:: My gangS :: TQVM

Wednesday, January 4, 2012

Teaser Cerpen untuk BLog 7even Street Writers




As-salam dan selamat malam semua...sunyi sepi kan blog ni?..actually hari tu zura pergi bercuti sempena tahun baru..baru dua tiga hari lepas kitaorang balik..still lagi dalam mood bercuti ni..hehe...ni pulak sedang sibuk taip cerpen untuk blog 7even street writers yang akan launch karya2 dia 7hb nanti..So ni ada teaser sikit..berdasarkan kisah benar..hope dapatlah siapkan sebelum 7hb ni..enjoy :DDD


+++++

CERPEN : KAU BUKAN UNTUKKU




“Yaya, kejap lagi lori Pak Din datang tak?” Soal Lira pada Yaya yang tengah mengikat simpulan plastik itu. Di dalamnnya penuh dengan pelbagai jenis botol-botol plastik yang terdiri daripada botol air mineral, botol minuman berkarbonat, bekas pelembut kain serta pelbagai lagi jenis plastik yang boleh dikitar semula.

“Dia cakap ada, kita tunggu lah kejap. Kau dah solat asar belum? Aku nak pergi solat kejap.” Balas Lira. Guni yang sudah penuh dengan pelbagai barangan plastik itu ditinggalkan. Memang tak larat pun kalau nak angkat. Dah hampir cecah 1 tan kut. Guni itu pun diambil dari buangan Petronas juga. Biasanya pemandu excavator  si Pali tu yang akan tolong mereka mengangkat guni-guni tersebut ke dalam lori sebelum di bawa ke tempat kitar semula.

Okay lah. Aku pun dah nak siap pun ni.” Yaya membuka sarung tangan kain yang dipakainya sejak tengah hari tadi. Peluh yang menitik di dahi di kesat dengan lengan baju. Agak panas hari ni di situ. Dapat berteduh di bawah khemah yang didirikan tidak jauh dari situ seakan menyejukan tubuh yang dibasahi peluh. Kelibat beberapa lagi pemungut sampah sepertinya masih lagi setia bermandikan peluh serta panas petang yang masih lagi terik membahang.






Yaya mengeluh perlahan merenung nasibnya di situ. Terasa seperti baru semalam ibu dan ayahnya meninggalkan dia keseorang di dunia ini. Ayahnya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditimpa kemalangan ketika hendak pergi ke tempat kerja. Manakala arwah ibunya pula meninggal akibat sakit buah pinggang. Dia yang ketika itu baru saja menjalani Peperiksaan Menengah Rendah hanya mampu menangis saja dan tidak mampu berbuat apa-apa. Nasiblah Mak Nah jirannya yang duduk berhampiran dengan rumah sewa mereka sudi menghulurkan sedikit bantuan. Namun persekolahannya tidak dapt disambung lagi lantaran tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Duit simpanan arwah ayahnya pula hanya tinggal sedikit saja untuk menampung sara hidupnya hari-hari. Dan disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah saja.

Dua minggu dia masih lagi boleh bertahan namun apabila tuan rumah sewanya datang untuk mengutip hutang sewa mereka, dia langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah sewanya itu sebelum dihalau. Dititip pesan pada Mak Nah yang katanya dia akan ke bandar untuk mencari pekerjaan. Pada mulanya Mak Nah beria-ia melarang namun setelah beberapa kali cuba menyakinkan Mak Nah, akhirnya jirannya itu melepaskannya pergi dengan sedikit terkilan.

Saat dia ke bandar, dia langsung tidak mengenali sesiapa. Hanya mengikut gerak kaki saja. Dan sejak itu pelbagai jenis kerja yang sudah dia lakukan. Dari kerja menyapu sampah di premis-premis swasta, menjadi pelayan restoran, menjadi promoter  dan banyak lagilah kerja yang dia lakukan namun semuanya berakhir dengan kesusahan juga kerana dia gajinya tidak cukup untuk menampung kehidupannya di bandar besar itu. 

Namun takdir Allah siapa yang boleh dijangka. Dia bertemu kembali  dengan kawan lamanya ketika masih di sekolah rendah. Lira yang bekerja sebagai pemungut barangan terbuang itu mengajaknya untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Pada mulanya dia agak keberatan namun apabila dinasihat oleh Lira yang katanya kerja mereka kemungkinan bergelumang dengan benda kotor namun rezeki yang diperoleh tetap halal.

