:: My gangS :: TQVM

Tuesday, September 27, 2011

sedutan/ cebisan bab akan datang SSID




“Apa hal ni bro ganggu bakal isteri aku? Dah rasa nak bertelur kat dahi ke?” Syaf sedikit tersentak dengan suara itu. Dia berpaling dan melihat Firash tidak jauh dari tangga. Firash sedang mencerlung tajam memandangnya dan Farish. Dia berharap moga tidaklah ada salah faham yang berlaku.

“Firash..”Perlahan saja Syaf menyebut nama lelaki itu. Terasa gerun pula melihat pandangan tajam yang dilemparkan ke arahnya. Firash berjalan laju ke arah Syaf dan merentap tangan Farish. Syaf terkedu seketika dengan kelakuan Firash itu. Tanpa sempat Farish berkata apa-apa, Firash terlebih dahulu menarik tangan Syaf ke luar rumah. Terkulat-kulat Syaf mengekori langkah lelaki itu.

“Yang kau layan si Farish lagi tu kenapa?” Soal Firash memandang Syaf tajam. Dia menarik kasar bahu Syaf dan menyandarkan tubuh gadis itu ke dinding rumah yang agak gelap. Syaf menelan liur apabila kedua-dua tangan Firash seoalah-olah mengunci pergerakannya. Tiada langsung ruang untuk melarikan diri. Dia betul-betul sudah terperangkap.

“Err..Bukan aku layan dia..Dia tu yang tiba-tiba datang duduk sebelah aku.” Hampir tidak keluar suara Syaf menjawab pertanyaan dari Firash itu. Terasa seperti hendak bernafas pun susah ketika ini.

“Aku tak percaya. Kau still simpan perasaan lagi kan kat dia? Sebab tu kau masih layan dia kan?” Soal Firash lagi seraya mendekatkan wajahnya ke arah Syaf.
“Eh tak.. Me-mana ada.” Syaf cuba menafikan. Walau hakikatnya dia masih mempunyai lagi rasa sayang terhadap Farish.

“Liar. Kau tak sedar ke yang tak sampai seminggu lagi kita nak kahwin? Tapi kau still menggatal dengan jantan lain!” Kuat nada suara Firash menerjah ke cuping telinga Syaf. Syaf hampir terkedu dengan tuduhan Firash itu. Bukan salah dia tadi tapi Farish yang tiba-tiba saja datang mengacaunya.





p/s : bab berape? tak tau lg..sesaje post tuk korang yg sudi bace ;DDD

Monday, September 26, 2011

Bab 8 : Sebenarnya, Saya Isterinya Dia! (Full version)



Bab 8


“Masih sakit lagi ke perut tu?” Puan Farizah menyoal dengan nada bimbang. Tadi Firash tak pergi solat terawih kerana sakit perut katanya. Hanya dia dengan Syaf saja yang pergi. Ingatkan bila dah balik, sakit perut Firash tu dah okey tapi macam nampak makin teruk saja.

“Sakit jugaklah sikit-sikit.” Balas Firash dengan kerutan di muka. Kesakitan di perut menyebabkan tangannya sedikit menggeletar. Wajahnya yang sedikit cerah itu mula kelihatan memerah. Renik-renik peluj juga sudah memenuhi ruang dahi.

“Sakit sangat ke? Pergi klinik aje lah.” Puan Farizah menghampiri Firash yang berdiri tu sambil memegang sofa. Wajah anaknya yang sedikit pucat itu direnung seketika.

It’s okey ma. Boleh tahan lagi ni.” Balas Firash perlahan. Cuba menyedapkan hati Puan Farizah kala ini. Dengan lemah, dia melabuhkan punggung di sofa sambil memejamkan mata. Tangan pula masih tak lepas memegang perut yang sedang memulas.

“Mama tengok macam dah teruk sangat tu, pergi aje lah klinik. Suruh Syaf saja hantarkan.” Nasihat Puan Farizah lagi. Firash laju saja menggeleng. Tak naklah kalau kena pergi dengan Syaf tu. Mana lah tahu kut-kut kena inject ke nanti lagilah dia tak nak. Ngeri saja kalau dibayangkan.

“Takpe ma, boleh tahan lagi ni.” Tubuhnya pula dibaringkan ke sofa. Kedua-dua belah kaki dibengkokkan sehingga lutut hampir bertemu ke perut.. Rasanya kalau tak silap tadi, ini sudah enam kali dia ulang alik ke tandas. Tekak pula dah mula rasa mual semacam. Kaki pun dah terasa lenguh untuk berjalan. Silap-silap nanti kena papah aje kalau nak pergi tandas.

“Janganlah degil, mama takut nanti melarat aje.” Sambung Puan Farizah lagi. Dia duduk bersila di lantai berhampiran tubuh anaknya itu. Anak-anak rambut yang terjuntai di dahi dialihkan ke belakang. Bertambah-tambah risaunya apabila melihat wajah Firash yang mula berubah pucat. Mesti sakit sangat tu.

“Mama panggil Syaf eh?” Puan Farizah sudah tidak sanggup lagi tengok keadaan anaknya itu. Bukannya dia tak perasan tubuh Firash sedikit menggeletar semasa tangannya menyentuh dahi anaknya itu tadi. Dia bingkas bangun dan menapak ke tangga. Firash dah tak sempat nak menghalang kerana perutnya kembali memulas. Terkocoh-kocoh saja dia berjalan ke tandas.

***

“Syaf.”Panggil Puan Farizah lembut di muka pintu. Diperhatikan Syaf yang tengah menaip sesuatu di komputer ribanya. Mungkin ada kerja ofis yang perlu disiapkan fikirnya.

“Ada apa ma?” Soal Syaf yang tengah duduk di meja studi itu. Dia mengklik butang tetikus untuk save sebelum berpaling ke Puan Farizah. Dilihatnya Puan Farizah telah pun berjalan menghampirinya.

“Tolong hantar Firash pergi klinik kejap, mama tengok macam dah teruk aje sakit perutnya.” Bagitahu Puan Farizah. Syaf yang mendengar sudah tercengang. Sakit perut? Itulah masa berbuka tadi makan macam tak ingat dunia. Mestilah perut tak boleh terima kalau terus makan banyak-banyak macam tu. Huh!

Hurm...Yelah. Nanti Syaf tukar baju kejap.” Syaf bingkas bangun dan menuju ke almari pakaian. Sehelai sweater disarungkan ke tubuh untuk melindungi tshirt lengan pendek yang dipakainya sekarang. Tudung bawal hitam dipakai ala kadar.

Tergesa-gesa dia menapak ke tangga mengekori Puan Farizah dari belakang. Dilihatnya Firash sedang memegang dinding sambil memejam mata. Wajahnya kelihatan agak pucat dengan peluh yang membasahi dahi.

“Kenapa pulak ni?” Soal Puan Farizah lalu merapati Firash. Firash kelihatan menggeleng-geleng sedikit kepalanya. Sementara Syaf hanya memandang tanpa sebarang kata.

“Mesti muntah ni.” Sambung Puan Farizah. Dah tahu yang anaknya itu ada penyakit gastrik. Kalau gastrik biasa-biasa saja dia tidak kisah sangat tapi jika dah muntah memang teruklah tu. Firash hanya menunduk kepala. Syaf yang memandang turut berasa kasihan. Hilang terus rasa nak menyindir tadi.

