:: My gangS :: TQVM

Tuesday, January 31, 2012

Erk! Kahwin dengan duda? - Part 1





“AKU DAH cakap dah dari dulu lagi. Tak payahlah sibuk-sibuk nak sambung belajar tu. Cukup aja lah sijil yang kau dapat tu. Nanti lepas kahwin kena duduk ceruk dapur jugak!” Bebel Puan Roznah sambil menjuih bibir. Dia mengeluh kasar sambil tangannya ligat mengupas bawang merah yang baru diambil dari bakul. Sesekali matanya menjeling ke arah anak perempuannya yang bersandar di pintu dapur.

“Tapi mak, semua kawan Awa yang yang lain dapat sambung diploma. Takkan Awa nak tolak pulak. Bukannya senang nak dapat ni.” Tukas Azwa laju. Siapa yang tak geram dengan kata-kata bantahan dari emaknya itu. Setahun setengah dia menunggu untuk dapat tawaran sambung diploma tu. Alih-alih bila dah dapat, emaknya pula tak setuju. Memang boleh bikin kepala dengan hatinya berasap.

Baginya, tidak wajar emaknya melarang semua itu. Apatah lagi buat masa sekarang, anak lelaki dengan anak perempuan sama saja. Perlu diberi pendidikan setinggi yang mungkin. Kalau-kalau dah kahwin nanti, tidaklah terlalu bergantung harap dengan suami sahaja. Iyalah, apa-apa hal sekarang ni kenalah berhati-hati. Lelaki sekarang bukannya sama dengan lelaki zaman dahulu yang setia pada yang satu.

“Habis tu kau nak cekau kat mana duit nak bayar daftar masuk tu? Dulu masa kau sambung sijil dulu bolehlah sebab ayah kau ada. Sekarang ayah kau tu tak ada. Harap bergantung duit kebajikan je mana cukup. Dengan adik-adik kau yang masih sekolah tu lagi.” Sambung Puan Roznah mahu menegaskan pendapatnya. Pisau diletakkan di atas papan pemotong. Wajah Azwa direnung tajam. Keras kepala sungguh anak keduanya ini. Sama saja dengan arwah suaminya dahulu.

Anak kembarnya yang masih bersekolah menengah itu perlu juga difikir. Baginya dah memadai untuk Azwa sekadar mempunyai sijil. Lebih elok dari anak sulungnya yang langsung tidak berhasrat untuk menyambung pelajaran selepas tamat peperiksaan SPM.

“Nak daftar tu Awa boleh mintak duit dengan Yayasan. Dia ada bagi sumbangan sikit untuk budak-budak yang nak sambung belajar. Mak jangan risau lah pasal tu.” Azwa menegaskan pendapat. Dalam tempoh setahun setengah ni memang dia tak berpuas hati. Nak kerja jauh sikit kat bandar, emaknya pula tak bagi. Kononnya nanti takut terlibat dengan budak-budak luar yang kebanyakannya agak sosial itu. Sudahnya dia hanya menjadi pembantu kedai runcit di simpang depan kampungnya sahaja. Dapatlah juga duit untuk dibuat belanja disamping sedikit digunakan untuk membayar pinjaman pelajaran kala menyambung sijil dahulu di politeknik yang dekat dengan rumahnya itu.

“Dia orang ada bagi kau berapa? Sepuluh ribu? Masa daftar bolehlah kau lepas. Habis tu, hari-hari kau nak belanja dengan apa pulak? Dengan kertas? Kau sedarlah sikit Azwa. Kita bukannya orang kaya pun. Adik-adik kau dua orang yang masih bersekolah tu nak makan apa?!” Kuat suara Puan Roznah memecahkan suasana tengah hari itu. Nasiblah rumah mereka agak jauh dari jiran tetangga.

“Tapi mak. Wila dengan Wani kan dapat duit biasiswa.” Perlahan suara Azwa membalas. Puan Roznah merenung anaknya tajam. Degil betul!

“Kau cakap lagi pasal nak sambung belajar ni, aku bakar sijil kau!” Gertak Puan Roznah seraya mencampak pisau pemotong di tangannya ke atas meja. Dadanya berombak kencang. Sudah hilang moodnya untuk memasak makanan tengah hari itu.

Azwa terbungkam sepi. Sudah tidak tahu untuk membalas kata-kata emaknya lagi. Sungguh hatinya terasa amat terkilan. Mengingatkan kawan-kawannya yang akan mula mendaftar dua minggu lagi membuatkan hatinya dihimpit rasa pilu. Dengan langkah longlai dia menuju ke bilik.


