:: My gangS :: TQVM

Sunday, October 9, 2011

sedutan bab 11 SSID




“SYAF, PETANG ni pergi cari baju raya nak?” Tegur Fara pada Syaf yang tengah termenung itu. Sehari sebelum mereka berdua pulang ke rumah masing-masing untuk bercuti. Novel yang ada terbuka di depan mata tetapi fikirannya jauh menerawang entah ke mana. Di tangannya pula ada disorokkan sekeping gambar namun mata Fara tidak dapat menangkap gambar itu dengan jelas.

“Ha? Emm...Kau cakap apa tadi?” Syaf berpaling pada Fara. Cepat-cepat saja gambar yang mash disorokkan itu dimasukkan ke dalam novel yang tengah dibaca itu.

“Aku cakap petang nanti kita pergi cari baju raya nak tak?” Ulang Fara sebelum melabuhkan punggung di sisi Syaf. Wajah Syaf yang seakan kurang ceria itu dipandang lama.

“Oh. Ha, boleh jugak tu.” Syaf cepat saja bersetuju lalu bingkas berdiri menuju ke almari pakaiannya. Novel di tangannya juga dimasukkan ke almari. Membuatkan Fara merasa sedikit pelik dengan tingkah rakannya itu. Seperti sedang menyorokkan sesuatu perkara.

“Okeylah. Pukul 2 petang ni kita pergilah. Lambat-lambat karang takut jammed pulak.” Balas Fara. Dia melangkah ke arah Syaf yang sedang berdiri di depan almari.

“Kau okey tak ni?” Fara menyoal dengan pandangan yang masih ragu-ragu.

“Ha? Okey aje. Kenapa kau tanya?” Syaf mengambil baju tshirt biru gelap dari almari.

“Ye ke? Sebab aku tengok kau macam tak ceria aje. Masalah keluarga kau tak settle lagi ke?”

“Taklah. Aku okey aje. Maybe penat sikit kut masa balik rumah mama hari tu.” Syaf menafikan. Penat? Penat bergaduh dengan Firash? Mungkin jugak.

“Okeylah, aku balik bilik kejap nak iron baju.” Fara seraya melangkah ke pintu. Namun hatinya masih belum berpuas hati dengan kata-kata Syaf tu. Mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan ni.

***

“EH APASAL kau angkut kita orang ke sini? Aku bukannya kaki shoppinglah.” Rungut Mie namun matanya tetap memandang Chad yang tengah khusyuk memandu. Fiqri di belakang sedang sibuk berbalas mesej. Mungkin dengan Zara kut agaknya.

“Ha’ahlah. Kita orang memang bukan kaki shopping. Kalau ajak makan memang kenalah dengan kita yang kaki makan ni.” Fiqri sudah tergelak.

“Nak makan apanya? Bulan puasa ni kan. Aku nak pergi cari baju Melayulah. Kau orang dah beli ke?”Soal Chad lalu memberhentikan keretanya di petak parking kosong sebelum memarkirkan keretanya di situ.

“Eh aku ada lagi yang tahun lepas punya. Malaslah nak membazir.” Jawab Mie sebelum membuka pintu kereta. Matanya memandang sekeliling. Ramainya orang.

“Aku dah lama tak beli baju Melayu nampaknya tahun ni kena beli jugak. Lagipun mama aku dah bagi duit ni, malaslah nak dengar dia membebel.” Chad melangkah ke arah Fiqri dan Mie yang tengah berdiri di belakang bonet kereta.

“Anak mama rupanya kawan kita ni.” Usik Mie sebelum tergelak kecil. Fiqri dah tersengih memandang Chad yang menjelingnya.

Weyh, aku malaslah nak dengar dia membebel. Boleh berbulu nanti telinga.” Rungut Chad lagi.

“Yelah tu. Tapi kita nak ke mana ni? Ramai gila kut orang.” Fiqri memandang sekeliling. Rata-rata ramai yang bawa famili masing-masing untuk membeli-belah. Dah macam pesta pulak kalau tengok ni.

“Janganlah pergi yang kat jual bawah khemah tu memanglah ramai orang, masuk butik lah senang sikit.” Ujar Chad. Matanya memandang seketika beberapa butik pakaian yang ada di situ.

