:: My gangS :: TQVM

Saturday, February 25, 2012

SPECIAL ENTRY SSiD 4



As-salam dan selamat pagi..

Sorry alls pada yg tertunggu2 update…dh tau kan my lappy tgh duk icu sekarang…adess, sabar jer lah….ni pnjam lappy org jap nk update…lg pun nk letak teaser SSiD yg dijanjikan…actually dah letak dlm Fb sikit2 tp pendek2 sgt lah…tak larat lah nak taip kalo panjang2..huhu….tp kesian pulak readers kt blog yg tak de acc fb tu…so ni teaser tuk uols :D




Scene satu (24 Februari 2012)


Tubuh Syaf yang separuh terbaring dan separuh lagi terkulai di birai katil direnung lama.Gaun labuh yang dipakai oleh gadis itu sedikit terselak menampakkan betisnya yang putih melepak. Firash menelan liur. Dia cuba untuk tidak memandang namun otaknya yang sudah hilang kewarasan itu menidakkan tindakannya itu.

Dengan langkah sedikit terhoyang hayang dia mendekati gadis itu. Diangkat separuh tubuh yang terjatuh di lantai dan dibaringkan ke katil. Wajah gadis itu yang bermekap tipis itu sekali lagi mengocak nalurinya. Bibir gadis itu yang dioles dengan lipstick pink lembut itu diusap lembut dengan jari.

"Kenapa kau nampak cantik sangat?" Bisik Firash dengan ketawa kecil.

Tangannya mula menarik lilitan tudung yang dipakai oleh Syaf.....




Scene Dua (25 February 2012)


"Agak-agaklah kalau kau nak menipu aku pun Firash. Kau ingat aku ni buta ke semalam?" bidas Farish sambil mencerlung mata kepada adiknya itu. Sakit betul hatinya apabila bercakap dengan Firash. Seolah-olah perkara itu tidak memberi kesan kepadanya.

"Kau kenapa yang tak puas hati sangat dengan aku Farish?! Kan aku dah cakap yang aku tak tahu!" Bentak Firash geram.

"Memang aku tak puas hati. Kau tahu kan yang Syaf tu kekasih aku, macam mana pulak kau boleh tidur dengan dia?!" Balas Farish seraya berdiri. Kini mereka berdua bertentangan mata. Berombak dada Farish menahan marah.

"Hey kau ingat aku hadap sangat nak tidur dengan kekasih kau tu?! Entah dari mana asal usul pun aku tak tahu." Ejek Firash. Syaf terkedu apabila mendengar kata-kata ejekan yang keluar dari mulut Firash. Terasa luluh hatinya saat itu....




TEASER UNTUK BLOG (26 Februari 2012) J


TEPAT PUKUL lima petang, Syaf menunggu di tempat biasa. Sebuah restoran yang berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi sambil memerhatikan beberapa orang kanak-kanak sedang leka bermain. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Alangkah bahagianya jika menjadi kanak-kanak, tidaklah seperti orang dewasa selalu sahaja banyak masalah.

“Assalamualaikum.” Tegur seseorang membuatkan dia mengalihkan pandangan. Sesusuk tubuh yang masih kemas dengan pakaian kerja menyapa matanya. Seraya itu, jantungnya mula berdegup kencang.

“Waalaikumussalam. Duduklah.” Balas Syaf. Dia membetulkan sedikit kedudukannya.

“Terima kasih.” Lelaki itu tersenyum kecil dan melabuhkan duduk di hadapannya. Redup pandangan dari lelaki itu sedikit meresahkannya.

So ada apa awak nak jumpa saya?” Soal Syaf setelah beberapa minit mendiamkan diri. Pelayan yang datang sedikit mengganggu mereka untuk berbual. Setelah pesanan dibuat, suasana masih lagi sepi.

“Saya nak mintak maaf atas kata-kata saya malam tu. Sepatutnya saya berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.” Farish menuturkan dengan nada sedikit kesal. Wajah Syaf dihadapannya sedikit berubah. Mungkin terkejut dengan apa yang diperkatakannya.