“Buat apa lagi tu? Cepatlah pergi. Nanti makin teruk pulak ni.” Bebel Puan Farizah lalu menolak sedikit tubuh Firash ke pintu depan. Dihulurkan wallet kepada Syaf yang berdiri di sisinya. Syaf menyarung sandal dan segera ke pintu kereta. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia terpaksa membuka pintu kereta untuk lelaki dan lelaki itu ialah Firash. Rasa macam tak percaya saja!

Firash melangkah masuk dengan berhati-hati dan terus bersandar di tempat duduk sebelah pemandu. Mood untuk bercakap terus tak ada bila dah sakit macam tu. Matanya dipejamkan. Syaf menghidupkan enjin kereta lalu kereta menderum laju meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.



***



Sesampainya di tempat parking, Syaf mengeluh perlahan. Kedudukan klinik yang agak jauh dari situ membuatkan dia mengerling lama ke arah Firash di sebelah. Dia ni boleh jalan ke tak? Kalau tak boleh berjalan, larat ke aku nak papah dia? Dahlah jauh tu klinik dari tempat parking ni. Dia tu dahlah tinggi semacam aje, karang dengan aku-aku yang jatuh tergolek kat situ, fikir Syaf dalam hati.

Err..Kau boleh jalan tak ni?” Soalnya dengan sedikit ragu. Diperhatikan Firash di sebelah yang hanya memejamkan mata tanpa bersuara. Selapas berdiam diri hampir seminit barulah Firash membuka matanya. Dia sekadar mengangguk lalu membuka pintu kereta.

Firash berjalan perlahan-lahan mengekori Syaf dari belakang. Oleh kerana nasib mereka tidak begitu baik, terpaksalah mereka berjalan agak jauh untuk ke klinik. Syaf yang faham kesakitan Firash itu memperlahankan sedikit langkahnya supaya agak seiringan dengan Firash.

Masuk saja di ruang klinik, Syaf terus mendaftarkan nama Firash di situ kerana sejak dari tadi dia memegang wallet lelaki itu. Kemudian mereka terpaksa menunggu giliran kerana terdapat hampir lima atau enam orang pesakit yang sedang menunggu. Firash memerhatikan saja kelakuan Syaf tanpa bersuara. Bukan tak nak bersuara, tetapi sakit yang dialami membuatkan mulutnya berkunci.

“Encik Firash Arshad.” Panggil pembantu klinik yang memakai baju kurung biru. Syaf sedikit terkejut. Dia memandang Firash di sebelah.

“Err...Boleh jalan ke tak ni?” Soalnya apabila melihat Firash berkerut-kerut muka. Dia tahu penghawa dingin yang sedikit sejuk itu menambahkan lagi kesakitan yang sedia ada.

“Hurm...” Firash hanya menggumam. Dia cuba memaksa tubuhnya untuk bangun walaupun perutnya masih terasa senak. Di kala itu dia tidak dapat menyeimbangkan diri lalu hampir saja terjatuh. Namun dia hanya mampu mengeluh lega apabila ada tangan yang lebih cepat menyambar pinggangnya. Seketika dia berpaling ke sisi. Wajah Syaf yang merenungnya tidak berkelip itu menyapa pandangan. Syaf pula merasakan pipinya seakan panas saja apabila terpaksa memeluk pinggang Firash. Hee, aku bukan sengaja pun nak peluk pinggang dia tapi dah terpaksa ni. Takkan nak biarkan dia jatuh tergolek kat lantai pulak? Sudahlah orang tengah ramai dalam klinik ni!

Dengan berhati-hati Syaf menolong Firash masuk ke bilik rawatan. Pembantu klinik itu hanya tersenyum kecil apabila melihat mereka berdua.

Please have a seat Encik Firash Arshad. So boleh saya tahu sakit apa ni?” Soal doktor yang memakai tag nama Fatimah apabila melihat mereka berdua masuk. Senyuman manis terukir di bibir. Syaf duduk di kerusi yang sedikit jauh namun Firash duduk di sebelah meja doktor itu.

“Gastrik rasanya.” Balas Firash lemah. Perutnya masih lagi terasa memulas. Tak ada mood nak cakap panjang lebar.

“Oh, mesti sebab puasa kot ni. Sebab ramai sangat yang gastrik hari ni.” Sambung doktor Fatimah sambil senyum. Firash hanya membalas dengan senyuman tawar.

“Ermm, ada muntah-muntah tak?

“Ha? Erm, ada sekali tadi.” Balas Firash. Dia sempat mengerling Syaf yang duduk tidak jauh darinya.

“Oklah. Saya akan bagi awak ubat gastrik. Makesure kena makan ikut peraturan. If tak jadi jugak, nanti boleh datang jumpa saya lagi sebab saya takut gastrik ni melarat je.” Bagitahu Doktor Fatimah panjang lebar.

“Thanks doc.” Ucap Firash sebelum berdiri. Di kala itu Syaf sudah berada berdekatan dengan tubuhnya. Mungkin berjaga-jaga takut terjadi lagi perkara tadi. Akhirnya mereka berdua berjalan menuju ke pintu tanpa sebarang kata. Hanya Syaf saja yang mengetap bibir. Huh! Orang tolong tadi tak ucap terima kasih pun!



***



“Macam mana?” Tegur Puan Farizah apabila Firash dan Syaf selamat sampai di rumah. Firash berjalan perlahan-lahan menuju ke sofa. Punggung dilabuhkan dan dia bersandar di situ. Syaf mengambil tempat di sebelah Puan Farizah.

“Okey aje ma. Taklah teruk pun.” Balas Firash lemah. Syaf tahu yang keadaan Firash sekarang ni memang lemah. Dalam kereta tadi pun, dia hanya mendiamkan diri saja. Mungkin tidur atau buat-buat tidur.

“Sebelum teruklah kena cegah. Mama tak nak lah sampai kena tahan kat ward macam dua tahun lepas.” Bebel Puan Farizah. Syaf hanya tekun mendengar. Oh jadinya Firash pernah dimasukkan ke hospital lah sebab gastrik ni. Kalau macam tu, teruk jugaklah, fikir Syaf. Dia memandang ke arah Firash yang hanya membisu selepas dileteri Puan Farizah.

“Syaf.”

“Ha, ada apa ma?” Soal Syaf sedikit terkejut.

“Tolong masakan bubur untuk Firash. Orang gastrik ni kena makan makanan lembut-lembut. Lagipun nanti nak makan ubat pulak.” Pinta Puan Farizah.

“Oh. Nanti Syaf masakkan.” Syaf mencabut tudung dan sweater lalu bingkas bangun dan menapak menuju ke dapur.



***



Firash yang sedang duduk berbaring itu dipandang sejenak. Dulang yang berisi semangkuk bubur dengan air milo panas itu dibawa dengan berhati-hati ke meja studi. Dah tidur ke? Soalnya apabila melihat Firash yang sejak dari tadi memejamkan mata. Seketika punggung dilabuhkan ke birai katil.

“Firash.” Syaf memanggil perlahan. Dia melihat Firash membuka matanya sedikit. Wajah itu masih kelihatan pucat. Kasihan pulak.

“Hmm...” Firash hanya menggumam. Terasa tiada daya untuk bersuara. Dia betul-betul kehilangan tenaga.

“Makan bubur sikit nanti baru boleh makan ubat.” Lembut suara Syaf menutur. Berharap Firash akan sudi menjamah bubur nasi yang dibuatnya. Yelah, kalau gastrik kenalah makan benda-benda lembut.