“MACAM MANA? Jadi tak?” Soal Hida sambil melabuhkan punggung di atas pangkin bawah pokok mempelam itu. Tadinya selepas ibunya menyuruh dia pergi ke kedai Pak Atan untuk membeli ikan bilis, terus saja dia singgah ke rumah Azwa sebentar. Untuk bertanya akan jawapan Azwa tentang tawaran yang masing-masing diterimanya dua hari lepas.

Azwa mengeluh perlahan. Penyapu lidi yang digunakan untuk menyapu sampah-sarap di sekeliling rumah itu disandarkan ke pohon mempelam. Dia mendekati Azwa dengan senyuman tawar lalu duduk di sebelah sahabatnya itu.

“Tak boleh lah Da. Mak aku tak setuju.” Pendek saja jawapan yang terbit dari bibirnya. Hida mengerutkan dahi apabila mendengar jawapan dari sahabatnya itu. Betul ke apa yang aku dengar ni?

“Kau biar betul Wa? Bukannya dari dulu lagi kau memang sungguh-sungguh nak sambung? Ni bila dah dapat, tak jadi pulak.” Balas Hida laju. Sedikit pelik dengan reaksi dari sahabatnya itu. Setahunya, Azwa memang beria-ia untuk menyambung pelarannya ke peringkat lebih tinggi. Untuk menebus balik akan keputusan peperiksaan SPM dulu yang hanya cukup-cukup makan.

“Betullah Da. Aku tak main-main lah pasal ni.” Sambung Azwa lagi dengan nada perlahan. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapu lembut wajahnya sedikit mendamaikan suasana di situ. Namun tidak melegakan hati Azwa yang masih lagi dirundung pilu.

“Tapi...” Hida masih lagi tidak percaya. Namun apabila melihat anggukan dari Azwa, dia tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya itu.

“Mak aku tak setuju. Dia cakap nanti tak ada orang nak support aku belajar.” Tutur Azwa lemah. Hida sedikit terkejut. Tangan sahabat baiknya itu dicapai lembut.

“Kita kan boleh apply PTPTN. Apa yang susahnya?”

“Memanglah tapi mak aku tu tetap tak bagi. Dia cakap kalau aku cakap lagi pasal ni, dia nak bakar sijil aku tu.” Hida makin terkejut. Dia menarik nafas panjang. Tidak menyangka sebegitu sekali akan reaksi Puan Roznah terhadap Azwa.

“Ada ke patut nak bakar sijil kau tu? Ingat senang ke nak dapat sekeping sijil tu?” Rungut Hida seraya menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan tindakan Puan Roznah walau itu hanya cuma ugutan saja.

Namun dia tahu yang emak sahabat baiknya itu akan betul-betul mengotakan apa yang diperkatakannya. Dia ingat lagi akan kenangan semasa mereka di darjah enam dulu. Disebabkan tidak berapa suka dengan Azwa yang menyertai kelab hoki, kayu hoki yang diberikan secara percuma oleh jurulatih mereka dipatahkan begitu saja oleh Puan Roznah. Menangis tak berlagu Azwa dibuatnya. Sejak itu, Azwa jarang terlibat di dalam apa-apa saja sukan. Sahabatnya itu lebih suka menjadi ahli pasif sehingga sijil sekolah sahabtnya itu hanya kosong saja di bahagian kokukurikulum.

“Itu lah pasal. Sedih betul aku sekarang.” Sambung Azwa. Dia menggigit bibirnya perlahan. Kalaulah arwah ayahnya ada, sudah pasti ayahnya itu akan bersetuju. Tambahan pula, impian ayahnya yang hendak dia dengan adik-adik belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

“Tak ada cara lain ke?” Soal Hida dengan otaknya ligat berfikir. Manalah tahu kalau-kalau boleh dapat tolong Azwa untuk menyambung pelajarannya itu. Boleh juga mereka sama-sama ke kuliah nanti.

“Entahlah Da. Sedih memang sedih tapi aku nak buat macam mana lagi? Terpaksalah aku kerja dekat kedai Pak Atan tu sampai tua.” Azwa cuba berseloroh. Hida tersenyum kelat.

“Apa lah kau ni Wa. Takkanlah sampai tua nak kerja kat situ? Takkan kau tak nak kahwin?”

“Siapa lah nak kat aku ni Da? Bukannya anak orang senang pun. Jadi anak dara tua lah nampaknya.”

“Choyy! Apa lah kau ni cakap macam tu. Jodoh tu kat tangan Allah. Setiap manusia telah ditetapkan jodohnya. Cuma cepat atau lambat je.”

