:: My gangS :: TQVM

Sunday, November 20, 2011

TEASER BAB 16 SSID




HAMPIR TIGA jam Syaf cuba untuk memejamkan matanya namun matanya langsung tidak mahu memberi kerjasama. Terkebil-kebil dia memandang siling rumah sambil mengurut perlahan pinnggangnya yang terasa sakit. Dia mengeluh perlahan. Ni lah akibatnya kalau lama tak datang period! Tubuh dah mula sakit sana sini!

Merasakan dirinya sudah tidak mampu untuk menanggung kesakitan itu. dia bangun dari katil dan cuba mencari apa-apa saja ubat yang ada di dalam bilik itu. Namun agak hampa kerana bilik itu tidak mengandungi apa-apa walau hanya minyak panas.

Teringatkan sesuatu yang dipandangnya ketika siang tadi, dia menuju ke arah ruang tamu. Tebongkok-bongkok tubuhnya di situ. Tangannya laju menyelongkar apa saja yang berada di atas kabinet tv itu. Namun segalanya hampa apabila benda yang tidak dikehendaki tidak dijumpai. Rasanya semalam dia nampak deretan botol minyak ubat di kabinet yang menempatkan tv itu. Takkan dalam dalam sekelip mata saja boleh hilang kut? Hatinya tertanya-tanya sendiri sambil mengeluh perlahan

Dia terduduk di kerusi sambil mengurut pinggangnya yang terasa sudah mula kebas bercampur sakit. Dah bukan sedikit ni tapi makin sakit pulak. Dari tadi lagi dia tidak boleh tidur disebabkan hal ini. Biasanya dia akan meletakkan minyak panas untuk mengurut. Dulu semasa ibunya ada, selalu saja ibunya akan menjadi pengurut tak bertauliah. Dan kalau di rumah sewanya pula, Fara yang biasa menjadi tukang urutnya. Namun sekarang bila duduk di sini, dah tak ada siapa yang nak mintak tolong. Takkan nak mintak Puan Farizah pulak? Mengingatkan hal itu, perasaannya menjadi sayu. Sebak.

Akhirnya dia termenung sendiri sambil memeluk lutut di sofa kecil di ruang tamu itu. Hanya memandang ke arah tv yang bergelap tanpa melakukan apa-apa. Terdengar derapa langkah seseorang membuatkan jantungnya sedikit berdebar. Siapa pulak ni? Rasanya semua dah tidur kut tadi.

Matanya menangkap bayangan hitam di dinding sebelum dia menjatuhkan kedua-dua kakinya ke lantai. Susuk tubuh Firash yang sedang terpacak di hadapannya direnung dengan perasaan sedikit terkejut. Macam dah boleh agak aje siapa, bisik hati kecilnya sambil cuba membetulkan kedudukan balang kuih raya di atas meja kopi.

“Kenapa tak tidur lagi ni?” Soal Firash seraya meletakkan tangan ke dalam poket seluar bermudanya. Kat sini dia terpaksa tidur dengan memakai baju disebabkan suasana malam yang agak sejuk. Kalau di rumahnya, tak ada pun nak kena pakai baju macam ni.

“Err...Aku nak tidurlah ni.” Gugup Syaf bersuara lalu bingkas bangun dari sofa itu. Firash menjongketkan kening seperti tidak berpuas hati dengan jawapan dari Syaf tu. Lengan gadis itu ditarik semasa Syaf cuba melepasinya. Mata Syaf membulat kerana terkejut. Firash pula memandangnya tidak berkelip.

“Firash, aku nak tidur ni. Dah lewat pun.” Bergetar suara Syaf di situ sambil cuba merungkaikan tangan Firash yang memegang lengannya. Firash memandang tepat wajah Syaf yang kegelisahan. Seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

“Baik kau cakap dengan aku! Kau buat apa kat ruang tamu ni pagi-pagi macam ni?” Soal Firash dengan nada sedikit ditegaskan. Syaf menggigit bibir menahan sakit pinggangnya yang kadangkala menyerang secara tiba-tiba. Takkanlah aku nak bagitahu kat Firash pulak pasal ni? Bisik hatinya.

Sedikit bengang dengan kebisuan gadis itu, Firash bertindak dengan memusing gadis itu berhadapan dengannya. Pinggang gadis itu ditarik sedikit kuat sehingga menimbulkan kerutan di wajah Syaf.

“Auchh!” Syaf sedikit menjerit kala tangan Firash menyentuh pinggangnya. Dia memejamkan matanya seketika cuba untuk menghilangkan rasa sakit itu sehingga hampir bergenang air mata di tubir matanya. Firash yang sedikit terkejut terus saja memandang wajah Syaf yang masih berkerut. Dan dia dapat melihat mata gadis itu seakan berair.

“Kau kenapa?” Soalnya sedikit risau melihat Syaf yang sedikit menunduk ke lantai sambil sebelah tangannya memegang pinggang.

