:: My gangS :: TQVM

Monday, April 2, 2012

Bukan Adik Tiri Biasa 1



BAB 1

“SHA nak ke mana tu? Dah malam ni,” tegur Datin Aniza lembut. Dia yang baru sahaja turun dari tangga untuk ke dapur sedikit terkejut apabila melihat susuk tubuh Aresha yang terjengket-jengket di dalam gelap menuju ke pintu utama. Tangannya laju memetik suis lampu. Automatik sekitar ruang tamu yang bergelap itu mulai cerah.

Aresha mendengus kecil. Perasan lah pulak orang tua ni! Rengus Aresha seraya menarik wedges yang tersusun kemas dari kabinet kasut. Dia yang sudah terlambat kerana hampir-hampir tertidur tadi cepat saja menonong ke pintu utama tanpa mempedulikan teguran mamanya.

“Sha!” Panggil Datin Aniza sedikit kuat. Langkah diatur laju ke pintu utama dengan harapan sempat menghalang Aresha keluar. Namun hatinya hampa apabila kereta Suzuki Swift putih itu meluncur laju keluar dari garaj. Nafas dihela lemah. Semakin pening dengan perangai anak yang semakin hari semakin menjadi-jadi.

Daun pintu yang terbuka luas itu mula ditutup dengan penuh rasa kecewa. Entah mengapa hatinya mula merasakan perangai Aresha yang semakin melampau ketika ini adalah disebabkan tanda protes terhadap perkahwinan keduanya itu. Dan ternyata dia tidak mampu untuk menolak kala Datuk Daus yang sudah bergelar suaminya ketika ini menghulur salam perkenalan sejak enam bulan lepas. Perkenalan yang sesingkat itu mula membuahkan rasa senang hati antara kedua-duanya. Tambahan pula masing-masing sudah bergelar janda dan duda ketika itu.

Mendengarkan bunyi enjin kereta yang seakan memasuki halaman rumah membuatkan tangannya membuka semula pintu utama itu dengan fikiran yang penuh persoalan. Siapa pulak yang datang ni?

Silau cahaya lampu kereta membuatkan matanya dikecilkan. Saat lampu kereta itu dimatikan, bibirnya mula mengukir senyum apabila sudah dapat mengenal pasti pemilik kereta Honda Civic Type R yang berwarna putih itu.

“Ayyan,” bibirnya menggumam nama anak tirinya perlahan.

Ayyan menarik bagpack yang berada di bahagian belakang sebelum menutup pintu keretanya. Seketika dia pelik melihat emak tirinya itu tercegat di muka pintu.

“Assalamualaikum ma. Tak tidur lagi ke?” Tegur Ayyan sambil meraih tangan tua itu dan dicium hormat.

“Waalaikumussalam. Belum lagi,” Balas Datin Aniza seraya tersenyum tawar.

“Dah dekat pukul 11 malam ni ma, tak mengantuk ke?” Soal Ayyan lagi seraya melangkah masuk ke dalam rumah diikuti oleh emak tirinya itu dari belakang. Sofa berangai tiga itu dituju laju. Seketika punggung dilabuhkan di situ.

“Sha,” perlahan Datin Anizah menutur. Dia melabuhkan punggung di set sofa satu dudukan bertentangan dengan Ayyan. Senyum yang terukir di bibir itu tidak lagi kelihatan. Hanya wajah mendung saja yang terlakar di wajah tua itu.

“Aresha?” Soal Ayyan dengan kening sedikit dinaikkan. Kenapa dengan budak Aresha tu pulak?

Datin Aniza mengeluh lemah. Tubuhnya disandar perlahan ke sofa.

“Mama dah tak larat nak tegur dia Ayyan. Rasanya dah berbuih mulut mama ni larang dia jangan keluar malam tapi dia bukannya nak dengar cakap mama. Mama taulah dia tu dah besar tapi dia tu tetap perempuan. Macam mana kalau jadi apa-apa kat dia luar sana? Dahlah balik rumah tu kadang-kadang hampir Subuh,” panjang lebar Datin Aniza meluah rasa kecewa. Sudahlah Datuk Daus terpaksa ke Jepun selepas dua hari perkahwinan mereka. Dan dia tiada siapa-siapa untuk meminta tolong untuk mengawal tingkah laku Aresha yang semakin liar.

Ayyan mengeluh. Sedikit terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Datin Aniza itu. Patutlah kadang-kadang saja pergi kolej. Kalau datang pun masa kelas petang sahaja. Kelas pagi memang langsung tak nampak muka!

“Ayyan tak tahulah perangai dia teruk sampai macam ni sekali,” luah Ayyan sedikit kesal. Walaupun dia dengan Aresha tidak mempunyai pertalian darah namun dia tetap simpati dengan emak tirinya itu.

“Tolong mama Ayyan. Tolong cari Sha dan bawak dia balik. Mama risau sangat ni,” Datin Aniza cuba merayu pada Ayyan. Dia sudah tiada siapa-siapa lagi untuk menolongnya ketika ini. Dan hanya berharap pada Ayyan saja yang dapat menolongnya.