“Yelah. Kau memang terer pasal jodoh-jodoh ni. Eh tadi aku ada buat cekodok pisang sikit. Nanti aku ambil.” Azwa cuba mengalih topik perbualan. Tak mahu mengenangkan lagi akan kehampaan yang bertamu di hati.

“Wah! Best tu! Langkah kanan betul aku hari ni.” Sampuk Hida sambil tergelak kecil. Tidak sia-sia dia kedatangannya ke sini tadi, bisik hati Hida sambil tersenyum. Azwa sempat menjelingnya sebelum masuk ke rumah.


“WHAT’S ALL of this?!” Bentak Shareiq Benzair lantang. Matanya tajam memandang Datin Suraya yang sedang duduk di sofa. Gambar-gambar perempuan yang berbagai-bagai pose di atas meja kopi buatan kaca itu dijeling tajam. Tali leher yang menjerut batang leher dirungkai kasar. Rimas!

Datin Suraya mengurut dadanya kerana terkejut. Sudah faham dengan perangai anak tunggalnya itu yang satu itu. Memang panas baran. Dan sifat panas baran itu makin menjadi-jadi selepas tiga tahun lepas. Ditinggalkan di malam perkahwinan mereka akibat isteri tercinta tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup bersama. Alasan bekas isterinya cuma satu. Sudah terlanjur dengan kekasih lamanya sebulan sebelum perkahwinan mereka.

Dan sejak itu perangai Shareiq terus berubah hampir seratus peratus. Tiada lagi senyum yang terukir di bibir anaknya itu. Dia tahu yang hati anaknya itu sarat memendam luka. Dan kelukaan itu diluahkan dengan bekerja siang malam tanpa mempedulikan hal orang lain waima keluarganya sendiri.

Dia sebagai ibu, paling bimbang jika anaknya itu mula membenci perempuan. Disebabkan itulah, dia sanggup mencuba pelbagai cara untuk mendekatkan Shareiq dengan perempuan walau semua cara yang dilakukan langsung tidak dihindarkan oleh Shareiq.

“Eriq, dengar dulu apa yang mama nak cakap ni.” Datin Suraya cuba memujuk. Sudah pening kepala dengan perangai anak tunggalnya yang satu ni. Sudah puas diperkenalkan dengan beberapa orang gadis. Yang bertudung, yang tidak bertudung dan ada juga yang bertaraf model namun langsung tidak dipandang. Apatah lagi jika disuruh untuk keluar berkenalan, memang jauh panggang dari api. Suaminya, Datuk Bakhtiar sudah malas mahu masuk campur. Kini hanya tinggal dia seorang saja yang memasang angan-angan untuk bermenantu di kala menanti usia yang menuju ke senja.

“Ma...Please...Stop.” Suara Shareiq mula mengendur. Walaupun tidak selantang dan sekuat tadi, namun kata-kata itu berbaur amaran. Supaya mamanya menghentikan segala tindakannya itu.

Sebuah keluhan kecil terbit dari bibir Datin Suraya. Beberapa keping gambar yang berselerak di meja mula dikemaskan kembali. Kecewa dan terkilan mula merajai hati.

Tanpa memandang ke arah Datin Suraya, Shareiq melangkah menuju ke tangga dengan tie yang terbuai-buai di tangan kanan dan briefcase di tangan kiri.

“Kenapa ni Su?” Soal Datuk Bakhtiar yang terpacul masuk dari pintu utama. Dia yang baru saja sampai ke rumah kerana ada perjumpaan dengan teman baiknya itu tergesa-gesa masuk ke rumah kerana terdengar bunyi bising.

“Eriq.” Sepatah Datin Suraya menjawab. Datuk Bakhtiar mengeluh perlahan sambil melabuhkan duduk di sebelah isterinya itu. Tangan isterinya dicapai. Sudah faham dengan apa yang berlaku apabila isterinya itu menyebut nama satu-satunya anak tunggal mereka.

“Dah lah Su. Tak guna awak paksa-paksa dia. Tengoklah kang dah mengamuk.” Pujuk Datuk Bakhtiar sambil menggosok perlahan tangan isterinya itu. Datin Suraya tersenyum tawar.

“Tapi bang, saya risau sangat dengan Eriq tu. Dah dekat tiga tahun dah si Darina pergi. Tapi Eriq..” Datin Suraya mengetap bibir. Tidak sanggup untuk meneruskan bicara.