“Tak nak.” Sedikit serak Firash bersuara. Dia kembali memejamkan mata.

“Makanlah sikit, perut tu kosong. Nanti nak makan ubat macam mana?” Syaf sedikit memujuk. Aduh! Memang manja habis. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Degil betul anak bongsu Puan Farizah seorang ni.Syaf tersenyum kecil.

“Aku nak tidur.” Sedikit keras Firash bersuara. Comforter ditarik rapat ke dada. Syaf sedikit mencebik.

“Okey, aku keluar dulu. Kalau lapar nanti kau makanlah.” Sambung Syaf lagi sebelum melangkah keluar. Malas nak berbalas kata dengan lelaki yang bernama Firash Arshad ni. Nanti dia jugak yang sakit hati.

Baru sampai di muka pintu, tiba-tiba matanya terpandang Puan Farizah yang baru sahaja sampai ke tingkat atas.

“Firash dah makan?” Soal Puan Farizah sambil melangkah ke arahnya. Pelik juga di hatinya. Rasanya tak sampai lagi lima minit Syaf naik ke tingkat atas. Takkan dah siap kut. Biasanya Firash tu liat sikit nak makan bila dah kena gastrik.

“Err...” Syaf dah menggaru kepala yang tak gatal. Macam mana nak jawab ni?

“Budak tu kalau tak kena paksa memang tak nak makan.” Gumam Puan Farizah lalu kakinya laju melangkah masuk ke dalam bilik Firash yang memang sedia terbuka. Dilihatnya Firash tengah berbaring. Mata dipejamkan. Bubur nasi dan secawan milo di atas meja studi langsung tidak berusik.

Syaf mengintai dari pintu bilik. Kelihatan Puan Farizah sudah meriba mangkuk bubur yang dibawa masuk tadi.

“Firash, bangun makan. Nanti makin teruk pulak gastrik tu.” Puan Farizah memanggil Firash. Firash hanya buat tak tahu saja dan mendiamkan diri. Sungguh dia rasa perutnya memang tak selesa. Seakan tidak boleh menerima sebarang makanan. Sebab tu dia menolak bila Syaf membawanya bubur walau hakikatnya perutnya memang betul-betul lapar.

“Firash.” Sedikit kuat Puan Farizah memangggil. Terasa geram pula apabila anaknya itu buat-buat tidur. Bukannya dia tak nampak yang tangan Firash tadi bergerak memegang perutnya.

“Firash, makan bubur ni cepat. Mama tak nak ambil tahu kalau esok kamu kena masuk ward pulak.” Puan Farizah mengugut. Dia tahu yang Firash betul-betul anti dengan hospital. Sebab tu dia sengaja menyebut perkataan ‘ward’.

“Ma, orang nak tidurlah.” Firash akhirnya membuka mulut. Mata yang dipejamkan tadi sedikit dicelik. Terpapar wajah Puan Farizah berhampiran dengannya. Kala itu dia sempat matanya sempat menangkap kelibat Syaf yang berdiri tidak jauh dari pintu. Sedapnya mengintai nak tengok aku kena marah dengan mama!

“Dah makan bubur dulu baru tidur. Nanti nak makan ubat pulak.” Puan Farizah berkata lembut. Tadi pun tidak terniat untuk mengugut Firash tetap geram dengan sikap anaknya itu.

“Yelah, Firash makan ni tapi mama suapkanlah eh?” Firash membuat muka comel depan Puan Farizah. Sekali sekali nak bermanja dengan ibu sendiri tak salahkan?

“Mengada-ngada. Dah ada isteri pun makan nak bersuap lagi.” Puan Farizah menyindir. Muka Firash dah berubah riak. Syaf yang berada di tepi pintu bilik dah nak ketawa namun disimpan dalam hati. Sempat lagi Firash menjelingnya dari jauh.

“Tak payah nak menyorok kat tepi pintu tu, ni tolong suapkan Firash ni.” Puan Farizah menyambung. Syaf dah tersentak. Eh mama nampak ke yang dia ada menyorok di tepi pintu? Agak musykil di sini. Mama ada pakai ilmu apa ni?!

“Tak apa lah ma. Biar Firash suap sendiri aje.” Cepat-cepat Firash membalas. Puan Farizah dah tersengih. Namun dia bingkas bangun dengan mangkuk bubur yang masih berada di tangan.

“Syaf.” Panggil Puan Farizah. Syaf berjalan sedikit ke arah Puan Farizah namun matanya masih lagi memandang Firash.

“Suapkan Firash bubur. Ada orang dah jadi budak kecik balik nak bermanja.” Puan Farizah tersenyum dan meletakkan mangkuk bubur di tangan Syaf. Syaf dah teragak-agak bila melihat pandangan Firash tu namun dia cuba untuk membuat muka selamba.

“Cepatlah, nanti ada orang kebulur pulak.” Tegur Puan Farizah lagi apabila melihat Syaf yang masih statik di situ. Lambat-lambat Syaf melangkah ke arah Firash. Dia duduk di birai katil. Wajah Firash yang seperti tidak puas hati dengan Puan Farizah itu langsung tidak diambil tahu. Sudu nasi dibenamkan dalam mangkuk yang masih berasap tipis itu dan dihulurkan ke arah mulut Firash. Firash memandang Puan Farizah lama sebelum membuka mulut. Syaf dah nak tergelak melihat aksi Firash yang baginya sedikit comel itu.

“Nak lagi ke?” Soal Syaf apabila melihat wajah Firash yang berkerut tu. Tak sedap ke bubur ni? Atau tawar sangat? Rasanya aku dah masukkan garam tadi, fikir Syaf.

Firash menggeleng dan tangannya membuat isyarat tak nak. Hanya enam sudu sahaja yang boleh masuk ke tekaknya. Terasa perutnya sedikit sebu apabila bubur nasi itu masuk ke perut. Cepat-cepat Syaf meletakkan mangkuk bubur itu dan diambil pula secawan milo yang masih suam. Firash cepat saja menyambar cawan milo itu dan diteguknya rakus. Syaf dah bulat mata. Dahaga sangat ke ni?

Belum sempat Syaf bangun untuk mencapai bungkusan ubat yang berada di meja, tiba-tiba matanya menangkap kelibat Firash yang sudah berdiri. Sebelah tangan Firash menekup mulut dan sebelah tangannya yang satu lagi menekan perut. Syaf berkerut dahi. Kenapa ni?

Kelam-kabut Firash melangkah ke bilik air yang tidak jauh dari katilnya lalu menyembamkan mukanya ke dalam singki. Habis semua bubur nasi dan air milo yang diminumnya tadi keluar. Perit ditekak makin terasa.

Syaf kaku di tepi pintu bilik air apabila melihat Firash beberapa kali muntah di singki. Teruk sangat ke bubur yang aku masak tadi sampai boleh muntah ni? Syaf berkira-kira sendiri. Apabila melihat lama Firash berada di singki, dia memberanikan diri untuk merapati tubuh Firash yang masih membongkok. Apa yang patut aku lakukan sekarang ni? Desis hati kecil Syaf.

Akhirnya tangan Syaf menggosok lembut belakang tubuh Firash yang masih membongkok itu. Terbit rasa kasihan pula apabila melihat keadaan Firash ketika ini. Dia perasan Firash memalingkan muka ke arahnya seketika sewaktu tangannya mendarat di belakang Firash. Wajah Firash yang sedikit pucat dan memerah itu direnungnya lembut. Perasaan simpatinya melimpah ruah.

