada orang. Manalah tahu kut-kut lelaki itu mempunyai niat jahat kepadanya. Nanti dekat siapa pula dia hendak minta pertolongan?
Sombong!”
Sindir Raze apabila Ayara langsung tidak menjawab pertanyaannya. Beg panjang yang terisi dua batang joran itu dikemaskan ke bahu. Malas untuk berlama-lama di situ. Huh.. tanya pun tak nak jawab! Apa ingat aku ni orang jahat ke? Rungut hati Raze lalu berkepputusan untuk melangkah pergi dari situ.
Ayara mengeluh kecil. Matanya hanya memerhati kelibat lelaki itu yang sudah mengatur langkah dari situ. Entah kenapa tiba-tiba perasaan takut ditinggalkan keseorangan di situ tiba-tiba rasa menjengah ke dalam hati.
“Eh, tunggu kejap!”


AYARA MENJELING ke sisi. Wajah Raze yang beriak tenang di sebelah itu ditatap buat seketika. Hmm, boleh tahan! Hatinya mula memuji akan kekacakan lelaki itu. Namun semua pujian itu cepat-cepat diusir dari hatinya apabila teringat akan perangai lelaki itu tadi.
“Kau nak bawak aku ke mana ni?”
Soal Ayara dengan debaran halus yang mula mengempang di dada. Matanya sekejap memandang kiri dan sekejap memandang ke kanan. Mencari-mencari kelibat bengkel kereta yang mungkin terdapat di situ. Namun jalan mereka lalui sedikit gelap dan sunyi. Rumah-rumah orang pun hanya jarang-jarang ada. Entah-entah dia ada niat tak baik kut? Hati Ayara sudah berfikir bukan-bukan. Itulah tadi berani sangat nak tumpang kereta lelaki itu. Sekarang dah mula nak menyesal.
“Kahwin lari.”
Akhirnya keluar ayat dari mulut lelaki itu yang sejak dari tadi hanya berdiam. Ayara membulatkan mata kerana terkejut. Dah tak betul ke apa mamat ni?
“Kau cakap baik-baik mamat serabai, karang aku terjun dari sini.”
Ayara mula menggugut. Terasa laju jantungnya mula berdegup kencang. Teraba-raba tangannya mula mencari pemegang pintu kereta. Namun belum sempat tangannya mencapai apa-apa, kedengaran bunyi automatic lock ditekan. Serentak itu kedua-dua pintu kereta itu terkunci.
Ayara telan liur dengan wajah sedikit pucat. Entah kenapa hatinya mula kecut dengan tindakan lelaki sebelahnya itu. Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu betul-betul maksudkan kata-katanya.
“Sekali lagi kau panggil aku mamat serabai, aku tak teragak-agak untuk cium kau kat sini.”
Raze pula cuba memberi amaran. Hampir-hampir sahaja dia tergelak melihat lagak gadis itu yang seakan kalut. Biarlah. Tadi nampak sombong sangat. Suka-suka hati dia aje panggil aku macam tu!
Laju saja tangan Ayara menekup mulutnya. Mungkin bimbang jika lelaki itu betul-betul mengotakan kata-katanya. Seketika jari jemarinya meramas satu sama lain tanda gelisah. Walaupun aircond di kereta Range Rover Evoqe  itu agak sejuk namun tangannya mula terasa berpeluh-peluh.
“Panggil aku Raze.. ni rumah aku.”
Suara Raze sedikit mengejutkan Ayara dari dunianya sendiri. Terjenguk-jenguk kepalanya ke cermin kereta. Rumah teres setingkat di depan mata. Kat mana ni? Hati Ayara menyoal pelik. Iyalah tidak disangka-sangka di tempat yang mereka lalui tadi mempunyai rumah seperti itu. Seperti berada di tempat lain saja.
“Kat mana kau bawa aku pergi ni?”
Soal Ayara apabila hatinya tidak mampu lagi bertahan untuk bertanya. Raze mula tersenyum nipis.
“Rumah aku lah. Malam ni kita tidur sini.”
Jawab Raze bersahaja seraya membuka pintu keretanya. Kala itu dia sudah hampir tergelak besar melihat reaksi dari Ayara. Tak apalah.. kita buli dia sikit!
“What?!” 
Mulut Ayara hampir-hampir saja terlopong. Entah kenapa otaknya mula memikir bukan-bukan tatkala ayat terakhir yang keluar dari mulut lelaki itu.

2 comments:

Mona Ismail said...

Oooohh....hmm...tggu next teaser

Syuhada Adnan said...

Tukar nama ke?