:: My gangS :: TQVM

Tuesday, October 16, 2012

Menantu Dari Overseas? Dan Status : Hakmiliknya Tanpa Cinta



Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pada semua yang tertunggu entry MDO, saya mintak maaf sebab saya hanya akan update seminggu sekali aje sebab hanya dua bab sahaja lagi yang akan diupdate kat blog..so dah slowdown sekarang..perkembangan lain, MDO dah hamper 70% siap..dateline dah dekat sangat so saya tak tidur malam ni menaip..untuk entry akhir SSiD akan disambung lepas manuskrip MDO siap..sorry ye..memang tak ada mase nak fikir benda lain pun sekarang..nak makan pun fikir manuskrip ni..dan lepas MDO siap, insyaAllah cerita STATUS : HAKMILIKNYA TANPA CINTA akan menyusul..Kisah antara Puteri Ifra Waniya dengan Megat Daneen Zurfishan…cerita ni sebenarnya dah tulis hujung tahun lepas lagi selepas SSiD siap tapi stuck jap..kat blog ni dah ada prologdan bab 1..dua hari lepas korek2 dalam doc google, terjumpa sedikit bab dua..boleh bace dulu :)









ANGIN sepoi-sepoi bahasa yang berpuput-puput lembut itu langsung tidak dapat melegakan fikiran Ifra yang sedang kusut. Kusut memikirkan akan masalah yang baru saja dihadapinya itu. Dia mengeluh perlahan sambil tersandar di seat kereta. Mata dipejamkan seketika seolah-olah ingin melupakan hal yang berlaku. Namun deringan telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya itu mematikan segalanya.
Ifra menarik Samsung S3 yang masih berdering. Terpamer nama Wawa di skrin. Pasti sahabatnya itu sedang menunggunya sejak dari semalam. Dan pasti Wawa tertanya-tanya kenapa dia langsung tidak memunculkan diri. Ah Ifra! Macam mana nak munculkan diri kalau semalam kau kena cekup dan dibawa ke hotel? Soal hatinya pula. Akhirnya deringan itu mati sendiri selepas tiga kali berdering.
Air mineral yang masih berbaki separuh di dalam botol itu diteguk perlahan. Ingin menghilangkan rasa payau akibat menelan sejenis ubat sebelum dia sampai di pantai itu tadi. Sejujurnya dia langsung tidak punya pengalaman di dalam menghadapi masalah begini. Itu pun dia hanya mengikut kata hatinya supaya membeli ubat pencegah kehamilan di farmasi. Walaupun pekerja di farmasi itu memandangnya pelik namun dia cuba untuk bersikap selamba. Dia tidak mahu akan kejadian semalam itu akan membuahkn hasil yang tidak dikehendaki walaupun itu bukan kemahuannya. Jadi biarlah dia mencegah dahulu sebelum semuanya berlaku.
Memikirkan semua itu, kepalanya terasa berdenyut-denyut. Terasa ingin melarikan diri buat seketika dari sini. Namun apabila teringatkan akan tempoh perkahwinannya yang bakal menjelang, dia tidak betah untuk berbuat demikian. Dia tidak mahu ahli keluarganya menanggung malu jika bakal pengantin perempuan melarikan diri. Sudahlah kad-kad jemputan semua sudah dihantar. Hotel untuk majlis resepsi sudah pun selamat ditempah. Hanya perlu menyiapkan diri sahaja menjelang tempoh itu.
Suasana yang semakin menghampiri senja membuatkan Ifra bercadang untuk mengundurkan diri dari situ. Berharap biarlah masalah itu akan terkubur begitu sahaja.