“Tapi...”

“Please Ayyan. Kesianlah kat mama ni,” Datin Aniza merayu lagi. Berkaca matanya dan dengan wajah penuh mengharap dia memandang ke arah Ayyan. Cuba meraih simpati.

Ayyan mengeluh perlahan. Anak dia yang cari pasal. Aku pulak yang kena!

“Yelah, nanti Ayyan cari,” balas Ayyan cuba berjanji. Walaupun dia sendiri tidak tahu ke mana perginya kakak tirinya itu.


***


“EH LEPASLAH! Apa kau buat ni?” Jerit Aresha pada Ayyan yang tiba-tiba saja datang memegang lengannya. Entah dari mana lelaki itu datang tidaklah diketahui. Sekelip mata saja sudah memegang kemas lengannya. Matanya pula dicerlung luas pada Ayyan yang berdiri tegak di situ. Seolah-olah tidak terkesan dengan jeritan dari gadis itu.

“Aku cakap balik! Balik aje lah!” Ayyan menguatkan suaranya untuk mengatasi kekuatan bunyi muzik yang bingit di dalam kelab malam itu. Aresha merengus kuat. Dia betul-betul tidak suka dengan keadaan sekarang. Siapa lelaki itu yang suka-suka hati masuk campur urusan peribadinya? Mereka bukannya ada pertalian darah pun!

“Hey! Kau siapa nak arah aku balik?!” Balas Aresha pula seakan menjerit. Tangannya meronta-ronta meminta dilepaskan. Namun tangan Ayyan yang melekap kemas di tangannya itu langsung tidak dapat dirungkaikan. Manakala teman baiknya si Wawa yang menemaninya tadi sudah entah hilang ke mana. Mungkin sedang bersama pasangan masing-masing. Hanya dia saja yang sakan menari di situ bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya. Namun lelaki itu cepat sahaja beredar sebaik melihat wajah bengis Ayyan.

“Aku tak kisah kau nak cakap apa! Aku nak kau ikut aku balik aje sekarang sebelum aku heret kau dari sini,” Ayyan terpaksa mengeluarkan ugutan. Sejak balik ke rumah tadi, telinganya tidak henti-henti mendengar Datin Aniza membebel akan kelakuan Aresha yang semakin menjadi-jadi. Dan dia yang bosan dengan keadaan itu terpaksa berkejaran datang mencari. Itupun selepas hampir tiga kelab dia jelajahi di kawasan itu.

Aresha merengus marah. Dia menjeling tajam ke arah wajah Ayyan yang masih beriak tegang itu. Nafas dihela kasar. Aku tak suka betullah kalau ada yang kongkong hidup aku! Bentak hatinya melepaskan rasa yang terbuku.

“Aku boleh balik sendirilah.” Gumam Aresha perlahan. Sedikit-sebanyak ugutan dari Ayyan itu menusuk ke hatinya. Memang bikin gila lah kalau mamat tu betul-betul heret aku!

“Kalau tahu balik sendiri, aku arahkan kau balik. Sekarang jugak!” Sambung Ayyan dengan nada kuat. Ada beberapa orang pengunjung kelab malam itu mula memerhatikan drama sebabak mereka. Aresha menjeling tajam. Mamat ni memang buat aku gila!

“Bro apa hal kecok-kecoh ni? Awek dah tak nak ikut lu, buat apa lu paksa.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba menepuk bahu Ayyan. Mungkin juga pengunjung kelab malam itu yang ada niat mahu menolong.

Ayyan langsung tidak terkejut. Pandangan ditalakan pada lelaki itu dengan mata menikam. Aresha tersenyum nipis seraya menarik lengannya kuat. Namun makin kejap pegangan Ayyan pada lengannya membuatkan dia mengeluh geram.

Ayyan merenung tepat ke arah lelaki itu sambil tersenyum. “ Awek ni wife aku so aku ada hak nak suruh dia balik. And aku harap kau tak ganggu urusan ‘kami’ kat sini.” Balas Ayyan dengan nada bersahaja namun perkataan ‘kami’ itu ditekankan sedikit supaya lelaki di hadapannya faham dengan apa yang dia perkatakan. Mata Aresha refleks terbuntang luas. Laju saja matanya merenung Ayyan dengan pandangan tidak puas hati. Gila apa dia ni mengaku aku wife dia!

Wajah lelaki itu yang tadinya bersahaja mula berubah riak. Pandangan ditalakan ke arah Aresha yang seolah-olah terkejut. Alamak! Isteri orang ke? Melepas lah nampaknya! Rugi betul! Dahlah cun!

Sorry bro ganggu kau. Bawaklah wife kau ni balik. Karang ramai lagi lelaki yang nak tackle dia.” Balas lelaki itu sambil menyimpul senyum tawar pada Ayyan dan Aresha. Aresha mempamer wajah tidak puas hati namun apabila melihat pandangan tajam dari Ayyan membuatkan dirinya sedikit kecut. Dibiarkan saja tangan lelaki itu yang mula melingkari pinggangnya.

