:: My gangS :: TQVM

Monday, October 3, 2011

sedutan bab 10 SSID


Bab 10


SETELAH HAMPIR lima minit meninjau-ninjau pelbagai lauk pauk serta hidangan yang berderet di meja bufet itu, Firash mengambil keputusan untuk mengambil daging masak lada hitam campur serta udang masak merah sebelum diletakkan ke dalam piring sederhana kecil. Beberapa ekor udang masak merah pula diletakkan ke dalam piring. Namun matanya masih lagi ralit memerhatikan desert iaitu puding karamel yang amat digemarinya. Tak apalah, kejap lagi aku datang ambil lagi. Ni pun dah tak cukup tangan dah nak dibawa, bisiknya dam hati.

Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Syaf yang masih menunggu di meja. Hmm, takkan tak nak ambil makanan pulak kut? Takkanlah nak makan nasi saja kut? Fikir Firash sebelum melabuhkan duduk di kerusi yang bersetentang dengan Syaf. Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya, tiba-tiba saja gadis itu bangun. Aku ingat dah tak nak ambil makanan tadi!

Dia hanya menjongketkan bahu dan membetulkan kedudukan piring-piring yang mengandungi lauk-pauk itu. Apabila terfikirkan akan puding karamel yang amat digemarinya, dia lantas bangun menuju ke meja bufet untuk sekali lagi. Di kala itu Syaf sudah menapak menuju ke meja mereka kembali. Dia cuba mengintai apa yang gadis itu ambil namun kelihatan kerana langkahnya dihalang oleh salah seorang tetamu di situ. Tangannya pantas mengambil beberapa keping puding karamel itu sebelum diletakkan ke dalam piring kecil

Firash kembali di kerusi dengan piring yang dipenuhi dengan beberapa potong puding karamel. Dia menjenguk ke arah lauk yang diambil oleh Syaf.

“Sikitnya ambil lauk.” Tegurnya apabila mendapati Syaf sekadar mengambil seketul ayam masak merah dengan ikan tenggiri masak masam manis. Kelihatan gadis itu memandangnya dengan penuh tanda tanya.

“Aku makan sikit je masa buka, takut sakit perut pulak nanti.” Balas Syaf bersahaja. Firash memandang lama ke arah Syaf sambil memikir kembali apa yang diperkatakan gadis itu. Ni macam nak sindir aku je ni! Aku tahu lah yang aku tak puasa sebab kena gastrik semalam, bebelnya dalam hati. Disebabkan terasa sedikit sebal, tangannya laju mencapai air buah-buahan yang diletakkan di dalam gelas berkaki tinggi itu lantas dibawa ke mulut. Syaf yang sedang melihat kelakuan Firash itu sedikit membulatkan mata.

“Kalau tak puasa tu pun, agak-agaklah kan nak minum, hormatlah kat orang yang tengah puasa ni.” Firash tidak jadi meneguk air buah-buahan itu. Matanya ditalakan ke arah wajah Syaf yang sedang tersenyum sinis. Alamak! Macam mana aku boleh lupa ni? Dia memandang ke sekeliling. Nasiblah tak ada orang yang terperasan akan tindakannya tadi. Dia berdeham.

“Aku tak sengaja lah.” Firash cuba menafikan. Walhal terasa tebal je kulit mukanya seketika tadi. Kalaulah gadis itu tidak menegur, konfem malu aku setahun kat sini, bisiknya lagi dalam hati.

“Yelah. Ada 10 minit lagi sebelum buka. Lepas tu tak apa lah kalau nak minum dua tiga liter pun.” Kedengaran lagi suara gadis itu menyindirnya. Seketika dia mengerling gadis itu yang seperti sedang menyembunyi senyum. Firash mengetap gigi. Geram.

“Aku nak pergi toilet kejap.” Firash bangkit lalu menapak menuju ke pintu keluar. Haishh, buat malu je aku depan dia tadi. Jatuhlah saham aku macam ni! Dah tahu kau tu tak puasa, asal boleh buat perangai macam tu pulak? Kutuk hatinya seraya menyimpul sedikit senyum pada petugas yang menjaga pintu ruang makan itu.



***



USAI MAKAN tadi, Syaf dan Firash menunaikan solat Maghrib di surau di hotel tersebut sebelum menyambung kembali perjalanan mereka. Hari sudah mulai gelap. Kelihatan kilat mula memancarkan cahayanya apabila Firash menawarkan diri untuk memandu kereta Syaf itu. Syaf yang merasa kelakuan Firash sedikit pelik hanya membiarkan saja.Mungkin juga lelaki itu kasihan kut dengan dirinya yang berpuasa tadi, fikirnya lagi.

Mereka hanya berdiam diri sambil ditemani dengan celoteh deejay serta lagu-lagu yang berkumandang dari radio yang terpasang. Syaf membetulkan kedudukan untuk bersandar. Terasa sedikit penat pula apabila lama memandu tadi. Lagi pula dengan perut yang sedikit kenyang, matanya mula terasa mengantuk.

