:: My gangS :: TQVM

Tuesday, January 31, 2012

Erk! Kahwin dengan duda? - Part 1





“AKU DAH cakap dah dari dulu lagi. Tak payahlah sibuk-sibuk nak sambung belajar tu. Cukup aja lah sijil yang kau dapat tu. Nanti lepas kahwin kena duduk ceruk dapur jugak!” Bebel Puan Roznah sambil menjuih bibir. Dia mengeluh kasar sambil tangannya ligat mengupas bawang merah yang baru diambil dari bakul. Sesekali matanya menjeling ke arah anak perempuannya yang bersandar di pintu dapur.

“Tapi mak, semua kawan Awa yang yang lain dapat sambung diploma. Takkan Awa nak tolak pulak. Bukannya senang nak dapat ni.” Tukas Azwa laju. Siapa yang tak geram dengan kata-kata bantahan dari emaknya itu. Setahun setengah dia menunggu untuk dapat tawaran sambung diploma tu. Alih-alih bila dah dapat, emaknya pula tak setuju. Memang boleh bikin kepala dengan hatinya berasap.

Baginya, tidak wajar emaknya melarang semua itu. Apatah lagi buat masa sekarang, anak lelaki dengan anak perempuan sama saja. Perlu diberi pendidikan setinggi yang mungkin. Kalau-kalau dah kahwin nanti, tidaklah terlalu bergantung harap dengan suami sahaja. Iyalah, apa-apa hal sekarang ni kenalah berhati-hati. Lelaki sekarang bukannya sama dengan lelaki zaman dahulu yang setia pada yang satu.

“Habis tu kau nak cekau kat mana duit nak bayar daftar masuk tu? Dulu masa kau sambung sijil dulu bolehlah sebab ayah kau ada. Sekarang ayah kau tu tak ada. Harap bergantung duit kebajikan je mana cukup. Dengan adik-adik kau yang masih sekolah tu lagi.” Sambung Puan Roznah mahu menegaskan pendapatnya. Pisau diletakkan di atas papan pemotong. Wajah Azwa direnung tajam. Keras kepala sungguh anak keduanya ini. Sama saja dengan arwah suaminya dahulu.

Anak kembarnya yang masih bersekolah menengah itu perlu juga difikir. Baginya dah memadai untuk Azwa sekadar mempunyai sijil. Lebih elok dari anak sulungnya yang langsung tidak berhasrat untuk menyambung pelajaran selepas tamat peperiksaan SPM.

“Nak daftar tu Awa boleh mintak duit dengan Yayasan. Dia ada bagi sumbangan sikit untuk budak-budak yang nak sambung belajar. Mak jangan risau lah pasal tu.” Azwa menegaskan pendapat. Dalam tempoh setahun setengah ni memang dia tak berpuas hati. Nak kerja jauh sikit kat bandar, emaknya pula tak bagi. Kononnya nanti takut terlibat dengan budak-budak luar yang kebanyakannya agak sosial itu. Sudahnya dia hanya menjadi pembantu kedai runcit di simpang depan kampungnya sahaja. Dapatlah juga duit untuk dibuat belanja disamping sedikit digunakan untuk membayar pinjaman pelajaran kala menyambung sijil dahulu di politeknik yang dekat dengan rumahnya itu.

“Dia orang ada bagi kau berapa? Sepuluh ribu? Masa daftar bolehlah kau lepas. Habis tu, hari-hari kau nak belanja dengan apa pulak? Dengan kertas? Kau sedarlah sikit Azwa. Kita bukannya orang kaya pun. Adik-adik kau dua orang yang masih bersekolah tu nak makan apa?!” Kuat suara Puan Roznah memecahkan suasana tengah hari itu. Nasiblah rumah mereka agak jauh dari jiran tetangga.

“Tapi mak. Wila dengan Wani kan dapat duit biasiswa.” Perlahan suara Azwa membalas. Puan Roznah merenung anaknya tajam. Degil betul!

