:: My gangS :: TQVM

Wednesday, February 8, 2012

Sebenarnya, Saya Isteri Dia (SPecial Entry) :D


as-salam dan selamat pagi..sooory tadi buat korang tertunggu2...lappy mmg betul2 wat hal..nmpknye ni dh dpt on...okeylah..layan :D




“SYAF, JOM KELUAR.” Ajak Firash yang bersandar di muka pintu. Syaf yang sedang membaca novel di katil itu menjeling sekilas. Huh! Malas aku keluar! Layan novel karya penulis baru ni lagi best. Tergelak-gelak dia membaca isi novel tersebut. Memang kelakar. Tak rugi beli walaupun tebal!

“Malas.” Hanya sepatah sahaja keluar dari bibirnya. Firash mengeluh perlahan. Aku baru aje nak ajak pergi jalan-jalan kat pantai. Mana tahu kut-kut kes merajuk pagi tadi boleh hilang. Lagipun aku tak sengajalah tadi!

“Jomlah. Aku bosan ni.” Firash membuat nada sedih. Ingin meraih simpati gadis itu. Syaf meletak penanda buku ke atas novel yang sedang dibaca. Apa hal pulak dengan mamat ni hari ni? Dah terlebih baik aje nampak. Jangan ada udang di sebalik mee sudah!

“Kau bosan kaulah pergi keluar. Aku malas.” Balas Syaf lalu bangun dari katil . Dia menuju ke meja studi untuk mengambil telefon bimbitnya yang baru siap dicas.

“Kita pergi pantai nak tak? Aku dengar pantai kat sini cantik-cantik. Rugilah kalau tak pergi.” Pujuk Firash dengan mengumpan cerita pasal pantai. Dia pasti gadis itu suka dengan pantai kerana dia pernah nampak koleksi kerang-kerangan yang di letakkan di dalam bilik di rumah mamanya.

Syaf terhenti dari menekan punat telefon bimbit. Mendengarkan perkataan pantai sahaja sudah membuatkan dirinya hampir melompat. Ah! Bestnya kalau dapat pergi! Duduk kat sana dulu mana ada pantai! Tapi aku tak nak pergi dengan dia ni!

“Cepatlah, aku tunggu kat kereta.” Sambung Firash apabila gadis itu hanya berdiam diri dan langsung belum ada tanda-tanda untuk berganjak dari tempat duduknya. Syaf masih lagi ligat berfikir walau hatinya sudah melonjak riang. Ah! Ni yang aku kalah ni! Dia ni macam tahu-tahu saja yang aku memang obses dengan pantai! Monolog Syaf di dalam hatinya.

So nak pergi ke tak ni?” Soal Firash dengan menjungkitkan kening. Saja ingin melihat reaksi gadis di hadapannya kini berminat atau tidak. Bukannya dia tidak perasan akan segaris senyuman yang terukir tatkala dia menyebut perkataan pantai tadi.

Hmm..Yelah.” Putus Syaf apabila lelaki itu bersungguh-sungguh mempelawanya. Lagi pula dia pun tak ada aktiviti untuk dibuat pada petang ini.

“Kalau macam tu jangan lupa bawak baju extras sekali.” Pesan Firash apabila gadis itu setuju untuk mengikutnya. Syaf berkerut dahi. Kenapa nak bawa baju lebih segala? Bukannya nak bermalam kat sana pun. Atau jangan cakap si Firash ni nak bawa dia pergi ke pantai yang jauh dari sini?

“Tak payah fikir panjang. Just grab a few clothes and pack it. Mana tahu kut-kut nanti baju basah bolehlah tukar.” Syaf hanya mengangguk dan mula menapak menuju ke almarinya. Mula memikirkan baju apa yang patut dibawanya nanti.

Okay then.” Balas Syaf lalu mengeluarkan Deuter bagpack yang selalu digunakan untuk travel. Beberapa helai baju disumbat masuk ke dalamnya beserta tuala bersih. Beg sederhana kecil pula ditarik keluar untuk mengisi beberapa barang peribadi.

