:: My gangS :: TQVM

Thursday, November 10, 2011

TEASER BAB 14 SSID



“ASTAGFIRULLAH AL ‘AZIM!! Boleh dia membuta pulak kat sini!” Bebel Puan Farizah apabila kakinya menapak masuk ke ruang tamu sederhana luas itu. Firash tergolek tidur di depan tv yang terpasang. Kusyen kecil dilapik di kepala untuk menambahkan keselesaan. Mungkin terlalu penat dengan pelbagai kerja yang dilakukan sejak pagi tadi.

“Firash...” Puan Farizah menggoyang-goyang bahu Firash yang sedang enak tidur. Tak berkutik langsung walau kena gerak berkali-kali. Siap boleh berdengkur lagi di situ walau hanya berlapikkan permaidani tipis.

“Firash!!” Sedikit terjerit Puan Farizah memanggil. Namun hanya sia-sia saja. Anaknya itu betul-betul tidur mati. Namun derapan langkah yang menuju ke arahnya membuatkan Puan Farizah kembali tersenyum.

“Kenapa ni ma?” Soal Syaf sedikit mengah. Dia yang berada di dapur sedikit terkejut apabila terdengar jeritan Puan Farizah. Berlari-lari anak dia ke ruang tamu untuk melihat apa yang sedang berlaku. Sampai tangannya yang penuh dengan hampas kelapa itu pun tak sempat dibasuh.

“Ni ha! Tak nak bangun langsung! Dah beberapa kali mama kejutkan. Tok Wan nak suruh sembelih ayam tu.” Puan Farizah membebel. Sementara mata Syaf memerhatikan wajah Firash yang tengah enak tidur.

“Oh, jadi Firash memang tahu lah sembelih ayam ni?” Soal Syaf pula.

“Ha, memang dia tahu. Biasa dia aje yang Tok Wan suruh.” Balas Puan Farizah lagi. Mungkin Syaf tak pernah lagi tengok orang sembelih ayam kut, fikirnya.

“Tolong kejutkan Firash. Mama ada banyak lagi kerja nak buat ni kat luar.” Pinta Puan Farizah lalu bergerak ke luar. Ditinggalkan Syaf di situ bersama Firash yang masih enak tidur. Tidak berkutik langsung walau ada orang berbual sakan berhampiran dengannya.

Syaf menelan liur. Kalau Puan Farizah yang kejutkan pun, Firash tak nak bangun. Apatah lagi dia. Entah-entah sekejap lagi Firash memarahinya pula kerana menganggunya tidur. Namun dia tetap menundukkan tubuhnya. Bersedia untuk mengejutkan Firash.

Baru saja tangannya hendak mendarat di bahu Firash, tiba-tiba terasa kakinya digesel sesuatu yang berbulu. Disebabkan terasa geli dan terkejut, dia tidak sempat menyeimbangkan tubuhnya lalu jatuh ke atas tubuh Firash yang sedang tidur itu.
Suasana hening buat seketika. Syaf memejamkan mata. Terasa degup jantungnya dua kali laju dari normal. Kedua-dua tangannya refleks terpeluk tubuh Firash. Erk!

“Aduhh.” Kedengaran suara mengaduh panjang. Syaf cepat-cepat membuka matanya. Mata Firash yang telah terbuka itu sedang merenungnya tajam. Alamak!

“Meow.” Terdengar suara mengiau dari tepi telinga mereka. Tompok kucing kesayangan Tok Wan berada di sisinya. Namun apabila terasa tangannya memeluk tubuh Firash, cepat-cepat dia mengalihkan tangannya.

“Kau ingat aku tilam ke suka-suka hati nak landing?!” Firash merungut geram lalu duduk bersila. Tangannya mengurut-ngurut tubuhnya yang terasa sedikit sengal akibat dihempap oleh tubuh Syaf tadi. Nampak macam kurus je tapi berat jugak! Ni berat tulang ke berat dosa?!

Syaf mengetap bibir. Bukan dia sengaja nak jatuh atas Firash tadi. Tapi disebabkan terkejut oleh Tompok yang tiba-tiba datang menggesel di kakinya. Mungkin kucing itu lapar agaknya. Sebab itu yang datang menggesel-gesel di kakinya.

