:: My gangS :: TQVM

Monday, February 6, 2012

Erk! Kahwin dengan duda? - Part 3 Siri 2



Part 3 Siri 2


AZWA TERTUNDUK lesu memandang lantai. Sudah puas dia menangis. Sudah puas dia menjelaskan apa yang sebenarnya sudah berlaku namun satu pun tidak dipercayai oleh Pak Atan. Lelaki berusia itu seolah-olah telah dihasut bersungguh-sungguh oleh Izman serta kawannya yang bernama Karim itu sehingga semua kata-katanya dibangkang. Dan lelaki yang ditangkap bersamanya pula tidak dapat berbuat apa-apa setelah Izman mula memanggil beberapa orang penduduk kampung dan akhirnya mereka berdua di bawa ke rumah penghulu kampung untuk menyelesaikan segala-galanya.

“Dasar anak tak kenang budi! Buat penat aje aku besarkan kau dari kecik. Keturunan kita mana ada lagi buat kerja macam ni!” Bentak Puan Roznah seraya memukul-mukul tubuh Azwa yang sedang duduk di penjuru beranda. Terasa hampir terhenti jantungnya ketika mendapat berita dari Karim tadi yang mengatakan si Azwa sedang melakukan maksiat di kedai Pak Atan. Sudahlah hal tengah hari tadi masih lagi belum dia selesaikan, datang pula hal yang tidak disangka-sangka ini.

“Mak, Awa tak buat mak! Mak percayalah cakap Awa.” Ngongoi Azwa dengan air mata yang mengalir lebat menuruni pipi. Tubuhnya yang sudah kesakitan akibat dipukul oleh tangan emaknya itu langsung tidak dihiraukan. Kaki emaknya dipaut bersungguh-sungguh namun Puan Roznah cepat saja melarikan kakinya sehingga Azwa jatuh tersembam ke lantai. Dahinya terasa perit. Sampainya hati mak tak percaya cakap Awa, rintihnya dalam hati.

“Awa.” Panggilan dari seseorang mengejutkannya dari tertunduk. Matanya yang masih basah itu dipalingkan ke arah Hida yang sedang meluru laju ke arahnya.

“Da, aku tak buat semua tu.” Azwa terus memaut tubuh sahabatnya itu dan kembali menangis di bahu Hida. Hida turut sama terasa sebak. Buat pertama kalinya dia melihat Azwa betul-betul di dalam kesedihan.

“Aku tahu kau tak salah Awa. Aku tahu.” Bisik Hida perlahan sambil air matanya tururt bergenang. Dia tahu yang Azwa tidak akan sesekali melakukan perbuatan terkutuk itu. Sejak kecil lagi dia kenal Azwa. Dan dia sudah menganggap Azwa seperti darah dagingnya sendiri.

Matanya sempat mengerling ke arah tangga. Beberapa penduduk kampung mula membanjiri beranda rumah penghulu itu selepas keadaan di situ agak kecoh dengan berita tergempar itu. Masing-masing seolah tidak mahu ketinggalan untuk mendapat tahu berita itu setelah apa yang terjadi.

“Da, kau tolong aku Da...Dia orang semua tak percayakan aku. Mak aku pun tak percayakan aku jugak.” Sambung Azwa lagi dengan nada teresak-esak. Sedikit mengharap bantuan dari sahabatnya itu walau dia yakin semua itu agak susah untuk ditunaikan. Iyalah, semua penduduk kampung mula memandang serong ke arahnya setelah menngetahui apa yang berlaku tadi. Dan cerita yang disebarkan oleh Izman pula seakan ditokok tambah sehingga ada yang mengatakan yang dia telah berzina dengan lelaki bandar yang bernama Shareiq itu.

“Tuk, kita settle malam ni jugak perkara ni. Saya tak nak perkara macam ni terjadi lagi kat kampung kita.” Izman memulakan bicaranya apabila melihat Encik Zainal yang baru saja menyertai mereka semua di beranda. Sempat matanya dikerling pada Shareiq yang masih diam di penjuru beranda. Lelaki itu dikawal oleh Karim serta Mustafa supaya tidak melarikan diri.

“Ha’ah tuk. Saya cadangkan kahwin aje kan dia orang berdua tu.” Sampuk Karim tiba-tiba.

“Betul cakap Karim tu tuk. Kalau kita tak buat macam ni, nanti ada lagi kes-kes macam ni.” Tokok Mustafa pula. Mereka berdua bersabung pandang dengan Izman sebelum mempamerkan sengihan. Dan Izman hanya memberikan tanda ‘thumbs up’ pada kawan-kawannya itu.