Cepat-cepat dia menyarungkan tudung bawal yang sudah siap bergosok itu disarung ke kepala dan menuju ke pintu. Bagpack digalas ke bahu serta beg kecil dibimbit dengan tangan. Sempat dia menjengah ke ruang tamu untuk mencari lelaki itu namun ruang tamu sudah kosong. Apabila mendengar bunyi enjin kereta di halaman rumah, barulah dia tersedar yang Firash sudah menunggu di dalam kereta.

Setelah memastikan pintu rumahnya dikunci, dia bergerak masuk ke perut kereta. Firash yang hanya mengenakan tshirt Polo berwarna biru lembut dengan jeans navy blue itu sedang membelek CD di compartment. Bagpack serta beg kecil dicampak ke ruang tempat duduk belakang. Dia membetulkan kedudukannya.

Firash mengeluh perlahan apabila melihat kelakuan Syaf. Main campak aje bagpack tu? CD kumpulan Zhifilia itu dimasukkan ke dalam pemain MP3. Namun Firash menjongketkan sedikit keningnya pada Syaf apabila gadis itu hanya berdiam.

“Kenapa?” Soal Syaf sedikit pelik apabila terasa Firash memandangnya. Firash merapatkan sedikit tubuhnya pada tubuh Syaf seolah-olah ingin memeluknya. Syaf yang terperasan perbuatan Firash itu sedikit menjauhkan tubuhnya ke kiri. Biar betul dia ni? Takkan dalam kereta macam ni pun nak ambil kesempatan?

“Eh kau buat apa ni?” Soal Syaf sedikit cemas apabila tubuh Firash sudah menghimpit ke arahnya. Haruman Hugo Boss yang dipakai oleh Firash menusuk masuk ke hidung dan membawa sensasi yang menggetarkan. Syaf cuba bertenang dan hampir-hampir terasa putus nafas bila wajah Firash hanya beberapa sentimeter saja jaraknya dari wajah dia.

“Aku tolong pakai seatbelt lah. Kau tu bukannya nak pakai pun. Atau kau yang fikir lain?” Soal Firash sedikit mengukir senyum nakal apabila sudah siap mengenakan tali pinggang keledar pada gadis itu. Syaf menggigit bibir. Erk! Macam tahu-tahu aje aku fikir apa!

“Oh..Err..Thanks... Tapi mana aku ada fikir apa-apa pun.” Jawab Syaf sedikit tergagap. Firash sedikit ketawa apabila melihat pipi gadis itu mula merona merah. Ada hati lagi tu nak nafikan walau dah terang-terang nampak. Fikirnya sebelum memegang tangan Syaf. Syaf yang mula sedikit meronta namun Firash sengaja mennggengamnya erat.

“Most welcome dear. It’s okay kalau kau fikir macam tu, aku pun baru aje plan nak buat tadi.” Balas Firash bersahaja dan menarik tangan gadis itu ke bibirnya. Bulat mata Syaf apabila dengan selamba Firash mengucup lembut tangannya sebelum diletakkan di riba. Rasanya ini dah dua kali lelaki itu mengucup tangannya. Yang pertama kali semasa dia hendak pulang ke kampung dan yang kedua sebentar tadi. Dia tidak tahu motif sebenar lelaki itu berbuat demikian. Sengaja mempamerkan kasih sayangnya atau sekadar menguji hatinya yang sudah hampir-hampir jatuh ini?

CD yang dipasang mula berlagu. Syaf dan Firash hanya diam. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Selepas lagu Aishiteru saja tamat, lelaki itu mula menukar CD Afghan. Lagu Bukan Cinta Biasa itu mula berkumandang.

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Seumur hidupku.
ooo...ooo..ooo..

Cinta ku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Ooo...ooo...ooo...