“Aku...Err...” Syaf tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya kerana merasakan suaranya sudah hampir serak menahan sakit.

“Kau sakit ke?” Soal Firash lagi dengan nada tidak berpuas hati. Cuba mengintai wajah Syaf yang sedang menunduk.

Syaf menarik nafas panjang. Cuba untuk menahan air matanya dari gugur. Ya Allah, sakitnya! Jerit hatinya lagi sambil sebelah tangannya menekan pinggang.

Entah kenapa Firash dapat merasakan kelainan dari keadaan tubuh Syaf itu. Seakan menggigil dan tangannya terasa sejuk seperti ais. Firash mula terfikir bukan-bukan. Dan di saat tubuh gadis itu terasa seperti hendak terlorot ke lantai, dia cepat-cepat mengemaskan pautannya ke pinggang lalu menghadang dengan tubuhnya. Kepala gadis itu tersandar di dadanya.

Syaf sudah tidak tahu untuk bereaksi apa-apa lagi. Kesakitan di pinggangnya mengatasi segalaya. Perlahan-lahan air matanya yang cuba ditahan tadi gugur juga. Firash yang terasa ada air hangat yang membasahi baju tshirt yang dipakai sedikit terkejut. Dia cuba untuk mengalihkan kepala Syaf namun gadis itu hanya mengeraskan diri.

“Kenapa ni?” Soal Firash sedikit lembut. Dia mengusap perlahan rambut Syaf yang menutup muka gadis itu.

“S-sakit.” Terketar-ketar Syaf menjawab dengan nada tenggelam timbul dengan esakan kecil. Firash yang tidak tidak tahu untuk berbuat apa-apa itu cepat-cepat menghulur tangannya ke belakang tubuh gadis itu. Dan sekelip mata Syaf terasa tubuhnya terawang. Matanya yang sedikit terpejam itu hampir dibulatkan apabila ierasa yang lelaki itu telah mencempungnya menuju ke bilik. Perlahan-lahan tangannya dirangkul ke leher Firash untuk mengimbangkan tubuh.

Jantungnya mengepam laju apabila Firash menolak pintu biliknya yang tidak tertutup rapat itu dan berhati-hati meletakkannya ke atas katil. Dia cuba untuk bangun namun Firash terlebih dahulu menahan.

“Tunggu kejap.” Arah Firash seraya mengunci pintu biliknya. Syaf hanya diam memerhati perbuatan Firash itu walaupun jantungnya sudah berdebar sakan. Apa yang dia nak buat ni? Bisik hatinya sebelum memandang Firash yang sedang membuka laci meja solek.

Kelihatan satu botol kecil dibawa oleh Firash menuju ke arahnya yang sedang bersila di atas katil. Firash melabuhkan punggung dan memandang wajah Syaf yang agak memerah tadi. Sakit sangat ke sampai boleh menangis? Fikirnya.

“Kau baring kejap.” Arah Firash lagi. Syaf sudah terkebil-kebil di situ. Arahan Firash itu seperti tidak dapat ditangkap olehnya.

Firash mengeluh perlahan. Dia bergerak ke katil dan menolak sedikit tubuh gadis itu sehingga terbaring. Syaf sudah membulatkan mata kerana terkejut dengan tindakan Firash itu. Dia cuba untuk bangun namun sekali lagi tangan Firash menekan bahunya supaya kembali terbaring. Dia nak buat apa ni? Fikirannya sudah mula berfikir bukan-bukan apabila Firash memandang ralit memandang matanya.

“Err...Kau nak buat apa ni?” Soalnya sedikit gugup. Firash mula tersenyum nipis dan mula mendekatkan wajahnya ke arah wajah gadis itu. Hanya beberapa inci saja sebelum bersentuh.

“Kau rasa aku nak buat apa?” Soal Firash dengan menaikkan sedikit keningnya. Namun di dalam hatinya sudah hampir ketawa melihat reaksi gadis itu.

“Kau..Kau jangan...Aku tengah period ni.” Luah sedikit terketar Syaf memberi alasan. Dia ni biar betul? Takkan masa-masa macam ni pun pakat main aci redah aje!

Firash hampir saja ketawa namun cuba ditahan. Kalut! Itulah yang digambarkan olehnya pada gadis itu.

“Kalau aku nak jugak macam mana?” Soal Firash lagi. Syaf hampir-hampir saja pitam. Namun kesakitan di pinggangnya semakin mencucuk.

“Err..Aduh..” Syaf menekan pinggangnya dengan tangan. Wajahnya berkerut menahan sakit. Firash yang tak sampai hati nak mengusik Syaf itu kembali kepada kedudukan asal. Botol minyak panas yang terletak di birai katil itu dicapai. Penutup botol itu dibuka perlahan untuk mengelak isinya tertumpah di situ. Dia bergerak sedikit lagi menghampiri Syaf yang seakan merengkok kesakitan.