“Kau cakap lagi pasal nak sambung belajar ni, aku bakar sijil kau!” Gertak Puan Roznah seraya mencampak pisau pemotong di tangannya ke atas meja. Dadanya berombak kencang. Sudah hilang moodnya untuk memasak makanan tengah hari itu.

Azwa terbungkam sepi. Sudah tidak tahu untuk membalas kata-kata emaknya lagi. Sungguh hatinya terasa amat terkilan. Mengingatkan kawan-kawannya yang akan mula mendaftar dua minggu lagi membuatkan hatinya dihimpit rasa pilu. Dengan langkah longlai dia menuju ke bilik.


“MACAM MANA? Jadi tak?” Soal Hida sambil melabuhkan punggung di atas pangkin bawah pokok mempelam itu. Tadinya selepas ibunya menyuruh dia pergi ke kedai Pak Atan untuk membeli ikan bilis, terus saja dia singgah ke rumah Azwa sebentar. Untuk bertanya akan jawapan Azwa tentang tawaran yang masing-masing diterimanya dua hari lepas.

Azwa mengeluh perlahan. Penyapu lidi yang digunakan untuk menyapu sampah-sarap di sekeliling rumah itu disandarkan ke pohon mempelam. Dia mendekati Azwa dengan senyuman tawar lalu duduk di sebelah sahabatnya itu.

“Tak boleh lah Da. Mak aku tak setuju.” Pendek saja jawapan yang terbit dari bibirnya. Hida mengerutkan dahi apabila mendengar jawapan dari sahabatnya itu. Betul ke apa yang aku dengar ni?

“Kau biar betul Wa? Bukannya dari dulu lagi kau memang sungguh-sungguh nak sambung? Ni bila dah dapat, tak jadi pulak.” Balas Hida laju. Sedikit pelik dengan reaksi dari sahabatnya itu. Setahunya, Azwa memang beria-ia untuk menyambung pelarannya ke peringkat lebih tinggi. Untuk menebus balik akan keputusan peperiksaan SPM dulu yang hanya cukup-cukup makan.

“Betullah Da. Aku tak main-main lah pasal ni.” Sambung Azwa lagi dengan nada perlahan. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapu lembut wajahnya sedikit mendamaikan suasana di situ. Namun tidak melegakan hati Azwa yang masih lagi dirundung pilu.

“Tapi...” Hida masih lagi tidak percaya. Namun apabila melihat anggukan dari Azwa, dia tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya itu.

“Mak aku tak setuju. Dia cakap nanti tak ada orang nak support aku belajar.” Tutur Azwa lemah. Hida sedikit terkejut. Tangan sahabat baiknya itu dicapai lembut.

“Kita kan boleh apply PTPTN. Apa yang susahnya?”

“Memanglah tapi mak aku tu tetap tak bagi. Dia cakap kalau aku cakap lagi pasal ni, dia nak bakar sijil aku tu.” Hida makin terkejut. Dia menarik nafas panjang. Tidak menyangka sebegitu sekali akan reaksi Puan Roznah terhadap Azwa.

“Ada ke patut nak bakar sijil kau tu? Ingat senang ke nak dapat sekeping sijil tu?” Rungut Hida seraya menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan tindakan Puan Roznah walau itu hanya cuma ugutan saja.

Namun dia tahu yang emak sahabat baiknya itu akan betul-betul mengotakan apa yang diperkatakannya. Dia ingat lagi akan kenangan semasa mereka di darjah enam dulu. Disebabkan tidak berapa suka dengan Azwa yang menyertai kelab hoki, kayu hoki yang diberikan secara percuma oleh jurulatih mereka dipatahkan begitu saja oleh Puan Roznah. Menangis tak berlagu Azwa dibuatnya. Sejak itu, Azwa jarang terlibat di dalam apa-apa saja sukan. Sahabatnya itu lebih suka menjadi ahli pasif sehingga sijil sekolah sahabtnya itu hanya kosong saja di bahagian kokukurikulum.

