Part 3.1
SYAF hanya tersenyum geli hati apabila melihat Firash yang
bersusah-payah mengopek buah kelapa. Terkial-kial jugaklah suaminya itu kerana
bukannya sedikit buah kelapa yang patut dikopek dengan menggunakan alat
penyadap (struktur besi seperti lembing tajam yang dipacakkan di atas tanah).
Hampir sepuluh biji jugaklah. Itu pun semua atas arahan Tok Wan. Katanya semua
itu mahu digunakan untuk buat rendang, nak menggulai ayam, untuk campuran buat
lemang serta kuah ketupat nasi. Dan dia pula hanya duduk memerhati sambil
sekali-sekala mengawasi Erran dan Reeya yang berkejaran bermain di bawah pohon
jambu itu. Langsung tidak dibenarkan untuk membuat kerja apabila Tok Wan
mendapat tahu yang dia muntah-muntah semalam.
“Penatlah yang.. kalau boleh minum air kan best,” adu
Firash sebelum mengesat peluk yang memercik di dahi. Baju Tshirt biru lembut
yang dipakainya sudah pun hampir basah dek peluh. Dia melabuhkan punggung di pangkin
bersebelahan dengan isterinya itu. Ingin melepaskan lelah buat seketika.
“Apa lah Fir ni.. tak baik lah cakap macam tu,” sela Syaf
seraya menepuk peha suaminya. Firash hanya tersengih sebelum melentokkan
kepalanya di bahu Syaf. Sengaja mahu bermanja!
“Eee.. apa ni? Busuklah.. “ Syaf mula menutup hidung.
Kepala Firash yang sudah terlentok di bahunya itu mula ditolak perlahan. Bukan
sengaja! Tapi dia memang tak tahan dengan bau peluh!
“Ala sayang ni.. Dulu kalau tak mandi pun, langsung tak
nak lepas.. ni berpeluh sedikit je pun,” luah Firash sedikit kecewa dengan
reaksi isterinya. Segera dia mengangkat kepalanya dari bahu Syaf. Merajuk
jugaklah!
“Bukan macam tu lah.. tapi memang tak boleh bau pun..
rasa pening je,” balas Syaf jujur. Memang dia bukan sengaja berbuat reaksi
begitu. Semuanya spontan sahaja. Mungkin kehamilan kali ini banyak mempengaruhi
semua tindakannya.
Firash hanya diam sebelum bangkit dari pangkin. Alasan
dari isterinya langsung tak dihiraukan.
Syaf yang hanya memerhatikan reaksi Firash itu menggaru
sedikit kepalanya. Ni terasa hati pulak ke? Aduhai, sabar aje lah hati kalau
dapat suami yang makin sensitif ni.
“Firr...” Syaf dah mula bangkit dari pangkin dan menuju
ke arah Firash yang sudah jauh ke depan. Suaminya itu mula terbongkok-bongkok
ingin mengambil baki kelapa yang masih belum dikopek.
Firash hanya buat selamba. Seolah-olah tak ada apa-apa
yang sedang berlaku. Panggilan dari isterinya dia buat-buat tak tahu. Padahal
nak tengok setakat mana Syaf pujuk dia. Seketika sebijik kelapa diletakkan di
atas penyadap. Bersiap-sedia untuk menekan dengan tangan.
“Fir.. sorry
pasal tadi,” Syaf dah mula pegang lengan Firash. Terpaksa tahan bau peluh walau
kadangkala rasa mual aje dengan keadaan begitu. Nak pujuk suami punya pasal ni.
“Qira yang duk kat sebelah Acad tu kenapa? Nanti kena
penyadap tu!” Laungan kuat dari Tok Wan menyedarkan mereka berdua. Cepat-cepat
Syaf melarikan tangan Firash. Bimbang pula jika Tok Wan marah padanya. Tadi dah
pun kena bagi amaran supaya tak payah buat kerja sangat. Bimbang katanya akan
memberi kesan pada kandungan. Syaf tak tahu nak balas apa-apa dah bila Tok Wan
dah cakap macam tu. Hanya senyum aje dibalas berserta anggukan tanda akur.
“Err.. Qira dah nak masuk rumah ni pun,” balas Syaf
mereka alasan. Cepat-cepat dia berjalan menjauhi dari suaminya apabila Tok Wan
masih tegak berdiri memandangnya. Lupa sudah dengan si suami yang sedang merajuk.
“Hmm, yelah. Pergi tengok-tengok mama kamu kat dapur tu
jap. Erran dengan Reeya ni biar Tok Wan yang tengok,” suruh Tok Wan seraya
mendapatkan si kembar yang masih asyik bermain di bawah pokok jambu.
Firash yang sedang memegang buah kelapa yang sudah hampir
siap dikopek itu terpinga-pinga sendiri. Matanya sempat menangkap isteri
kesayangan yang sudah selamat menghilang ke pintu belakang. Habis tu aku ni
macam mana?
