As-salam n selamat pagi semua...dah lama rasanya tak update blog sejak entry SPECIAL SSID with HAIRUL AZREEN a.k.a FIRASH tu.....now tgh tgu kata putus dr publisher...yerlah...br je dua mgu lebih hntar manuskrip SSiD tu...hope doakan yang baik2 tuk SSiD tu..hehe...kalau ikut rasa hati mmg nk smbung cerita2 kt blog ni tapi mood pulak hilang walau dh tulis dlm draft...so nmpknye kene pergi bercuti jugak walau sekejap...sebb mase siap SSiD tu tak sempat sgt nk bercuti cz masing2 busy...so jumaat n sabtu ni plan nk bercuti sat n sambil2 cari idea..so kt sini nk bg kat semua bab 18 SSiD yg FULL...maybe tak best sgt sebab takde sgt part SYAF n FIRASH....tp bab 18 ni akan DIGABUNGKAN dengan BAB 19 dan BAB 20 kt p2u sana...so hope ENJOY dis :DDD
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ASSALAMUALAIKUM.”
Salam diberi dari perkarangan halaman rumah. Syaf yang tengah menyapu di
beranda itu berpaling. Emak saudara Firash merangkap ibu kepada Imah dan Haqimy
datang menjenguk. Syaf melemparkan senyuman manis lalu melangkah turun ke anak
tangga.
“Waalaikumussalam...Erm, Mak Long masuklah.”Pelawa Syaf
sopan. Mak Long Inah melangkah naik ke tangga setelah bersalam dengan Syaf.
Matanya diliarkan sekeliling seolah-olah mencari sesuatu.
“Yelah,
mana Imah ni? Kata tadi nak datang sini.” Rungut Mak Long Inah seraya
melabuhkan punggung di kerusi rotan. Dipandangnya wajah Syaf yang duduk di
sebelahnya.
“Oh.
Tadi memang ada dia datang tapi katanya nak pergi kedai pulak. Nak beli
suratkhabar.” Jawab Syaf.
“Budak
tu memang tak pernah duduk diam. Ada saja kerjanya. Eh mana Tok Wan dengan mama
kamu?” Soal Mak Long Inah lagi.
“Ha...Ada...Nanti
Syaf panggil dia orang datang sini. Tadi ada kat dapur tu.” Beritahu Syaf
seraya berdiri. Dia melangkah menuju ke dapur. Seketika kemudian, dilihatnya
Tok Wan sedang berbual dengan Datin Farizah sambil membersihkan bekas-bekas
yang digunakan untuk raya tiga hari lepas.
“Mama,
Tok Wan...Erm, Mak Long Inah datang.”
Tutur Syaf. Dia bergerak ke singki untuk mengambil cerek.
“Ha,
yelah. Jangan lupa buat air nanti.” Pesan Datin Farizah seraya menapak dari
dapur. Diekori Tok Wan dari belakang. Syaf pula sedang memenuhkan cerek dengan
air sebelum dijerang atas dapur.
“HA, DAH
lama sampai?” Tegur Tok Wan pada Mak Long Inah. Dia melabuhkan punggung di
kerusi bersebelahan dengan Mak Long Inah sementara Datin Farizah duduk di atas
kerusi sofa lama itu.
“Baru
aje lagi mak. Datang jenguk Imah lepas
tu datang jenguk kamu jugak Zah. Kata dah nak balik esok ye?” Soal Mak Long Inah
pada adiknya itu.
“Kena
baliklah esok sebab Syaf cuti sampai esok aje. Lusa dah kena masuk kerja.”
Bagitahu Datin Farizah.
“Oh
macam tu. Orang dah bekerja susahlah nak cuti lama-lama. Macam si Qimy
jugaklah. Pagi tadi dah pun bertolak ke Kerteh.” Balas Mak Long Inah. Sementara
Tok Wan hanya mendengar saja perbualan dua beradik tu. Nak menyampuk dia tak
tahu sebab dia tak tahu sangat pasal kerja cucunya itu.
