:: My gangS :: TQVM

Sunday, February 5, 2012

Erk! Kahwin dengan duda? - Part 3 Siri 1





PART 3 Siri 1


HUJAN YANG tadinya mula renyai-renyai mula bertukar menjadi lebat. Shareiq mengeluh perlahan. Kelajuan kereta BMW X6 putih miliknya itu diperlahankan sedikit. Bimbang jika terlalu laju dan akan mengundang bahana pula pada diri sendiri.

Matanya mengerling seketika ke arah jam di dahsboard yang sudah hampir menunjukkan pukul 9.30 malam. Masih lagi awal namun keletihan mula terasa di segenap sendi akibat berkejaran datang ke sini sejak tengah hari tadi. Nampaknya terpaksalah dia menginap di mana-mana hotel sebaik keluar dari kawasan kampung itu sebelum kembali ke rumah. Terasa sudah tidak larat untuk memandu pulang jikalau tubuh hampir-hampir kehilangan tenaga.

Enjin yang pada mulanya berjalan lancar mula tersangkut-sangkut. Seketika dahi Shareiq mula berkerut. Agak pelik. Rasanya baru dua hari lepas pemandu papanya ada menghantar keretanya ke pusat servis. Takkanlah dah buat hal pulak? Fikirnya dalam hati seraya mengeluh perlahan.

Seketika kemudian, dia mula memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Ah! Masalah betul! Rungutnya sambil cuba berkali-kali menghidupkan enjin kereta yang sudah pun mati. Namun tetap hampa.

Galaxy Tabs yang terbaring elok di seat sebelah ditarik ke riba. Buntang matanya apabila melihat line Digi di kawasan itu langsung tiada. Dia mendengus perlahan dan meraup wajahnya berkali-kali. Macam mana ni? Takkan nak menunggu hujan yang makin lebat itu berhenti pulak? Matanya meligas memandang keadaan jalan yang sudah lengang dari sebarang kenderaan. Memang betul-betul masalah!

Beberapa ketika kemudian, tubuhnya disandar lemah ke seat kereta. Matanya dipejamkan seolah-olah cuba mengusir masalah yang bertimpa-timpa datang. Bunyi hujan yang masih reda itu mencelikkan kembali mata yang sudah terpejam.

Pintu kereta dibuka dan langkah mula mengatur ke arah bonet kereta. Ingin memeriksa jika ada sebarang kerosakan yang mungkin dapat dikenal pasti. Namun setelah agak lama meninjau-ninjau keadaan enjin itu, tiada satu kerosakan pun yang dapat dikesan. Atau lebih tepat, dia memang tiada kepakaran di dalam bidang itu. Kalau setakat tukar minyak hitam denagn tukar tayar kereta bolehlah lagi diselesaikan dengan menutup mata. Dan bila masuk bab-bab kejuruteraan mekanikal ni, otaknya terus saja beku. Mati terus akalnya saat itu. Nafas dihela kasar dan mula menutup kembali pintu bonet kereta.

Langkah mula kembali diatur ke pintu kereta sebelum anak matanya terpandang sesuatu. Kedai? Soal hatinya dengan menggosok kembali matanya beberapa kali. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu. Iyalah, hampir setengah jam keluar dari tempat kawasan itu, inilah kedai pertama yang dia jumpa selain rumah-rumah kampung yang agak jauh jaraknya antara satu sama lain.

Mungkin aku patut ke sana untuk meminta bantuan? Fikirnya dalam hati seraya mengatur langkah ke arah kedai yang jaraknya dalam 50 meter dari tempatnya berdiri.

“Hello, ada orang tak?” Soal Shareiq sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Agak pelik dengan keadaan kedai tersebut yang sememangnya tiada pelanggan. Namun takkanlah pemiliknya juga tiada.

“Hello, ada orang tak?” Shareiq menguatkan suaranya apabila tiada suara yang menyahut soalannya itu. Langkah diatur ke meja kaunter sebelum terdengar bunyi bising yang tidak jauh dari situ. Dahinya berkerut seketika untuk mengamati bunyi tersebut. Macam dekat je, fikirnya dalam hati. Dia menjengukkan kepalanya sedikit ke arah ruang belakang kedai namun tiada apa yang dapat dilihatnya.

Bunyi jeritan suara yang seakan suara perempuan itu sedikit mengejutkannya. Ada apa-apa yang tidak baik berlaku ke? Desisnya dalam hati dan masih mengamati bunyi bising tersebut yang diselangi dengan ketukan pintu yang kuat. Hatinya mula dilanda perasaan gelisah bercampur ingin tahu.