Laju sahaja tangannya menyelak baju tidur gadis itu sehingga menampakkan perut. Syaf yang masih di dalam kesakitan itu terkejut sakan.

“Eh apa ni?” Tangannya cuba menepis namun tangan Firash cepat saja menahan. Membahang mukanya apabila tangan Firash sudah menolak sedikit seluar tidur yang dipakainya sehingga menampakkan lekuk pinggangnya.

“Duduk diam-diam. Aku nak letak minyak panas ni.” Arah Firash lagi. Syaf mengeluh kelegaan. Ingatkan nak buat apa lah tadi, fikirnya sambil cuba memejam mata. Menikmati urutan lembut dari tangan Firash di sekitar pinggangnya.

Lima minit berlalu. Firash masih lagi mengurut-urut lembut di sekitar pinggang gadis itu. Sekali sekala dia menjeling ke arah Syaf yang sudah memejam mata. Dah tidur ke? Bisiknya sambil cuba mengawangkan tangan pada wajah Syaf. Namun gadis itu hanya diam tanda kemungkinan dia sudah tidur.

Firash perlahan-lahan bangun dari katil dan mematikan suis lampu yang terpasang. Dia mula memanjat katil dan berbaring di sebelah Syaf. Deruan nafas lembut yang keluar dari bibir gadis itu menandakan Syaf sudah lena. Dia tersenyum kecil dan merapatkan tubuhnya ke sebelah tubuh Syaf secara mengiring.

Kepala gadis itu diangkat perlahan dan berhat-hati dia meletakkan di atas lengannya. Helaian rambut yang menutup pipi dan dahi disebak lembut ke belakang. Lama dia memerhatikan wajah Syaf yang sedang lena tidur itu sambil jarinya mengusap lembut pipi gebu Syaf. Tenang dan mendamaikan.

“Kau buat aku risau aje lah.” Gumamnya perlahan sebelum bibirnya laju mengucup dahi Syaf lembut. Dia menarik nafas panjang dan cuba untuk memejamkan matanya. Akhirnya tanpa sedar dia tertidur di situ.




p/s : sorry cz bab 15 tak kuar lgi kt p2u tp teaser bab 16 dh letak..tp takde edit2 lg..hope enjoy :D

15 comments:

Ria Natsumi said...

ok kak....best....hihihihihi ria pun ada babak macam ni tapi rasa nak cancel aje la hahhaha

zura asyfar said...

ria : ni tak edit lg..if edit nnt kena tapis2 lah dulu kut..hehe

eija said...

fuhyoooo.. I suka btl dgn cite2 cm nie... Lmbat lg ke nk novel nie nk dterbitkn..??

Nurfazila Suhaide said...

baiknya Firash..hihi...

siti izaidah said...

ske bab ni..sweet je..:)

Karya Lepak said...

sweet eh si firash ni

syahirah said...

terrbaekk la bab ni

Afifah Yusof said...

Firash ni bestlah... hihihi... agaknya bila sedar pagi esoknya, apa reaksi Syaf?? hahaha.... tak sabar nak tunggu... tapi, bab 15 dulu.. p2u, cepatlah update... ^_^

Wild Cherry said...

baiknye firash ni...

amira aihara said...

giler baik si firas nie...hehhe
sis,mira pun ada part lebih kurg mcm nie dlm novel...
sbb mira pun ada pykit senggut yg kronik ,2 yg dtg idea nk wat part mcm nie...heheh cuma dlm novel mira dia xde la urut2 2 sbb xkwen lagi..hehe
tpi xpost lgi sbb feel utk novel sndri dh pudar..hahah

best bce bla firash dh mcm lembut skit dgn shaf...
gud job sis hehe

zura asyfar said...

eija : thanks..insyaAllah awal thun depan :)

nurfazila : thanks ( tolong jawab tuk firash)..hehe

siti izaidah : hehe...sweet lah sikit2 kut..

KL : hehe :D

syahirah : tqvm :D

afifah : hehe...dia terkejut kut...nnt bace bab 15 dulu okay kt p2u..hehe...sabar2..sis pun sabar gak ni tgu bab 15 kuar..

WC : thanks (tolong jawab tuk firash ) :D

amira : haha...buat ikut pengalaman lah sikit2...tp adelg yg lebih teruk kan smpai terguling2...hehe...anyway thanks n jgn cepat putus asa yer utk berkarya :)

** Nurul Diyana ** said...

sweet jee firash nihh lahh . apa lahh agaknya reaksi syaf nnti bila tngok firash ada kat sebelah hehe . hee tak sabar nak baca bab 16 nihh :DD

cik n.haliban said...

so so so romantik~

KaZuKi aKiRa said...

best gilerr~sweet sngat arr c firash tuh..

fyda said...

sweet terlampau..
hax33!!