:: My gangS :: TQVM

Thursday, November 1, 2012

Teaser bab 20 Menantu dari Overseas










SUASANA di ruang tamu itu agak riuh dengan bunyi suara Adreez dengan Shanzay yang sedang mengikuti siaran langsung bola sepak di tv. Ayara yang baru saja turun dari tangga itu sempat menjeling ke arah lelaki itu seketika sebelum menghala langkah ke dapur. Tatkala kakinya sudah melewati ruang tersebut, dia terserempak dengan emaknya yang sedang mengacau satu jag teh panas.
“Mak buat air?” Soal Ayara sambil duduk di kerusi meja makan itu. Matanya dialihkan ke arah emaknya yang sudah mengatur cawan-cawan kosong ke dulang.
Puan Rashidah berpaling. “Adik kau tu lepas tengok bola mesti je nak mintak mak buatkan air. Jadi baik mak buat cepat-cepat sebelum dia mintak,” balas Puan Rashidah sebelum mengangkat dulang yang berisi dengan teko dan cawan-cawan kosong tersebut.
“Eh biar Ara aje yang angkat. Mak tu pergi masuk tidurlah. Dah lewat ni.” Cepat-cepat Ayara menghalang emaknya dari berbuat demikian. Puan Rashidah yang mula-mula berkeras akhirnya mengalah.
“Tapi mak ada benda nak cakap sikit ni kat kamu berdua,” beritahu Puan Rashidah sambil berjalan mengekori Ayara dari belakang. Saat mereka berdua sampai ke ruang tamu, mata Ayara sempat menangkap kenyitan mata dari lelaki itu. Nasiblah dia sempat meletakkan dulang itu ke meja. Kalau tidak, mungkin dulang itu sudah terjatuh dari tangannya.
“Mak nak cakap apa?” Soal Ayara lalu duduk di sofa two seater diikuti dengan emaknya. Adreez dengan Shanzay pula awal-awal lagi duduk di sofa three seater.
“Hujung bulan ni Aisya anak Pak Idris kamu tu nak kahwin, jadi Mak Bitah ajaklah kamu ke sana. Kebetulan kamu balik, mak ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit. Dah ajak dah jiran-jiran untuk tolong serba-sikit.”
Kata-kata dari emaknya itu membuatkan Ayara terkejut. Bulat matanya memandang Puan Rashidah sebelum beralih ke arah Shanzay yang secara tiba-tiba memandangnya. Entah kenapa saat itu dia merasa akan akan bala besar yang akan menanti.
“Kenduri untuk kami?” Soal Ayara untuk memastikan kata-kata emaknya itu betul. Kenduri kahwin anak Mak Bitah itu sudah tidak lagi menjadi perhatian. Apa yang menjadi perhatiannya adalah ayat terakhir dari emaknya itu.
“Yelah. Kenduri untuk kamu lah. Tak kisahlah dah kahwin tiga empat tahun pun. Mak nak buat kenduri kesyukuran sempena kamu balik sini,” jelas Puan Rashidah lagi. Walaupun perkahwinan Ayara itu tidak mendapat restunya dulu, namun baginya tidak salah dia membuat kenduri untuk menyambut mereka berdua pulang ke sini. Tambahan pula, sedara-mara mereka sudah pun sibuk-sibuk nak kenal menantunya itu setelah berita Ayara pulang ke tanah air diketahui.
“Hujung bulan ni ke mak?” Soal Ayara lagi meminta kepastian. Puan Rashidah mula memandang ke arah anaknya itu sebelum beralih pada menantunya pula.
“Yelah. Hujung bulan ni. Kamu berdua ambillah cuti.” Sambung Puan Rashidah pula tanpa rasa bersalah. Seketika dia mula menuang teh panas ke dalam cawan. Ayara mengeluh lemah sebelum berpaling ke arah Shanzay. Ternyata lelaki itu bereaksi sama dengannya. Kecuali Adreez saja yang sesekali tersenyum ke arah mereka.
“Okaylah tu Kak Long. Boleh naik pelamin sekali lagi. Kali ni Areez nak jadi pengapit,” ceria saja suara Adreez tanpa mengetahui kisah di sebaliknya.
“Ada sanding-sanding jugak ke mak?” Soal Ayara dengan riak terkejut. Sudahlah dengan perkataan keduri tadi jantungnya hampir terhenti. Ditambah pula dengan kata-kata dari adiknya itu membuatkan dirinya seakan sesak nafas.
“Apa salahnya kalau nak bersanding pun? Bila lagi emak nak tengok kamu berdua bersanding?” Balas Puan Rashidah pula seraya membawa cawan berisi teh panas itu ke mulutnya. Saat itu Ayara terasa pandangannya seakan gelap. 




p/s : bab 20 lmbt sikit up cz tak siap lg..sementara tu bace teaser ni dulu..pekembangan terbaru dh siap hmpir 80% MDO ni...

7 comments:

Izz Alejandra said...

sebab dia kenyit mata..sy dtg laju2 sini...hahaha

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Izz Alejandra


hahaha...adess....

fara said...

Ha ha ha...amek ko ayara

NurAtiZa said...

Nampak nya Ayara & Shanzay ni kena kahwin betul-betul lah gamaknya....

diari neesa said...

sudahhhh!!bala...bala...apa ayara nk wat?

zura asyfar addy rifqhiey said...

fara : haha...padan muka ayara..br gelabah...

nuratiza : nmpk gayanye cm tulah..hehe

diari neesa : hehe...ape eh ayara akan wat?

Masroha Turiman said...

Ahh!!!..x sabar nk tggu M.D.O ralease..apalah plan ayara&shanzay seterusnye ye..Gud luck to you zura...