“Err...Tok Wan suruh sembelih ayam.” Tutur Syaf lalu bergerak laju-laju ke dapur. Tak nak tunggu lama-lama kat situ lagi. Baik lari sebelum kena marah.

“Eh apa benda ni?” Soal Firash apabila terasa sesuatu yang melekit di tshirtnya. Hampas kelapa? Firash dah mengetap bibir menahan geram. Hee! Nak kena dia ni!




***




“QIRA, nanti tolong pergi stor kat belakang tu kejap. Tolong ambilkan Tok Wan periuk yang paling besar kat situ nak rebus ketupat ni.” Arah Tok Wan pada Syaf yang baru saja siap membasuh tangan di singki.

Syaf berpaling. Tangannya dikesat pada kain pengelap yang berada di situ. “ Oh okay nanti Qira pergi ambil.” Dia bersetuju.

“Hmm..Yelah nanti jangan lupa cuci dulu periuk tu.” Sambung Tok Wan lagi sebelum melangkah menuju ke luar rumah. Syaf membetulkan tuala bersaiz sederhana itu di kepalanya dan mula mengekori jejak langkah Tok Wan ke luar rumah. Rasanya tadi dia terperasan ada satu bilik stor kecil yang terletak di hujung ruang dapur rumah itu. Namun pintu bilik stor itu hanya boleh dibuka dari luar.

Beberapa langkah dihala, bilik stor itu dihampiri. Pintu itu hanya diselak dari luar sahaja dan tidak berkunci. Mungkin tidak mengandungi barang-barang yang tidak berharga fikirnya lagi. Tangannya mula membuka selak dengan sedikit kuat apabila terasa selak itu agak sedikit ketat kerana sudah berkarat.

Daun pintu itu ditolak dari luar. Suasana agak gelap di situ. Bauan yang terhidu pun agak kurang menyenangkan. Di dalam keadaan yang agak gelap dan hampir samar-samar saja lantaran hanya sedikit cahaya matahari saja yang menerobos masuk, dia hampir saja teragak-agak untuk berjalan di situ takut-takut terpijak sesuatu yang tidak dijangkakan.

Seketika kemudian barulah dia ternampak ada satu suis lampu yang berada di dinding. Dia mengeluh kelegaan lalu memetik suis itu. Serentak itu keadaan mulai cerah. Dia memerhatikan sekeliling. Tidak banyak pun periuk yang ada di situ. Hanya ada dua biji periuk yang berada di situ. Dan sebuah kawah yang agak besar. Mungkin untuk mengacau dodol atau memasak gulai, fikirnya.

Dua buah periuk yang diletak di tempat tinggi itu agak sukar untuknya mencapai. Matanya mencari jika ada kerusi atau apa saja yang boleh dibuat tempat untuk berpijak. Matanya tertancap pada satu bangku kayu kecil yang berada di hujung bilik. Lantas segera kaki dihalakan untuk mengambil bangku itu.

Nasiblah ringan aje, bisik hatinya lalu mengangkat bangku kayu kecil itu ke rak yang meletakkan periuk itu. Belum sempat kakinya hendak memanjat bangku kayu itu, terdengar derapan langkah yang menuju ke situ. Bibirnya mengukir sedikit senyum. Mungkin Tok Wan yang datang, fikirnya tanpa sebarang rasa curiga.

“Tok Wan, Qira dah...” Terhenti ayatnya di situ apabila terpandang kelibat Firash yang sedang membolos masuk ke situ. Dan entah kenapa perasaan tidak enak mula bertandang di hatinya. Seperti dapat menjangkakan ada sesuatu yang akan berlaku.
Firash memandang Syaf yang sudah kaku tanpa sebarang riak. Kelihatan gadis itu sedang tidak berkelip memandangnya. Mungkin terkejut akan kedatangannya yang tiba-tiba muncul di situ kut. Dia tersenyum sinis lalu sekilas menutup pintu stor itu dari dalam. Selak yang berada di bahagian atas dan bahagian bawah pintu itu dikunci.
Syaf sudah menelan liur melihat kelakuan Firash itu. Peluh mula memercik di dahi. Ditambah pula dengan keadaan yang sedikit panas di situ walau bahagian dinding atas stor itu dipasang dengan kepingan jaring kecil yang berpetak-petak.

