:: My gangS :: TQVM

Tuesday, October 21, 2014

Manuskrip sjdd dah selamat dihantar dan projek 2015

Assalamualaikum.....

Halo halo...ade orang tak? Hehehe...
Tenkiu pada yang sudi lagi jenguk blog yang berabuk ni...
Sori sangat sangat sebab dah lama tak update...

Rabu lepas 14/10/2014 manuskrip #sjdd sudah selamat dihantar ke syarikat penerbitan...
Fuhh berdebar giler you..macam first time menulis pulak..haha
Btw tajuk tak reveal lagi sebab hajat nak buat kontest nanti..
So kalau dah lulus penilaian nanti, nak suruh la sesape yang berminat teka tajuk..hadiahnya 5 novel #sjdd nanti..inshaAllah harap harap sangat lulus...aminnn..

Oh pada yang stil tertanya #sjdd tu kisah apa? Penah baca kisah "menantu dari overseas?"
Haa cerita tu la...sambung balik kaedahnya...n ditukar tajuk baru girtewww :D



haa nape kisah Firash ade jugak ni? dalam #sjdd ni Firash ade muncul dua tiga scene..saje letak..rindu kat dia..ngeh ngeh ngeh :P

So itulah cerita pasal manuskrip #sjdd ni..
btw projek untuk 2015 patutnye bermula awal bulan 11..
tapi bila dah terlampau eksaited n tak de keje sangat, seminggu stop menulis #sjdd,
manuskrip ketiga dah bermula..
haa, nak tahu apa?
opkos lah sequel novel #ssid..
dah ramai yang mintak termasuk bos jugak so kite iyekanla...
kisahnya masa ni Firash sambung belajar..
kiranya cerita start lepas Syaf preggy tu...
bukan yang epilog dalam novel tau atau lepas #ssidraya tu..
dia start masa Firash dapat tahu Syaf preggy tu...


tengok tu.. kemain khusyuk benar menulis kisah syaf n Firash..haha..mase ni kat bayview hotel (harin deepavali..hari entry ni ditaip) melaka..actually ingat nk holiday lepas siapkan manuskrip #sjdd tu...tapi bile semua bz keje n sekolah so dapat pergi melaka jap je utk short trip..jadilah kut..sebab plan nak ke jepun tahun depan kalau rezeki lebih...aminn


okaylah..tu je update untuk kali ni..projek 2015 tu ada dua sebenarnya...satu sequel novel ssid...dan satu lagi #hdap..kalau sempat nak siapkan sekaligus sebelum pesta buku antarabangsa..semoga dipermudahkan segalanya..aminn..


wassalam...
- zura asyfar -

Friday, September 12, 2014

PESTA BUKU SELANGOR 2014 DAN DEADLINE!



PESTA BUKU SELANGOR 2014


Assalamualaikum…
Hai hai..lamanya kite x update blog kan? Rasanya last entri masa SSIDRaya nak tayang hari tu..dah lama tu..orang dah mula countdown raya haji pulak sekarang..hehe..
Actually sekarang tengah pulun nak siapkan manuskrip lama yang tertangguh dulu..ala yang pernah siar kat blog ni dengan tajuk lama Menantu Dari Overseas tu.. haa sebab tu lah sekarang bz kekdahnya…haha…padahal encik boss dah call mintak hantar so cakap kat dia boleh bagi tempoh sebulan tak? Cehh..beriya je bagi tempoh..sekarang ni ada lebih kurang dalam 10 bab je sebelum tamat..pada yang Tanya tebal ke tak..jangan exect tebal atau kebaboom tau sebab bajet bajet nak buat dalam lingkungan 600 ms je..tapi sekarang baru di takut 400 msadehhh…. Mungkin akan tambah sikit lagi bab kalau sempat..