Cinta ku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku

Syaf merasakan ada bait-bait antara lirik lagu itu menyentuh jiwanya. Dia mengerling sekilas, mulut Firash terkumat-kamit mengikut lagu itu. Walaupun dengan nada perlahan namun dia tetap mendengarnya. Sesekali lelaki itu menarik tangannya ke dada. Dan dia seolah-olah hanya merelakan saja perbuatan lelaki itu. Dan di saat baris terakhir lagi tu, firash sekali lagi mengucup lembut tangannya. Kala itu terasa hatinya benar-benar jatuh. Jatuh cinta dengan Firash!


TIDAK SAMPAI hampir sejam perjalan, Firash memberhentikan kereta di sebuah rumah tiga tingkat yang bercirikan Inggeris. Syaf terpegun seketika lalu menurunkan cermin kereta. Rumah tiga tingkat itu betul-betul menarik perhatiannya. Tidak sangka pula rumah sebegitu akan berada di dalam bandar Kemaman ini. Memang luar biasa! Rasa macam duduk kat Bukit Tinggi saja!

Namun bibirnya dicebikkan bila terpandang akan papan tanda di situ. Villa?Cheh! Mati-mati aku ingatkan rumah kawan dia atau sedara dia tadi. Tapi takkanlah dia nak bawa aku pergi kalau rumah tu rumah sedara atau kawan dia? Perkahwinan ni pun dirahsiakan. Mengingatkan hal itu hatinya dipagut pilu.

“Jom turun. Check-in dulu.” Arah Firash seraya membantutkan lamunan gadis itu. Syaf mengerutkan kening.

“Jomlah, masuk rehat dulu. Lepas Asar nanti baru kita pergi. Takkan nak redah aje pukul 4 macam ni. Karang hangus kulit tu, susah pulak.” Firash membukakan pintu kereta. Bagpack Syaf dan kepunyaannya dicapai dari tempat duduk belakang. Syaf hanya melihat saja Firash mengambil begnya itu dan membawanya. Dan dia hanya membiarkan saja apa yang lelaki itu sedang lakukan. Agak terharu!

“Kau okay tak ni? Dari tadi asyik senyap aje?” Soal Firash sedikit pelik. Biasanya gadis itu sekurang-kurangnya akan membalas tiap kata-katanya walau sepatah. Ini tidak hanya diam sahaja. Dan ini menimbulkan rasa tidak enak pada dirinya. Jangan cakap yang dia terasa dengan kata-kata aku tadi? Nanti susah pulak nak pujuk. Dahlah tadi ni aje idea spontan yang dapat aku fikir masa dia merajuk tad!

Firash mendekati Syaf yang sudah berdiri di sisi kereta dengan membimbit beg bimbit. Air muka gadis itu sedikit keruh. Tangannya cepat sahaja mencapai tangan gadis itu. Syaf merenung sayu ke arah Firash dengan mata yang berkaca. Sekilas dia memandang ke arah lain agar Firash tidak dapat menangkap dirinya yang sedang menahan tangisan.

“Apasal sedih pulak ni? Kita datang kan nak happy-happy kat sini. Jom masuk rehat dulu.” Pujuk Firash dan menarik Syaf masuk ke villa itu. Syaf hanya diam tak berkutik. Agak segan juga apabila lelaki itu perasan moodnya yang dah bertukar sedih.

Penyambut tetamu di kaunter pendaftaran itu tersenyum manis menyambut mereka berdua. Syaf hanya memerhatikan semua urusan di situ dengan pandangan pelik. Bila masa pulak dia ni tempah bilik kat sini? Macam dah rancang-rancang aje. Tapi kenapa satu bilik? Boleh ke kalau aku mintak satu bilik tambahan?

Err...Kenapa mintak satu bilik aje?” Soal Syaf seakan tidak berpuas hati. Agak seram juga sebenarnya kalau difikirkan berduaan satu bilik dengan lelaki itu. Tengoklah apa yang terjadi semalam. Kalau dia tak sedar, pasti dia sudah menjadi mangsa lelaki itu.

“Buat apa nak membazir? Dahlah susah nak dapat bilik kat sini. Lagipun kira okay lah jugak datang sini boleh honeymoon sekali.” Bisik Firash perlahan di telinga gadis itu seakan mengusik. Meremang bulu roma Syaf apabila terdengar perkataan bulan madu tu. Dia ni betul ke tak?