“Tu
lah pasal. Syaf tu dikira bersyukurlah dapat cuti seminggu. Tahun lepas tiga
hari aje dapat cuti.” Sambung Datin Farizah lagi. Masih teringat kata-kata Syaf
tahun lepas. Sayu hatinya sebab tak dapat ajak Syaf balik kampung. Nasiblah
hari pertama beraya, dia beraya di rumah sana.
“Hmm...Aku
tengok Syaf tu macam budak baik aje. Macam berkenan pulak.” Tutur Mak Long Inah.
Datin Farizah sudah terkejut manakala Tok Wan terbatuk-batuk. Dia mengurut
dadanya dengan tangan.
“Ha...Err, memang baik pun. Masa saya sakit
dulu, dialah siang malam jaga.” Sambung Datin Farizah lagi dengan sedikit
teragak-agak. Masakan dia lupa Syaf yang sanggup menjaganya siang malam ketika
dia sakit kerana kehilangan arwah Farish dulu. Hampir-hampir saja dia mengalami
kemurungan disebabkan hal itu. Nasib baiklah Syaf sudi menemaninya.
“Aku
rasa nak rapatkan dia orang dengan si Qimi tu lah. Kau rasa boleh tak?” Soal
Mak Long Inah lagi. Datin Farizah sudah telan liur manakala Tok Wan hanya
membisu. Syaf yang tengah mendengar dari ruang tamu itu berhenti melangkah.
Hampir saja jatuh dulang yang berisi minuman itu.
“JEMPUTLAH minum
Mak Long.” Syaf menghulurkan cawan yang berisi teh panas itu kepada Mak Long Inah.
Tidak lupa juga dihulurkan pada Tok Wan dan Datin Farizah yang sedang memandang
segala gerak-gerinya.
“Sedap
air ni. Pandai Syaf buat.” Puji Mak Long Inah. Tidak berkelip matanya memandang
Syaf yang ayu berkain batik itu. Sudah jarang sekali gadis-gadis muda berkain
batik. Berkenan sungguh hatinya untuk membuat calon menantu.
“Air
bujang aje Mak Long.” Balas Syaf lembut. Dia melabuhkan punggung di atas tikar
mengkuang yang dihampar itu.
“Yelah.
Esok dah nak balik ke?” Soal Mak Long Inah dengan penuh minat.
“Ha’ah.
Esok kena balik sebab lusa dah mula kerja.” Balas Syaf lagi. Pandangan Mak Long
Inah itu begitu mendebarkan hatinya. Dia memandang ke arah Datin Farizah dan
Tok Wan yang hanya membisu tanpa kata.
Seketika
kemudian, perbualan mereka diganggu oleh bunyi bingit enjin motor. Kelihatan
Firash baru saja balik entah dari mana. Di dalam raga motornya itu ada sebuah
guni yang berikat.
“Penatnya.”
Rungut Firash lalu meletakkan guni di anak tangga. Dia mengelap peluh di dahi
dengan tangan.
“Kamu
pergi mana tadi?” Soal Tok Wan. Firash berpaling dan memandang satu persatu
wajah yang sedang memandangnya.
“Pergi
panjat pokok rambutan, lagipun esok dah nak balik.” Balas Firash. Matanya
terhenti pada wajah Mak Long Inah. Kenapa tiba-tiba dia datang ni? Biasa jarang
nak jenguk Tok Wan walau duduk pun satu kampung saja.
“Oh
baguslah tu. Tak ada orang nak perabis
jugak rambutan tu semua.” Balas Tok Wan lagi.
“Tu
lah pasal.” Balas Firash seraya bersandar di pemegang tangga. Penat dirasakan
akibat memanjat tadi. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dipetik semua buah
yang ada. Tapi tak muat pulak nak isi kat bonet kereta esok.
“Syaf
dah ada teman lelaki?” Soal Mak Long Inah tiba-tiba. Syaf sudah tersentak.
Dipandangnya wajah Datin Farizah dan Firash yang sedang merenungnya silih
berganti.
“Err...”Syaf sudah kehilangan kata-kata.