Firash berkumur-kumur untuk menghilangkan rasa payau yang masih berbaki. Dia memicit dahinya dengan tangan. Pening pula apabila lama membongkok tadi. Tanpa sebarang kata, dia cuba untuk melangkah keluar walau merasakan tubuhnya seakan lemah. Tanpa disedarinya, terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Dia sedikit menoleh ke tepi. Syaf sedang tersenyum tawar memandangnya.

Firash sudah tiada tenaga untuk berkata. Hanya membiarkan sahaja Syaf membantunya berjalan menuju ke katil. Dia membaringkan tubuhnya lalu memejamkan mata.

“Firash muntah ke?” Soal Puan Farizah tiba-tiba. Firash memasang telinga namun dia sudah tidak berdaya untuk membuka mata. Hanya suara Puan Farizah dan Syaf saja yang sayup-sayup kedengaran.

“Ha’ah ma. Syaf nak buat apa ni?”

“Bagi dia makan ubat tu dulu. Kalau teruk sangat, esok kita bawak dia pergi hospital.” Sambung Puan Farizah lagi.

“Ok.” Balas Syaf lalu masuk kembali ke bilik Firash. Tadi dia keluar sekejap untuk memberitahu Puan Farizah namun dia bertembung dengan Puan Farizah di luar bilik.

“Syaf.” Panggil Puan Farizah lagi. Syaf berpaling dan mengerutkan kening.

“Malam ni tolong jaga Firash eh?” Pinta Puan Farizah sambil mengharap. Syaf terdiam seketika sebelum mengangguk.

“Yelah.” Syaf kembali ke bilik Firash diikuti Puan Farizah dari belakang. Dia mengambil bungkusan ubat lalu bersila di atas katil. Wajah Firash yang sedang memejamkan mata itu direnung sekilas. Tangannya mencapai tangan Firash yang tidak berselimut itu. Sejuknya tangan dia! Syaf cepat-cepat menekan butang off pada remote air-cond.

Terasa tangannya dipegang, Firash mencelikkan mata. Terpapar wajah Syaf dan Puan Farizah sedang memandangnya.

“Makan ubat dulu, nanti tidurlah.” Lembut Syaf bersuara pada Firash.Firash tidak banyak soal dan hanya menurut sahaja. Tiga biji pil itu ditelan sekaligus lalu gelas air masak yang dihulur oleh Syaf itu diteguk perlahan. Seketika dia membaringkan kembali tubuhnya di katil.

Syaf membetulkan selimut yang tersarung ke tubuh Firash dan bangun untuk mematikan lampu yang terpasang. Puan Farizah sudah lama masuk ke biliknya selepas melihat anaknya itu makan ubat.

Syaf berteleku seketika di birai katil dengan memandang wajah Firash yang sudah dibuai mimpi. Mungkin akibat kesan ubat yang dimakannya membuatkannya cepat sahaja dia lena. Seketika dia pula tersengguk-sengguk di situ. Tanpa sedar, tubuhnya mula melurut jatuh di sebelah Firash.



***



Firash terjaga apabila terasa tubuhnya dihimpit dengan sesuatu. Dia mencelikkan mata seluas-luasnya apabila tangannya merasa ada sesuatu yang berbulu menyentuh lengannya. Matanya terbuntang luas apabila melihat wajah Syaf yang sedang enak tidur di sebelahnya. Rupa-rupanya rambut Syaf yang terkena dengan lengannya. Di dalam kesamaran cahaya lampu itu, dia leka merenung wajah Syaf itu yang hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya. Lengannya yang terasa sedikit lenguh itu dipandang. Dia boleh buat bantal lengan aku?

Baru saja dia hendak mengalihkan lengannya, tiba-tiba Syaf membalikkan tubuhnya. Terasa tangan Syaf melingkari tubuhnya itu, cepat-cepat Firash memejamkan mata. Terasa jantungnya mula berdegup lebih laju dari biasa. Nasiblah aku tengah sakit. Kalau tak, ada jugak yang kena ambil kesempatan ni. Tapi nasiblah iman aku masih kuat, sambung hatinya. Eh betul ke iman tu masih kuat? Habis tu kenapa malam hari tu kau suka-suka hati aje ngap dia? Eh malam tu kan aku tak sedar, bukannya aku sengaja pun nak buat macam tu, bersambung-sambung monolog di hatinya.

Di kala itu Firash merenung lama wajah Syaf yang masih lena. Dari kening yang terbentuk cantik dan turun ke bibirnya. Dia menelan liur. Eh apahal dengan aku ni? Kan aku tak suka dia. Firash membebel dalam hati. Dia cuba bergerak ke kiri sedikit untuk menyelesakan tubuh. Ingat tak penat ke kena peluk? Boleh lemas jugak ni.

Firash tidak jadi untuk mengalihkan untuk menggerakkan tubuh Syaf yang masih lena tidur di sebelahnya. Terasa juga sedikit kasihan apabila gadis itu bersusah-payah melayan kerenahnya dari tadi. Dia memang agak manja kalau ditimpa kesakitan namun sifat manja itu hanyalah jika bersama mamanya sahaja. Tak pernah lagi dia bermanja dengan orang lain.

Suasana yang masih awal pagi itu ditambah lagi deruan air-cond yang berpupuk lembut membuatkan mata Firash kembali layu. Tanpa sedar tangannya membalas pelukan dari Syaf. Dan akhirnya mereka berdua lena sampai pagi.



***



Syaf membetulkan kedudukan tubuhnya yang masih lena tanpa mencelikkan mata. Terasa sedikit lenguh apabila kekal di dalam posisi yang sama saja. Merasakan ada sesuatu yang sedang memeluk tubuhnya, dia makin mengeratkan pelukan. Hangat pelukan itu serta deru nafas perlahan yang menampar ke lehernya membuatkan matanya yang masih mengantuk itu sedikit terbuka.

Seketika mulutnya hampir ternganga. Wajah Firash yang betul-betul rapat dengan wajahnya itu sedang lena tidur. Macam mana aku boleh tidur dengan dia ni? Fikirnya sebelum cuba mengingatkan kembali apa yang telah berlaku semalam. Oh patutlah aku boleh tertidur kat sini.

Dia cepat-cepat cuba untuk menjauhkan diri. Namun pelukan erat yang melingkari tubuhnya itu menyebabkan tubuhnya hampir tidak dapat bergerak. Perlahan-lahan tangan Firash itu dialihkan. Huh! Berat gila tangan dia ni, makan apa lah! Bebel Syaf dalam hati. Dengan berhati-hati tangan Firash diletakkan kembali ke katil sebelum dia melangkah turun dari katil.

‘Dah pukul berapa agaknya sekarang?’ Bisik Syaf lalu menjeling jam yang berada hampir dengan katil milik Firash. Huh! Dah nak masuk pukul empat pagi rupanya. Baik aku keluar cepat-cepat nanti mama tengok aku tidur aku kat sini, boleh malu setahun pulak macam hari tu.

Pintu yang tertutup rapat itu ditolak namun belum sempat dia menutupnya kembali, kelibat seseorang sedikit mengejutkannya. Mama?! Syaf tersenyum kecil dan cuba berdeham.

“Mama baru aje nak kejut kamu.” Puan Farizah bersuara. Dia tahu yang Syaf tertidur tadi semasa gadis itu menunggu Firash.