****
DI
RUANG tamu Firash hanya
diam tidak berkutik. Mata difokuskan ke tv di hadapan walaupun telinganya masih
mencuri-curi dengar perbualan antara Syaf dengan mamanya. Tok Wan awal-awal
lagi dah masuk bilik. Katanya penat melayan si kembar siang tadi. Tak terlarat
katanya nak mengejar si kembar yang main aktif. Dan si kembar pula setelah
diberikan susu tadi terus aje terlena.
“Tak ngantuk lagi ke Syaf? Mama dah dah ngantuk ni.”
Tegur Datin Farizah seraya menahan kuap. Mata pun dah mula terasa berair walau
hati memang nak sangat tengok drama Melayu yang sedang ditayangkan di TV2 itu. Kisah
seorang anak yang pergi ke bandar namun langsung tak pulang ke kampung walaupu
hari raya. Memang sedih sampai hampir mengalir air mata dibuatnya apabila
mengenangkan ibunya yang hampir setiap hari menunggu kepulangan anak kesayangan
di kampung.
“Mama pergi lah tidur dulu. Karang nak bangun siapkan
sahur pulak. Syaf pun nak tunggu drama ni habis je kejap lagi,” balas Syaf sebelum matanya sempat menangkap kerlingan
mata dari suaminya itu.
“Yelah, jangan tidur lambat-lambat pulak. Tak elok untuk baby tu,” nasihat Datin Farizah seraya
bangkit dari ruang tamu.
“Okay lah ma, selamat malam,” balas Syaf dengan anggukan
sebelum mata kembali memfokus ke arah tv yang masih terpasang. Kedudukannya yang
tadinya bersila di atas kerusi kayu itu mula dibaringkan. Namun belum sempat
tubuhnya mencecah kusyen sofa itu, terasa ada satu benda yang menghalang. Syaf
pelik. Apa benda pulak yang keras semacam ni?
“Eh..” Hanya itu saja yang keluar dari mulutnya sebaik
sahaja tubuhnya kembali bangkit dari kerusi itu. Tidak berkelip melihat Firash
yang selamba saja duduk di situ. Sudahlah tu, drama tv yang sedang ditayangkan
itu telah ditukar ke saluran lain. Argh! Tak puas hati betul ni!
Firash hanya diam. Langsung tak bersuara apabila
isterinya memandang. Syaf dah lupa agaknya yang dia masih dalam mood merajuk?
Ingatkan selepas kejadian petang tadi, Syaf akan datang memujuknya namun sampai
ke saat ini, isterinya itu langsung tidak bertindak apa-apa. Tadi pun semasa
berbuka, masing-masing tak bertegur sapa walaupun duduk bersebelahan. Dah macam
perang dingin pulak!
Syaf merengus kecil apabila mendapati suaminya membuat
muka tak bersalah. Ingatkan mahu merampas kembali remote tv itu namun kelihatan remote
itu sudah tiada. Ke mana pulak perginya? Mungkin sudah disembunyikan di satu
tempat yang dia tidak ketahui. Lantas punggung diangkat menuju ke bilik. Tidur lebih
baik kut!
BERSAMBUNG....
p/s : pendek je kan? Sorry, i have
to concerate utk mss tuk tahun depan punye..org lain dh siap, kite br terhegeh2
nk taip...tp tak siap lg cerpen ni tp dh kena out sbb esok ade jamuan raya, then balik kampung..kt kampung pulak line kureng..btw ramai jugak yg mintak SsiD 2 tp tak
fikir lagi cmne cz lepas ni dh sibuk...sorry again...layan..
15 comments:
Likess even pendek....good job sis zura...
aduh xhabis2 fir dgn perangai bdk2 ye..heheheh
Good job! Best. Apa yang kita suka tentang SSiD nie ialah ianya real. Secara realiti, memang lelaki kuat merajuk. Especially bila si isteri melayan rajuknya... Fir nie, silap hari, sampai anak dewasa pun dia akan suka merajuk kot. Opss, SSID 2 ekk?
Best...#^_^
pen pun ok...
asal ade n3...
alah dek ciput nye,tk puas lh.nasib best!sambung laju2 ye dek,ngah sabar menanti n satu g dek jgn lh lama sngt baru sambung dek...maap cam terlebih lh pulak akak nr dek....
nk ag kak zura, rasa xpuas bace. sian kat fir, saf buat2 lupe lak dia merajuk...
@AmyZainudin
TQ amy :))
@nz lyna'im
haha...tu lah pasalnye...
@Aziela
TQ2...mmg realiti cm tu...ni pon ceduk dr kehidupan harian je..hehe..btw kalo dh mmg azali perangai mcm tu, mybe terbawak2 smpai ke tua kot...hehe
@NurAtiZa
TQ :D
@Eppy Safri
patotnye panjang sikit tp tk smpt dh semalam..hehe
@norihan mohd yusof
hehe...Tq kak..sory cz udah makin bz skrg sbb kena siapkn mss..tp insyaAllah try smbung laju2 :D
@iemira imani
hehe..sori pendek..actually syaf mmg nk pujuk tp firash lak wat perangai so tak jadi lah..hehe
Lagii?????
Post a Comment