“Bagi dia masa Su. Soal hati tak boleh dipaksa-paksa. Abang yakin satu hari nanti akan ada seseorang yang dapat melembutkan hatinya.” Sambung Datuk Bakhtiar lagi. Datin Suraya mengangguk perlahan. Sedikit terpujuk walau hatinya masih lagi gusar dengan perkara itu. Baginya selagi Shareiq tidak bertemu dengan pengganti Darina, selagi itulah hati tuanya tidak tenang.


p/s : idea asal à Azwa Hashima (my luvly kazen/watak utama)

: garapan à Addy Rifqhiey (dia dh wat draft sikit2 dr tahun lepas, so sy tukang edit n tacap bg cantik sikit..hehe

è Shareiq Benzair ( Kilauan yang tiada bandingan) ß mungkin ada iras name Benz Alif dalam aA+bB (tapi takpe lah sebab Azwa yang pilih, lg satu maksud dia yg baik2 je)..

è Hope enjoy n boleh tinggalkan komen =)

Monday, January 30, 2012

Sorry alls :(

As-salam dan selamat petang..


Sooryy lama tak de update kt sini..Blog pn dah bersawang-sawang...Nuffnang pn dah tarik keahlian...entahla....sy takde mood nk menaip sgt lepas kejadian tu...citer2 yg baru taip hr tu pn sy dh removed..takleh tgk, mesti teringat je sebab ada antaranya taip mase dia tgh sakit..so sorry pd followers n readers baru yg jenguk ke sini...dulu kalau 0n9 Fb,mesti bersemangat jer..skrg semuanya dh hilang minat...komen dua tiga patah terus je off9...pasal cerita2 yg tak bersambung kt sini (dh tak tau dh nk cakap ape, semangat menaip tu dh dibawa pergi n maybe need time to relieve)...


So untuk membuatkan blog ni tak sepi, sy tetap akan masukan entry...idea asal dr sepupu sy...dh lama dia bg idea ni...dr tahun lepas lg cuma takde mase je nk taip..sy just garap je idea dia (sy mmg takde idea skrg,blank)..hope korang sudi bace...insyaAllah sy akan letak selepas siap edit..maybe pg esok paling cepat =)

Tuesday, January 17, 2012

Iklan kejap tuk blog 7 streetwriters :)



As-salam dan selamat malam..sempena blog kami yang dah cecah 100 followers, 100 likes on our fb fanpage and also 10k pageviews, kami mengalu2kan anda semua untuk menghntar karya2 anda...7 cerpen terawal akan disiarkan di situ..siapa2 yg berminat boleh rujuk gmbr di atas..tqvm :D

Bab 21 SSiD (last bab di p2u )



As-salam dan selamat petang..bab last SSiD kat p2u sebelum kuar versi cetak...hope enjoy..n boleh klik sini jika nak bace :)

Saturday, January 7, 2012

Teaser SSiD bab 21 (last kat p2u)


Assalamualaikum dan selamat awal pagi...here teaser bab 21..bab last yang akan tersiar di p2u nanti..hope enjoy :)







