Sebenarnya Saya
Isteri Dia! Versi Raya Part 1
PUNGGUNG dilabuhkan seketika di pangkin di luar rumah untuk
menghilangkan rasa penat membungkus ketupat palas tadi. Kalau diikutkan rasa
malas, memang rasa nak berbaring aje dalam bilik tetapi bila mengenangkan
inilah saat yang paling ditunggu-tunggu ketika hendak menyambut Aidilfitri,
niat itu langsung dimatikan. Tambahan pula raya kali ini lebih meriah apabila
si Erran dan si Reeya sudah mula sibuk untuk menolong moyangnya di dapur. Habis
bersepah-sepah ruang dapur rumah itu dikerjakan mereka berdua. Pada mulanya memang
hendak dilarang sahaja tetapi dibantah pula oleh mak mertua serta neneknya itu.
Kata mereka, biarlah sekali sekala. Bukan selalu pun dapat berkumpul
ramai-ramai macam tu. Dan Syaf pula hanya senyum saja.
Bunyi mercun yang kedengaran kuat dari laman belakang mengejutkan Syaf dari
lamunan panjang. Tangannya laju mengurut dada menahan debar. Tertanya-tanya
pulak siapakah yang bermain mercun itu? Dahlah bunyi pun macam dekat aje. Syaf
terfikirkan sesuatu. Serentak itu dia bangkit dan turun ke tangga. Setelah
menyarung selipar, kakinya laju saja melangkah untuk mengintip.
“Astagfirullahalazim..”Menggeleng-geleng kepalanya apabila melihat Firash
yang langsung leka membelek bungkusan mercun di tangan. Patutlah sejak balik
terawih tadi tak nampak-nampak. Dengan berpakaian baju melayu yang masih lekat
di tubuh, nasiblah kopiah dah tak ada kat kepala. Ini rupanya kerja dia! Bebel
Syaf sambil mendekati suaminya itu dengan langkah perlahan. Sengaja!
“Aaaaaa... aduh!” Kedengaran suara mengaduh panjang. Syaf sudah tersengih
geram apabila Firash berpaling ke arahnya sambil sebelah tangannya
tergapai-gapai untuk melepaskan telinga yang sedang ditarik. Padan muka!
“Dah tak ada kerja nampak?!” Getus Syaf geram. Matanya sengaja dibulatkan
pada Firash yang masih menyeringai sakit.
“Sayang! Apa ni? Sakitlah!” Rungut Firash dengan tangan masih menolak-nolak
tangan Syaf yang masih melekat di telinga kanannya. Boleh tahan kuat tangan
isteri aku ni!
“Boleh pulak Fir tanya apa?” Soal Syaf dengan hati masih lagi geram.
Nasiblah aku tak ada sakit lemah jantung. Kalau tak, mahu terus jalan aje tadi!
“Sorry lah sayang... aduhh... lepaslah.. boleh capang telinga
kalau kena tarik macam ni,” pinta Firash dengan buat muka kesian. Mana tahan
kalau dari tadi telinganya tak lepas-lepas kena tarik oleh isteri tercinta. Ni
kalau ada yang tengok, mahu jatuh saham ni!
“Boleh nak lepas tapi dengan satu syarat,” Syaf menjungkitkan keningnya
sedikit.
“Apa sayang ni main syarat-syarat pulak.. orang tengah sakit ni,” rungut
Firash seraya muka tidak puas hati ditayangkan. Namun bungkusan mercun di
tangannya langsung tak dilepaskan walau ketika itu mereka berdua sudah
menghampiri pintu dapur.
“Memang kena ada syarat.. Fir dah lupa something
ke? Hari tu macam excited sangat,”
Syaf pula tayang muka sedih.
Firash mengerutkan dahi. Apa yang aku dah lupa? Rasanya setakat ni belum
lupa apa-apa lagi. Baju raya untuk semua oang dah pun beli. Siap pakej dengan
kuih raya lagi. Tanda tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya untuk
berpanas-panas di dapur.