“Oh yeke? Tak apalah Syaf dah bangun ni. Nak masuk bilik kejap. Nanti Syaf turunlah.” Balas Syaf sebelum Puan Farizah bersuara. Sebenarnya terdetik juga perasaan segan apabila Puan Farizah yang sedang tersenyum tadi.

Laju saja Syaf ke biliknya untuk membersihkan diri ala kadar sebelum turun ke dapur untuk membantu Puan Farizah. Di kala sedang mengesat mukanya dengan tuala, dia bergerak ke meja studi yang penuh dengan fail ofis serta laptopnya. Matanya tertancap pada satu kalendar tiga segi yang berada di mejanya. Kalendar itu ditarik dan didekatkan pada wajahnya.

‘Hmm, dah tak lama lagi pun nak raya.’ Bisik hatinya sementara tangan mengira-ngira hari sebelum mereka bertolak ke kampung. Namun jarinya terhenti pada satu tarikh yang mengingatkannya pada sesuatu. Ya, malam itu. Malam yang bermulanya kejadian hitam di dalam hidupnya. Malam yang merubah keadaan dirinya seratus peratus. Tanpa sedar air matanya menitik ke pipi mulusnya.





p/s : ni full version tau..hehe...enjoy :DDD

Thursday, September 22, 2011

Cebisan SSID -8




Bab 8



“Masih sakit lagi ke perut tu?” Puan Farizah menyoal dengan nada bimbang. Tadi Firash tak pergi solat terawih kerana sakit perut katanya. Hanya dia dengan Syaf saja yang pergi. Ingatkan bila dah balik, sakit perut Firash tu dah okey tapi macam nampak makin teruk saja.

“Sakit jugaklah sikit-sikit.” Balas Firash dengan kerutan di muka. Kesakitan di perut menyebabkan tangannya sedikit menggeletar. Wajahnya yang sedikit cerah itu mula kelihatan memerah. Peluh-peluh juga sudah memenuhi ruang dahi.

“Teruk sangat ke? Pergi klinik aje lah.” Puan Farizah menghampiri Firash yang berdiri tu sambil memegang sofa. Wajah yang sedikit pucat itu direnung seketika.

It’s okey ma. Boleh tahan lagi ni.” Balas Firash perlahan. Dia melabuhkan punggung di sofa sambil memejamkan mata. Tangan masih memegang perut yang sedang memulas.

“Mama tengok macam dah teruk sangat tu, pergi aje lah klinik. Suruh Syaf saja hantarkan.” Nasihat Puan Farizah lagi. Firash laju saja menggeleng. Tak naklah kalau kena pergi dengan Syaf tu. Kalau kena inject ke nanti lagilah dia tak nak. Ngeri saja kalau dibayangkan.

“Takpe ma, boleh tahan lagi ni.” Tubuh dibaringkan ke sofa. Kedua-dua belah kaki dibengkokkan sehingga lutut hampir ke perut.. Kali ni sudah enam kali dia ulang alik ke tandas. Kaki pun dah terasa lenguh untuk berjalan. Silap-silap nanti kena papah aje kalau nak pergi tandas.

“Janganlah degil, mama takut nanti melarat aje.” Sambung Puan Farizah lagi. Bertambah-tambah risaunya apabila melihat wajah Firash yang mula berubah pucat. Mesti sakit sangat tu.

“Mama panggil Syaf eh?” Puan Farizah seraya bingkas bangun dan menapak ke tangga. Firash dah tak sempat nak menghalang kerana perutnya kembali memulas. Terkocoh-kocoh dia berjalan ke tandas.



***



“Syaf.”Panggil Puan Farizah lembut di muka pintu. Diperhatikan Syaf yang tengah menaip sesuatu di komputer ribanya. Mungkin ada kerja ofis yang perlu disiapkan mungkin.

“Ada apa ma?” Soal Syaf yang tengah duduk di meja studi itu. Dia mengklik butang tetikus untuk save sebelum berpaling ke Puan Farizah. Dilihatnya Puan Farizah telah berada di sisinya.

“Tolong hantar Firash pergi klinik kejap, mama tengok macam dah teruk aje sakit perutnya.” Bagitahu Puan Farizah. Syaf yang mendengar sudah tercengang. Sakit perut? Tulah masa berbuka tadi makan macam tak ingat dunia. Mestilah perut tak boleh terima kalau terus makan banyak-banyak macam tu. Huh!

Hurm...Yelah. Nanti Syaf tukar baju kejap.” Syaf bingkas bangun dan menuju ke almari pakaian. Sehelai sweater disarungkan ke tubuh untuk melindungi tshirt lengan pendek yang dipakainya sekarang. Tudung bawal hitam dipakai ala kadar.

Tergesa-gesa dia menapak ke tangga mengekori Puan Farizah dari belakang. Dilihatnya Firash sedang memegang dinding sambil memejam mata. Wajahnya kelihatan sedikit pucat dengan peluh yang membasahi dahi.

“Kenapa pulak ni?” Soal Puan Farizah lalu merapati Firash. Firash kelihatan menggeleng-geleng sedikit kepalanya. Sementara Syaf hanya memandang tanpa sebarang kata.

“Mesti muntah ni.” Sambung Puan Farizah. Dah tahu yang anaknya itu ada penyakit gastrik. Kalau gastrik biasa-biasa saja dia tidak kisah sangat tapi jika dah muntah memang teruklah tu. Firash hanya menunduk kepala. Syaf yang memandang turut berasa kasihan. Hilang terus rasa nak menyindir tadi.

“Buat apa lagi tu? Cepat pergi. Nanti makin teruk pulak ni.” Bebel Puan Farizah lalu menolak sedikit tubuh Firash ke pintu depan. Dihulurkan wallet kepada Syaf yang berdiri di sisinya. Syaf menyarung sandal dan segera ke pintu kereta. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia terpaksa membuka pintu kereta untuk lelaki dan lelaki itu ialah Firash. Rasa macam tak percaya saja!

Firash melangkah masuk dengan berhati-hati dan terus bersandar di tempat duduk sebelah pemandu. Mood untuk bercakap terus tak ada bila dah sakit macam tu. Matanya dipejamkan. Syaf menghidupkan enjin kereta lalu kereta menderum laju meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.



***




Sesampainya di tempat parking, Syaf mengeluh perlahan. Kedudukan klinik yang agak jauh dari situ membuatkan dia mengerling lama ke arah Firash di sebelah. Dia ni boleh jalan ke tak? Takkan aku nak papah pulak kan?

“Err..Kau boleh jalan tak ni?” Soalnya dengan sedikit ragu. Diperhatikan Firash hanya memejamkan mata tanpa bersuara. Selpas berdiam diri hampir seminit barulah Firash membuka matanya. Dia sekadar mengangguk dan terus membuka pintu kereta.

Firash berjalan perlahan-lahan mengekori Syaf dari belakang. Oleh kerana nasib mereka tidak begitu baik, terpaksalah mereka berjalan agak jauh untuk ke klinik. Syaf yang faham kesakitan Firash itu memperlahankan sedikit langkahnya supaya agak seiringan dengan Firash. Walhal dalam fikirannya sudah mula terfikir, kalau Firash jatuh macam mana nanti? Larat ke aku nak angkat dia?

Syaf tidak perasan bila mana mereka sudah tiba di klinik. Itupun Firash berdeham kepadanya. Hampir saja dia mengetuk kepalanya kerana terlalu leka melayang fikiran.