“Mintak bilik lainlah.”

“Dah jangan nak mengada, ikut aje.” Firash menggengam erat tangan Syaf langsung membawa gadis itu pergi ke pintu lif yang tersedia di villa itu. Syaf menelan liur. Agak terkejut bila melihat wajah Firash yang sedikit tegang.


“WAH, CANTIKNYA!” Itu ayat yang diperkatakan oleh Syaf ketika Firash memberhentikan enjin kereta di bawah pokok Rhu yang terletak berhampiran dengan Monica Bay. Firash hanya mengukirkan senyum kecil apabila melihat Syaf sudah tergesa-gesa membuka pintu kereta.

Dia mendepangkan tangan dan memejamkan matanya rapat-rapat. Bayu laut yang berpuput lembut itu menampar-menampar perlahan kulit wajahnya. Damai dan tenang dirasakan ketika ini. Seketika tubuhnya terasa kaku apabila ada sepasang tangan yang melingkari pinggangnya dari arah belakang.

“Cantik kan kat sini? Tahun lepas aku pernah datang dengan kawan-kawan aku.” Perlahan Firash membisikan kata-kata itu di telinga Syaf. Syaf mula merasakan degupan jantung yang tidak normal. Dia seperti sedikit segan apabila diperlakukan begitu di khalayak umum.

Err...Lepas boleh tak?” Pinta Syaf dengan nada lembut apabila lelaki itu semakin mengeratkan pelukan di pinggangnya. Dagu lelaki itu terletak elok di atas bahunya. Hee! Dia ni! Tak malu ke buat macam tu kat sini? Dahlah kat sini ramai aje orang! Monolog Syaf di dalam hatinya. Kelihatan ada budak-budak remaja yang tersengih-sengih melihat mereka berdua. Dan yang duduk di atas wakaf yang terbina itu menjeling-jeling saja. Memang malu gila ni!

“Nope. Tak nak.” Jawab Firash sambil mengukir senyum lebar. Syaf dah tak keruan. Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini! Aku dah tak sanggup kalau dah sampai satu masa aku betul-betul sayangkan dia, tiba-tiba dia pergi dari aku! Rintih Syaf dalam hati.

Err..Firash please. Aku rasa nak pergi kat tepi pantai tu je.” Syaf membuat alasan. Namun Firash hanya diam. Seketika Firash mengeluh lemah dan perlahan-lahan merungkaikan pelukannya.

“Okay, please take care yourself.” Pesan Firash perlahan apabila gadis itu sudah sedikit jauh darinya. Syaf yang mendengar pesanan dari Firash itu hanya memandangnya pelik lalu melangkah pergi menuju ke gigi air.

MUNGKIN SUDAH lama tidak ke pantai. Itulah yang difikirkan oleh Firash ketika melihat gelagat gadis itu yang asyik mengutip kerang-kerangan laut yang bersepah di situ. Dia mula mengekori jejak langkah gadis itu namun seketika kemudian hanya duduk sahaja di atas pasir pantai.

Kala Syaf menyinsing seluar jeansnya hampir ke paras lutut, Firash sudah berasa tidak senang hati. Dia terus saja bangkit dari pasir itu lalu menuju ke arah Syaf yang sudah mencelupkan kakinya ke dalam air laut.

Tangan Syaf dicapai dan ditarik tubuh itu mendekatinya. Syaf yang terpinga-pinga dibuat begitu secara tiba-tiba seakan tidak berpuas hati. Baru aje nak main air, dah kena tarik. Rungutnya dalam hati seraya memandang Firash.

“Turunkan kaki seluar tu.” Arah Firash dengan nada sedikit tegas. Syaf hanya berdiam dan cuba memproses arahan dari Firash itu dengan tepat namun otaknya seperti tidak bekerjasama.

“Kenapa?” Soalnya. Kalau kaki seluar itu diturunkan, mesti basah.