“Sayang, Fir tak boleh tangkap lah.. Sayang nak cakap apa ni?” Soal Firash
dengan kepala masih memikirkan apa yang diperkatakan oleh isterinya itu.
Syaf dah mula terasa hati. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, moodnya
cepat sangat berubah. Sekejap rasa gembira, sekejap rasa sedih. Memang berbeza
benar dengan apa yang dialaminya dua tahun dulu.
“Merajuklah macam ni,”perlahan saja suara Syaf kedengaran. Telinga Firash
yang menjadi mangsanya tadi dilepaskan begitu saja. Dah hilang mood!
“Sayaangg... aduh... apa yang aku dah lupa ni?” Firash terasa mahu menepuk
dahi apabila isterinya itu sudah memasuki ruang dapur. Langsung tidak
mempedulikan panggilannya. Bungkusan mercun di tangannya diperhati seketika.
Adakah Syaf marah sebab dia...?
***
“YA ALLAH! Terkejut aku!” Hampir terlatah Tok Wan yang sedang ralit
memperkemaskan ikatan ketupat palas yang sudah disiapkan. Datin Farizah pula
mengurut dada kerana terkejut apabila terdengar bunyi letupan mercun yang
kedengaran hampir dengan ruang dapur.
“Siapa pulak yang main mercun ni? Karang terkena tangan baru lah tak raya
nanti,” sambung Datin Farizah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia memang
pantang jika ada budak-budak kampung itu yang bermain mercun. Apatah lagi jika
anaknya sendiri yang terlibat sama. Nak-nak lagi kalau si Firash.
“Mak bapak sekarang ni terlalu manjakan anak-anak. Apa yang anak nak
semuanya diturutkan. Kalau dah hancur tangan, buta mata baru nak menyesal,”
keluh Tok Wan lagi.
Datin Farizah mengangguk. Bersetuju dengan apa yang diperkatakan emaknya. Seketika
kemudian masing-masing ralit dengan sesi mengisi pulut ke dalam daun palas.
Hanya sesekali kedengaran tawa mengekeh si Erran dan Reeya yang berkejaran di
dapur sambil masing-masing memegang daun palas.
Bunyi daun pintu daun yang ditolak itu mengejutkan mereka berdua. Kelihatan
Syaf menonong masuk tanpa berpaling pun. Laju saja mendaki empat anak tangga
itu sebelum naik ke tingkat atas.
“Kenapa pulak tu?” Soal Tok Wan sedikit
pelik. Tidak faham dengan perangai Syaf yang tiba-tiba berkelakuan aneh itu.
Tadi katanya mahu berehat seketika selepas menolong mereka berdua membungkus
ketupat pulut.
Datin Farizah mengangkat muka. Kelihatan menantunya sedang laju saja
berjalan menaiki tangga batu untuk ke tingkat atas. Dan seketika matanya
teralih pula pada anaknya yang sedang terkocoh-kocoh mengekori dari belakang.
Macam ada yang tak kena saja ni?
Bisiknya dalam hati.
“Tak habis-habis budak berdua ni. Anak dah nak masuk tiga pun, perangai
macam budak-budak.” Keluh Datin Farizah seraya menggeleng-gelengkan kepala.
Tangan kembali meneruskan kerja yang terbengkalai.
Tok Wan mula ketawa. “Itulah yang mak duk pelik tengok mereka berdua.
Ingatkan bila dah dapat anak, perangai tu berubah jadi matang sikit. Ni lebih
kurang aje.” Sambung Tok Wan pula. Ralit tangannya menarik-narik hujung daun
palas yang telah dibentuk untuk mengemaskan ikatannya supaya tidak terbuka
tatkala direbus atau digoreng nanti. Disimpul kemas dan diikat segugus.
“Hmm, itulah. Tapi saya harap Firash tu dapat kawal sikit perangai dia.
Iyalah bila dah pikul tanggungjawab besar pada umur muda ni, memang berat lah
sikit nak tunaikan.” Tutur Datin Farizah. Memang dia berharap sangat agar
anaknya itu dapat mengawal sikit perangai dia walau dia tak nafikan yang Firash
amat bertanggungjawab. Selepas kejadian Syaf menghilangkan diri hampir tiga
tahun lalu, anaknya itu semakin berhati-hati di dalam setiap gerak tindakannya.
Cuma kadang-kadang terbit jugaklah perangai tidak matangnya sekali-sekala.
“Mak harap pun macam tu. Sama-samalah kita doakan mereka yang baik-baik
saja,” tambah Tok Wan seraya menjeling sekilas ke arah Erran dan Reeya yang
asyik bermain. Langsung tidak mempedulikan mummy serta daddynya.
***
SYAF langsung tidak mempedulikan Firash yang sudah menolak
pintu bilik. Tubuhnya yang tadi terbaring terlentang, sudah diubahkan kedudukan
menjadi mengiring atau lebih tepat menghadap ke arah dinding. Memang mood
terasa sedang melanda!
“Sayaangg...” Meleret suara Firash mula kedengaran. Hati dah rasa tak
berapa sedap apabila melihat isteri kesayangan langsung tidak mempedulikan
kehadirannya. Apatah lagi apabila terpandangkan reaksi Syaf yang sudah mula
mengiring ke dinding. Haishh! Rasa nak ketuk kepala kuat-kuat aje rasa. Ni
memang kes merajuk benar ni!
Syaf buat-buat tidur. Mata dipejam rapat-rapat. Memang mood terasa hati!
Firash dah lupa agaknya kejadian dua tahun lepas? Lintang pukang dia lari sebab
Firash main mercun lebah dan tak menyangka pula yang mercun itu akan
mengejarnya. Sudahnya dia jatuh tertiarap kat tanah dengan luka di lutut. Marah
panjang Datin Farizah apabila tahu anaknya itu bermain mercun.
Firash garu kepala yang tidak gatal. Aduh! Macam mana nak pujuk ni? Dia
melabuhkan punggung di atas katil. Dengan perlahan-lahan dia merangkak naik ke
katil. Tubuh isterinya yang seolah-olah langsung tidak bergerak itu dipandang
seketika. Tahu benar yang Syaf berpura-pura tidur.
“Sayang.. sorry eh pasal tadi,”
Firash cuba memeluk tubuh Syaf dari belakang. Rambut Syaf yang sudah mencecah
ke paras pinggang itu dicium dan dibela dan dicium lembut. Namun dia merasa yang
Syaf mengeraskan tubuhnya. Tanda tidak suka diperlakukan sebegitu. Suasana
kembali sepi di bilik itu. Hanya bunyi deruan kipas saja yang kedengaran.
“Sayang.. tak baik tau tidur membelakangkan suami,” Firash sengaja berkata
begitu. Sungguh dia sudah tidak tahu untuk memujuk Syaf macam mana lagi. Dan
itulah jalan terakhir yang sempat terlintas di hatinya ketika itu. Dan dia
berharap yang Syaf akan memberi tindak balas.
Syaf gigit bibir menahan geram. Tak aci guna kuasa veto! Dengusnya dalam
hati seraya membalikkan tubuh kepada terlentang. Namun mata tetap dipejam
rapat. Langsung tidak mahu melihat wajah Firash.
Firash sedikit tersenyum apabila melihat reaksi dari isterinya. Tahu sangat
perangai Syaf macam mana. Walaupun dalam keadaan marah atau merajuk, isterinya
itu tetap taat padanya.
“Sayang.. sorry eh pasal tadi
tu,” Firash mula mencapai tangan isterinya dan dikucup lembut. Tahu akan
kesalahan yang dilakukan tadi. Memang salah dia namun dia tidak dapat keinginan
hatinya untuk bermain mercun tu. Sudahlah dua kali raya tak dapat nak bermain
lantaran sibuk menjaga Erran dan Reeya. Namun tahun ini, apabila si kembar
sudah mula pandai bermain sendiri dan tidak perlu lagi jagaan darinya, dia
ambil kesempatan itu untuk melepaskan gian. Dan akhirnya ini yang dia dapat.
Isteri kesayangan merajuk teruk!
Syaf tetap membisu. Pujukan dan kata-kata maaf dari Firash langsung
dipandang sepi. Langsung tak terasa nak maafkan Firash. Tambahan pula dulu
Firash dah mati-matian berjanji tak nak bermain mercun lagi. Jadi sekarang
tanggunglah sendiri!
“Sayangg.... jangan lah macam ni.. lusa dah nak raya,” sambung Firash lagi
seraya menggosok lembut tangan Syaf. Manalah tahu kut-kut Syaf akan lembut hati
nak memaafkan dirinya.
“Malam ni tidur luar,” tiba-tiba kendengaran suara Syaf. Firash yang sedang
menggosok-gosok lembut tangan isterinya itu terhenti. Seketika dia hanya
memandang Syaf yang langsung tidak memandangnya. Tidur luar? Rasanya telinganya
masih lagi dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Syaf.
“Takkan nak biar Fir tidur luar sorang-sorang
kut? Kesianlah dekat Fir. Sejuk tu kat luar.” Firash cuba memberi alasan.
Padahal dia mana mampu untuk tidur keseorangan. Sudah biasa tidur berteman.
Dulu masa Syaf terpaksa bermalam di hospital kerana melahirkan si kembar, dia
langsung tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun kat rumah.
Syaf hanya memekakkan telinga. Malas untuk mendengr pujuk rayu dari
suaminya lagi. Baginya Firash perlu diajar sikit. Biar serik!
“Sampai hati sayang...” Sayu saja suara Firash kedengaran sebelum dia
menundukkan sedikit untuk menghadiahkan kucupan lembut ke dahi isterinya.
“Gudnite sayang, sweet dreams.. “ sambung Firash lagi
sebelum bingkas bangun dari katil. Sebiji bantal dicapai sebelum melangkah
keluar dari bilik itu dengan langkah longlai. Pasrah!
~~~ BERSAMBUNG......
21 comments:
bila smbngn nya?hehe
heheheheheh,,,nak lagi kak zura
Best2...cpt la siap kn sambungan nye.....xsbr nk bce...
Best2...cpt la siap kn sambungan nye.....xsbr nk bce...
Waaa! Nak sambungannya! :D :D
kehkehkeh kene tidur luar.. 2 lah firash len kali nk men ajak syaf skali i-p
@aR_aD (nAbA)
tak janji...tp dlm mse tdekat lah...tgh taip..hehe
@nz lyna'im
tguu..hehe
@Eiy-la
tguu...hehe
@Miezan :)
sabar yer...tgh otw taip ni :))
@iniakuyangpunyahati
erkk...ajak main sekali? haha..
Ala ciannye dekat Firash kena tidur luar sebab main mercun....#^_^
waaaa syaf prgnent lagi ek... xsabar nk tunggu part 2
wahhh best2....sambungan nyer bile...tak sabar nak bace... :3
ala mrajuk plak syaf nie prgnant ke nie??cpat je trasa
cepat ler sambung x sbr nk tau ending cite nie... so, sweet tngk aksi firash ngan saf....
sorry yer kawan2...stuck kejap walau dh siap draft..huhu..btw akan try habeskan seblum syawal berakhir..
pasrah je la Fir oiii....sp soh langgar janjikan hahhahahaha
smbungnya bile ? lmbt x ? nnti jgn lpe taw !! sayang kak zura asyfar !!
smbungnya bile ? lmbt x ? nnti jgn lpe taw !! sayang kak zura asyfar !!
smbungnya bile ? lmbt x ? nnti jgn lpe taw !! sayang kak zura asyfar !!
Post a Comment