Manakala ekor matanya menangkap kelibat Firash yang tiba-tiba saja berdiri.
“Nak
ke mana tu?” Soal Mak Long Inah pada Firash yang dah bergerak masuk ke dalam
rumah.
“Mandi.
Panas.” Balas Firash tanpa nada sebelum melajukan kaki ke dalam rumah. Tok Wan
sudah tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Panas hati lah tu!
BEG-BEG
pakaian sudah penuh terisi di dalam bonet kereta. Pelbagai sayur kampung juga
telah terisi. Ada pisang beberapa ikat, beberapa biji buah nenas dan timun
serta lada besar yang diambil dari kebun kecil milik Tok Wan. Syaf duduk di
atas pangkin di bawah pokok jambu dengan Imah. Hanya Firash sahaja mengangkut
barang ke dalam kereta.
“Bila
pulak Kak Syaf nak balik sini?” Soal Imah pada Syaf yang ralit memerhatikan
Firash mengangku barang ke kereta. Kelihatan peluh terpecik di dahi dan di
belakang tshirt berkolar yang dipakai.
“Ha?
Erm...Tak tahulah lagi bila Imah.
Tapi kalau ada kesempatan memang akak nak datang sini lagi.” Balas Syaf.
Walaupun hanya seminggu dia berada di sini, dia telah mula menyayangi gadis
muda yang baru habis sekolah itu. Sudah dianggapnya sebagai adik sendiri.
“Lambat
lagi lah macam tu. Nak-nak nanti bila Kak Syaf balik, Imah dah tak ada sebab
dapat sambung belajar.” Balas Imah perlahan. Terasa sedikit sedih pula hendak
berpisah dengan Syaf. Dia mula menganggap gadis itu seperti kakaknya sendiri
lantaran dia tidak mempunyai adik beradik kandung perempuan.
“Jangan
sedihlah. Ada cuti nanti Kak Syaf balik lagi. Lagipun kan dah janji tahun depan
kalau musim durian kita nak makan sama-sama.” Ujar Syaf sambil tersenyum.
Dipegangnya tangan gadis itu seketika.
“Yelah.
Janji tau. Kalau Imah dah dapat sambung belajar nanti, jangan lupa datang
jenguk tau.” Syaf mengerut sedikit kening.
“Kat
mana Imah nak sambung belajar ni?”
“Hmm...Imah ingat nak masuk universiti
tapi mak suruh masuk maktab. Jadi Imah tunggu panggilan dari maktab aje lah.”
“Oh
nanti Imah jadi bakal cikgu lah ni.” Syaf tersenyum dan Imah sedikit ketawa.
“Ha’ah
lah. Jadi cikgu nanti dapat kahwin awal.” Balas Imah selamba.
Syaf
sekali lagi mengerutkan sedikit kening. Tak faham dengan kata-kata Imah itu.
“Apa
maksud Imah dapat kahwin awal?”
“Kak
Syaf ni. Kan orang perempuan yang dah habis maktab kenalah cepat kahwin sebelum
kena posting jauh. Tak sanggup Imah
kena pergi Sabah Sarawak. Nanti setahun sekali pun belum tentu dapat balik.”
Imah mencebik. Dan Syaf melepaskan ketawa sedikit kuat yang menyebabkan Firash
berpaling memandangnya. Serta-merta ketawa itu diperlahankan.
“ADA MASA
nanti jangan lupa datang sini lagi.” Pesan Tok Wan pada Syaf yang baru saja
selesai bersalam dengannya. Dipeluk tubuh gadis itu erat seakan cucunya
sendiri.
“InsyaAllah
Tok Wan. Nanti ada cuti, Qira datang sini lagi.” Syaf berjanji dan dia dapat
lihat mata Tok Wan sedikit merah.
“Yelah.
Tok Wan akan tunggu Qira datang. Yang lain susah dah nak jenguk Tok Wan kat
sini. Yelah, masing-masing pun duduk jauh. Kadang tu raya pun jarang balik.” Sambung
Tok Wan lagi. Kini dia sudah mengesat air matanya dengan hujung baju kurung
Kedah. Syaf pula sudah merasa sayu dengan kata-kata Tok Wan itu. Menusuk masuk
ke dasar hatinya.