Wednesday, October 10, 2012

BAB 1 Aku Perempuan Itu






BAB 1

“AKU TAK PERNAH lagi jumpa perempuan yang bodoh macam kau ni. Cepat saja percaya dengan cakap lelaki. Tak hairanlah mudah saja kau dipergunakan.” Sindir Rifqh kepada gadis yang masih tertunduk lemah di sebelahnya. Amaliya hanya berdiam diri dan tidak berkata apa-apa walaupun kata-kata yang terucap dari bibir lelaki itu seakan sembilu yang menikam ke dasar hatinya. Dia hanya mengetap bibirnya cuba menahan rasa di hati. Tubir matanya mulai bergenang kembali apabila memikirkan apa yang telah berlaku kepada dirinya tadi.
“Kalau aku jadi kau, memang dah lama aku tinggalkan lelaki macam tu. Apa sebenarnya yang kau mahukan dari lelaki tu? Kemewahan? Kasih sayang? Hutang aku pun tak boleh nak bayar, ada hati nak bela perempuan.” Sindir Rifqh lagi tanpa mengambil kisah akan rasa gadis di sebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Ah! Perempuan sekarang memang senang dipergunakan! Apatah lagi perempuan muda seperti gadis di sebelahnya ini. Seringkali tergoda dan termakan dengan pujuk rayu lelaki di luar sana.
“Kau tak payah nak menyesal lah dengan semua ni. Kau yang sengaja melibatkan diri dengan lelaki macam Reza tu, so kau tanggung aje lah akibatnya.” Sambung Rifqh lagi. Dia menyandarkan kepalanya di tempat duduk kereta. Terasa penat di tubuhnya kerana berkejaran ke sana ke sini malam ini.
Amaliya hanya mendiamkan diri sahaja tanpa berbicara sepatah kata. Terasa hendak saja dia menangis dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Begitu menusuk dan menikam ke lubuk hatinya. Walaupun kata-kata akhir lelaki yang bernama Rifqh itu langsung tidak menepati situasi yang sebenarnya. Dia pun sebenarnya tidak mahu semua ini berlaku kepadanya. Tidak terjangka sama sekali yang dirinya akan terheret sama ke dalam permasalahan ini.
Namun semuanya sudah terlambat, nasi telah menjadi bubur. Dan apabila diri sudah terjebak seakan payah untuk keluar lagi. Akhirnya dia mengeluh kekesalan. Air mata yang baru sahaja hendak mengalir dari tubir matanya dikesat dengan lengan baju miliknya.
“Jack, bawa aku ke Apartment Melati.” Arah Rifqh kepada pemandu yang sedang memandu kereta Toyota Alphard berwarna hitam itu. Orangnya itu hanya mengangguk perlahan. Aku dengan arahan ketuanya.
Hanya deruman enjin yang menemani suasana di dalam kereta itu. Dua lagi orang Rifqh yang bernama Fend dan Gordon itu statik di ruang depan dan di ruang belakang. Masing-masing melayan fikiran yang entah ke mana. Rifqh pula telah memejamkan matanya di sebelah gadis itu. Penat telah mengatasi segala-galanya.




***


“HOI, KELUARLAH! Kau ingat kau tu anak raja nak kena sembah bagai!” Tempelak Rifqh kuat dari luar kereta. Matanya merenung tajam ke arah Amaliya yang masih statik di dalam perut kereta. Gadis itu seakan terleka dengan dunianya sendiri sehingga tidak menyedari yang kereta itu telah diberhentikan di depan Apartment Melati yang mempunyai ketinggian lima tingkat itu.
Jack yang masih sabar menunggu di dalam kereta itu menjeling sekilas ke arah Amaliya yang berada di ruang tengah kereta. Memang nak cari penyakitlah, getus hati kecilnya. Sedikit menggeleng kepala apabila melihat Amaliya yang terkulat-kulat disergah oleh ketuanya itu.
Fend dan Gordon pula telah selamat masuk ke pintu utama ruang apartment itu. Barangkali bersiap sedia menunggu di dalam rumah sahaja.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh aje!” Tempelak Rifqh lagi apabila melihat Amaliya yang perlahan-lahan keluar dari kereta Toyota Alphard itu. Seakan geram dengan gadis yang memakai blaus pink muda itu. Lembap!
Amaliya yang terkejut disergah itu terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta. Hampir sahaja dia terjatuh di atas tar jalan apabila kasut tumit tingginya itu seakan tidak memberikan kerjasama dengan kakinya. Namun cepat-cepat tangannya memegang badan kereta itu untuk menstabilkan kembali badannya. Selamat!
Jack keluar dari perut kereta dan menuju ke belakang Amaliya yang masih berdiri statik di belakang Rifqh. Mengawal keadaan jika gadis yang bersama ketuanya itu cuba hendak melarikan diri.
“Dah ikut aku!” Arah Rifqh kepada Amaliya. Kakinya laju sahaja bergerak menuju ke arah pintu utama apartment itu. Amaliya yang berada di belakangnya sempat menjeling sekilas ke arah wajah Jack yang beku tanpa sebarang senyuman. Memang tak ada langsung peluang untuk melarikan diri kalau dikawal macam ni, fikirnya.