FIRASH SEDANG termenung di atas katil. Otaknya masih ligat berfkir tentang hal tadi. Entah kenapa hatinya seakan menjauh apabila mendengar bait-bait kata yang dikeluarkan dari gadis itu. Yelah, dia dah penat bertanya namun Syaf langsung tidak menjawab. Aku ni tak penting ke pada dia? Dia tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu dengan status kau sebagai suami dia?
Syaf berhenti seketika di hadapan pintu bilik Firash. Mengambil nafas sebanyak yang boleh untuk berhadapan dengan lelaki itu. Bukannya dia tidak perasan akan reaksi lelaki itu tadi. Salahnya juga keran tidak memberitahu hal yang sebenarnya tadi walaupun dia memang mempunyai masa untuk memberitahu lelaki itu tadi.
Pintu bilik diketap perlahan bersama dengan genggaman rapat di jari sendiri. Dia menarik tombol pintu bilik lelaki itu perlahan sebelum menjengukkan kepala ke dalam. Kelihatan lelaki itu sedang duduk bersila di atas katil dan sedang memandangnya tidak berkelip. Sesaat dia menelan liur.
“Firash, kau masih marah lagi ke pasal hal transfer tu tadi?” Syaf memberanikan diri untuk bertanya soalan itu walaupun dia tahu yang lelaki itu seperti marah saja dengannya. Ah! Susahnya nak hadapi semua ni!
Namun lelaki itu hanya mendiamkan diri. Syaf sudah serba-salah. Kalau boleh dia mahu menyelesaikannya malam ini kerana esok dia sudah kena bersiap-siap untuk pergi. Tambahan pula lelaki itu seperti dingin dengannya sejak pulang dari kampung.
“Kereta kau aku dah hantar servis.” Tiba-tiba Firash bersuara. Langsung lari dari topik yang sedang dibincangkan. Syaf berpaling laju melihat lelaki itu. Seakan tidak percaya dengan apa yang terluah dari mulut Firash. Dia mengeluh perlahan. Tanpa sedar dia melabuhkan duduk di samping Firash di birai katil.
“Thanks pasal servis tu. Nanti aku ganti balik duit kau. Aku nak tanya ni, kau marah aku lagi ke pasal hal transfer tu? Aku sebenarnya bukan tak nak beritahu tapi aku takut kau tak bagi aku pergi aje.” Luah Syaf sambil memandang wajah Firash yang langsung tidak berpaling ke arahnya. Lelaki itu lebih suka memandang ke arah pintu gelungsur yang ditutupi dengan langsir.
“Kalau aku tak bagi kau pergi macam mana?” Firash bersuara tiba-tiba. Memandang tepat ke arah Syaf yang berada di sebelahnya. Ada rasa sedih bermukim di hatinya saat itu. Sudah pasti selepas ini, susah untuk dia berjumpa. Sudahlah selama ni masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri.
“Ha?” Syaf seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Walau pada mulanya dia sudah menjangka keadaan itu sebenarnya. Tapi takkanlah Firash tak sanggup bagi aku pergi sana? Habis tu aku nak buat macam mana ni? Kusut fikiran Syaf memikirkan semua itu.
“Err...Betul ke kau tak bagi aku pergi sana?” Soal Syaf tidak berpuas hati. Sudahlah tadi dia dah bersetuju dengan encik Izam. Lepas tu dia dengan Tiqah dah siap-siap cari rumah untuk disewa lagi.
“Aku rasa kau dah dengar apa yang aku cakap tadi kan? Dahlah, aku nak tidur.” Balas Firash dengan nada mendatar. Syaf mengeluh lemah. Nampaknya lelaki itu betul-betul tidak mengizinkan dia pergi ke sana.
“Firash, boleh tak kau consider sikit? Aku dah persetujuan pun nak pergi sana. Surat mereka pun aku dah balas. Rumah sewa pun aku dah cari. Susahlah macam ni.” Tiba-tiba Syaf merungut. Betapa malunya dia nanti jika semua dibatalkan walaupun sudah menyatakan persetujuan. Rasa macam dah tak sanggup nak datang kerja seminggu!
“Oh masa ni baru kau nak suruh aku consider? Habis tu masa kau buat keputusan nak pergi sana tu kau tak fikir pasal aku pulak?” Mencerlung mata Firash memandang Syaf yang agak terkejut dengan reaksinya itu. Biarlah! Aku pun ada hak untuk hal ni!
Syaf menelan liur apabila mendengar suara Firash yang sudah berubah nada itu. Entah kenapa dia rasa bersalah dengan perbuatannya itu. Nampaknya lelaki itu tidak mengambil mudah akan perkara ini walau pada mulanya dia tidak menyangka yang Firash tidak akan berkata begitu.
Erm, sorrylah Firash. Aku pun terkejut tadi. Sebab tu aku terus setuju. Tapi kalau kau betul-betul tak bagi aku pergi sana, tak apalah. Aku akan beritahu bos aku esok. By the way, good nite. Aku keluar dulu.” Syaf berkata perlahan. Dia berdiri lalu melangkah keluar dari bilik lelaki itu dengan perasaan sedih bercampur dengan kecewa. Sedih kerana ditengking begitu tadi. Dan kecewa dengan perbuatannya sendiri yang membelakangkan suami sendiri.