Encik Zainal memandang satu-persatu wajah yang berada di hadapannya sebelum mengeluh perlahan. Berkejaran dia pulang ke rumah tadi setelah ada yang menelefonnya akan kekecohan yang berlaku di kampungnya. Hendak tak hendak terpaksa juga dia pulang waima sekejap.

“Roznah, kau tak ada apa-apa nak cakap ke?” Soal Encik Zainal pada Puan Roznah yang hanya duduk di hujung tangga. Seketika matanya dijeling tajam ke arah Azwa dan beberapa saat kemudian dipandang pada lelaki yang ditangkap dengan Azwa. Otaknya mula terfikirkan sesuatu apabila terpandang lelaki itu. Nampak macam orang kaya, desisnya dalam hati seraya tersenyum sinis.

“Buatlah apa-apa tuk. Saya dah tak kisah.” Balas Puan Roznah seolah-olah melepaskan masalah itu pada Encik Zainal. Izman tersenyum lebar. Seakan dapat memahami apa yang Puan Roznah katakan. Manakala Azwa yang sedang berada di sisi Hida memandang sayu ke arah emaknya. Tidak menyangka sekali yang emaknya sanggup berkata begitu. Ternyata jelas yang emaknya langsung tidak mempedulikan lagi akan hidupnya kini. Seolah-olah masa depan hidupnya diserah bulat-bulat kepada encik Zainal.

“Da, aku takut.” Gumam Azwa perlahan seraya mengenggam tangan sahabatnya itu. Hida berpaling dengan senyuman kelat. Sejuk tangan Azwa terasa seperti tiada darah.

“Sabar Awa. Aku tetap ada dengan kau.” Hida cuba memujuk. Seolah-olah memberi sedikit ketenangan pada Azwa yang sedang resah gelisah.

“Kalau macam tu kata kau Roznah, aku cadangkan yang Azwa ni dikahwinkan saja dengan Shareiq. Senang cerita. Lagipun kes ni boleh dibuat pengajaran pada semua penduduk kampung ni pada masa akan datang. Dan berharap kes macam ni tak berlaku lagi kat sini.” Putus Encik Zainal memandang ke arah Azwa sebelum melemparkan pandangan pada Shareiq yang kelihatan agak tersentak.

Puan Roznah hanya melemparkan senyum sebelum mengangguk. Dan beberapa penduduk kampung mula mengangguk bersetuju. Puas hati dengan keputusan yang diperkatakan oleh Encik Zainal.

“K-kahwin?” Menggeletar bibir Azwa mendengar apa yang diputuskan oleh Encik Zainal sebelum terasa tubuhnya longlai.

“Awa!” Jerit Hida sebelum memangku tubuh sahabatnya yang sudah terkulai di ribanya.


“DAMN IT!” Bentak Shareiq seraya menumbuk batang pokok mempelam yang berada di hadapannya itu. Perit serta sakit di tangannya langsung tidak dihiraukan. Apa yang dirasakan pada ketika ini adalah perasaan tidak berpuas hati. Tidak berpuas hati langsung dengan keputusan yang diputuskan oleh Encik Zainal pada dia tadi.

Otaknya berputar ligat. Macam mana lelaki berusia awal lima puluhan itu mudah saja percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Izman serta kawan-kawannya itu? Seolah-olah mereka bertiga berpakat untuk mengenakannya pula.

Dia mengeluh kasar. Tiba-tiba terasa hidupnya seakan berubah sekelip mata. Dan tanpa sedar dia mula membenci akan gadis yang dipanggil dengan nama Azwa itu. Huh! Buat-buat pengsan konon! Rungutnya apabila teringat akan gadis itu yang tiba-tiba saja pengsan setelah mendengar apa yang diputuskan oleh Encik Zainal tadi.

Iyalah dengan keadaan dirinya sekarang, tidak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit. Pengakhirannya adalah dia yang digigit kembali. Arghh! Terasa ingin menjerit kuat saja di situ ketika ini. Ingin melepaskan semua tekanan yang mula merajai otaknya yang sudah hampir-hampir kusut itu.

“Tengok Karim, hero bandar kita dah mengamuk.” Ejek Izman seraya melangkah mendekati Shareiq. Shareiq laju saja berpaling apabila terasa ada seseeorang yang mengejeknya. Wajah Izman, Karim serta Mustafa direnung tajam. Namun Izman hanya mmebuat muka selamba. Langsung tidak takut dengan Shareiq ketika ini. Berlainan dengan keadaan semasa mereka bertumbuk di kedai Pak Atan tadi. Iyalah, takkanlah Shareiq sanggup membelasahnya pula di sini? Tambahan pula masih lagi ramai penduduk kampung yang belum bersurai.