“Pakai yang butik tu, ingatkan nak beli yang biasa-biasa aje.” Fiqri menyampuk.

“Bukan nak berlagak tapi aku suka dengan yang butik punya, selesa sikit tak kisah lah kalau harga mahal sikit.” Chad menambah.

“Ha, yelah tu. So yang mana satu nak masuk sekarang? Banyak ni.” Mie berkata. Ada lebih kurang empat buah butik pakaian kat sini.

“Masuk yang yang terdekat dengan kita dulu lah. Yang lain kejap lagi lah.”

“Okey, jom.” Ajak Chad.



***


“DAH DEKAT sejam lebih ni kita kat sini, kau nak beli ke tidak ni?” Soal Syaf sambil mengeluh. Fara masih lagi membelek baju Melayu yang tergantung di rak-rak di situ.

“Aku tak tahulah dia pakai saiz apa. Kalau beli saiz L kan nampak macam besar pulak, tapi kalau ambil saiz M singkat pulak macam mana?” Fara dah berkerut dahi. Pening memikirkan saiz baju untuk adiknya itu. Kalau salah beli dan tak muat memanglah boleh tukar tapi masalahnya sekarang, adiknya itu belajar di UITM Arau dan dia pula di bandar Kuantan. Jauh gila lah kalau datang sini semata-mata untuk menukar baju.

“Dah tu tahun lepas kau beli saiz apa? M ke L?”

“Entahla, tapi aku rasa S kut.” Jawab Fara.

Haissh, susahlah macam ni. Dahlah kadang tu saiz baju ni berbeza. Tak semua butik saiz dia sama.” Rungut Syaf lagi.

Fara memadang satu persatu orang yang memasuki butik. Seketika bibirnya tersenyum lebar. Yes! Target sudah dikenal pasti.

“Hah, aku dah jumpa!” Fara dah menjerit kat situ sementara Syaf dah mengurut dada kerana terkejut.

“Jumpa apa?” Soal Syaf berkerut dahi.

“Jumpa model lah.” Balas Fara sebelum menapak ke arah tiga budak lelaki yang baru saja memasuki butik tersebut. Mata Syaf mengekori jejak langkah Fara sebelum matanya tiba-tiba membulat. Erk, tu bukannya Firash ke?! Syaf sudah kaku di situ apabila memandang Firash dan kawan-kawannya.

“Hai Chad.” Fara menyapa dengan wajah ceria.

Chad dengan Fiqri yang tengah bersembang itu berpaling memandang si pemanggil yang sedang tersenyum memandangnya.

“Err...Hai...Fara kan?” Soal Chad sementara Mie dan Fiqri sudah tersengih-sengih.

“Ha, ingat pun saya. Erm, buat apa kat sini?” Tanya Fara lagi.

Chad memandang Fara sebelum fikirannya terfikir sesuatu. Kalau Fara ada mesti Syaf pun ada. Serentak itu matanya memandang ke sekeliling. Syaf yang tengah membelek baju kurung itu dipandang sekilas. Ada pun dia kat sini.

“Erm, cadangnya nak beli baju Melayu.” Jawab Chad. Namun matanya tak lepas-lepas memandang Syaf yang ada tidak jauh darinya. Dia ni datang cari baju raya jugak ke?

“Oh, baguslah tu. Saya pun datang nak beli baju Melayu jugak untuk adik saya, tapi tak tahu pulak saiz.” Fara tersenyum lagi. ‘ Aduhai, kenapa awak hensem sangat? Hati saya dah nak jatuh ni?’ Desis hati kecil Fara. Matanya tak lepas memandang ke arah Chad yang tengah bercakap dengannya.

“Ehem.” Fiqri berdeham. Serentak itu Fara dan Chad berpaling ke arah mereka.

“Aku dengan Fiqri nak cari baju Melayu jugaklah.” Mie membuat cadangan. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang. Bukankah itu Syaf ke?

“Eh tadi kata tak nak beli?” Soal Chad sedikit. Tadi rasa si Mie ni beria-ia aje cakap tak nak beli. Ni sibuk pulak nak beli. Apa kes?