“Tak apalah. Saya dah lupa akan hal tu.” Balas Syaf cuba beriak bersahaja. Walau dalam hatinya sudah hendak menangis apabila lelaki itu meminta maaf darinya. Sedikit sebanyak hati kecilnya terusik dengan kata-kata itu.

“Awak marahkan saya lagi?” Soal Farish. Wajah resah Syaf dihadapannya diperhatikan lama. Sungguh dia amat merindui gadis itu sekarang.

“Saya dah tak ada tenaga lagi nak marah, Farish. Lagipun semuanya dah berakhir.” Tutur Syaf membalas pandangan Farish. Dia perlu kuat untuk berhadapan dengan semua ini. Wajah Farish kelihatan berubah riak.

“Boleh ke kita kembali macam dulu?” Soal Farish dengan nada mengharap. Syaf sedikit terkejut dengan permintaan Farish itu. Dia sedikit mengeluh perlahan.

“Saya mintak maaf Farish. Saya ni bukan gadis suci lagi. Tak layak untuk lelaki sebaik awak.” Perlahan kata-kata Syaf itu hanya kedengaran di telinga mereka berdua sahaja. Farish tersenyum kelat. Pedih hatinya mendengar kata-kata yang terbit dari mulut gadis itu. Dia pasti gadis itu masih lagi menyimpan marah kepadanya.

“Saya mintak maaf banyak-banyak Syaf. Saya tahu silap saya. Tapi awak tak sayangkan saya lagi ke?” Soal Farish lagi. Matanya merenung lama ke arah anak mata Syaf. Lama mereka bertatapan sebelum Syaf berdeham.

Sorry Farish. Saya tak boleh. Maafkan saya, saya perlu pergi.” Syaf bingkas bangun dan seraya berdiri. Namun pergelangan tangannya disambar laju oleh Farish membuatkan dia tidak jadi untuk melangkah.

“Syaf, please. Maafkan saya, kita kembali macam dulu okay?” Farish masih lagi mencuba dengan nada mengharap. Syaf cuba merentap tangannya namun kuat pegangan lelaki itu. Dia merenung tajam ke arah Farish.

“Lepaskan saya Farish. Sini tempat awam. So please.” Sedikit nada tegas dikeluarkan oleh Syaf. Dia bimbang dengan mata-mata pelanggan yang memandang drama sebabak mereka berdua ini. Farish mengeluh dan perlahan-lahan tangan Syaf dilepaskan.

Syaf terus berlalu dari situ setelah Farish melepaskan pegangan tangannya. Air mata yang ditahannya akhirnya menitis juga. Dia menutup mulutnya dengan tangan dan tergesa-gesa pergi dari situ sebelum tubuhnya terasa berlanggar dengan seseorang. Matanya membulat apabila terpandangkan seseorang yang dilanggarnya.



“KAU PERGILAH order dulu, aku nak masuk kereta jap. Handset aku tertinggallah.” Celah Chad mencuit bahu Mie yang sedang beratur di dalam bangunan KFC tu. Disebabkan hari sudah petang, mereka bertiga hanya membuat keputusan untuk makan makanan segera sahaja bagi mengalas perut yang lapar.

Okay. Kau nak yang mana?” Soal Mie memandang menu board yang terpampang di hadapannya.

“Aku nak snack plate je. Air tu kau tukar iced lemon tea dah la.” Balas Chad sebelum menepuk bahu Mie. Fiqri pula sudah mengambil tempat di meja yang tidak jauh dari mereka berdiri.

Tanpa menunggu Mie membalas, Chad sudah laju menonong ke parking kereta yang sedikit jauh dari bangunan KFC itu.

Matanya memandang ke hadapan kaki lima tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Dan seketika terasa bahunya dilanggar seseorang. Dia berkalih pandang. Sesusuk tubuh yang memakai baju kurung warna biru gelap itu direnung tajam. Huh?

“Mata tu buta...” Tidak sempat ayatnya dihabiskan, terasa lidahnya kelu seketika. Gadis yang memakai baju kurung biru gelap itu mengangkat mukanya. Mata gadis itu yang sedikit merah tanda dia sedang menangis itu memandang sayu ke arah Chad.