“Itu lah pasal. Sedih betul aku sekarang.” Sambung Azwa. Dia menggigit bibirnya perlahan. Kalaulah arwah ayahnya ada, sudah pasti ayahnya itu akan bersetuju. Tambahan pula, impian ayahnya yang hendak dia dengan adik-adik belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

“Tak ada cara lain ke?” Soal Hida dengan otaknya ligat berfikir. Manalah tahu kalau-kalau boleh dapat tolong Azwa untuk menyambung pelajarannya itu. Boleh juga mereka sama-sama ke kuliah nanti.

“Entahlah Da. Sedih memang sedih tapi aku nak buat macam mana lagi? Terpaksalah aku kerja dekat kedai Pak Atan tu sampai tua.” Azwa cuba berseloroh. Hida tersenyum kelat.

“Apa lah kau ni Wa. Takkanlah sampai tua nak kerja kat situ? Takkan kau tak nak kahwin?”

“Siapa lah nak kat aku ni Da? Bukannya anak orang senang pun. Jadi anak dara tua lah nampaknya.”

“Choyy! Apa lah kau ni cakap macam tu. Jodoh tu kat tangan Allah. Setiap manusia telah ditetapkan jodohnya. Cuma cepat atau lambat je.”

“Yelah. Kau memang terer pasal jodoh-jodoh ni. Eh tadi aku ada buat cekodok pisang sikit. Nanti aku ambil.” Azwa cuba mengalih topik perbualan. Tak mahu mengenangkan lagi akan kehampaan yang bertamu di hati.

“Wah! Best tu! Langkah kanan betul aku hari ni.” Sampuk Hida sambil tergelak kecil. Tidak sia-sia dia kedatangannya ke sini tadi, bisik hati Hida sambil tersenyum. Azwa sempat menjelingnya sebelum masuk ke rumah.


“WHAT’S ALL of this?!” Bentak Shareiq Benzair lantang. Matanya tajam memandang Datin Suraya yang sedang duduk di sofa. Gambar-gambar perempuan yang berbagai-bagai pose di atas meja kopi buatan kaca itu dijeling tajam. Tali leher yang menjerut batang leher dirungkai kasar. Rimas!

Datin Suraya mengurut dadanya kerana terkejut. Sudah faham dengan perangai anak tunggalnya itu yang satu itu. Memang panas baran. Dan sifat panas baran itu makin menjadi-jadi selepas tiga tahun lepas. Ditinggalkan di malam perkahwinan mereka akibat isteri tercinta tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup bersama. Alasan bekas isterinya cuma satu. Sudah terlanjur dengan kekasih lamanya sebulan sebelum perkahwinan mereka.

Dan sejak itu perangai Shareiq terus berubah hampir seratus peratus. Tiada lagi senyum yang terukir di bibir anaknya itu. Dia tahu yang hati anaknya itu sarat memendam luka. Dan kelukaan itu diluahkan dengan bekerja siang malam tanpa mempedulikan hal orang lain waima keluarganya sendiri.

Dia sebagai ibu, paling bimbang jika anaknya itu mula membenci perempuan. Disebabkan itulah, dia sanggup mencuba pelbagai cara untuk mendekatkan Shareiq dengan perempuan walau semua cara yang dilakukan langsung tidak dihindarkan oleh Shareiq.

“Eriq, dengar dulu apa yang mama nak cakap ni.” Datin Suraya cuba memujuk. Sudah pening kepala dengan perangai anak tunggalnya yang satu ni. Sudah puas diperkenalkan dengan beberapa orang gadis. Yang bertudung, yang tidak bertudung dan ada juga yang bertaraf model namun langsung tidak dipandang. Apatah lagi jika disuruh untuk keluar berkenalan, memang jauh panggang dari api. Suaminya, Datuk Bakhtiar sudah malas mahu masuk campur. Kini hanya tinggal dia seorang saja yang memasang angan-angan untuk bermenantu di kala menanti usia yang menuju ke senja.

“Ma...Please...Stop.” Suara Shareiq mula mengendur. Walaupun tidak selantang dan sekuat tadi, namun kata-kata itu berbaur amaran. Supaya mamanya menghentikan segala tindakannya itu.

Sebuah keluhan kecil terbit dari bibir Datin Suraya. Beberapa keping gambar yang berselerak di meja mula dikemaskan kembali. Kecewa dan terkilan mula merajai hati.