SYAF MENGELUARKAN beberapa keping not biru dari dompetnya. Bayaran untuk servis kereta yang akan diganti pada Firash nanti. Hari ini dia tidak bekerja kerana semalam encik Izam sudah memberikannya cuti untuk bersiap sedia untuk penukaran tempat kerja itu. Namun bila teringatkan hal semalam, hatinya diusik perasaan sedih. Tak apalah, esok aku bagitahu baik-baik kat encik Izam tu. Harap-harap dia fahamlah! Bisik hatinya seraya keluar dari bilik.
Syaf sedikit terkejut dengan kehadiran Firash yang tiba-tiba muncul di depannya. Mereka berbalas pandangan seketika sebelum lelaki itu bergerak ke tangga. Wajah lelaki itu nampak biasa saja dan tidak tegang seperti semalam.
Setelah beberapa saat berfikir, Syaf berjalan laju menuju ke tangga. 
“Err Firash. Tunggu kejap.” Panggil Syaf apabila lelaki itu sudah melangkah turun ke satu anak tangga. Firash memberhentikan langkah. Kepalanya dipalingkan ke belakang.
“Berapa kos servis kereta semalam?” Soal Syaf sambil cuba mengeluarkan beberapa kepingan not biru dari poket seluarnya. Firash berkerut dahi seketika.
“Seratus lima puluh.”
Syaf cepat-cepat menghulurkan tiga keping not biru itu sebelum menghulurkan pada lelaki itu. Namun huluran itu tidak bersambut. Syaf dah mula rasa pelik.
“Aku dah halalkan.” Balas Firash pendek. Syaf sedikit terkejut.
“Tapi nanti kau tak cukup duit macam mana?” Soal Syaf kembali. Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu tidak cukup duit. Tambahan pula tentulah banyak duit yang diperlukan untuk menampung kos belajar.
“Takpe. Aku dah ada duit. Hmm, pasal transfer tu aku benarkan kau pergi sana.” Sambung Firash lagi. Syaf seolah-olah pegun di situ. Kenapa tiba-tiba lelaki itu boleh berubah sikap sekelip mata? Semalam bukan main lagi duk menengking aku.
“Tapi...Eh...” Syaf tidak tahu untuk membalas kata-kata dari Firash itu. Lagipun semalam dia dah mula merancang bagaimana untuk berhadapan dengan bosnya itu. Namun apabila Firash berkata begitu tadi, semua yang dirancangkan semalam seakan mula hilang.
“Aku faham. Lagipun kalau kau ada kat sini ada aje yang datang menggatal.” Balas Firash pula. Syaf mula berkerut-kerut dahi. Apa maksud Firash tu? Siapa pulak yang datang menggatal?
“Apa maksud kau?” Soal Syaf laju. Firash tersenyum nipis. Takkan buat-buat tak tahu pulak kut? Tak apa lah, biar aku aje yang faham semua tu!
“Kau tak payah tahu lah, tak penting pun. Tapi kau kena janji satu perkara dengan aku.” Mata Firash tepat memandang mata Syaf sehingga mengundang debaran di hati. Syaf mula menelan liur. Nak suruh janji apa pulak ni?
“Janji apa?”
“Aku tak nak kau menggatal dengan lelaki lain pulak kat sana nanti.” Pinta Firash. Syaf sedikit tercengang dengan permintaan Firash itu namun bibirnya mula mengukir senyum kecil. Ingatkan apa lah tadi. Bikin cuak aje!
“Oh pasal tu ke? Taklah. Aku setia pada yang satu aje.” Balas Syaf tersenyum senang. Tanpa menyedari yang kata-katanya itu mengundang persoalan serta kejutan pada Firash. Lelaki itu memandangnya dengan penuh tanda tanya.
Menyedari dirinya sudah terlanjur kata, cepat-cepat tangannya menutup mulutnya dengan tangan. Adeh..Macam mana boleh terlepas cakap ni? Firash sudah mula mengukir senyum. Entah kenapa kata-kata dari gadis itu membuatkan hatinya sedikit berbunga walaupun dia tidak pasti lagi dengan kenyataan gadis itu.
“Kau cakap apa tadi?”
“Ha? Err...Tak ada apa-apa lah. Okay lah, aku nak pergi kemas barang dulu.” Cepat-cepat Syaf cuba menukar topik atau dengan kata lain melarikan diri. Walhal pipinya mula terasa berbahang dengan pengakuan separuh mati tadi. Memang giler lah kalau diigatkan kembali.
Hey, nak ke mana?” Laung Firash sedikit kuat namun Syaf sudah berlari-lari anak menuju ke biliknya. Waa, malunya! Dia cepat-cepat menutup pintu dan tersandar di situ. Jantung pula masih berdetap laju.


---------------

<3 SPECIAL PART <3

“Nak gerak macam tu aje?” Soal Firash laju bersama dengan kerutan di dahi. Takkanlah nak pergi macam tu aje kut?
Err...Gerak macam tu aje lah.” Balas Syaf agak blur. Langsung tak faham akan apa yang diperkatakan lelaki itu. Firash mengeluh lemah. Tak faham ke dengan apa yang aku cakap tu?
“Okay...Take care and drive safely.” Ucap Firash sambil tersenyum kecil sebelum laju saja menarik tubuh Syaf yang agak tak bersedia itu. Syaf yang agak terkejut dengan tindakan Firash itu jatuh tersembam ke dada lelaki itu. Tanpa sempat berbuat apa-apa terasa tubuhnya dipeluk erat. Syaf kaku dalam pelukan Firash dengan jantung yang masih berdegup kencang.