Cerita ni Menantu DARi Overseas a.k.a MDO memang akan ditukar tajuk..yelah tajuk tu tahun 2012.. lama gila dah kan? Dah banyak gila orang pakai tajuk lebih kurang so ingat nak tukar tajuk lain lah sikit..tajuk apa? Nanti bila dah siap kita reveal..dan ada jugak kawan bg idea suruh buat contest..nampak macam menarik..ala mcm novel SSID nak keluar dulu..memang lah tak buat contest tapi admin yang jaga grup OURLOVE kat fb tu memang semua dapat novel free lima bijik.. now tak aktif dah kat grup tu..cerita ni pun tak siar sangat kat fb..yelah kes ciplak merata-rata sekarang..sampai ada tu siap bergaduh nak saman bagai..so konklusinya baik buat senyap-senyap..sikit-sikit cm teaser tu okla kan siar kat fb or ig ke..

Eh lupa pulak..hari tu pergi pesta buku Selangor kat Picc tu.. tak rancang pun mulanya nak pergi sebab ye lah kita takde novel baru..Cuma REhan Makhtar tu kan ada novel baru so dia ajak lah pergi.. kita pun pergilah hari merdeka tu..sampai pun dah lewat..dia pun dah habis sesi slot dia..tapi sempatlah jumpa kak Sarah Marissa.. dia pun dah nak balik dah.. tapi lepas dua minit duduk booth karyaseni, AMAN NASSIM (pelakon yang jadi Mie dalam drama SSID) tu ada datang.. dia datang nak promote telefilem PErempuan Lindungan Kaabah (adaptasi novel Karyaseni jugak ni)..kita pulak langsung tak tahu dia ada berlakon..haha..yelah kat rumah memang tak langgan Astro First tu.. then sempatlah jumpa Bikash Nur Idris..first jumpa masa pesta buku 2012 dulu..giler lama tak jumpa..dia jaga booth Fajar Pakeer..duk sembang sembang jap, jumpa Rehan n penulis SHa Ibrahim (kaki Novel) kitaorang pun terus balik..si Rizq pun dah mengamuk nak tidur time tu










 amboi amboi..haha...actually dah kali ketiga jumpa si Aman ni..tapi kite lebih suka panggil dia Mie.. yelah watak dalam drama SSID kan.. dia kat gambar macam lain sikit..kalau face to face ala ala sweet gitu..dah la putih melepak..lebih kurang si Izzue jugaklah..hehe




sebenarnya baru lagi jumpa si Rehan ni.. masa dia buat open hauz raya hari tu.. dapatlah sebijik buku free..haha...tapi siyes tak baca lagi..kejar deadline kan kekdahnye..rehan ni laju giler menulis...tak terkejar kite..jumpa dia selalu je mintak tips nak laju menulis..dan dia pun terus perli..ala ko buku sebijik pun dah kebaboom lainlah aku..cehhh...hampeh je..haha..btw semua tu rezeki..Alhamdullilah..kita pun x sangka kan? ;')




di mana ade Rehan Makhtar di situ lah ade Sha Ibrahim kekdahnya...ni bff forever ni...katanya manuksrip dia dah siap..kat words pun dah cecah 1.k lebih...giler ahhh, jeles jeles asal la manuskrip baru kite ni nipis sangat? 




kak Bikash...firstime jumpa masa pesta buku antarabangsa 2012...masa tu novel SSID baru je nak sebulan keluar.. sebab tak penah datang kat pwtc n pesta buku..ambik kaw sesat..dahlah booth fajar tingkat lain...lepas datang situ tak jumpa jalan balik dah..haha..lawak je kalau diingatkan.. dulu Bikash nampak berisi sikit n now nampak slim je..jelezzz kita..haha...