Masalah kereta rosak sudah tidak dihiraukan lagi apabila terdengar bunyi rempuhan kuat yang berlaku. Dengan berbekalkan perasaan ingin tahu, dia mengatur langkah ke arah satu ruang yang sedikit terlindung di situ. Dan langkahannya mula terhenti secara mengejut apabila melihat seorang lelaki yang sedang cuba menanggalkan kain baju kurung seorang gadis muda yang seolah-olah tidak sedarkan diri. Hatinya serta-merta berbisik yang lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik.

“Hoi! Kau buat apa tu?!” Jerkahnya kuat pada lelaki yang sedang membelakanginya.

Tangan lelaki yang sedang memegang kain baju kurung gadis itu terhenti. Wajahnya dipalingkan ke belakang dengan rengusan kasar. Geram apabila niatnya itu dihalang.

“Kau siapa?” Soal Izman dengan nada tegang.

Shareiq berkerut dahi namun mula mempamerkan senyuman sinis. Dia bergerak merapati lelaki yang berada di hadapannya itu dengan pandangan tak berkelip.

“Tak kisah lah aku siapa pun tapi aku rasa kau yang patut blah dari sini.” Ujar Shareiq dengan nada serius. Dia tidaklah bodoh untuk menilai apa yang sedang berlaku di hadapan matanya ketika itu. Dia juga lelaki dan dia faham dengan apa yang lelaki itu mahu lakukan.

Mata Izman membuntang luas. “Beraninya kau halau aku? Kau tu siapa? Aku rasa kau bukan penduduk kampung ni.” Sinis Izman kembali.

Shareiq menahan sabar. “Aku memang bukan penduduk sini tapi aku tak lah bodoh untuk tengok aje apa yang kau buat. Kau tak patut buat macam tu kat perempuan.” Balas Shareiq cuba menyuarakan pendapat.

Izman mengetap gigi. Siapa lelaki ini untuk berceramah dengannya? “Hoi, jangan masuk campur hal aku boleh tak?!” Marah Izman. Dadanya mula berombak kencang.

“Aku kena masuk campur sebab apa yang kau buat ni salah. Aku takkan biarkan perkara ni berlaku.” Shareiq mula menunduk untuk mengangkat tubuh gadis yang terbaring kaku di situ.

Namun belum sempat tangannya menyentuh, terasa rahang pipi kirinya perit. Hampir-hampir dia jatuh tersemban di lantai. Laju saja tangannya menyentuh pipi kiri seraya berpaling ke arah sisi. Wajah Izman yang sedang tersenyum lebar dan seakan bersiap-sedia untuk membalas serangan itu dipandang tajam. Oh kau main kasar ye? Kau belum kenal siapa aku!

“Aku dah cakap yang kau jangan masuk campur hal aku namun kau degil. Konon nak tunjuk hero lah.” Izman ketawa besar namun ketawanya itu terhenti apabila terasa perutnya itu ditumbuk kuat lalu dia terdorong dan terjatuh di lantai. Seketika terasa perutnya senak. Izman menarik nafas panjang.

“Sial!” Jerit Izman kuat seraya cuba bangun untuk membalas. Namun belum sempat tangannya menyentuh tubuh Shareiq, kedua-dua tangannya dikilas ke belakang. Shareiq mengunci semua pergerakannya sehingga dia tidak boleh bergerak.

“Aku nak kau blah dari sini.” Bisik Shareiq perlahan namun masih didengari oleh telinga Izman. Kala itu Izman sedar yang lelaki yang sedang mengunci semua pergerakannya itu bukan calang-calang orang. Mungkin pemilik tali pinggang hitam Taekwondo atau apa-apa saja seni mempertahankan diri. Dan dia segera berlalu dari situ setelah Shareiq melepaskannya.

Shareiq menyapu kedua-dua tangannya sebelum cuba merapati gadis muda yang sedang terbaring kaku itu. Rambut kusut masai gadis itu menandakan yang gadis itu mungkin bergelut dengan lelaki yang tidak dikenalinya sebelum pengsan.

“Awak.” Panggil Shareiq perlahan seraya menepuk perlahan pipi Azwa yang sudah memerah. Mungkin terkena tamparan dari lelaki yang tidak dikenalinya tadi. Terpamer rasa simpati yang terbit dari dirinya. Pertama kali melihat gadis semuda itu menjadi mangsa kekejaman lelaki.

Dari terbongkok, Shareiq duduk mencangkung berhadapan dengan Azwa. Betul-betul pengsan ke ni? Soal hatinya sedikit resah. Mula berfikir cara apakah yang patut dilakukan untuk menyedarkan gadis itu dari pengsan. Sudahlah telefon bimbit serta keretanya buat hal. Dan sekarang berdepan pula dengan satu masalah yang langsung tidak terjangka.

Selepas beberapa saat berfikir, Shareiq berkeputusan untuk mengangkat saja gadis itu pergi dari situ. Mungkin itu adalah idea yang paling baik dapat difkirkan saat ini. Terpandangkan betis gadis itu yang terdedah dari paras lutut, dia cuba mengambil kembali kain baju kurung yang sudah dicampakkan ke lantai oleh Izman tadi. Dengan tangan sedikit kekok, dia cuba menutup betis gadis itu yang agak terdedah sebelum perasan yang tubuh gadis itu mula bergerak-gerak.