*** nntkan sambungannya kat p2u...

--------------

*** THANKS for reading and supports SSiD...hope semuanya dipermudahkan..wish me luck :D



Friday, January 6, 2012

First karya kt 7even Streets Writers ; Kau Bukan Untukku Part 1








As-salam dan selamat malam semua..First karya kat blog 7even street writers tu dh upload...boleh klik sini

Wednesday, January 4, 2012

Teaser Cerpen untuk BLog 7even Street Writers




As-salam dan selamat malam semua...sunyi sepi kan blog ni?..actually hari tu zura pergi bercuti sempena tahun baru..baru dua tiga hari lepas kitaorang balik..still lagi dalam mood bercuti ni..hehe...ni pulak sedang sibuk taip cerpen untuk blog 7even street writers yang akan launch karya2 dia 7hb nanti..So ni ada teaser sikit..berdasarkan kisah benar..hope dapatlah siapkan sebelum 7hb ni..enjoy :DDD


+++++

CERPEN : KAU BUKAN UNTUKKU




“Yaya, kejap lagi lori Pak Din datang tak?” Soal Lira pada Yaya yang tengah mengikat simpulan plastik itu. Di dalamnnya penuh dengan pelbagai jenis botol-botol plastik yang terdiri daripada botol air mineral, botol minuman berkarbonat, bekas pelembut kain serta pelbagai lagi jenis plastik yang boleh dikitar semula.

“Dia cakap ada, kita tunggu lah kejap. Kau dah solat asar belum? Aku nak pergi solat kejap.” Balas Lira. Guni yang sudah penuh dengan pelbagai barangan plastik itu ditinggalkan. Memang tak larat pun kalau nak angkat. Dah hampir cecah 1 tan kut. Guni itu pun diambil dari buangan Petronas juga. Biasanya pemandu excavator  si Pali tu yang akan tolong mereka mengangkat guni-guni tersebut ke dalam lori sebelum di bawa ke tempat kitar semula.

Okay lah. Aku pun dah nak siap pun ni.” Yaya membuka sarung tangan kain yang dipakainya sejak tengah hari tadi. Peluh yang menitik di dahi di kesat dengan lengan baju. Agak panas hari ni di situ. Dapat berteduh di bawah khemah yang didirikan tidak jauh dari situ seakan menyejukan tubuh yang dibasahi peluh. Kelibat beberapa lagi pemungut sampah sepertinya masih lagi setia bermandikan peluh serta panas petang yang masih lagi terik membahang.






Yaya mengeluh perlahan merenung nasibnya di situ. Terasa seperti baru semalam ibu dan ayahnya meninggalkan dia keseorang di dunia ini. Ayahnya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditimpa kemalangan ketika hendak pergi ke tempat kerja. Manakala arwah ibunya pula meninggal akibat sakit buah pinggang. Dia yang ketika itu baru saja menjalani Peperiksaan Menengah Rendah hanya mampu menangis saja dan tidak mampu berbuat apa-apa. Nasiblah Mak Nah jirannya yang duduk berhampiran dengan rumah sewa mereka sudi menghulurkan sedikit bantuan. Namun persekolahannya tidak dapt disambung lagi lantaran tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Duit simpanan arwah ayahnya pula hanya tinggal sedikit saja untuk menampung sara hidupnya hari-hari. Dan disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah saja.

Dua minggu dia masih lagi boleh bertahan namun apabila tuan rumah sewanya datang untuk mengutip hutang sewa mereka, dia langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah sewanya itu sebelum dihalau. Dititip pesan pada Mak Nah yang katanya dia akan ke bandar untuk mencari pekerjaan. Pada mulanya Mak Nah beria-ia melarang namun setelah beberapa kali cuba menyakinkan Mak Nah, akhirnya jirannya itu melepaskannya pergi dengan sedikit terkilan.

Saat dia ke bandar, dia langsung tidak mengenali sesiapa. Hanya mengikut gerak kaki saja. Dan sejak itu pelbagai jenis kerja yang sudah dia lakukan. Dari kerja menyapu sampah di premis-premis swasta, menjadi pelayan restoran, menjadi promoter  dan banyak lagilah kerja yang dia lakukan namun semuanya berakhir dengan kesusahan juga kerana dia gajinya tidak cukup untuk menampung kehidupannya di bandar besar itu. 