“Haha..Kesian hero bandar kita ni. Apa nama dia Man? Shareiq. Eriq. Eh parit kut?” Balas Karim disertai dengan gelak ketawa bersama-sama Izman serta Mustafa. Mereka bertiga dikerahkan untuk menjaga Shareiq supaya lelaki itu tidak melarikan diri walhal Shareiq pada hakikatnya memang tidak boleh melarikan diri dengan kenderaannya yang masih rosak itu.

“Kau!” Shareiq mengetap gigi. Matanya dicerlungkan tajam ke arah Izman yang hanya tersenyum sinis. Membuak-buak rasa marah serta tidak puas hatinya pada lelaki itu.

“Kau nak belasah aku? Belasah lah kalau berani.” Izman sengaja mencabar. Karim serta Mustafa masing-masing berpandangan.

“Kau jangan cabar aku.” Gumam Shareiq keras. Tangannya mula membuka dua butang baju kemejanya yang paling atas. Lengan baju kemeja yang panjang itu mula dilipatkan ke siku. Kau memang nak kena dengan aku Izman!

“Shareiq.” Tegur Encik Zainal yang entah bila datang dengan Pak Atan serta seorang lagi lelaki yang berusia hampir sebaya dengan mereka. Izman serta kawan-kawannya itu cepat-cepat memberikan laluan.

“Tuk harap kamu terima keputusan yang tuk buat tadi. Kami tak nak hidup Azwa musnah. Sebab itu kami buat keputusan macam tu. Hmm...Kamu dah telefon keluarga kamu bagitahu hal ni?” Encik Zainal bersuara.

“Belum.” Sepatah Shareiq menjawab. Macam mana hendak menghubungi ahli keluarganya jika telefon bimbitnya tadi sudah kehabisan bateri.

“Telefonlah keluarga kamu beritahu hal ni.” Pujuk Encik Zainal lembut. Sekilas pada pandangannya terhadap Shareiq, dia dapat membaca akan perangai lelaki itu. Nampak seperti tidak berpuas hati akan kata-kata yang diputusnya tadi. Namun segalanya sudah terlambat. Nasi telah menjadi bubur.

“Telefon saya habis bateri.” Balas Shareiq tanpa nada. Sempat matanya menjeling ke arah Izman serta kawan-kawannya yang berada tidak jauh dari situ. Dan ketiga-ketiganya seolah-olah sedang mengetawakannya. Tanpa sedar tangannya mula mengepal penumbuk.

“Nah, ambik telefon tuk ni dulu. Pakai.” Pelawa Encik Zainal seraya menghulurkan telefon bimbitnya yang berjenama Nokia ke arah Shareiq. Lama Shareiq memandang ke arah telefon yang dihulurkan sebelum menyambutnya acuh tak acuh.

“Hello ma.” Sapa Shareiq selepas mendail nombor Datin Suraya.

Dan serentak itu Encik Zainal, Pak Atan serta seorang lagi lelaki sebaya mereka mula beredar dari situ. Seolah-olah memberi peluang untuk anak muda itu bercakap dengan ahli keluarganya seketika.


p/s : for my luvly readers..myb pendek sikit..demam tak ok lg..ape2 pn, layan :D

28 comments:

Hanim69 said...

Harap.... kalau mereka dh menikah... Sharieq jgn la layan Azwa mcm sampah smpai x mngaku isteri... bknkah dr mula dia dh tau apa yg berlaku... sapa yg salah... sapa yg perangkap mereka... sebagai org yg berpelajaran.. berpangkat... berkerjaya.. pasti tau mcmna nk menangani situasi..lbih2 lagi bagaimana nk mngajar lelaki bernama Izman...
Jodoh yg Allah anugerahkan... ada hikmahnya.. utk dia yg pernah kecewa dgn pompuan dan utk Azwa yg dianiaya dan difitnah oleh Izman... bkn mudah seorg gadis utk meneruskan hidup selepas dia difitnah dgn maruah tercalar... hanya Sharieq yg mmpu mmpertahankannya... so Sharieq kena bijak sebagai seorg lelaki.
Maaf komen pnjang pulak... jln cerita ni menarik dan saya akn mngikutinya...
Kalau boleh x nk cerita yg sama mcm cerita2 yg ada... dipaksa kawin kerana ditangkap basah lepas tu suami/isteri tinggalkan tanggungjawab... bertahun2 pastu bertemu semula... sdgkn hukum dh termaktub tanpa nafkah zahir batin selama 4 bulan berturut2... mka jatuhlah talaq.
Anyway Zura... keep it up... tq.