Masuk saja di ruang klinik, Syaf terus mendaftarkan nama Firash di situ kerana sejak dari tadi dia memegang wallet lelaki itu. Kemudian mereka terpaksa menunggu giliran kerana terdapat hampir lima atau enam orang pesakit yang sedang menunggu lagi. Firash memerhatikan saja kelakuan Syaf tanpa bersuara. Bukan tak nak bersuara, tetapi sakit yang dialami membuatkan mulutnya berkunci.

“Encik Firash Arshad.” Panggil pembantu klinik yang memakai baju kurung biru. Syaf sedikit terkejut. Dia memandang Firash di sebelah.

“Err...Boleh jalan ke tak ni?” Soalnya apabila melihat Firash berkerut-kerut muka. Dia tahu penghawa dingin yang sedikit sejuk itu menambahkan lagi kesakitan yang sedia ada.

“Hurm...” Firash hanya menggumam. Dia cuba memaksa tubuhnya untuk bangun walaupun perutnya masih terasa senak. Di kala itu dia tidak dapat menyeimbangkan diri lalu hampir saja terjatuh. Namun dia hanya mampu mengeluh lega apabila ada tangan yang lebih cepat menyambar pinggangnya. Seketika dia berpaling ke sisi. Wajah Syaf yang merenungnya tidak berkelip itu menyapa pandangan. Syaf pula merasakan pipinya seakan panas saja apabila terpaksa memeluk pinggang Firash. Hee, aku bukan sengaja pun nak peluk pinggang dia tapi dah terpaksa ni. Takkan nak biarkan dia jatuh tergolek kat lantai pulak? Sudahlah orang tengah ramai dalam klinik ni!

Dengan berhati-hati Syaf menolong Firash masuk ke bilik rawatan. Pembantu klinik itu hanya tersenyum kecil apabila melihat mereka berdua.

Please have a seat Encik Firash Arshad. So boleh saya tahu sakit apa ni?” Soal doktor yang memakai tag nama Fatimah apabila melihat mereka berdua masuk. Senyuman manis terukir di bibir. Syaf duduk di kerusi yang sedikit jauh namun Firash duduk di sebelah meja doktor itu.

“Gastrik rasanya.” Balas Firash lemah. Perutnya masih lagi terasa memulas.

“Oh, mesti sebab puasa ni. Dah ramai yang jadi macam ni.” Sambung doktor Fatimah sambil senyum.

“Ermm, ada muntah-muntah tak?

“Ha? Erm, ada sekali tadi.” Balas Firash. Dia sempat mengerling Syaf yang duduk tidak jauh darinya.

“Oklah. Saya akan bagi awak ubat gastrik. Makesure kena makan ikut peraturan. If tak jadi jugak, nanti boleh datang jumpa saya lagi sebab saya takut gastrik ni melarat je.” Bagitahu Doktor Fatimah panjang lebar.

“Thanks doc.” Ucap Firash sebelum berdiri. Di kala itu Syaf sudah berada berdekatan dengan tubuhnya. Mungkin berjaga-jaga takut terjadi lagi perkara tadi. Akhirnya mereka berdua berjalan menuju ke pintu tanpa sebarang kata. Hanya Syaf saja yang mengetap bibir. Huh! Orang tolong tadi tak ucap terima kasih pun!






p/s : entry last sebelum gerak ke Shah Alam esok..ade kenduri kat sana..so mmg takkan update blog la kut tuk 4 hr ni...tu yg zura bg update sket ni...SSID-8 ni tak edit lg cuma tacap sket2 je cz tak nak bg korang penim...hehe...if ade yg tak kena bagitahulah sblm zura post full version kt p2u...apepun enjoy dis entry yer..doakn kami selamat pergi n balik ;DDD

Monday, September 19, 2011

Aku Yang Terluka Part 1 (Repost)






PArt 1


“janganla nangis sayang, kita dah nak sampai ni”

Aku tepuk-tepuk punggung kecil anak aku yang dah masuk umur enam bulan tu sambil tangan sebelah lagi pegang stereng kereta. Aren tengah menangis-nangis di baby car seat di seat penumpang.Rasanya dia demam kot sebab dari tadi asyik menangis-nangis je. Badan pun boleh tahan panas masa aku nak tanggalkan baju dia tadi. Aku cuma dapat letak cool fever je kat dahi dia je sementara nak bawak pergi klinik.

Nak tinggal sekejap pun tak boleh sebab asyik menangis. Nasibla hari ni hari minggu, kalau hari bekerja susah jugak Kak Ana yang duduk kat sebelah rumah .Yela, Kak Ana pun ada jugak anak-anak yang lain yang perlu dijaga selain jaga Aren. Cuma dia kesian kat aku je sebab tu dia sanggup jaga Aren walau aku bayar seratus lima puluh je sebulan. Kalau kat nursery, memang mahal kos dia sebab Aren ni kecil lagi, umur pun still bawah setahun lagi. Ni pun aku terpaksa bawa Aren sendiri ke klinik tanpa ditemani sesiapa sebab suami Kak Ana tak ada kat rumah sebab outstation ke Johor. Dulu, Kak Ana ada jugak teman aku ke klinik masa Aren demam waktu umur tiga bulan dulu.

Aku membelokkan kereta kancil yang berwarna kelabu ke simpang yang terdapat Klinik Zita. Dah pukul sebelas malam pun ni. Harap-harap klinik tu tak tutup lagi la. Nak ke hospital kerajaan jauh sangat, dekat sejam je baru sampai.

Sampai je kat tempat parking kereta, aku tengok klinik tu dah tutup. Alamak, macam mana ni? Aku rasa dahi Aren dengan telapak tangan, ya Allah panas gila ni. Takkan aku nak biarkan dia macam tu je? Nanti kalau demam panas pulak macam mana? Aduh, kusut-kusut kepala aku sekarang ni.

Aku buka pintu kereta dan ambil Aren letak kat bahu. Dia still menangis-nangis macam tak nak berhenti je. Tak tahan tengok dia menangis macam tu, air mata aku menitis jatuh ke pipi. Ya Allah, kau selamatkan anakku ini dari segala penyakit.

Hujan mula turun rintik-rintik dan aku bergegas masukkan Aren kat baby car seat dan mula menghidupkan enjin kereta. Nampak gayanya aku perlu pergi ke hospital besar jugak la walaupun perjalanan dia memakan masa hampir sejam dari sini. Harap-harap Aren dapat bertahan. Aku tengok Aren kat sebelah dah mula mendiamkan diri, agaknya dia penat kot sebab asyik menangis dari tadi.

Aku lihat meter kat dashboard kereta dah masuk 120km/j. Memang aku terpaksa pecut laju-laju dah sekarang ni sebab memang dah kes emergency. Tak kisah la kalau terpaksa kena saman atau speed trap pun, janji aku dapat bawak Aren sampai cepat ke hospital. Kesihatan Aren yang lebih utama saat ni dibandingkann dengan yang lain.

Masa aku tengah drive tu, aku terperasan kereta Audi TT berwarna kaler biru gelap yang ada kat depan aku tu tiba-tiba je ke kiri. Lepas tu, ke kanan dan lepas tu ke kiri balik. Dah la aku tengah nak cepat ni, kereta kat depan pulak buat hal. Mesti driver dia tengah bercakap di telefon ni. Aku merungut-rungut di dalam hati.