Sorry.” Tuturnya perlahan lalu segera berjalan laju meninggalkan Chad yang terpinga-pinga di situ. Chad yang sudah kembali ke alam nyata mula berfikir. Buat apa dia dekat sini? Dah tu siap menangis bagai lagi? Matanya sempat melihat kelibat Syaf yang seakan-akan melarikan diri dari seseorang.

Derap langkah yang agak laju berhampiran dengannya sedikit mengejutkannya dari berfikir tentang gadis itu. Segera dia berpaling ke arah kanan. Farish yang sedang berjalan laju melintasi hadapannya dipandang dengan dahi berkerut. Otaknya mula terfikirkan sesuatu. Oh patulah perempuan tu menangis tadi, sebab Farish rupanya getus hatinya. Dia menyambung langkahnya yang terhenti. Namun kelibat Farish yang kemudiannya tergesa-gesa berlari itu menarik minatnya untuk mengekori.

Matanya tidak lepas memandang Farish yang sudah hampir ke kereta Myvi putih milik seseorang. Eh macam kenal aje! Bukannya kereta Myvi tu milik Syaf ke? Dia bergerak untuk merapatkan diri ke arah kereta tersebut.

Kelihatan Farish sedang menahan Syaf dari menutup pintu kereta itu. Oh berdrama lah pulak korang berdua kat sini, sinisnya dalam hati.

“Lepaslah!” Suara jeritan Syaf sedikit kuat mengejutkannya. Farish sedang memegang lengan Syaf. Mungkin sedang menghalang Syaf dari memasuki kereta. Dia berfikir di situ. Patutkah aku masuk campur dalam hal dia orang tu? Ah, lupakan je! Bukannya aku ada kena mengena pun dengan dia orang!

“Awak kena terima saya balik Syafa Aqira. Saya sayangkan awak tahu tak?!” Sedikit keras suara Farish menerjah ke telinganya. Apa hal pulak dia orang berdua ni? Hari tu kata dah putus, ni main tarik-tarik tali pulak?

“Saya tak nak!Awak kena faham Farish!” Syaf mula menangis apabila Farish memegang erat lengannya seakan tidak mahu melepaskannya. Firash hanya setia menonton drama sebabak di hadapannya tanpa sebarang perasaan.

“Saya sayangkan awak Syaf. Awak tak boleh kahwin dengan Firash.” Nada Farish mula merayu. Firash mula tersentak apabila namanya disebut oleh Farish. Maknanya memang Syaf betul-betul putus lah dengan Farish sebab nak kahwin dengan aku?

Please Farish. Lepaskan saya.” Syaf menangis tersedu-sedu di pintu kereta. Beberapa orang yang lalu di situ ada yang menjeling-jeling ke arah mereka berdua.

“Tak nak! Saya tak nak lepaskan awak!” Bentak Farish sedikit kuat. Dia menarik gadis itu rapat ke tubuhnya dan menutup kasar pintu kereta Myvi milik Syaf.

“Lepaslah Farish!” Suara Syaf mula meninggi. Mungkin marah dengan tindakan Farish yang agak kasar itu. Firash mula terasa tidak sedap hati. Dah gila apa Farish ni buat macam tu kat perempuan? Walaupun dia tidak menyukai Syaf namun dia masih tidak boleh menerima perlakuan kasar yang Farish cuba lakukan. Kakinya mula menlangkah ke arah Farish dan Syaf yang masih belum menyedari kelibatnya di situ.

“Aku tak rasa dia akan balik semula kat kau lepas apa yang berlaku.” Senafas sindiran Firash tepat mengena ke batang hidung Farish. Farish terkedu seketika. Pegangan kuat di lengan Syaf mula terlerai. Dia memandang Firash tajam.

“Kau apa hal yang tiba-tiba muncul kat sini?” Soal Farish garang. Kalau orang lain tengok memang orang takkan rasa yang mereka berdua mempunyai pertalian darah.

“Suka hati aku lah nak muncul kat mana-mana. Kenapa kau takut ke dengan aku?” Firash membalas dengan soalan berbaur pedas. Syaf di sebelah Farish sudah kelu tanpa bicara. Takut pula dia melihat wajah Farish dan Firash yang masing-masing mula menyinga.