“Jangan
sedih Tok Wan, nanti Qira datang lagi ye.” Sekali lagi tubuh Tok Wan itu diraih
ke dalam pelukannya. Sudah terasa seperti memeluk darah daging sendiri walau
Tok Wan itu hanyalah nenek kepadaa Firash.
“Qira,
Tok Wan nak pesan ni. Jaga suami Qira tu baik-baik.” Pesanan Tok Wan yang
terakhir tu membuatkan jantung Syaf hampir terhenti. Dia melepaskan pelukan dan
memandang Tok Wan lama. Apa maksud kata-kata Tok Wan itu? TokWan dah tahu ke
pasal ni?
“Err....”Syaf sudah kehilangan kata-kata
untuk membalas. Apabila melihat anggukan dari Tok Wan itu, dia menjeling
sekilas ke arah Firash yang sudah membuka pintu kereta.
“Jaga
dia baik-baik.”Pesan Tok Wan lagi sambil menyimpul senyum. Dan akhirnya Syaf
juga mengangguk perlahan. Mungkin orang tua seperti Tok Wan dapat kenal gerak geri
mereka berdua.
“Balik
dulu Tok Wan, Assalamualaikum.” Ujar Syaf dari pintu kereta. Datin Farizah
sedang bersalam dengan ibunya.
“Balik
dulu mak.”
“Yelah,
hati-hati bawak kereta tu Firash.” Pesan Tok Wan pada Firash yang telah
menghidupkan enjin keretanya. Firash mengangguk perlahan sebelum mengangkat
sedikit tangannya. Seketika kereta Toyota Camry itu bergerak menuju ke jalan
besar.
“Firash,
Qira.” Tutur Tok Wan sambil tersenyum sebelum melangkah naik ke rumah.
BAB 19
SYAF RALIT
memerhatikan Firash yang memandu di sebelah. Sekejap kereta mula ke kiri dan
sekejap mula ke kanan. Dia perasan semua tu. Beberapa kali dia melihat Firash
menahan menguap dengan tapak tangan.
“Kalau
mengantuk, stoplah dulu tak pun tukar
driver.” Cadang Syaf bila Firash dah
mula menurunkan cermin tingkap kereta. Angin malam mula menerobos masuk.
Mungkin dia sengaja buat macam tu untuk hilangkan mengantuk kut, fikir hati
Syaf.
“Aku
okay lagi.” Firash membalas. Kejap
pegangannya pada stereng kereta. Puan Farizah memerhatikan dari belakang. Sudah
masak benar dengan perangai anaknya yang sedikit keras kepala. Bukannya nak
dengar cakap orang lain pun.
“Kereta
depan tu!” Syaf sedikit menjerit apabila kereta Toyota Camry tu hampir saja melanggar
dengan bontot kereta ProtonWaja di hadapan mereka. Rasa-rasanya kalau terleka
tadi memang konfem berlanggar. Firash
tersentak lalu sedikit kelajuan memperlahankan kereta. Syaf mengurut dada
dengan tangan. Rasa macam nak terbang saja nyawanya tadi.
“Firash,
bagi Syaf drive pulak. Nampak dah ngantuk sangat tu.” Tegur Datin Farizah
dari belakang. Bukannya dia tak perasan dengan apa yang berlaku tadi. Dia hanya
mampu menutup mata dan beristighfar panjang apabila terdengar jeritan Syaf.
“Ala
ma, dah tak jauh dah.” Firash bagi alasan. Sebenarnya nak tunjuk depan Syaf yang
tetap boleh memandu empat jam lebih tanpa henti. Takkan nak
tunjuk lemah pulak kan? Jatuhlah egonya! Sudahlah masa balik kampung hari tu,
mamanya yang ambil alih sebelum sempat sampai ke kampung. Tapi bukannya masa tu
Syaf tengah sakit ke? Takkan aku nak biar dia macam tu pulak kan? Hatinya
berperang dengan perasaan sendiri.