Tiba-tiba Aren menangis kuat dan aku terpaksa menoleh ke kiri sekejap. Bila aku pusing balik ke hadapan, aku perasan kereta Audi tu dah berhenti mengejut kat tengah-tengah jalan. Aku yang tengah drive laju tu, tak sempat nak brek dan...

Bam!!

Aku sempat tutup mata sebelum mendengar bunyi rempuhan kuat di depan. Jantung aku berdegup kencang dan dahi aku mula terasa sakit. Bila aku bukak mata, aku tengok baby car seat Aren dah bergerak sedikit ke depan akibat rempuhan tadi. Nasib baby car seat tu tak berlanggar dengan dashboard. Kalau tak, aku tak tahu la apa yang akan terjadi dengan Aren. Tapi yang membimbangkan aku ialah Aren senyap je tak menangis. Aren dah pengsan ke?

Aku cepat-cepat tanggalkan seatbelt dan bergerak sedikit ke arah Aren. Air mata aku jatuh menitik bila tengok mata Aren dah tertutup rapat dan badannya tak bergerak-gerak walau beberapa kali aku cuba cuit dia. Ya Allah, selamatkan la anakku ini, dia satu-satunya harta yang aku ada kat dunia ni sekarang.

Aku dengar cermin kereta aku diketuk berkali-kali dari luar. Aku tak nampak sangat siapa yang mengetuk sebab hujan terlalu lebat. Aku tanggalkan belt yang melingkari tubuh Aren dan aku peluk Aren rapat ke tubuh aku. Kepanasan tubuhnya buat aku mula rasa bimbang. Tapi macam mana aku nak bawa dia pergi ke hospital? Takkan nak lari macam tu je dari kemalangan ni?

Aku terpaksa turunkan cermin kereta sedikit sebab ketukan di pintu kereta makin kuat. Adoyai, macam-macam dugaan betulla. Dengan sedikit cermin yang diturunkan, aku tengok ada seorang lelaki yang berpayung tengah memandang aku tajam. Aku tertelan air liur.

“kau ni kenapa? Suka-suka je langgar kereta orang? Buta ke?”

Aku terpinga-pinga bila diherdik macam tu. Bukannya aku suka-suka pun nak langgar kereta dia tu. Dia yang drive tak betul, sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Kemungkinan untuk kemalangan memang ada kalau drive macam tu. Dia ni tak belajar undang-undang jalan raya ke? Ni aku pulak yang dipersalahkan walau tadi memang aku pecut laju. Tapi aku betul-betul ada hal kecemasan bukan saja-saja je buat macam tu.

“kau ni bisu ke? Apsal tak jawab soalan aku hah?”

Suara lelaki itu masih tinggi. Aku terkejut bila dijerkah macam tu. Air mata yang mengalir di pipi aku tidak hiraukan sebab tiba-tiba je Aren menangis kuat. Mungkin dia terkejut kot bila aku kena jerkah macam tu. Kiranya dia tak pengsan la tadi?

“err...”

Aku tak tahu nak jawab apa sebab rasa macam gelabah je sekarang ni. Dengan Aren lagi yang makin menangis kuat di bahu aku.

“apa err...err..? Gagap ke?” Dia dah bercekak pinggang pandang aku.

Sekali lagi aku diherdik macam tu. Adoyai, macam nak luruh je jantung aku ni bila dengar tengkingan dia tu.

“turun sekarang”

Arahnya sambil buka pintu kereta aku. Dah la aku tak lock tadi, so senangla dia bukak dari luar. Lambat-lambat je aku turun dari kereta. Aren terpaksa aku letak balik kat baby car seat memandangkan hujan yang masih lebat. Takkanla nak biarkan Aren terkena hujan pulak. Dia dah la tengah demam sekarang ni.

“kau tengok kereta aku tu, habis kemek. Sebab kau la ni”

Lelaki berpayung tu menunjukkan bonet kereta Audi TT dia dah kemek. Dia tak perasan ke yang depan kereta aku pun dah kemek jugak? Dahla lagi teruk dari yang dia punya tu. Yela, kereta tempatan lawan kereta luar, mana tahan.

“tapi kereta saya kemek jugak”

Aku memberanikan diri menjawab soalan dia. Dengan aku yang tak berpayung, habis basah baju kemeja yang aku pakai ni.

“aku tak kira, kau kena bayar ganti rugi”

“tapi..”

“takde tapi-tapi, ni kad aku. Nanti aku claim kat kau”

Jawab lelaki berpayung tu kat aku. Aku hanya mampu menelan liur je bila dia keluarkan kad dia. Mata aku membulat bila tengok apa yang tertulis kat kad dia tu. Habisla aku kali ni!







p/s : repost...sebab ade yg ckp takleh bace part
1...tatau nape..hope yg ni leh bace la ;)

Pendapat tentang SSID


Salam semua...Pe khabar? Hehe..harap sihat semua la naa...okeylah tak nak cakap pepanjang Cuma nak tanya korang pasal yg bace ceta SSID tu..tak kesah la yang penah bace kt blog atau p2u( thanks sudi bg komen2)...yang penah bace kt blog dah sampai epi 10 hr tu kan and zura nak cakap kalau dlm manuskrip epi 10 tu mmg tak ade lah cz ramai yg ckp kejam and ade yg tak puas hati sampai kena zura kene kutuk plus sembur lg...huhu

So far skrg ni zura dh taip sampai bab 35 36 kot (340-+ pages)...maybe ade dlm 10 11 bab lagi kot...tp tak edit lg la..mybe kalau edit nnt ade pertambahan bab, tengoklah cmne..bile tgk org lain punye bnyklah tebal..haishh...kite punye nipis kut..huhu

Hope dapat lah siapkan cepat walau time ni lah kena kongsi lappy lah..kene turun naik KL la...tak dpt nk taip siang2 hr cz takde mase lagi...haisshh mcm2 dugaan...

And nak tanya lah korang cmne pasal ceta ni...nk tahu cmne korang nak ending dia? takutlah kalau zura tulis syok sendiri kan, nnt takde plak org nk bace, huhu...sebarang komen anda amatlah dihargai ;)

Saturday, September 17, 2011

Bab 7 : Sebenarnya, Saya Isterinya Dia!



Titt Titt!!

Firash tersentak apabila terasa telefon bimbit di dalam poket seluarnya berbunyi. Serentak itu, kedua-dua tangannya dilepaskan dari pegangan di bahu Syaf. Dia beranjak sedikit dari kedudukan asal namun tubuhnya masih melindungi tubuh Syaf. Dia melihat tubuh Syaf yang masih kaku di situ, mungkin masih dalam keadaan terkejut barangkali dengan tindakan yang tak terduga itu.

Apa yang dia tahu, tindakan spontannya pada Syaf sebentar tadi bukanlah dari kemahuan hatinya namun dia seakan terpanggil untuk menolong Syaf yang sudah mulai panik itu. Walaupun dia tahu tindakannya itu agak kurang sopan di khalayak ramai terutamanya pada bulan puasa seperti ini, namun hanya itu sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu.

Telefon bimbit yang berada di tangan direnung dengan kerutan di dahi. Nama mama terpamer elok di skrin telefon.

“Hello...ha ada apa ma?” Soal Firash dengan nada sedikit kuat. Cuba mengatasi bunyi bising di sekitar. Sementara itu matanya memandang seketika ke arah Syaf yang sudah berpaling ke belakang. Mungkin cuba mengesan kedudukan Fara berada kerana Fara sudah melintasi mereka ketika dia sedang memeluk Syaf tadi.