Firash menarik nafas panjang dan tiba-tiba duduk mencangkung. Kaki seluar jeans Syaf yang elok berlipat sehingga paras lutut itu segera ditarik ke bawah. Syaf memandang perbuatan Firash dengan pandangan tidak percaya.

“Aku tahulah betis kau tu putih tapi janganlah duk tayang kat orang.” Firash berkata perlahan. Gulp! Syaf menelan air liur kesat. Terasa berbahang wajahnya kala itu. Macam mana aku boleh lupa pasal ni? Fikir Syaf lagi. Terasa agak segan pula apabila ditegur sebegitu oleh Firash. Dia menundukkan wajahnya memandang pasir pantai.

“Jom duduk. Tunggu matahari terbenam.” Firash menarik tangan gadis itu supaya mengikutinya. Mereka berdua mengambil tempat di atas tunggul kayu yang ada di situ. Bayu laut yang bertiup kadangkala perlahan dan kadangkala kencang membuatkan tubuh Syaf sedikit kesejukan. Tadinya dia hanya memakai tshirt sahaja. Tak tahulah sampai sejuk begini.

Firash merapatkan tubuhnya pada Syaf. Dia tahu gadis itu di dalam keadaan sejuk kerana beberapa kali dia melihat gadis itu menggosok-gosok tapak tangannya. Laju saja dia mencapai tangan Syaf dan menggenggamnya erat. Syaf hanya diam tanpa membantah. Namun dia berterima kasih kerana Firash membuatnya begitu. Sekurang-kurangnya hilanglah sedikit kesejukan yang melanda dirinya.

I wish someday dapat pergi ke tempat yang boleh tengok sunset bersama dengan orang tersayang. Kat sini just untuk suka-suka bolehlah tapi tak nampak sangatlah sunset dia.” Meluncur laju kata-kata itu terkeluar dari bibir Firash. Syaf menoleh sekilas. Apa maksud kata-kata dia ni? Bersama dengan orang yang dia sayang? Habis tu aku ni macam mana? Aduhai hati! Sabar aje lah! Aku tahu lah aku ni bukan orang kesayangan dia!

Tiba-tiba saja angin bertiup kencang. Syaf yang sedang memandang ke rah Firash itu mengerdipkan matanya berkali-kali. Terasa seakan pasir pantai termasuk ke dalam matanya. Cepat-cepat dia cuba memejamkan matanya beberapa kali namun pasir itu semakin terasa mencucuk. Mata kanannya pula hampir-hampir saja berair mata. Kalau dilihat sekali imbas, mesti orang akan menyangka dia sedang menangis. Firash yang tengah menghayati deruam ombak itu tiba-tiba berpaling apabila terasa tangan gadis yang digenggamnya cuba dileraikan. Cepat-cepat Syaf mengenyeh matanya dengan tangan sehingga memerah.

“Apasal ni?” Soal Firash pelik dengan kelakuan Syaf itu. Namun Syaf hanya diam. Rasa pedih yang mencucuk bola matanya itu sudah memerah itu. Firash sudah kelam kabut bila melihat kedua-dua mata Syaf yang sudah mengalirkan air mata. Eh aku dah silap cakap ke tadi?

“Sayang kenapa ni?” Soal Firash lembut sambil menarik tangan Syaf yang sedang menggenyeh mata itu. Syaf berhenti menggenyeh matanya. Seakan terngiang-ngiang suara Firash memanggilnya dengan perkataan sayang. Aku bermimpi ke ni?

“Oh..Ha...ni pasir masuk mata.” Balas Syaf setelah lamunannya dicantas. Firash menarik rapat kedudukan gadis itu sehingga hampir beberapa inci saja jarak wajah mereka.

Syaf sudah terasa lain macam pula. Berdebar-debar jantung bila jari Firash memegang dagunya sehingga hampir-hampir saja bersentuh dengan hidung mancung Firash. Syaf automatik memejamkan mata. Sudah lupa akan kepedihan yang dialaminya.