“Takde-takde.
Bagi aje kat Syaf. Kamu tu baik tidur
aje dulu.” Sambung Datin Farizah tegas. Kena suruh si Syaf ni drive jugak walau sekejap. Nanti tak
pasal-pasal pulak semua yang dalam kereta ni menempah tiket percuma ke rumah
bertiang dua.
“Tapi
ma...” Firash sekali lagi cuba memberi alasan.
“Mama
cakap, tukar-tukar aje lah.” Garang Datin Farizah bersuara.
“Yelah-yelah.”
Firash dah mencebik. Dia menjeling tajam ke arah Syaf yang hanya membuat muka
selamba. Dalam hati Syaf, dari tadi duduk menahan ketawa.
Firash
memberi signal, lalu kereta berhenti
ke bahu jalan. Mereka berdua beralih tempat duduk. Syaf pula yang memandu.
Firash di sebelah sesekali menjeling ke arah Syaf. Seperti muka tak puas hati
saja.
Seketika
semuanya senyap membisu. Hanya bunyi lagu dari radio yang berkumandang. Syaf
mengalih pandangan ke sebelah sekejap. Nampak Firash dah lena, siap terlentok
lagi di sebelah cermin tingkap.
“Kata
tak mengantuk tapi tengoklah tu, tak sampai setengah jam pun dah lena.” Rungut
Datin Farizah dari belakang. Syaf hanya
mengukir senyum sahaja. Biarlah dia lena, penat sangat agaknya tu.
p/s : disebabkan bab 18 tu takde sgt part dorang, so zura letak sikit sambungan bab 19...hope berpuas hati lah...thanks sudi bace :D
12 comments:
nice kak zura...
ahakkk i like...
tp pendek la..
kasi la pjg2 sket...
hehehe
suka...=)
like..like..like..
A'aa . la kasi la panjang2 sikit..
best2 ..
Alaa.. Nape pendek sgt??? Lain kali akak update panjang2 skit! Baru nak dpt mood terus habis! Hahaha..
\(^_^)/ best ngat.. tp xpuas baca sbb pendek ngat... huhuhu..
kenapa pendek sgt???... sambung sikit lagi boleh??...:)))
tq..nt klu dh ada idea smbung lg ye..hehehe
hahaha... firash-firash. nk control macho konon boleh drive lebih 4jam. pdhal ngantuk sgt. ish seriau bwk keta cam tu. ego bebenor mamat ni. syaf bila la nk bt mamat ni lentok ckit br la dia xego sgt. hehehe...
Ad_deen : hehe...thanks..nk panjang tgu p2u na...sane 3 bab nnt..hehe
nurfazila : thanks :)
Cik Pnesil, Ayumu, Miss FF n Rabaah : hehe..sorry bab 18 mmg bab pendek..so tu letak bab 19 sket..smbungan nnt tgu p2u..mmmg panjang giler...harap tak boring lah bace..hehe
aisy :ur wc : smbungan ktp2u sane yer..hehe
ivory : hehe...tu lah pasal..mmg bahaya kalo ngantuk still nk drive...kate org tak nak dgr....hehe..nnt dia lentok gak sikit kut..haha
best! tak sabar nak baca kat p2u ni. huhuhu keluar weekend ni ke kat p2u? jgn la lambat lagi.
er tapikan, zura byk tertinggal perkataan.check lagi ya nti. oh ya klo pisang blh pakai sikat, ikat tak sesuai.
:) still value walaupun bab nie simple je..tapikan picture firash makan ice-cream tue cute la *sheepish grin*
yong : hope kuar hr ni (jumaat)..dh send tiga bab sane....bab2 typo n kesalahan ayat tu dh takleh dibetulkan lg cz dh hntr manuskrip...biase lah kalo takde yg nk tolong edit ni...btw thanks tegur :)
bell : hehe...haizz bell, asek duk komen pic tu je..haha ;p
Post a Comment