“Aku nak cakap sikit ni.” Tuturnya pada Syaf yang sedang memandangnya tidak berkelip. Dia mendekatkan sedikit tubuhnya ke arah gadis itu yang berada berhampiran dengan rak tinggi yang menempatkan periuk serta kawah itu.

“Err..Kau nak cakap apa ni?” Soal Syaf gugup.

“Pasal hal semalam.” Firash berpeluk tubuh. Matanya memandang tepat paras Syaf yang sedang menutup kepalanya dengan tuala bersaiz sederhana. Dia akui yang gadis itu amat menjaga auratnya ketika di luar rumah. Di dalam rumah Tok Wan pun gadis itu tetap menutup rambutnya sebagai syarat rahsia yang disimpan mereka itu tidak terbongkar.

Syaf menelan liur. Ah sudah! Mati lah aku macam ni! Mesti dia nak marah aku pasal hal tu tapi aku bukannya sengaja pun! Luah Syaf dalam hati. Dia hanya berdiam diri dan menunduk. Menanti apa saja yang bakal diperkatakan oleh lelaki itu nanti.

“Kau masih sayangkan dia?” Soal Firash memandang tepat wajah Syaf yang menunduk ke tanah. Mengundang rasa tidak puas hati di hatinya. Dia mendekatkan dirinya rapat ke gadis itu. Syaf cuba untuk berundur namun tersekat di rak tinggi tersebut. Terasa bulunya meremang dengan pandangan Firash itu. Ya Allah! Janganlah Firash buat apa-apa pada dirinya. Sungguh, dia tidak sanggup untuk membayangkan apa yang terjadi.

“Erm..Err..Tak...Aku tak sayang dah. Lagipun hal tu dah berlalu. Buat apa nak ingat lagi.” Syaf sedikit ketawa kecil. Cuba untuk menutup keresahan di hatinya kala itu.

“Tak sayang tapi novel dia kau simpan. Siap gambar lagi ada.” Sinis Firash tajam. Syaf tertelan liur berkali-kali. Entah mengapa kata-kata Firash itu sedikit sebanyak menusuk ke hatinya.

“Err..Novel tu aku tak sengaja bawak. Ada dalam beg. Semalam pun aku tengah mengemas, sebab tu lah aku letak atas katil dulu.” Syaf cuba memberi alasan yang logik awal pada hakikatnya alasan itu seperti tidak langsung diterima oleh lelaki itu.

“Tak sengaja atau sengaja?” Soal Firash lagi seraya merapatkan lagi jaraknya dengan gadis itu. Sehingga tidak beberapa inci saja bezanya. Syaf sudah resah gelisah. Hatinya mula berfikir bukan-bukan walaupun dia tahu yang mungkin Firash takkan buat apa-apa yang pelik. Tambahan pula kini masih bulan puasa.






p/s : sorry lmbt post teaser...mood berperang lg ngn line internet...ni pon pakat cekau jer yg bab 14 tu..esok luse br update kt p2u kot...dorang cuti dua hr so mmg lmbtlah...sorry n enjoy :D

7 comments:

blinkalltheday said...

knp chad jeles sgt kt farish?kan abg die jgk tu..

Anonymous said...

huh......btol tu....tu pun nk jeles.....

Makanan Kesihatan said...

farish dh meninggal k??

zura asyfar addy rifqhiey said...

B.A.T n unis shahira: chad mmg jeles ngn abg dia sbb syaf kn pernah bercinta ngn farish..sbb dia tahu yg syaf mesti ade lg sikit2 perasaan tu..lgpon dorang kawen mengejut..

aisy : yer..dh meninggal..boleh tgk dlm sket flashback kt otak fb OUR LOVe tu...nnt bab 14 ni ade scene tu ;)

Yong said...

hadei la,karang tok dia npk baru tau. apa la firash ni.jeles r tu.

KL said...

jeles dgn arwah abg sdiri la ni. Hishh bdak Firash ni.

kak ida said...

serasanya Firash dah hati kat syaf..sbb tu dia jeles giler..walaupun pasal perkara yg remeh temeh menjadikan ia satu isu yg sgt besar..apa sebenarnya yg terjadi ek..pada hubungan mereka ini dulu..kenapa ada benci dihati firash terhadap wife dia..apa yg tlh dilakukan menyebabkan kebencian tu masih tersemat dihatinya..alahai writer rungkaikan la misteri ini..