“Kalau kau nak tidur, tidurlah. Nanti dah sampai nanti aku kejut.” Firash menegur Syaf yang sesekali memejamkan matanya. Syaf cepat-cepat membuka kelopak matanya yang terpejam. Apasal tiba-tiba mamat ni baik semacam aje dengan aku hari ni? Dahlah tadi siap ajak aku makan kat hotel lagi walaupun dia dapat jemputan percuma. Lepas tu offer nak drive kereta. Ni siap offer suruh tidur pulak, ke dia ada agenda tersendiri? Fikir Syaf seraya menjeling ke arah Firash yang masih fokus memandu.

“Yelah.” Putus Syaf apabila melihat lelaki itu yang hanya berdiam diri sahaja. Dia kembali memejamkan matanya. Cepat saja rasa mengantuk yang sudah lama datang tu kembali. Tak sampai sepuluh minit, dia sudah tertidur.

Firash memandu dengan kadar kelajuan sederhana. Hujan yang mulai lebat itu sedikit menyukarkan pemanduannya. Walaupun lampu tinggi sudah terpasang namun akibat hujan yang terlalu lebat, kereta itu tidak boleh dipandu laju. Dia mengeluh perlahan dan sekilas memerhatikan Syaf yang sedang lena. Entah kenapa terbit senyum di bibirnya apabila mengenangkan perkara yang terjadi semalam. Rasanya gadis itu tidak sedar langsung apa yang dibuatnya semalam. Kalau sedar, sudah pasti gadis itu sudah menghalang akan kelakuannya ketika itu. Dia pasti gadis itu tidak suka dia cuba mengambil kesempatan walaupun kalau diikut hukum, dia berhak membuat apa saja terhadap gadis itu.

Akhirnya selepas satu jam memandu, sampailah ke kawasan rumah sewa Firash. Firash memberhentikan kereta sedikit jauh dari rumah sewanya. Dia tidak boleh memarkirkan kereta terlalu dekat kerana bimbang jika Fiqri atau Mie nampak yang Syaf menghantarnya. Sudah pasti jenuh pula untuk menjelaskan hal sebenar. Lagi pula dia tidak bersedia lagi untuk menceritakan rahsianya ini.

Setelah enjin kereta dimatikan. Dia menoleh ke sebelah. Kepala gadis itu sedikit terlentok ke cermin tingkap kereta. Terdengar dengkuran halus yang terbit dari gadis itu. Apa aku nak buat ni? Nak kejutkan dia saja atau biar saja dia tidur dulu? Firash menimbang-nimbang persoalan itu di dalam otaknya.

“Eh bangun lah, dah sampai ni.” Firash merapatkan tubuhnya ke arah gadis itu dan cuba menggoyangkan sedikit bahu Syaf beberapa kali namun tiada respon. Gadis itu seperti nyenyak saja tidur tanpa sedar. Firash mengeluh perlahan. Lena sangat ke dia ni tidur sampai aku goyangkan bahu pun tak sedar? Dia cuba untuk menggerakkan sekali lagi. Dan akhirnya kepala gadis itu sedikit bergerak dan berdiri tegak. Namun keadaan itu hanya bertahan untuk dua saat sahaja sebelum kepala gadis itu kembali terlentok ke tepi. Kali ini bukan ke arah cermin tingkap namun terlentok elok di bahu Firash.

Firash sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa. Nak mengalihkan bahunya yang sedang ditumpangi oleh kepala Syaf yang berbalut tudung itu, dia seperti tidak sampai hati. Akhirnya dia membiarkan saja kepala Syaf itu terlentok di bahunya. Sekilas dia mengerling jam di dashboard. Sudah menginjak pukul 9 malam. Dia memperlahankan sedikit air-cond kereta Myvi itu akibat hujan yang terlalu lebat di luar. Cermin hadapan kereta terus saja kabur apabila wiper dihentikan.

Entah kenapa di saat ini, tangannya tiba-tiba saja gatal untuk mengusapi kepala Syaf yang dilitupi tudung itu. Dia cuba menahan debaran di dada apabila tangannya mula menyentuh tangan Syaf. Sejuk sahaja tangan mulus itu. Dia menggenggam erat dan di bawa ke riba. Cuba menyalurkan sedikit haba.




p/s : 4 pages from 11 pages...sorry if ayat tunggang langgang...br je edit sket2 ni...hrp korang fhm lah yer..7 pages lg leh bace kr p2u hr rabu insyaAllah kalau kuar...enjoy :D

7 comments:

Unknown said...

hush... bikin suspen. haha mcm nk2 jadi gentle je si chad tu. hehe

xxx ooo said...

biar je firash ngan syaf tu tidur dlm kereta..lg sweet!! hahah

zura asyfar addy rifqhiey said...

alfa syamimi : hehe...tgu taw smbungan dia kt p2u...tp tak tau lah best ke tak dis epi...chad nk jd gentle? maybe..hehe


ummi rahimi : haha...oke je part tu..tgklah nnt cmne smbungn dia..tgu taw full version nnt kt p2u :D

Anonymous said...

Tak sabar nie nak tunggu full version !

Yong said...

wokes thanks, tak sabar nak baca 11 pages ni. kagum2 gan suma penulis, pandai wat ayat smpi panjang cter.
pujian khas ni dr aku-otak-tak-kreatif.

ezairaruby said...

sesangat best citer nie xsabar nak bace..=^D

sYnystEralExGatEs said...

adeh! sje je mendera batin gua! gua dah agak da, si Firash tuh da stat suke syaf! yehaaaaaa! hahahah!(: