:: My gangS :: TQVM

Friday, June 8, 2012

Sebab tak dapat update blog n gathering ke cherating

Assalamualaikum dan selamat awal pagi..  
Terlebih dahulu nak mohon ampun maaf sebab dah lama tak update cerita-cerita kat sini..hari tu memang bz pergi hantar anak saudara ke banting untuk daftar matriks n balik umah pun tergesa gesa so memang penat dan perlukan rehat dua tiga hri sebab kejar mase..ingatkan perkara tu habis kat situ je tapi terkena plak gastrik teruk yg sampai nak bangun pon cam tak larat...so tertunda lagi nak update..  

Berita baiknya ialah my hubby ada hadiahkan samsung galaxy tab 10.1 untuk memudahkan kerja kerja menaip manuskrip tanpa menyusahkan sesiapa. Tapi amatlah jakun nak guna sampai tak tahu nak copy paste apa yang dah taip dalam mic word tu ke sini..bukan tak tanya orang, dah ramai tanya tapi tak seorang pon bgtau jawapan..maybe ramai pakai lappy kot....adess...so skrg tengah belajar lagi lah nak guna benda alah ni...agak sedih gak bile dpt tau tabs ni takleh update blog n mybe kene download sumthing or upgrade..

And the last thing nak cakap pasal gathering yang akan dibuat di pantai cherating selepas raya nanti..perkara ni dah lama dibincangkan cuma tak ada masa saja nak buat..so kami (zura, rehan makhtar,sara aisha n ezza mysara) telah sepakat nak buat..sesape yg berminat nak join boleh tgk details kat bawah ni..    

Tarikh : 21/9/2012 (jumaat) - 23 (ahad) ~ 3 hari dua malam.  

Tempat : Residence Inn Cherating ( hanya lima minit untuk ke pantai cherating)  

Kos untuk seorang : RM 150 ( breakfast, lunch, dinner) dan bilik dikongsi.   *tanpa kos pengangkutan*

Kos untuk satu family :RM 420 ( bilik muat dua dewasa n tiga kanak-kanak umur under 12 tahun)   *tanpa kos pengangkutan*

Untuk yg tak nak stay situ terutama duduk berdekatan dengan cherating, kami hanya mengenakan RM 50 untuk cas keseluruhan.  

Tentatif program :   permainan indoor seperti bola tampar pantai, sesi bersama penulis, bbq, dinner n etc (mungkin akan berubah)...  

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi zura di 017-9525962..

posted from Bloggeroid

1 comment:

NurAtiZa said...

Sis cari kat market lah...
Kalau samsung galaxy ace ada,samsung tab pun mesti ada...search je blog...#^_^