“Firash, mama lupalah nak suruh beli ayam golek.” Puan Farizah bersuara di talian.

“Ayam golek?” Firash sudah tertanya-tanya. Sejak bila mama makan ayam golek pulak ni? Rasanya mama kurang suka dengan ayam golek.

“Ha, ayam golek. Rasa macam nak makan pulak.” Sambung Puan Farizah lagi.

“Oh okey okey. Nanti Firash belikan.” Balas Firash dan mematikan talian.

Firash cuba berpusing ke belakang, cuba melihat mungkin Fara masih ada namun tiada sesiapa. Hanya pekerja Carrefour saja yang sedang memunggah barang di troli. Apabila dia berpaling ke depan, Syaf sudah tiada di situ. Ke mana pulak dia ni? Nanti nak kena singgah bazar ramadan pulak ni.

Akhirnya matanya dapat melihat Syaf di kedudukan berjarak dua meter di depan. Berdekatan dengan rak buah-buahan. Dia melihat Syaf sedang menjinjit sebungkus epal merah.

“Aku dah nak bayar ni.” Tutur Firash pada Syaf.

“Ha?”

“Aku dah nak bayar ni, nanti nak singgah bazar ramadan pulak.” Sambung Firash lagi.

“Oh, okey.”

Balas Syaf lalu meletakkan sebungkus epal merah ke dalam troli. Namun Firash hanya berdiri memandangnya tajam. Kenapa pulak ni? Dahlah suka-suka hati saja dia peluk aku tadi, nasib aje Fara tak nampak.

“Kenapa?”

Syaf menyoal cuba menyoal walau mukanya masih terasa membahang apabila bertentangan mata dengan Firash. Fikirannya masih lagi terbayang dengan perbuatan Firash tadi.Memanglah kalau buat macam tu, Fara takkan perasan sebab aku dah terlindung dengan tubuh tinggi lampai milik dia tu. Tapi kalau Fara perasan tadi, aku pulak yang tak tahu nak jawab apa. Apa yang aku tahu pasti rahsia yang selama ini tersimpan akan terbongkar.

“Tak cukup duit nanti kau bayar.” Balas Firash selamba dan menolak laju troli ke kaunter.

“Huh?” Syaf terkedu seketika. Ciss, ingat aku tak ada duit ke nak bayar?



***



“KAU NAK TUNGGU sini atau ikut sekali?” Soal Firash lalu membuka pintu kereta.

“Ha? Hurm, ikut sekalilah.” Syaf turut keluar dari perut kereta. Fikirannya mula merancang nak beli juadah apa ketika berbuka nanti. Mulanya tadi tidak terfikir juga tetapi setelah tahu yang Firash mahu singgah ke bazar ramadan, perutnya mula menginginkan macam-macam. Haishh, dugaan berpuasa!

“Okey.” Balas Firash lalu berjalan ke arah bazar ramadan yang sudah mula dipenuhi orang itu. Yelah, dah mula lepas waktu bekerja pun. Memang berpusu-pusu lah orang yang baru datang nak membeli.

Firash dan Syaf terpaksa berjalan di dalam kesesakan orang ramai yang berada di situ. Walaupun mereka tidak berjalan seiring, namun jarak mereka masih lagi dekat antara satu sama lain. Mungkin untuk mengelak daripada terpisah jauh nanti.

Syaf sudah mula rambang mata apabila melihat pelbagai juadah yang terjual di situ. Senarai makanan yang berada di kepalanya mulai bertambah. Dari hanya bercadang hendak membeli popia basah saja tadi, dia kini telah membeli laksa penang dan puding jagung.

Apabila sudah selesai dia membeli juadah pilihannya, dia melihat Firash masih lagi tercegat menunggu giliran untuk membeli ayam golek. Agak ramai juga orang yang beratur di situ untuk membeli dan kelihatan Firash sudah mula mengesat dahi. Panas kut, fikirnya.

Syaf mula menghampiri Firash dan hanya menunggu di belakangnya. Dia terdengar Firash mengeluh. Mungkin terlalu lama menunggu kut. Sementara itu, matanya memerhati kelibat manusia yang lalu lalang di hadapannya.

‘Eh ada orang jual murtabak lah pulak.’ Desis Syaf. Terasa kecur air liur. Nak beli ke tak nak? Tapi rasa macam dah banyak makanan ni, nanti tak habis pulak nak makan. Tapi kalau tak beli nanti mesti teringat-ingat pulak bila sampai kat rumah. Ni yang aku kadang tu malas nak datang bazar ni, memang rambang saja mata. Ah beli saja lah, kalau tak habis boleh makan masa sahur pulak, dia berkira-kira sendiri.

Kakinya menurut saja gerak hatinya itu. Baru sahaja kakinya sampai di gerai itu, tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang. Dia berpusing untuk melihat siapakah yang melanggarnya. Dan matanya tiba-tiba membulat.

“Mie?” Tegur Syaf dengan nada terkejut.

“ Eh Syaf. Saya ingatkan siapalah tadi.” Balas Mie dengan senyuman. Tak sangka pulak boleh jumpa Syaf kat sini. Macam kebetulan saja.

Sorrylah tadi, terlanggar awak.” Tutur Syaf.

It’s okeylah. Eh datang dengan siapa ni?” Tanya Mie. Dia menjengah sedikit ke sisi syaf tapi tiada siapa dikenalinya di situ. Kalau dia seorang saja, bolah sembang lama sikit, fikirnya sambil tersenyum.

“Ha? Err...Emm...Firash. Eh dengan Chad.” Balas Syaf sedikit gugup. Macam mana lah boleh jumpa Mie kat sini pulak? Dahlah hampir saja kantoi dengan Fara masa kat pasaraya Carrefour tadi. Aduhai.

“Oh dengan Chad ke? Mana dia?” Soal Mie lagi. Datang dengan Chad? Terlepaslah peluang nak bersembang, dahlah Chad tu macam tak suka saja aku bercakap dengan kakak sedara dia ni.

“Ada. Tengah beratur nak beli ayam golek tu kat sana.”

Syaf menudingkan jarinya ke arah Firash yang berada tidak jauh darinya. Mie menghala pandangannya ke arah Firash. Hurm, rasanya lambat lagi kut Chad kena tunggu ayam golek tu. Bolehlah sembang-sembang sekejap dengan Syaf ni dulu, fikirnya lagi.

Hurm... Saya pun tengah tunggu Fiqri ni. Pergi beli air tebu.” Jawab Mie lalu mengambil bungkusan murtabak yang dihulur dari pakcik penjual tu.

“Oh.” Syaf mengangguk. Mesti kawan serumah dia yang seorang lagi tu.

Emm, kenapa awak tak call saya? Mesej pun tak ada. Penat saya tunggu semalam.” Soalan dari Mie membuat Syaf tersentak.

“Ha? Eh...Emm..Saya lupa.” Jawab Syaf teragak-agak. Aduhai, kenapa lah boleh tanya soalan tu pulak kat sini? Aku pun dah lupa pasal tu.

“Awak tak sudi kawan dengan saya ke?” Soal Mie lagi.

Err...Tak...Bukan macam tu.” Syaf membalas lagi. Janganlah Firash nampak pulak, dahlah hari tu macam tak suka aje tengok aku bercakap dengan Mie.



~ ~ p/s : sedikit cebisan bab 7...full version nnt kt p2u...enjoy :)