***




LIF BERDENTING di tingkat tiga menandakan sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. Amaliya yang berada di tengah-tengah antara Rifqh dan Jay itu sempat menjeling sekilas ke arah Rifqh. Kelihatan lelaki itu sedang berbual-bual dengan telefon bimbit. Namun pertuturannya tidak berapa masuk ke pendengaran telinganya. Cakap bahasa apa entah!
Amaliya membontoti jejak langkah Rifqh ke arah pintu rumah yang bernombor 307 itu. Tanpa memberikan salam, Rifqh memulas tombol pintu itu. Memang pintu rumah itu tidak berkunci kerana Fend dan Gordon terlebih dahulu sudah memasuki rumah itu.
Suasana rumah yang berdekorasi kedesaan Inggeris itu seakan menarik minat Amaliya. Matanya kelihatan bercahaya memandang ke segenap arah di rumah itu. Kemas dan teratur sekali. Seumur hidupnya tidak pernah dia merasa untuk menapak ke dalam rumah yang serba mewah ini.
“Kau jangan nak jadi jakun pulak!” Sergahan yang keluar dari mulut Rifqh mematikan lamunan indah Amaliya. Senyuman yang sedikit terukir di bibirnya tadi terus sahaja mati. Memang dia kena sabarlah dengan lelaki ini, asyik menyergah orang sahaja, fikirnya di dalam hati.
“Sekarang dah pukul satu pagi. Aku dah tak ada mood nak cakap apa-apa. Esok aje aku bagitahu kau.” Lantang Rifqh bersuara. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa putih yang mempunyai bunga-bunga mawar kecil itu.
Amaliya yang berdiri di sebelah Jack hanya mengangguk perlahan. Sebenarnya dia pun berasa mengantuk sejak dari dalam kereta lagi namun kantuknya itu ditahan. Takut pun ada jika tertidur di dalam kereta.
“Jack, bawak dia masuk bilik.” Arah Rifqh lagi. Amaliya yang mendengar arahan Rifqh itu membulatkan matanya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari dari mulut Rifqh. ‘Nak suruh aku tidur dengan mamat beku ni ke?’ Fikir Amaliya dalam hati.
“Ikut saya.” Suara Jack kedengaran. Namun Amaliya hanya memandang sepi suara itu.
“Apa lagi yang tercegat lagi tu?!” Sergah Rifqh lagi apabila melihat Amaliya masih lagi tidak bergerak. Jack yang berada di sebelahnya pula seakan serba salah untuk mengajak gadis itu ke bilik. Pelawaannya tadi pun tidak dipedulikan.
“Err....Saya tak nak tidur dengan dia.” Jawab Amaliya sedikit teragak-agak. Akhirnya dia bersuara juga. Namun agak gerun apabila wajah Rifqh yang seakan menyinga memandangnya.
“Ha...Ha...Ha...kau fikir apa ni? Apa betul kau nak tidur dengan dia?” Rifqh berjalan merapati Amaliya dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Ketawanya tadi dilepaskan kerana tidak tahan dengan tindakan Amaliya yang sudah salah faham itu.
Amaliya menggigit bibirnya. Soalan yang terpacul keluar dari bibirnya itu seakan memerangkap dirinya sendiri. Jack yang berada di sebelah hanya mampu tersenyum sinis. Seakan gelihati dengan reaksi Amaliya.
“Eh, saya tak nak.” Cepat-cepat sahaja Amaliya menjawab walau hatinya sudah berdebar sakan melihat anak mata Rifqh yang sudah tajam menikam anak matanya.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai fikir ada orang nak tidur dengan kau?” Tempelak Rifqh lagi.
Amaliya hanya menundukkan kepalanya apabila Rifqh berjalan mengelilinginya. Walau kata-kata Rifqh itu seakan tidak berminat dengan dirinya namun dia juga harus mengambil langkah berwaspada. Lagipun sekarang dia telah berada di tangan lelaki itu. Apa sahaja boleh dilakukan oleh lelaki itu kepada dirinya sekarang.
“Dah, pergi masuk tidur sebelum aku ubah fikiran.” Arah Rifqh lagi kepada Amaliya. Tangannya menutup mulut menahan kuap yang mula menghampiri. Matanya sudah mula terasa pedih akibat beberapa kali menguap.
Akhirnya Amaliya mengikuti Jack yang membawa dia ke sebuah bilik yang berada berhampiran dengan dapur. Namun Jack hanya menghantarnya di muka pintu sahaja sebelum menghilangkan diri ke ruang depan.


p/s : blog Hotstuff tu dua kali kena virus so baik tutup je..so citer lama (awal tahun 2011 kot) ni dipindahkan kembali ke blog utama..ni pun atas ramai yg requested so tak sampai hati pulak..versi kt blog berbeza dari p2u J

Saturday, October 6, 2012

Pengalaman wawancara di NLKO TV9


Alhamdulilah semuanya dah settled walaupun memang ada kekurangan kat wawancara tu..tapi bagi saya oklah dari tak boleh jawab langsung..gambar tak banyak ambil sebab cameraman terpakse duk luar sebab chieqa buat bising dalam studio..gambar kat bawah ni pun sebab ambil dari kengkawans yang kebetulan tgh tgk hr tu..


    krdt to athirah rayyan :) ~ ni amik dr instagram je


krdt to mohd shah (kawan sekolah rendah dr Sekolah Kebangsaan Kampung Nnyior)


             time kena wawancara ngn bienda..



          sempat amik kat luar sri pentas je..hehe


Dapat jumpe artis cam bienda, hunny madu n shila hamzah…tapi tak sempat nk ambil gambar..sempat salam aje..btw shila baik giler kot..masuk studio terus je salam dengan semua orang even tak kenal pun..mak dia pun ade sekali..

Pengalaman ni akan dikenang buat seumur hidup walau lepas tu kitaorang terus balik kemaman…banyak benda yang jadi..kereta rosaklah…itulah inilah..so sekarang sedang mengembalikan mood untuk menulis..dah dekat dua minggu kot tak menulis ni..



Video hari tu ada yang up kat fb n utube..boleh tgk kt situ :D

ni link dia kt utube (krdt to amy zainuddin)..nk up kt sini tak pandai pulak ~ http://www.youtube.com/watch?v=uFYiT8n30Qw

ni link kt fb (krdt to nana jamil), tp pendek aje lah : http://www.facebook.com/photo.php?v=151917064953258

~ boleh tgk kt tonton untuk epi full n clear..NLKO epi 118 :)