Azwa membuka matanya perlahan sambil cuba mengamati pandangan yang terbentang di hadapannya. Alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali sedang memandangnya dengan pandangan tidak berkelip. Seketika, otaknya ligat memikirkan apa yang sedang terjadi. Bukannya tadi Izman nak..? Terasa tidak sanggup untuk menuturkan sebaris perkataan itu walau cuma di dalam hati.

“A-awak siapa?” Soalnya dengan sedikit menggeletar apabila sudah mengingati segala-galanya. Cepat-cepat dia cuba bingkas bangun sebelum mendapati keadaan dirinya yang tidak lengkap berpakaian. Kain baju kurungnya sudah hilang entah ke mana.

“Saya...” Shareiq tidak sempat untuk menjelaskan segala-galanya apabila terdengar derapan langkah laju yang sedang menuju ke arah mereka berdua.

“Tengoklah sendiri lah Pak Atan kalau tak percaya cakap saya.” Satu suara yang dikenalinya memaksa dia berpaling ke belakang. Kelihatan lelaki yang dipukulnya tadi datang bersama dengan dua orang lelaki. Seorang yang mungkin sebaya dengannya dan seorang lelaki yang berusia lewat empat puluhan. Dan ternyata jelas riak dua-dua lelaki itu agak terkejut.

“MasyaAllah Azwa.” Ucapnya lelaki yang berusia lewat puluhan itu sambil menggeleng-geleng kepala. Dan Izman hanya tersenyum sinis memandang lelaki yang baru saja memukulnya tadi. Padan muka kau!



P/s : disebabkan balik kampung mengejut so dapat demam mengejut...dh janji nk post semalam tp tak berkesempatan nak taip..so post jugak 1/3 entry dan yg selebihnye insyaAllah dlm mase terdekat..hope enjoy :D

27 comments:

Pena Setia said...

best2.. waiting 4 de next n3..

azmawani ibrahim said...

alah...mesti shareiq kena kawin dengan azwa ni kan...hik3..bez..

blinkalltheday said...

baik wawa kawen dgn shareiq dr kawen dgn si izman tu.

ihaaz said...

izman jahat..

akubersamaCahya said...

padan muka izwan melepas terus.tapi mesti teruk azwz kena dnegan mak dia kan... erm..

manja said...

menarik ceritanya...tak sabar nak membaca sambungannya....

zura..moga cepat2 sembuh ya.....

mizz acu said...

allaaaaa... satg mesti azwa kna marah ngan mak diaa.. ksian kat diaa.. jgn la bg dia kna marah kakk.. plss

RinsyaRyc said...

yeah ... ada hero.. hikhik--

canim said...

alhamdulillah ///selamat....jht beno izman....kn dah terlepas trs.....next...x sabar nk baca..

RinsyaRyc said...

akak dah cek ke ABBC ? rin x dpt bukak fb sbb kena block oleh line maktab .. herrherr..

Nik Ainaa said...

Yes ! Mesti dua orng 2kena kahwin ! hehe bestnya

Unknown said...

alamak! habislah.

sentebale-hk said...

abes ar...kena tangkap basah plak dlm hujan neh...adoyai..duda pun duda la...hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Sue Isma

thanks n thanks again you sudi tgu :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@azmawani ibrahim

hehe....mestilah..btw thanks :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@blinkalltheday

rite...izman tu dh terang2 nmpk jahat..huhuhu

zura asyfar addy rifqhiey said...

@ihaaz

huhu..jom tendang dia masuk gaung ramai2..hehe..kejam punye statement..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@akubersamaCahya

hehe..ABC..dh boleh agak kan jalan citer dia cm ne..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@manja

thanks manja...n thanks again for the wish :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@mizz acu

hehe..konpem mak dia marah..takleh skip bab ni...sorry2..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc


hero mesti datang (klise)....dh bace smlm sikit ABBC tu tpi disebabkan demam yg melampau terus tutup FB...kepala pon dh pening2..mlm ni smbung balik..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@canim

huhu..mmg dia jahat pun...haa..tu lah kan melepas terus....hehe..sabar2 :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Ina Ania

haha..dh leh agak kan? so tgu eh smbungan dia :)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@naisma



errr...hehehe...

zura asyfar addy rifqhiey said...

@sentebale

hehe...tangkap dlm ujan? haha...macam kebetulan jer..hehe...duda pon not bad...hehe

anor adilla said...

zura.. EKDD best! :) bila part 3 siri 2 nk kluar pulak ye.. x sabar nk beli SSID jgk :)

Lula An-Nada said...

x nak sambung kew?sayang la cerita ni stop?