:: My gangS :: TQVM

Thursday, December 12, 2013

Sekali lagi novel Sebenarnya Saya Isteri Dia dapat anugerah!




Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaannya..mula-mula dihubungi oleh penerbit Karyaseni (Dato’ Wan Mohd Muzri) dua minggu lepas, memang terkejut..katanya dipanggil untuk shoot…shoot apa? Berlakon ke? Hehe.. rupanya shoot untuk montaj Anugerah Buku Negara 2013.. masa itu barulah dapat tahu yang novel Sebenarnya Saya Isteri Dia menang Anugerah Novel Terlaris 2013.. perasaan masa tu memang speechless langsung

So hari yang ditunggu pun tiba.. 11/12/2013.. mungkin tarikkh ini nampak cantik je untuk pasangan yang nak kahwin…selangor pun cuti hari tu disebabkan hari lahir sultan Selangor..dan hari itu jugalah bermulanya Pesta Buku Satu Malaysia (One Boox Expo 2013) di pwtc.

Awal-awal pagi dah bertolak dari Nilai..katanya kena ada kat sana pukul9.30..sampai-sampai taka da orang pun lagi..booth-booth banyak lagi yang masih tutup..

So sampai, ambil gambar dua tiga keeping sebelum masuk dewan..assistant pulak tak ada nak suruh ambil gambar sebab Addy terpaksa jaga si Rizq n Chieqa..so suruh si Ayman Hyeqal aje yang masuk..dapat ambil sekeping dua pun jadi lah..hehe

Lepas masa nak umumkan tu, baru tahu yang novel Sebenarnya Saya Isteri Dia ni dah tercetak 150000 naskhah..ya Allah memang terkejut..dan sudah masuk cetakan ke-16..Alhamdulillah..

 

ni kena interview tv9..untuk siaran hari ni Jumaat 13/12/2013..
apa ntah diintervienya..hentam ajelah..hehe




 chiqa n rizq...kesian kena tgu dari awal pagi sampai malam...korang bile dah besar nanti akan tahu apa itu pengorbanan demi kehidupan yang lebih baik :')



Dan selepas sibuk-sibuk nak balik tu, sempat pulak Dao' Muzri ajak naik stage...katanya join the forum.. alamak.. ha-ha.. nak tak nak terpaksa jugakla..nasiblah ada jugak Sara Aisha (novelis Jodoh Itu Milik Kita).. mereka membincangkan Novel ke Drama Adaptasi..firstime memang nebes gila..yela..kalau time belajar hari tu paling takut bab presentation..sekali kena bercakap pulak depan orang ramai..tapi alhamdulillah..oklah jugak sebab maybe forum tu tak formal sangat kut..yang datang pun ramai warga Upsi..harap mereka mendapat sedikit sebanyak input yang diutarakan..hehe..lawak giler sebab banyak bercerita pulak kat atas pentas tu..


Akhir kata, memang tahun 2013 rezeki untuk novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! kut..Alhamdulillah dan terima kasih pada yang tak putus-putus menyokong :')


Anugerah Kategori Novel :
1) Tempat kedua Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian 2013(Novel Sebenarnya Saya ISteri Dia!)
2) Tempat kedua Anugerah BEst Novel 2013 anjuran Karnival Novell 2013
3) Anugerah Novel Terlaris 2013 anjuran Anugerah Buku 2013

Anugerah Kategori Drama :
1) Fresh Tv Series Award (Shout Awards 2013)
2)Anugerah Khas (Anugerah Skrin 2013)


pic krdt : ayman hyeqal, tie tinie.. dato' muzri..finas.. n etc

p/s : lupa nak cakap..esok hari sabtu pukul 12-2 ptg,ade sesi otograph kat pwtc...#firash a.k.a izzue pn ada tau..jemputlah dtg :D

Saturday, November 16, 2013

Myself n SSID (SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA)



Assalamualaikum…

Lamanya tak jenguk blog…rasanya dah bersawang sangat..mesti ade yg cakap, dia ni dah tak nak menulis lagi ke? Bukan tak nak menulis tapi taka da masa sangat lepas baby rizq lahir…yelah dia lahir tak cukup bulan, pastu kene operate pulak sebab masalah esofagus dia tu, so memang kena bagi perhatian lebihlahramai cakap kenapa tak hantar nursery or pengasuh je? Memang taklah sebab doctor sendiri cakap dia kena jaga lebih sikit (siap gi tdo sepital 3malam belajar nak jaga dia)..yelah masa ni memang dah tak fikir apa-apa dah..kalau ikutkan dateline hujung bulan 12 ni kena hantar satu manuskrip tapi nampaknya macam tak sempat..

  







Okay stop citer pasal babyrizq..



PENCAPAIAN #SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

11)  TEMPAT KEDUA ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2013

Ramai mesti dah tahu kan yang novel #ssid ni banyak dapat anugerah..salah satunya dapat tempat kedua novel pilihan pembaca berita harian 2013 (saya tak sempat update kat blog pasal ni).. event tu kat klcc sebelum raya hari tu…sempat update gambar kat instagram dan fb je..ramai gak yang tercalon…tapi nampaknya rezeki #ssid yang mungkin juga dapat tempias dari drama..




12)     TEMPAT KEDUA ANUGERAH BEST NOVEL DARI KARNIVAL NOVEL 2013 ANJURAN I  LOVE NOVEL


Sejujurnya tak sangka pun tercalon..lepas tu tak sangka pulak nak dapat tempat kedua sebab contest ni kena klik LIKE kt fb..jadi sorang boleh LIKE satu je..tup-tup dapat nombor dua..alhamdulillah…dan yang paling tak sangka, dapat sijil dan trofi..tapi kena pergi ambil kat kedahla sebab carnival novel tu kat sana 29-31/11/2013..




3  3)    DRAMA SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA DAPAT FRESH TV SERIES AWARD KAT SHOUTAWARDS 2013


Dan yang ni memang paling tak sangka..tercalon pun hari tu memang terkejut…sebab hari tu kebetulan pergi dinner kat luar…sejujurnya tak tahu dia pilih macam mana..bertanding dengan drama hebat Adam dan HAwa pulak tu..namun Alhamdulillah berkat undian tak putus-putus dari #ssidfans #ssidlovers #teamssid #izzuzers #tizzytroops dan penulis dia sendiri, akhirnya dapat juga awards ni..tapi sedikit kecewa lah sebab masa anugerah ni tak de pulak yang dating wakilkan..hari tu addy keje..so kita awal-awal memang dah undur diri lah nak pergi..dan lagi satu tak rasa pun akan menang..




   Tak pasal-pasal trending malam masa menang award tu :)









Rasanya tahun ni tahun bertuah buat #ssid kut..alhamdulillah…jutaan terima kasih atas sokongan semua..dah boleh senyum lebar dah dengan tiga pencapaian kat atas ni..insyaAllah jika babyrizq dah makin okay dan besar sikit, boleh kembali sambung menulis…menulis jugak tapi bila ada baby ni masa tu memang tak banyak..kalau dapat menulis pun tak berapa nak focus..bila tak focus, memang tak jiwa lah karya tu..

masa interview dalam FEMAG magazine :)


okla..jumpa lagi..wassalam :)


*dgr kata #ssid ade ulangan dua minggu lagi sebab #hanyapadamu akan habis... (pukul8-9pagi /tv3/sabtu dan ahad bermula 01/12/2013) :D