“Tu tadi, ni macam berkenan pulak.” Fiqri menjawab. Sementara Mie dah menghampiri Syaf yang tengah membelek baju tu. Tangannya membetulkan sedikit rambut.

“Hai.” Tegur Mie ceria. Mahunya tak ceria kalau jumpa orang yang dia suka.

Syaf mengangkat mukanya dan berpaling ke arah Mie. Bila masa pulak dia datang sini? Tadi elok saja ada dekat Firash tu.

“Cari baju raya ke?” Soal Mie berbasa basi.

“Err...Ha’ah, cari baju raya.” Jawab Syaf acuh tak acuh. Seketika matanya mengerling ke arah Fara yang tengah rancak bersembang dengan Firash.

“Oh, saya pun datang nak cari baju raya jugak ni.”

“Oh, okeylah tu.” Syaf membalas namun matanya sempat menangkap kelibat Firash dan Fara yang menuju ke arahnya.

“Syaf, aku rasa Chad sesuai kut jadi model tu.” Fara tersengih. Manakala Syaf sudah tersentak. Nak suruh Firash jadi model? Biar betul Fara ni?!

“Kau yakin ke dia boleh guna untuk jadi model kau tu? Memang adik kau lebih kurang dia ke?” Soal Syaf sedikit berbisik.

“Ha’ah. Sesuai sangat. Lebih kurang aje tubuh dia orang tu. Tinggi lepas tu tak lah gemuk dan tak kurus sangat.” Fara tersenyum memandang Chad yang tengah berpura-pura membelek baju.

“Hmmm, yelah.” Akhirnya Syaf membalas setuju.

“Chad, awak boleh tolong saya try baju Melayu ni tak? Sebab saya nak belikan untuk adik saya.” Pinta Fara dengan lembut.

Chad dah berkerut dahi memandang Fara. Nak suruh tolong try baju? Patutlah beria-ia sapa kat depan tadi.

“Err...Orang lain tak boleh ke? Mie pun boleh kut?” Cadang Chad. Malas rasanya nak turutkan permintaan perempuan ni. Aku punya baju pun tak pilih lagi!

“Tak boleh, Mie tak tinggi tapi awak sesuai lah sebab tubuh awak lebih kurang sama aje dengan adik saya.” Jawab Fara lagi. Chad dah mengeluh lemah.

“Bolehlah...Please... Dah lama kita orang kat sini dari tadi lagi duduk pilih tapi tak boleh lagi nak beli sebab tak tahu saiz.” Fara sedikit merayu. Chad dah serba salah. Manakala Syaf hanya memandangnya tanpa sebarang riak. Apa yang diperkatakan oleh Mie kepadanya langsung tak dihiraukan.

“Yelah, saya tolong. Mana bajunya?” Soal Chad lagi. Dia bersetuju saja kerana sudah malas melayan gadis itu.

“Ni ha, ada dua helai kat sini. Tolong try ye? Fitting room tu ada kat sana.” Fara menuding jari sebelum menghulurkan dua pasang baju Melayu yang ada di tangannya itu. Chad mengambil baju tersebut dan melangkah lemah ke arah fitting room yang terdapat di situ.




p/s 1: pd yg sabar menunggu tuh...sorry lmbt post..agak bz skrg...dateline dah dekat...adess...ntah sempat ke tak nk siapkn nih...huhu


p/s 2 : entry ni tak ikit urutan yer..oke..enjoy :D

6 comments:

sYnystEralExGatEs said...

sukeeeeeeeeeeeeeeeeee! (:

Yong said...

takde la lama sgt,sebab rasa baru lagi baca kat p2u. hehehe. next pls. grenti la firash jeles tgk mie mengendeng kat syaf.

Hajar said...

hehe. macam mana agaknya firash nak control tahap jealous dia kat mie tu eh? tak sabar nak baca. :D

*Gud luck zura. jangan stress lak. :D

Xuanza said...

jgn stress sgt..just follow da flow..huhu..anyway best cite ni :DD xsbr nk tunggu dlm versi cetak..

KL said...

huaa...firash mcm mana lah nti. Boleh ke die control macho lg.

nea_124 said...

hua !!! post lar cepat2 sikit yer !! x sabar dah nie...