:: My gangS :: TQVM

Monday, March 12, 2012

NOVEL SSID DAH KUAR VERSI CETAK!!


As-salam dan selamat pagi....hehe..tak nak cakap ape2 cuma senyum jer ni...Dah boleh order kt laman web Karya Seni hari ni :)

SINOPSIS :


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


RM30 - SEMENANJUNG
RM33 - SABAH/ SARAWAK
~ pembelian on9 dari KArya Seni akan dapat diskaun RM3
~ tebal novel : lebih kurang 900 mukasurat


14 comments:

Aiqila fariz. said...

Mmg best but xde peluang nk bli ni..klu bli,nk membaca pun blum tntu sempat... Ary ahad flight ke Jepun..Jepun dlm proses Rebuilding and sya tersangkut dlm loji nuklear.. Klu ad rezeki Insya Allah sya akan bli..

saadiah~~ said...

dah bli dah kat laman web karya seni..on da spot tros pegi bank, masukkan duit..tpi karya seni xrespond lagik about status order..huhu..

m said...

best nye. harap2 dlm minggu ni ada dah jual kat Brunei. :)

syania said...

tak sabarnya nak miliki novel ni sis..... yuhuuuuuu....finally kuar jugak versi cetak... luv u la sis =)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Aiqila fariz.


takpe2....dulu kan yg lebih penting :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@saadiah~~


oh...mybe semalam bz sgt kut..hope hr ni dah dapat rely tu..btw thanks beli SSiD :D it

zura asyfar addy rifqhiey said...

@m

mgu depan br masuk kedai buku dalam 25 ke atas...hope kt brunei pn macam tu jugak :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@syania


hehe...thanks.....luv u too :)

idA said...

salam dik..akak dah beli online dari karya seni sat tadi..
Nak minta favour adik untuk sign kat novel tu ek..since ini novel pertama adik dari luahan lakaran hati minda dan perasaan adik..
Jgn lupa..kalo nak baek lagi..kiss make sure pakai lipstick merah..pergh..kelass..gitu dik..
Apa apa tahniah dik..

dreamygirl said...

serius kena beli ni?wah..900 muka?boleh thn panjang..huhu..

zura asyfar addy rifqhiey said...

thanks kak ida sbb beli nvel SSiD..Pasal sign 2 insyaAllah cz sy pi pej k.s sbtu ni..n bab lipstick merah 2 xla kot..hehe..btw thanks again..hope kak ida terhibur, maaf atas segala kekurangan :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

hehe, memang panjang n tebal :)

YONG JIAO XIU said...

tak sabar2 nak beli ni.hehehe

MeGa_Lisa said...

Di sabah da sampai ke ni.. nak cari besokla.