“Kau ni duduk termenung pulak. Dah lah pergi solat dulu. Karang lori Pak Din datang, aku panggil kau.” Lira menepuk bahu Yaya yang tengah termenung itu. Yaya tersenyum hambar dan bingkas bangun dari situ. Lira sahabatnya itu memang baik. Selalu saja mengingatkan dia tentang hal-hal agama.

“Yelah, aku pergi dulu. Karang jangan lupa panggil aku pula.” Balas Yaya lalu mengambil beg kain yang terdapat tuala serta pakaian yang bersih. Pakaian yang dipakainya sekarang sudah hampir comot dengan kotoran-kotoran yang boleh meloyakan anak tekak jikalau pada pandangan orang lain. Namun baginya, semua itu sudah menjadi kebiasaan. Apalah sangat kotoran itu jika dibandingkan dengan imbuhan yang akan dia dapat. Dia tidak kisah dengan tanggapan orang lain kerana semua yang datang ke situ demi mencari sesuap nasi.




***




“Apa ni pa? Takkanlah Fezz kena jaga tempat tu pulak? Papa tau tahu tak yang tempat tu penuh dengan sampah-sarap? Lalu ikut jalan tu pun dah nak termuntah. Apa lagi nak duduk lama-lama kat dalam tu.” Balas Fezz berpeluk tubuh sambil memandang ke arah papanya yang sedang menaip sesuatu di laptop it. Di fikirannya mula membayangkan tempat pelupusan sampah yang boleh meloyakan anak tekak itu.Tak naklah aku! Sudahlah tempat tu jauh dari bandar. Kut iya pun nak bagi kerja kat anak sendiri, takkanlah nak suruh aku jaga tempat macam tu? Habislah jatuh standard aku kalau kawan-kawan aku yang tanya tengah kerja apa. Kalau aku tipu mereka, last-last dia orang dapat tahu jugak. Sudah tahu perangai kawan-kawan baiknya yang satu universiti itu. Pantang saja ada di kalangan mereka yang terkena apa-apa, mesti ada saja modal nak dibahankan.

“Papa nak Fezz mulakan dari bawah. Ingat Fezzry, syarikat papa pun papa yang usahakan sendiri so papa nak anak papa macam tu jugak. Belajar atas usaha sendiri.” Tegas Datuk Faizul membalas kata-kata anaknya. Sejujurnya dia tidak mahu anaknya bersenang-lenang atas usahanya selama ini. Dah terlalu banyak kemewahan yang diberi pada anak tunggalnya itu sehingga anaknya itu seringkali membelanjakan wang dengan benda-benda yang tidak berfaedah.

“Tapi pa. At least bagilah Fezz jaga projek yang berlambak-lambak kat bandar tu. Ni apa tempat sampah macam tu. Geli lah.” Fezzry masih lagi membantah. Amat tidak berpuas hati dengan arahan papanya itu. Tak boleh nak dibayangkan langsung kalau duduk kat tempat macam tu. Dengan nyamuknya, macam-macam serangga yang pernah dilihatnya di kaca tv membuatkan hatinya rasa teramat geram. Dan yang lebih penting, mana lah ada tempat hiburan kat sana. Konfem aku jadi katak bawah tempurung nanti!

“Keputusan papa muktamad. Papa tetap nak Fezz jaga kat situ jugak dalam masa enam bulan sebelum papa berikan jawatan yang lain pada Fezz kat sini atau segala kemudahan yang Fezz terima selama ini, papa akan tarik balik.” Putus Datuk Faizul tegas. Fezzry mendengus geram sebelum memandang papanya sekilas.

“Okay, kalau itu yang papa nak. Kalau apa-apa jadi pada syarikat, papa yang akan tanggung semuanya.” Fezzry bingkas bangun dari kerusi di hadapan meja papanya itu. Langkah diatur menuju ke pintu. Rasa panas bila lama-lama duduk di dalam bilik pejabat papanya itu.






~ ~ ~ nantikan sambungannya di blog 7even street writers pada 7hb Jan 2012 nanti..insyaAllah ;)




8 comments:

RinsyaRyc said...

2 hari lagi! hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

errr..hehe..cuak pulak takut tak sempat siap ni....hehe

blinkalltheday said...

nice intro, zura..

paujiabella said...

<--tak sabar nak baca full story :)
wish u luck sis

zura asyfar addy rifqhiey said...

@blinkalltheday


thank you!! nntkn sambungannye..hehe ;)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@paujiabella

bell..hehe..thanks ;D

Yong said...

good job,hehe klo post cpt sikit tak leh?

zura asyfar addy rifqhiey said...

@YONG JIAO XIU

thank you! hehe...kena ikut rules 7even lah dear...hehe...post 7hb ni..btw mybe akan ade dua part sbb maybe panjang ;)