canim said...

setuju ngan pendagan hanim...biar le cite ni lain dr yg biasa......mb ruang utk keduanya saling mengenali n terima diri masing2 sbb mmmg bukan mereka...hrp izman n mereka yg memfitnah memdpt balsan...n puan roznah,,,tergamak seorg ibu x percaya anak sendiri...lain le klu azwa tu mmg perangai x elok....insya Allah akan ikuti cite ni.....dan harap ada kelainan spt hanim kata...

blinkalltheday said...

betul ckp hanim69 dan canim..sokong sgt2...

akubersamaCahya said...

shareiq ni dudakan... orait la tu.. cerita kak zura mesti laen dr laen.. like always.. ^^

anor adilla said...

wahh dh ada siri 2.. thanks zura! :) next entry pls.. setuju dgn hanim69 jgk.. wpun dlm keadaan tertekan itu mula timbul rasa marah dan benci di hati eriq kpd azwa.. biarlah dia sedar dan insaf yg azwa memang betul2 teraniaya.. hrp2 lepas nikah nanti konfliknya adalah supaya eriq dpt membuka hatinya buat perempuan lain setelah ditinggalkan oleh isterinya yg curang dulu.. dan bukan utk menghapuskan dendam atau benci kpd azwa.. saya doakan demam zura cepat sembuh dan dapat idea yg mencurah utk menyudahkan cerita2 zura ya.. :)

RinsyaRyc said...

kak zura dah sihat ? ehehe... cepat-2 la kak zura sihat .. *rin tinggal sakit tekak suara sengau jeh ..ehek.


Kalau Shareiq kawen dngan Mak cik Azwa, mesti thrill die lebih kan kak zura? herrherr... Sape benci sape lepas nih~ Eksaited nak tau~ >_<

Nurfazzy said...

wah!! rasa maca nak pijak2 je mulut Izman tu...biar lenyek...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Hanim69

speechless jap bace komen akak...thank you..mmg bnyk yg leh diamik sgbai note..walau citer ni idea asal dr my kazen tp sy gak kena fikir isi2 cerita dia..btw thanks again :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@canim

thanks canim sebb folow dis story...insyaAllah try wat kelainan sikit :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@blinkalltheday

sokong gak cakap kak hanim tu :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@anor adilla

thanks anor adilla sudi drop komen n bg pendapat...act mmg tak tau cmne feel seorang duda...tp insyaAllah cuba watyg terbaik tuk korang yg folow :D

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Nurfazila Suhaide

kampung dia faz, leh lah dia wat cm tu..huhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

@akubersamaCahya

ha'ah...thank you dear :D

wawa d'Lova said...

dpt jgk lepas rindu nak baca novel zura. x sabar nak tau kisah selanjutnya.... d harap lappy u kembali sihat untuk u kembali b'karya....

umihamizah said...

bile sambung lagi cerita ni???:DDD

Unknown said...

cita ni mmg dh menarik minat sya...xsbr nk tggi kak zura buat smbungan...gud luck

PERAK GURLZ said...

tak nak sambung ke novel ni..sambung la..plzzzz...

zura asyfar addy rifqhiey said...

Errkk..ramai plak yg suh smbung...terase serba salah pulak cz manuskrip yg taip tu dh hilang...kena pikir balik jln citer ni...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

kpd hanim69...mnurut mzhab syafie 4thn bkn 4bln...td bru bljq tjuk form 5 pnya...
kta pgkt mzhb syfie k...
hrp mklm...

hanny farihah said...

akak,mana sambungan? TT.TT

Unknown said...

Akak. Mane sambungan?

Unknown said...

Huhuhu......mana sambungan crita ni. Nak tau gak crita selanjutnya...please... Ada dibukukan ke mcm SSiD tu?

Anonymous said...

sambungannya tak ada ke

aisyah said...

Mmg xde smbungan dah ye ?

meyl said...

akakkk.. Please sambung .. Huhuhu nak bacaaaaa .. Anyone who knows the sequence of this story, let me know please.

Ucu Leen said...

Xde sambungan lg ke cerita ni...

AuniNajihah said...

sis, takde sambungan dah ke😭😭