“Ok. No hal. Aku chow dulu.” Ayyan melepaskan pautan di pinggang gadis itu namun tangannya masih memegang lengan Aresha lalu menuju ke pintu. Aresha akur dengan hati yang membengkak.


***


“KAU APA hal ganggu aku kat sini?” Soal Aresha dengan tidak puas hati apabila Ayyan menolak tubuhnya sehingga tersandar rapat di badan kereta.

Terasa sakit belakangnya apabila terhentak di situ. Dia memandang Ayyan dengan pandangan tajam.

Ayyan mendekat. Aresha mula terdiam. Suasana di parking kereta yang agak sunyi itu mula merisaukannya. Bimbang juga kalau-kalau lelaki di hadapannya buat kerja gila. Memang dah tak ada sesiapa nak diminta pertolongan.

“Kau boleh tanya aku kenapa?! Kau sedar tak yang perangai kau ni boleh buat orang risau?!” Ayyan menghamburkan kemarahannya. Dari sejak tadi hatinya membara dengan apa yang dibuat oleh kakak tirinya itu. Suka-suka hati dia saja melayan entah mana-mana lelaki di kelab. Sudahlah seperti sengaja membiarkan saja tubuhnya itu dipeluk-peluk, dipegang-pegang. Berbulu matanya saat itu. Kalau dikutkan rasa hatinya, memang langsung dia tidak mahu ke situ. Namun bila difikirkan pasal emak tirinya itu, dia jatuh simpati.

“Aku punya suka lah. Kau peduli apa!” Balas Aresha menahan marah. Tangan dipeluk ke tubuh. Ayyan menarik nafas panjang. Perempuan ni memang tak makan nasihat! Kalau lah perempuan itu adiknya, agaknya sudah kenyang makan penampar sulung darinya saat itu. Keras kepala betul!

“Kau tahu tak yang mama kat rumah tu tengah risau gila fikir pasal kau yang keluar melepak tak tentu hala ni? Kau tak fikir ke semua tu?” Ayyan menutur kata. Aresha mencebik.

“Ala aku punya suka lah. Time dia kahwin dengan bapak kau hari tu tak ada pulak nak risau pasal aku. Entah apa yang berkenan sangat dengan bapak kau tu, aku tak tahu lah.” Pandangan sinis dilemparkan pada Ayyan di hadapan. Ternyata wajah lelaki itu mula beriak.

"Hey kau cakap baik-baik sikit ye. Jangan nak kutuk bapak aku bukan-bukan pulak. Kau tu patut sedar diri sikit. Agaknya kalau aku jadi bapak kau, memang aku betul-betul menyesal je ada anak macam ni. Harap belajar aje tinggi tapi bodoh bertingkat-tingkat!”

Pang!!

Suasana sepi seketika. Tangan Aresha sedikit menggigil. Ayyan memegang pipinya yang perit dengan tamparan Aresha itu. Bergerak rahangnya menahan marah yang mula menggelegak.

“Lepas ni kau jaga lah hidup kau sendiri. Aku dah malas masuk campur!” Ayyan bergerak berlalu dari situ. Dia bimbang kesabarannya akan hilang jika lama-lama berada berhadapan dengan perempuan itu.

“Aku tak suruh pun kau kacau hidup aku!” Balas Aresha geram lalu menyandarkan tubuhnya ke kereta. Pandangan ditalakan ke arah Ayyan yang sudah menuju ke keretanya sekilas sebelum memboloskan diri ke perut kereta. Dah tak ada mood nak masuk kembali ke kelab. Spoiled betul!




p/s : kaver dah ada..tak tau lah okey tak..sambungannya ni dah lama siap tapi susah nak update blog...terpaksa meminjam segala....hope enjoy k,J

10 comments:

iniakuyangpunyahati said...

ayooo x tw ayyan dah x nk masuk campur.. i-p

arin arida said...

aiyayaya. habislah..ayyan suka fedup mungkin:P

btw, sy suke cover dia. comel wohh!! hihi

tien2lai said...

da lama tunggu sambungan citer ni....
nmpak mmg menarik....
x sabar..

RinsyaRyc said...

hik3... suka part aresha tmpar ayyan... berderau darah~

zura asyfar addy rifqhiey said...

@iniakuyangpunyahati


haha...tatau ;p

zura asyfar addy rifqhiey said...

@arin arida

err..ayyan fedup?...haha...cover google jek tu :))

zura asyfar addy rifqhiey said...

@tien2lai

sorry2...lmbt sket smbung...dh lame siap..kekurangan laptop..hehe...tq2 :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

haha....nampak ganas sket kan? hehe :)

fizaOth said...

Sabo je la ngn sha ni..

Nuur Syafini said...

Bukan adik tiri ny dah ada smbngn blm