“Kau tu adik aku! Sepatutnya kau kena respect dengan aku bukannya melawan!” Kuat suara Farish melengking. Syaf sudah mula menjauhkan diri dari Farish. Bimbang jika lelaki itu bertidak di luar kawalan. Tadi pun hampir saja dia terputus nafas dengan perlakuan kasar Farish kepadanya. Tidak pernah sekali dia melihat perangai Farish sebegitu.

“Kau tu sepatutnya kena respect sebab Syaf tu dah jadi milik aku!” Lantang suara Firash berkata-kata sehingga Farish terkedu. Dia memandang ke arah Syaf yang sudah jauh darinya.

“Aku harap kau takkan ganggu dia lagi sebab kita orang dah setuju untuk kahwin.” Senafas Firash menuturkan lalu melangkah ke arah Syaf yang masih kelihatan takut-takut. Dicapainya lengan gadis itu dan ditariknya ke suatu sudut. Syaf yang masih sedikit ketakutan itu hanya menurut langkah Firash yang sudah menjauhi Farish. Sempat dia menoleh ke belakang dan melihat kelibat Farish yang sudah melangkah jauh. Maafkan Syaf. Syaf memang dah tak layak untuk Rish lagi! Bisik hatinya.



p/s : teaser kat atas ni ikut urutan cerita…maaf tuk segala kekurangan J

25 comments:

She's Lazy Gurlz said...

gud3 akak addy..hehe :)
terbaik sehh..ikut urutan tu.. heheheheh..
ok larh..nite sweetdreamm..
from : shida lyna :)

Unknown said...

hehe suke3! rindu gila dgn dua org nih..

sarah mohamad said...

Bestttt sangattt! :)

Afifah Yusof said...

best... rindu cerita ni... terima kasih kak Zura... ^^

Unknown said...

memang terbaik ar kak..good job..

Fifieyqa said...

thanx sis for the teaser...betul2 buat sy teruja la... ;)

NurAtiZa said...

terubat rindu kt SSiD...
x sabar nak tggu kemunculan novel nie...

Nik Ainaa said...

ala ~ tak sabarnya nak baca novel SSID ni !! nak tahu kisah dua orng ni

AnnaAliahA'sri said...

24 FEBRUARI TU HARI JADI KYUJONG OPPA...
AHH,BEST-BEST-BEST SNGT3.....
X SBAR NK BCA FULL NOVEL NI...

Eae mie said...

best2..mcm nak lagi lah..hehe :)

dila dyna said...

2 cover ssid ke kak zura????mmg terbaek la hihi, x saba nk tggu bln mac hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@She's Lazy Gurlz


hehe..thanks dear..kenalah ikut urutan nnt readers blog tak faham pulak...hehe...thanks again tau sggup tgu smlm :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@MiMi

hehe....enjoy yer....nnt bulan 3 ni boleh lepas rindu puas2..hehe :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@sarah mohamad


thank you dear!

adilashshazurin said...

tak sabar nk tunggu novel ni!
=)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Afifah Yusof


hehe...thank you dear :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@eisya leeya


thank you :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@MiSz fiFiEyQa


ur wc..hehe..tgu kemunculannya :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@NurAtiZa


hope terubat rindu sebelum kemunculannye pertengahan bulan 3 nnt...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Ina Ania


sabaar2 yer...tiga minggu je dr sekarang :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@AnnaAliahA'sri


hehe....27/2 <-- my 4th annyversary :).....sabar2 yer....kejap je tu..tak sampai sebulan dh..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Eae mie

haha....thanks...mybe ade lg satu kut teaser b4 novel kuar...hehe :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@dila

2 cop ssid..kira dr kaver jugakla tp kaver tak siap lg....btw thanks n tgu kemunculannya :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@nyny_dydy

sabar yer...tak smpai sebulan lg :)

Yong said...

tak sabar2 nak baca ni.hehehe. mesti pastu dia kemalangan kan. huhuhu kesian gak gan farish tu.
n thanks zura sebab memahami org yg takde fb cam saya ni.hehe.
sebulan lagi?okeh i'm counting.hehe