Bukak lah mata tu. Apasal tutup pulak?” Tegur Firash pelik. Syaf cuba membuka matanya yang masih berair itu perlahan-lahan. Terasa angin panas menusuk masuk ke matanya selepas seketika. Tak sangka yang lelaki itu meniup matanya ketika itu. Terasa hilang terus rasa pedih itu. Terpaku dia memandang wajah Firash yang betul-betul dekat dengan wajahnya.

Melihatkan wajah Firash yang tiba-tiba mendekat membuatkan jantungnya mula mengepam laju. Eh dia nak buat apa pulak ni? Sesaat kemudian dia menutup matanya apabila terasa kelopak matanya dicium oleh bibir Firash. Lama dia berkeadaan sebegitu sebelum mendengar lelaki itu berkata sesuatu.

“Nanti okay lah tu. Dah bagi ubat pun.” Syaf membuka matanya. Senyum yang terukir elok di bibir Firash seakan membuat jiwanya melayang.

“Oh...Err...Thanks.” Balas Syaf lalu berpaling memandang laut. Firash hanya ketawa kecil melihat Syaf yang seperti serba tidak kena.

“Jom balik. Dah nak masuk Maghrib ni. Sunset pun dah lepas.” Ajak Firash seraya berdiri. Dia menepuk seluarnya yang terlekat pasir pantai. Syaf tercengang. Dah habis ke sunset? Alah, ruginya! Bisik hatinya sebelum turut sama bangun berdiri. Tak sangka dalam keadaan matanya dimasuki pasir tadi, pemandangan matahari terbenam berlalu tanpa dia sempat melihat.

“Ruginya.” Gumam Syaf sebelum melangkah. Firash berpaling.

“Tak rugi pun. Next time boleh tengok lagi.” Sambung Firash pula. Syaf hanya diam sahaja. Akan ada ke peluang itu lagi melihat matahari terbenam bersama lelaki itu?



~ DDD ~

16 comments:

akubersamaCahya said...

alamak.... tebal lagi la rindu kat diorng ni..huhuhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

@akubersamaCahya

hehe...insyaAllah novelnye pon tebal jugak kalo takde sesi potong memotong..hehe

sGurL90 said...

Agaknya bila novel akan berada di pasaran dan terbitan syarikat mana...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@sGurL90
insyaAllah bulan 3 ni n under karyaseni :)

Yong said...

miss this. haehe nice lah.
er dah htr?hurm br nak ckp, ada fakta error, tp tak pe sebab bkn suma peduli.hehe.-kat area pantai timur cuma blh tgk sunrise saja, sunset belah pantai barat.hehe sebab sy suka lepak tepi pantai jugak, suma pantai sy suka redah.hehe bangga ni-dah penah melepak kat tepi pantai pahang,tganu,kelantan,johor,n 9,selangor,penang,langkawi.hehe.

kathy said...

jgn risau syaf, sbb pasti ada peluang tgk matahari terbenam dgn firash..hehe..

aRie_inFiniTy said...

aaaahhhhh... jatuh chenta ngan SSID... x sabar nak tggu bln 3... ^_____^

azmawani ibrahim said...

romantiknye firash....suke3 sangat...hehehhe

manja said...

best..
sweet...


:)

Uwais Al-Qarni said...

ayourkk !! best giler .. sweet..
kak zura , ni bab berape ek ?

missnbdy said...

alahai,sweetnya firash ni~

Afifah Yusof said...

RIndu sangat-sangat dengan cerita ni...
terima kasih banyak kak Zura untuk special entry ni...
bulan 3? sebulan lagi tu... insyaAllah... ^^

siti azura said...

xsbr nak tggu novel nie keluar...
best2..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@YONG JIAO XIU

dunt worry..ni versi belum edit by editor..so kalau ade error ampun jerlah..hehe....pasal sunset tu ade gak kt situ walao tak terang sgt cm kat pntai barat..sebb pantai ni dekat je ngn rumah :)

Unknown said...

huhuhu...sweetnya..
rindu sgt2 kat syaf n firash...

Deleted said...

Waaa , bulan 3 ehh? xDD