Namun takdir Allah siapa yang boleh dijangka. Dia bertemu kembali  dengan kawan lamanya ketika masih di sekolah rendah. Lira yang bekerja sebagai pemungut barangan terbuang itu mengajaknya untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Pada mulanya dia agak keberatan namun apabila dinasihat oleh Lira yang katanya kerja mereka kemungkinan bergelumang dengan benda kotor namun rezeki yang diperoleh tetap halal.

“Kau ni duduk termenung pulak. Dah lah pergi solat dulu. Karang lori Pak Din datang, aku panggil kau.” Lira menepuk bahu Yaya yang tengah termenung itu. Yaya tersenyum hambar dan bingkas bangun dari situ. Lira sahabatnya itu memang baik. Selalu saja mengingatkan dia tentang hal-hal agama.

“Yelah, aku pergi dulu. Karang jangan lupa panggil aku pula.” Balas Yaya lalu mengambil beg kain yang terdapat tuala serta pakaian yang bersih. Pakaian yang dipakainya sekarang sudah hampir comot dengan kotoran-kotoran yang boleh meloyakan anak tekak jikalau pada pandangan orang lain. Namun baginya, semua itu sudah menjadi kebiasaan. Apalah sangat kotoran itu jika dibandingkan dengan imbuhan yang akan dia dapat. Dia tidak kisah dengan tanggapan orang lain kerana semua yang datang ke situ demi mencari sesuap nasi.




***




“Apa ni pa? Takkanlah Fezz kena jaga tempat tu pulak? Papa tau tahu tak yang tempat tu penuh dengan sampah-sarap? Lalu ikut jalan tu pun dah nak termuntah. Apa lagi nak duduk lama-lama kat dalam tu.” Balas Fezz berpeluk tubuh sambil memandang ke arah papanya yang sedang menaip sesuatu di laptop it. Di fikirannya mula membayangkan tempat pelupusan sampah yang boleh meloyakan anak tekak itu.Tak naklah aku! Sudahlah tempat tu jauh dari bandar. Kut iya pun nak bagi kerja kat anak sendiri, takkanlah nak suruh aku jaga tempat macam tu? Habislah jatuh standard aku kalau kawan-kawan aku yang tanya tengah kerja apa. Kalau aku tipu mereka, last-last dia orang dapat tahu jugak. Sudah tahu perangai kawan-kawan baiknya yang satu universiti itu. Pantang saja ada di kalangan mereka yang terkena apa-apa, mesti ada saja modal nak dibahankan.

“Papa nak Fezz mulakan dari bawah. Ingat Fezzry, syarikat papa pun papa yang usahakan sendiri so papa nak anak papa macam tu jugak. Belajar atas usaha sendiri.” Tegas Datuk Faizul membalas kata-kata anaknya. Sejujurnya dia tidak mahu anaknya bersenang-lenang atas usahanya selama ini. Dah terlalu banyak kemewahan yang diberi pada anak tunggalnya itu sehingga anaknya itu seringkali membelanjakan wang dengan benda-benda yang tidak berfaedah.

“Tapi pa. At least bagilah Fezz jaga projek yang berlambak-lambak kat bandar tu. Ni apa tempat sampah macam tu. Geli lah.” Fezzry masih lagi membantah. Amat tidak berpuas hati dengan arahan papanya itu. Tak boleh nak dibayangkan langsung kalau duduk kat tempat macam tu. Dengan nyamuknya, macam-macam serangga yang pernah dilihatnya di kaca tv membuatkan hatinya rasa teramat geram. Dan yang lebih penting, mana lah ada tempat hiburan kat sana. Konfem aku jadi katak bawah tempurung nanti!

“Keputusan papa muktamad. Papa tetap nak Fezz jaga kat situ jugak dalam masa enam bulan sebelum papa berikan jawatan yang lain pada Fezz kat sini atau segala kemudahan yang Fezz terima selama ini, papa akan tarik balik.” Putus Datuk Faizul tegas. Fezzry mendengus geram sebelum memandang papanya sekilas.

“Okay, kalau itu yang papa nak. Kalau apa-apa jadi pada syarikat, papa yang akan tanggung semuanya.” Fezzry bingkas bangun dari kerusi di hadapan meja papanya itu. Langkah diatur menuju ke pintu. Rasa panas bila lama-lama duduk di dalam bilik pejabat papanya itu.






~ ~ ~ nantikan sambungannya di blog 7even street writers pada 7hb Jan 2012 nanti..insyaAllah ;)