Tanpa memandang ke arah Datin Suraya, Shareiq melangkah menuju ke tangga dengan tie yang terbuai-buai di tangan kanan dan briefcase di tangan kiri.

“Kenapa ni Su?” Soal Datuk Bakhtiar yang terpacul masuk dari pintu utama. Dia yang baru saja sampai ke rumah kerana ada perjumpaan dengan teman baiknya itu tergesa-gesa masuk ke rumah kerana terdengar bunyi bising.

“Eriq.” Sepatah Datin Suraya menjawab. Datuk Bakhtiar mengeluh perlahan sambil melabuhkan duduk di sebelah isterinya itu. Tangan isterinya dicapai. Sudah faham dengan apa yang berlaku apabila isterinya itu menyebut nama satu-satunya anak tunggal mereka.

“Dah lah Su. Tak guna awak paksa-paksa dia. Tengoklah kang dah mengamuk.” Pujuk Datuk Bakhtiar sambil menggosok perlahan tangan isterinya itu. Datin Suraya tersenyum tawar.

“Tapi bang, saya risau sangat dengan Eriq tu. Dah dekat tiga tahun dah si Darina pergi. Tapi Eriq..” Datin Suraya mengetap bibir. Tidak sanggup untuk meneruskan bicara.

“Bagi dia masa Su. Soal hati tak boleh dipaksa-paksa. Abang yakin satu hari nanti akan ada seseorang yang dapat melembutkan hatinya.” Sambung Datuk Bakhtiar lagi. Datin Suraya mengangguk perlahan. Sedikit terpujuk walau hatinya masih lagi gusar dengan perkara itu. Baginya selagi Shareiq tidak bertemu dengan pengganti Darina, selagi itulah hati tuanya tidak tenang.


p/s : idea asal à Azwa Hashima (my luvly kazen/watak utama)

: garapan à Addy Rifqhiey (dia dh wat draft sikit2 dr tahun lepas, so sy tukang edit n tacap bg cantik sikit..hehe

è Shareiq Benzair ( Kilauan yang tiada bandingan) ß mungkin ada iras name Benz Alif dalam aA+bB (tapi takpe lah sebab Azwa yang pilih, lg satu maksud dia yg baik2 je)..

è Hope enjoy n boleh tinggalkan komen =)

16 comments:

canim said...

permulaan yg menarik...trskn.....sambung cepat2 ye....

Anonymous said...

baru part 1 tapi blh agak yg cerita ni akan dapat sambutan hangat lah kak zura..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@canim

thank you dear..insyaAllah =)

zura asyfar addy rifqhiey said...

@seri

thanks seri...hope so..Amin =)

Aida Nadia said...

waa..bru bce part 1...
dh xsbar nk 2gu next part..!!

zura asyfar addy rifqhiey said...

@Aida Nadia

hehe..sbar2 =)

blinkalltheday said...

best..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@blinkalltheday

thanks :)

RinsyaRyc said...

erk . duda tu hot kowt .. bdn ketul-2 .. bhahaha . *ok x snonoh =.="

best kak zura nak tahu apa yg berlaku seterusnya ... hi hi

Unknown said...

part 1 dah best, x sabar nak tunggu part 2

mizz acu said...

menarikk!! suka gado2 bengong niii.. hheee.. memula jerp tuh.. pastu gado2 manje lak ek.. hahaha.. benz aliff ~~ alahaiii.. tingat lak kat hero tuu

zura asyfar addy rifqhiey said...

@RinsyaRyc

hehe...cik rin neh...nmpknye mlm ni kena guggle lah cr watak badan ketul2..haha..

zura asyfar addy rifqhiey said...

@naisma

thank you dear..sabar2..hehe

zura asyfar addy rifqhiey said...

@mizz acu

thanks...amik ur komen tuk isi tambahan novel ni..hehe...btw benz alif tu dh jd legend..hehe

miSz cHa said...

i like!! :D

azwahashima said...

Nice plot but surprisingly mmg nama betul saya dalam novel ni hihihi. Tak sangka betul.