Tengok tu si Rizq, Bikash n Aman fefeling happy family...gambar ngan kita pulak xde lah dia nak berpaling kat depan..jenuh panggil....adeyy sabar aje lah...takpelah kita bagi chance..hehe






kak Sarah Marissa yang tulis novel Teduhan Kasih tu.. kenal kan? hehe.. dia ni gigih benor menulis mss..mss dalam simpanan katanya ade dalam 40++ nak pengsan tau dengar...hehe...btw kite xsempat nak amik pic ngn dia sebab dia terus menyambar (amboi ayat...haha) pergi bgmbar dengan aman..kite pun dah sibuk2 terus tak ingat...hehe



SO ni je lah cerita entri kali ni..tengah break jap taip manuskrip tadi..okla tata....jumpa next entry..inshaAllah...wassalam

Thursday, July 24, 2014

Tarikh tayang Sebenarnya Saya ISteri Dia Raya dan Gambar Shooting



ASSALAMUALAIKUM

Promo telemovie sebenarnya saya isteri dia dah mula keluar di tv3..ofkos bila dapat tahu mestilah eksaited kan? Hehe..boleh juga tengok kat utube..ada tiga versi tak salah..


1)    sekaligus dgn lymaraya, kggirlraya tu satu..yang ni dia tunjuk part firash,syaf dan anak dia, reeya..yang ni dia oppo smartfone taja..
2)    masa iklan kat tv tu..iklan dia je..ada tunjuk part shopping kat jalan tar..dan dapat anak kembar..
3)    iklan sekali dengan kggirlraya..yang ni tunjuk firash pengsan sebab syaf ada bagi satu surat..


okla..berbalik kepada shooting ssidraya yang berlangsung selama seminggu bermula 01/7/2014- 07/07/2014..memang agak hazab jugaklah nak dapat gambar shooting..kebanyakan dapat dari pengarah je..then tetibe dapat kenal dengan mak kepada reeya (arissa puteri) so dia lah yang banyak bagi gambar shoot..nak harap kat izzue n tiz, memang susah sikit kot sbb jadual pack sgt..then ade lah kenal sorang krew ssidraya ni yg juga merangkap extras..so dia lg bnyklah jugak bg picca shooting...dorang ni sampai kul12 malam stil shoot walau puasa (respect giler)..so masa 06/07/2014 hari tu sempatlah jenguk ke tempat diaorang shooting kat area ukay perdana tu :D

note :
- elfaezaulhaq yg ganti uqasha senrose sebagai watak rania 
- utk gambar yg lebih boleh view kt my ig novelis_zura_asyfar 
atau di pages 
- selamat menonton dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin


TARIKH TAYANG :

HARI RAYA PERTAMA PUKUL 9 MALAM di TV3 (jangan lupe hashtag #ssidraya di twitter ye? @zuraayfar11


























Sunday, June 29, 2014

Sinopsis Telemovie Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya




Assalamualaikum dan selamat berpuasa untuk semua..

So pada yang tertanya-tanya pasal telemovie #ssidraya, ini ada sedikit info..dari skrip yang saya dapat dua minggu lepas, kisah #ssidraya ini mengisahkan dugaan #syaf dan #firash semasa hendak menyambut hari raya..ada kisah tentang anak kembar mereka..dan juga #rania serta #raimy..kiranya awal-awal cerita ada kisah lawak/ kelakar semasa #syaf buli #firash kerana tidak pandai nak handle anak kembar mereka iaitu #erran dan #reeya..tengah-tengah kisah sedih tau (dugaan untuk mereka)..dan ending tentulah heppy ending kan? Hehe

Tapi hari ini saya ada dapat info dari satu blog…synopsis dia lain sikit…ada cerita tentang #shidah..kalau tak silap saya, part #shidah ni akan disambung jikalau #ssid ni akan ke versi filem..so ada kekeliruan di situ sikit..

Drama popular Sebenarnya Saya Isteri Dia kembali menemui peminat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan telemovie bertajuk 'Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya'. Menampilkan kembali gandingan mantap Izzue Islam dan Tiz Zakyah. Nantikan telemovie ini pada bulan Syawal nanti
JUDUL : SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA

TARIKH : Julai 2014

SIARAN : TV3

PELAKON : Izzue Islam, Tiz Zakyah

SINOPSIS SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA :
Firash dan Syafa berkahwin dan di kurniakan sepasang anak kembar. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Shidah, kawan dari kecil Firash muncul dari luar Negara dan Shidah meluahkan perasaan suka kepada Firash. Apa akan terjadi kepada rumah tangga Firash dan Syafa?